Saturday, October 31, 2009

Nizar News: Membaca Artikel Musli Oli "1 Malaysia lebih Mudah Wujud Banding 1 Melayu" dalam Portal Berita TerBaru: Paradigma.com.my

Jika kebenaran berpihak kepada tulisan tersebut, maka pendekatan Najib menguar-uarkan konsep 1 Malaysia suatu hari nanti akan mengalami kegagalan. Sebabnya adalah konsep 1Malaysia sepertimana digambarkan dalam artikel tersebut datangnya dari atas. Ertinya arahan.

Dalam pengelaman dunia: Teori kominis adalah teori paksaan, walaupun pada suatu masa sangat diterima oleh rakyat yang tertindas. Namun setelah beberapa tahun sistem tersebut tidak dapat dipertahankan lagi, kerana asasnya adalah unsur paksaan.

Melalui mesyuarat agung parti gerakan semalam, ketua wanita parti komponen BN tersebut malah mengeluarkan keraguan dan kesangsian terhadap kejayaan konsep 1Malaysia. Alasannya adalah.. apapun kejadian yang berlaku.. akhirnya warna kulit juga akan jadi panduan.

Konsep 1Malaysia ini, jangan dulu diagong-agongkan.. lihat dahulu pelaksanaannya, bagaimana penerimaannya dan bagaimana hasilnya. Persoalan yang paling pokok dalam pelaksanaan konsep 1Malaysia ini adalah pelaksana pada peringkat epsilon dua ke bawah.

Mudah untuk bercakap dan bermadah, tetapi tidak mudah untuk melaksanakannya.

Read more...

Nijar Tidak Layak Buat Desakan!!!

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin tiada merit mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Dakwaan Nizar bahawa Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin adalah fitnah.

Dakwaan Nizar bahawa V. Sivakumar telah dicekik adalah rekaan dan pembohongan besar.

“Janji Hishamuddin dan Musa Hassan bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan telah berjaya mengekang kekecohan di pintu masuk DUN Perak.

Polis telah menjalankan tugas dengan baik termasuk meminta dengan hormat jubah speakar daripada V. Sivakumar. Tidak dinafikan, semasa proses menggal jubah tersebut, ADUN Pakatan lain telah menarik jubah tersebut sehinga ada kesan koyakan.

Polis bertindak menurut garis panduan Polis dan tidak terjadi kekasaran. Kekasaran terjadi kerana pihak polis mempertahankan diri dari rempuhan ADUN Pakatan terutama Ngeh.

Gambar-gambar yang diedarkan adalah gambar ciptaan Nizar dan tangan orang yang ternampak bukan anggota polis.

Nizar telah mencipta dan mereka-reka kejadian pada 28 oktober itu.

Read more...

Nizar-Zambry News: 5 November: Hari Penentuan Siapa MB Perak Yang Sah! BN atau Pakatan??

Mahakamah akan membuat keputusan pada 5 November ini yang manakah Menteri Besar yang Sah: Zambry kah Nizar.

Pada tarikh yang sama juga mahkaamah akan menentukan siapa kah yang memerintah Perak BN kah atau Pakatan.

Krisis politik Perak bermula pada 3 Februari yang lalu apabila Osman, Jamaluddin dan Hee keluar Pakatan dan mengistiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas-Pro BN.

Akibat tindakan mereka, maka pada 5 Februari Nizar kehilangan jawatan MB.

Sejak tarikh itu Nizar berusaha untuk dapatkan kemabli jawatannya. Berbagai cara dilakukan termasuklah demonstarsi jalanan, sidang bawah pokok, sidang di Hotel dan terakhir dalam DUN Perak sendiri pada 28 Oktober lalu.

Dalam berbagai kesempatan Nizar menjajah bahawa dirinya tidak pernah letak jawatan MB, walaupun kehilangan sokongan majoriti ADUN Perak.

Nizar, Ngeh, Ngoh dan Sivakumar melakukan berbagai cara untuk kembali berkuasa.

Read more...

Nizar-Zambry: Lagi-lagi Nizar Kata Belum Pernah Letak Jawatan MB!!

IPOH .31 Okt. :- Demi mandat rakyat yang telah diserahkan kepada Pakatan Rakyat di Perak, saya menegaskan tidak pernah meletakkan jawatan Menteri Besar Perak. Demikian penegasan YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa membentangkan kertas kerjanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan disini pagi ini.

Hadir sama dalam Konvensyen itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guang Eng, YAB Menteri Besar Selangor, YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim, semua Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak, Semua Ahli Parlimen Perak , ADUN Pakatan Rakyat Perak, semua Pemimpin dan perwakilan Pakatan Rakyat dari parti PAS, PKR, dan DAP.

Dianggarkan sejumlah 600 orang perwakilan yang hadir memenuhi dewan tempat konvensyen diadakan.

Konvensyen sehariyang julung kali diadakan itu akan menyaksikan pembentang kerta kerja yang berikutnya oleh Ketua menteri Pulau Pinang dan Menteri besar Selangor

Read more...

Friday, October 30, 2009

Nizar Tiada Merit Desak Menteri Dalam Negri dan Ketua Polis Negara Letak Jawatan!!

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin tiada merit mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Dakwaan Nizar bahawa Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin adalah fitnah.

Dakwaan Nizar bahawa V. Sivakumar telah dicekik adalah rekaan dan pembohongan besar.

“Janji Hishamuddin dan Musa Hassan bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan telah berjaya mengekang kekecohan di pintu masuk DUN Perak.

Polis telah menjalankan tugas dengan baik termasuk meminta dengan hormat jubah speakar daripada V. Sivakumar. Tidak dinafikan, semasa proses menggal jubah tersebut, ADUN Pakatan lain telah menarik jubah tersebut sehinga ada kesan koyakan.

Polis bertindak menurut garis panduan Polis dan tidak terjadi kekasaran. Kekasaran terjadi kerana pihak polis mempertahankan diri dari rempuhan ADUN Pakatan terutama Ngeh.

Gambar-gambar yang diedarkan adalah gambar ciptaan Nizar dan tangan orang yang ternampak bukan anggota polis.

Nizar telah mencipta dan mereka-reka kejadian pada 28 oktober itu.

Read more...

Nizar News: Kerajaan Akan Bantu ADUN Bebas: Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) sedia menimbang untuk membantu wakil-wakil rakyat Bebas yang menyokong parti itu dalam menjalankan tugas mereka bagi menjamin kepentingan rakyat tidak terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN sedia menimbang perkara tersebut sekiranya ada permintaan daripada wakil-wail rakyat Bebas tersebut.

Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di sini.

Ketika diminta menggulas mengenai Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang menyokong BN, Muhyiddin berkata:

"Kenyataan Badrul yang hilang kepercayaan terhadap kemampuan kepimpinan dan kewibawaan pemimpin PKR punca beliau berbuat demikian menandakan kepimpinan PKR semakin meruncing sekarang,"

Badrul Hisham membuat kenyataan tersebut di ibu negara semalam.

Muhyiddin berkata pengakuan Badrul Hisham itu mempunyai makna yang amat besar terhadap tahap kepimpinan pemimpin parti pembangkang itu sehingga mereka sendiri hilang keyakinan.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Badrul Hisham tidak "kompeten" dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, Muhyiddin berkata ia hanyalah dalih Khalid bagi mengabui kenyataan kepimpinannya (Khalid) sendiri yang lemah.

Ketika diminta mengulas dakwaan kononnya BN merasuah Badrul Hisham supaya bertindak demikian, Timbalan Perdana Menteri berkata ia merupakan suatu tohmahan semata-mata kerana mahu menjadikan BN sebagai "kambing hitam" apabila parti pembangkang itu sendiri yang menghadapi masalah kepimpinan.

Read more...

Nizar News: Subsidi Menurut Dr Khir Toyo: Indah Khabar Dari Rupa

Bajet 2010 telah pun dibentangkan. Seperti biasa riuh rendah yang dilihat ialah apa aku dapat dan apa kamu dapat. Hakikatnya jarang sekali Bajet kita tidak memberi rangsangan positif sehingga segala ulasan dan pujian menjadi klise.

2. Sesetengah pengulas pula sudah mula membuat pujian sebelum pembentangan dibuat pun. Dan ada pula yang membuatnya sebaik sahaja selesai mendengar ucapan.

3. Banyak isu boleh dibahaskan dan dipersoalkan termasuk isu pemberian keistimewaan potongan cukai profesional di Iskandar Malaysia tetapi tidak kepada koridor-koridor wilayah yang lain, yang lebih penting dari segi potongan cukai ini kerana berada di luar lingkungan skala ekonomi yang mapan seperti Iskandar Malaysia yang berhampiran Singapura.

4. Jika mahu diberi potongan cukai kepada profesional yang sanggup berkhidmat di koridor (wilayah) ekonomi yang diwujudkan kerajaan tentulah wilayah-wilayah ekonomi di Malaysia Timur, Pantai Timur dan Utara lebih wajar diberi keistimewaan kerana kedudukan geografi dan tumpuan ekonomi yang lebih sukar menarik pelaburan dan tenaga profesional.

Buruk Sangatkah Masyarakat Bersubsidi?

5. Saya bukanlah seorang yang terdidik dalam bidang ekonomi. Justeru secara akademiknya saya tidak layak untuk mengulas kenyataan beberapa pemimpin kerajaan baru-baru ini mengenai subsidi.

6. Namun sebagai orang pernah menjadi Menteri Besar sebuah negeri termaju di Malaysia dan mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan selama pentadbiran saya, tentulah sedikit sebanyak saya fikir boleh memberi buah fikiran dan pandangan mengenai ekonomi negara.

7. Sejak sebulan yang lalu terdapat dua atau tiga menteri bercakap soal penghapusan subsidi dan pemberian subsidi kepada golongan yang layak sahaja. Mereka bercakap seolah-olah subsidi ini begitu buruk dan tidak sewajarnya berterusan dilaksanakan oleh kerajaan.

8. Pemikiran ini tidaklah ada bezanya dengan pemikiran semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketika itu kita menyaksikan peningkatan mendadak harga petrol, tol, harga barang dan kos sara hidup.

9. Alasan-alasan yang sama akan terus diulang-ulang iaitu subsidi tidak membawa kemampanan (kekukuhan) ekonomi serta merugikan rakyat dan kerajaan.

10. Alasan-alasan ini dicipta oleh pemikir ekonomi berasaskan pemikiran atas kertas dan ada juga kerana mereka yang telah maju mahu mengekalkan kualiti hidup mereka dengan kesusahan kita. Hakikatnya di Eropah dan Amerika Syarikat sendiri jumlah subsidi mereka mencecah berbilion dollar.

11. Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada Subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol.

Subsidi Petrol

12. Saya terkejut dengan kenyataan dua Menteri yang menyatakan subsidi petrol hanya akan diberikan kepada kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah.

13. Secara sepintas lalu saya berpendapat ia bukan sahaja sukar dilaksanakan tetapi juga akan memberi kos tambahan kepada pengurusan kerajaan untuk menjalankan sistem pemberian subsidi, penguatkuasaan dan akhirnya akan wujud pelbagai penyelewengan.

14. Memang benar kerajaan tidak mungkin dapat memberi subsidi petrol yang begitu besar kepada rakyat. Sebab itu hari ini rata-rata rakyat yang rasional menerima keputusan pemberian subsidi 30 sen seliter.

15. Siapakah golongan berpendapatan rendah hari ini? Katakanlah kita ambil mereka yang berpendapatan RM 3, 000 dan ke bawah sebulan? Apakah mereka yang berpendapatan RM 3, 000 sebulan di Alor Setar lebih susah daripada mereka yang berpendapatan RM 5, 000 di Kuala Lumpur? Saya tidak ragu menyatakan bahawa mereka yang berpendapatan RM 5, 000 sebulan di Kuala Lumpur lebih miskin daripada mereka yang berpendapatan RM 3, 000 di Alor Setar.

16. Sebenarnya pemberian subsidi petrol seperti sekarang lebih besar faedahnya kepada kerajaan. Kerajaan mungkin terpaksa berbelanja lebih untuk subsidi petrol, namun ia memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah dan membolehkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi berbelanja lebih untuk merancakkan ekonomi.

17. Sebagai seorang yang tidak arif dalam ekonomi, saya tertanya-tanya apakah akan terjadi jika golongan berpendapatan sederhana dan tinggi yang terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk petrol, cukai pendapatan, cukai jalan mula berjimat, membeli barangan yang sebelum ini hanya untuk golongan bawahan, membeli rumah yang murah dan berhenti berbelanja hujung minggu?

18. Apa akan terjadi kepada putaran ekonomi negara?

19. Pembuat dasar atau polisi tidaklah boleh melihat sesuatu isu ekonomi terutama subsidi barangan penting kepada seluruh rakyat seperti petrol dalam bentuk yang mikro sehingga gagal melihat secara makro.

Subsidi Beras

20. Menyentuh mengenai subsidi ini juga saya tertanya-tanya apakah rasional untuk menghapuskan subsidi kepada pengilang beras yang bertujuan mengawal harga beras ST 15.

21. Menurut Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar, penghapusan subsidi ini bertujuan untuk menjimat wang kerajaan sebanyak RM 60 juta sebulan dan mengelakkan mereka yang tidak layak menikmatinya.

22. Kerajaan khabarnya akan mengurangkan kos subsidi beras gred ST15 (15 peratus hancur) sebanyak RM51.5 juta apabila pelaksanaan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara dilaksanakan bermula 1 Disember ini.

23. Pada masa ini harga sekilo beras ST 15 ialah RM 1.80. Ini bermakna sekampit (10 kilo) beras ST 15 berharga RM 18.00. Dan mengikut maklumat ia akan naik kepada RM 24 sekampit.

24. Berdasarkan harga semasa dan harga tanpa subsidi yang dinyatakan kerajaan, ini bermakna rakyat perlu menampung kenaikan sebanyak RM 6 sekampit. Berasaskan penggunaan biasa, satu isi rumah mungkin memerlukan sekitar 20 kilogram beras sebulan. Sebanyak RM 12 sebulan perlu ditambah dalam perbelanjaan bulanan.

25. Mungkin bagi kabinet kenaikan ini tampak kecil namun ia memberi banyak kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

26. Berasaskan penggunaan purata 20 kilogram sebulan, susbsidi kerajaan sebanyak RM 60 juta sebulan; maka dianggarkan terdapat 5 juta rumah yang menggunakan beras jenis ini, (5 juta x RM 12).

27. Katakanlah terdapat kegunaan untuk kedai makan dan asrama, anggaran kovensional ialah sekitar 2 juta rumah yang menggunakannya. Jika terdapat dua hingga tiga orang di dalam rumah tersebut, maka kerajaan BN telah menyebabkan kemarahan hampir 3 juta rakyat yang akan diterjemahkan dalam pilihan raya akan datang.

28. Jika mereka mampu membeli beras yang lebih baik grednya tentulah mereka ini tidak membeli beras ST15. Bayangkan bila kenaikan ini berlaku.

29.Demikian juga di kalangan industri makanan seperti asrama dan kedai makan kecil yang margin keuntungan tidak seberapa terpaksa menanggung kos kenaikan ini?

30. Masalah ini akan berlarutan pula kepada proses pemberian dan pengambilan kupon subsidi. Ahli Parlimen akan mendapat beban politik kerana akan ada yang marah kerana tidak dapat kupon tersebut.

31. Pemberian kupon di Sabah dan Sarawak akan lebih bermasalah. Keadaan geografi dan pengangkutan di kawasan pendalaman mungkin menyebabkan kos pengangkutan untuk mereka yang miskin mendapat kupon lebih tinggi daripada harga kupon sendiri.

32. Ini belum lagi masalah keengganan peruncit untuk menerima kupon.

33. Jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras ini maka kerajaan juga perlu menghapuskan sebarang kawalan ke atas idustri beras termasuk pemilikan permit masuk dan pelbagai sekatan untuk membawa masuk beras luar?

34. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah.

35. Kita semua ada membuat kesilapan baik semasa mentadbir mahu pun semasa membuat kenyataan, namun gunakanlah pengalaman tersebut untuk membetulkannya bukannya meneruskan kenyataan-kenyataan tidak berpijak kepada realiti rakyat banyak.

36. Janganlah jadi seperti seorang bekas menteri baru-baru ini membuat kenyataan bahawa beliau terkejut dengan begitu banyak kadar tol yang perlu dibayar sedangkan beliau berada di dalam kabinet semasa membuat keputusan menaikkan kadar tol.

37. Ketika saya menulis sebelum ini bahawa kita tidak mengharapkan kerajaan menjadi sebuah negara kebajikan tetapi negara sejahtera, tentulah saya tidak sama sekali bermaksudkan kerajaan perlu menarik subsidi-subsidi penting seperti petrol dan beras.

38. Kerajaan terlalu banyak membantu golongan miskin dan orang tua sehingga melupakan golongan muda dan berpendapatan sederhana sedangkan mereka ini merupakan majoriti pengundi hari ini.

39. Dalam pilihan raya lalu, Barisan Nasional hampir kalah kerana polisi-polisinya mengabaikan kelompok pengundi terbesar iaitu orang muda dan kumpulan berpendapatan sederhana.

40. Bagaimanakah boleh menjadi sebuah negara sejahtera jika kumpulan majoriti terabai? Jangan nanti subsidi yang diberikan indah khabar dari rupa.

Read more...

Thursday, October 29, 2009

Nizar-Anwar News: Khalid Ibrahim Tak Kesah Badrul Keluar PKR: Badrul adalah Liabilti

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak peduli jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti.

"Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditemui para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini hari ini.

Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau.

"Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke manamana tidak kira," katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya.

Read more...

Nizar- Zambry: Sidang Haram Untuk Diri Sendiri

Seperti dijangka, kehadiran seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak semalam sekali lagi mencetuskan kontroversi.


Kali ini mereka memasuki dewan selepas Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan mengumumkan sidang dewan berehat selama sejam bermula pukul 10.20 pagi.

Mereka masuk ke dewan itu untuk bersidang sesama sendiri. Wakil rakyat pembangkang terbabit yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas-Pasir Panjang) hanya memasuki dewan tiga minit selepas sidang dewan berehat.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ganesan, ADUN pembangkang kemudian terus menuju ke galeri di sebelah kiri Speaker namun tidak duduk di tempat masing-masing.

Bekas Speaker yang juga ADUN Tronoh, V. Sivakumar tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker dan bertukar kerusi dengan seorang lagi wakil rakyat, Yee Seu Kai (DAP-Pokok Asam) dan memulakan 'persidangan'.

'Persidangan' bermula dengan bacaan doa dan bertafakur sebelum diteruskan dengan ucapan A. Siva Subramanian (DAP-Buntong) yang menggesa Ganesan meninggalkan dewan atas alasan hilang kelayakan kerana masih menjadi peguam selepas tempoh tiga bulan dilantik sebagai Speaker.

Apa pun, gelagat wakil rakyat pembangkang berkenaan langsung tidak dipedulikan Ganesan. Malah ketika 'sidang' tersebut berlangsung, semua ADUN Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak memberi sebarang respons terhadap tindak-tanduk yang ditunjukkan wakil rakyat pembangkang.

Apabila persidangan diteruskan semula oleh Ganesan, wakil rakyat pembangkang mula mengganggu perjalanan mesyuarat terutama ketika Zambry mencadangkan Enakmen Perbekalan 2010 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2010.

Read more...

Nizar: Umno Memang Kambing Hitam Krisis Pas

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pas kerana cuba menjadikan UMNO dan idea kerajaan perpaduan sebagai ‘kambing hitam’ dalam konflik dalaman membabitkan pimpinan tertinggi mereka.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, berdasarkan perkembangan semasa sebenarnya berlaku pertembungan kepentingan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sebab itu sekarang mereka nak bersilat dalam gelanggang, tepis sana tepis sini supaya mereka dapat atasi masalah mereka. “Dia cari ‘kambing hitam’, ‘kambing hitam’ ini UMNOlah, sedangkan kita berniat baik dan ikhlas,’’ katanya.

Beliau mengulas kemelut dalam Pas yang tercetus apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Mengulas mengenai kerajaan perpaduan, Muhyiddin berkata, alasan yang digunakan Abdul Hadi semalam bahawa perkara itu hanya relevan sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri adalah suatu dalih.

Tegasnya, Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri telah membuat kenyataan bahawa UMNO sentiasa terbuka terhadap idea itu. “Datuk Seri Najib dan saya telah buat kenyataan terbuka, bahasa pun dalam bahasa Melayu yang agak asli, mudah difahami dan bukannya bercakap Arab.

“Tetapi kalau mereka kata tak mahu, tidak mengapalah, setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat yang baik dan jelas,” katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai tindakan Pas yang menolak perpaduan ummah itu. “Bagi saya perpaduan adalah baik, sesuai dan boleh kita teruskan tapi kalau pihak Pas kata tak payah, okey, kita tiada masalah. “Kita hendak beritahu kepada masyarakat Islam bahawa UMNO adalah parti yang mendokong prinsip perpaduan ummah,” katanya.

Read more...

Nizar-Nik Aziz: Kerajaan Perpaduan Tidak Akan Disebut Lagi

Susulan keputusan mendadaknya mengadakan seminar politik isu kerajaan perpaduan awal bulan depan, PAS hari ini menyeru semua pemimpin dan ahlinya menghentikan kenyataan terbuka berhubung isu tersebut.

"PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu kerajaan perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi," kata Ketua Penerangannya Idris Ahmad.

"Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti."

Seminar khas pada 7 November ini akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS di Gombak yang melibatkan seluruh peringkat kepemimpinan parti dari seluruh negara.

Selain anggota-anggota badan tertinggi PAS, ia juga mengundang wakil-wakil rakyatnya, setiausaha PAS kawasan dan pemimpin utama jentera penerangan parti.

Seminar itu dirancang selepas diputuskan dalam mesyuarat khas malam tadi sebagai reaksi terhadap desakan tegas Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mengadakan muktamar khas.

Menulis di blognya seminggu lalu, tokoh besar PAS itu mendesak sedemikian untuk membincangkan "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk terus berminat dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno, sehingga membawa kesan kemerosotan undi parti itu, seperti pada pilihan raya Bagan Pinang awal bulan ini.

Beberapa nama yang disebut di Blog Tok Guru yang dianggap bermasalah itu: Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Susulan itu, mesyuarat khas kira-kira empat jam sehingga jam 1 pagi tadi turut memutuskan untuk menyeret PAS Selangor ke hadapan jawatankuasa disiplin parti.

Tindakan itu dipercayai ekoran beberapa kenyataan terbuka Dr Hassan dalam isu penjualan arak dan tegurannya terhadap jawatankuasa khas DUN Selangor yang menjalankan siasatan awam kes penggunaan dana.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Idris berkata sebarang aduan berhubung salah laku pemimpin dan ahli hendaklah dirujuk kepada lembaga disiplin PAS dan tidak perlu lagi
disebarkan mela

Read more...

Nizar: Untuk Sementara Kerajaan Perpaduan Ditutup Dahulu; Masih Tunggu Isyarat Nik Aziz

Mesyuarat JK Pusat Pas selama 4 jam yang berakhir kira-kira pukul 1 pagi ini membuat ketetapan, bahawa perbincangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ditutup untuk sementara waktu, menunggu isyarat Tok Guru Nik Aziz.

Nik Aziz pada zahirnya bersetuju berbincang dengan UMNO untuk mengukuhkan ummah, bukan membentuk kerajaan Perpaduan. Nik Aziz dalam masa masih percaya kepada Pakatan Pas-Dap dan PKR. Jika suatu masa nanti isyarat untuk membentuk kerajaan Perpaduan dengan Umno ditemukan, maka Tok Guru itu akan memaklumkannya.

Dalam mesyuarat yang sama juga telah diputuskan bahawa Hassan Ali akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti. Jika didapati bersalah, Hassan Ali boleh dipecat dari parti.


Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Nizar News: Ong Tee Kiat Baru Tahu Siapa Liow Tiong Lai

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengingatkan pihak-pihak yang kini mempersoalkan pelan damai parti itu bahawa beliau dan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menguassi hampir 100 peratus perwakilan parti itu.

"Sewaktu mesyuarat jawatankuasa pusat MCA pada 15 Oktober lalu, seseorang berkata saya menguasai hampir 50 peratus perwakilan manakala Datuk Seri Chua mendapat sokongan 47 peratus.

NONE"Kenyataan orang itu telah membuat saya sedar bahawa saya dan Dr Chua sepatutnya bergabung tenaga menyatukan parti, kerana secara bersama, kami menguasai hampir 100 peratus perwakilan.

"Jadi, mengapa mesti ada orang yang mahu mempersoalkan pelan damai?" tulis Ong dalam blognya.

Ong jelas merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong bahawa mereka langsung tidak tahu menahu mengenai pelan damai yang dicadangkan oleh Ong itu.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Liow dilaporkan berkata: "Ong memaklumkan kepada kita (anggota jawatankuasa pusat) bahawa ia satu pelan perpaduan (sebelum diumumkan), tetapi tidak menjelaskan kandungannya."

Oleh itu, ketiga-tiga mereka dan 11 lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) menggesa supaya diadakan satu mesyuarat baru untuk menjelaskan kandungannya.

Mereka yang sebelum ini merupakan setia Ong kini dianggap sebagai kuasa ketiga yang didakwa mahu menyingkirkan Ong dan Chua.

Mengulas lanjut, Ong berkata pelan damai itu adalah untuk menamatkan kemelut dalam parti itu, menyatukan semula MCA sertau untuk memulihkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pelan tersebut telah dikemukakan kepada perdana menteri dan beliau telah merestuinya," kata Ong lagi.

Oleh itu, katanya, adalah membingungkan mengapa beliau pula perlu mendapat kebenaran jawatankuasa pusat "bila saya mahu memulihkan perpaduan dalam parti."

"Apakah mereka ini berharap untuk melihat parti terus menerus diheret kemelut, supaya mereka dapat mencapai cita-cita untuk kepentingan diri sendiri?

"Adakah mereka faham pentingnya untuk memastikan pelan damai itu berjaya supaya MCA boleh memulihkan parti dan membawa pembaharuan ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum lalu?

"Adakah mereka tidak sanggup mengenepikan kepentingan diri mereka demi MCA dan negara?" soalnya lagi.

Ong berkata, beliau juga telah ditanya mengenai janjinya yang dibuat sebelum mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu.

"Saya sudah banyak kali memperjelaskan isu tersebut. Adalah tidak wajar untuk saya mendedahkan perkara-perkara tertentu yang boleh memalukkan beberapa pemimpin parti," katanya.

Ong menegaskan bahawa MCA mempunyai urusan yang belum selesai dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah satu salah daripadanya.

"Kita telah sampai ke pusingan terakhir dalam usaha kita untuk mencari punca masalah PKFZ. Sekarang adalah masa untuk bergerak ke hadapan, tanpa diganggu oleh soal-soal yang remeh temeh

Read more...

Nizar-Anwar: Perletakan Jawatan Jeffery dan Christina Liew Telah Dijangka

PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.

"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.

"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.

"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.

Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti.

Dalam perkembangan lain, penasihat PKR Anwar Ibrahim telah menjangka perletakan jawatan dua pemimpin tersebut,kerana desas desus mengenainya telah berlangsung lama. Atas sebab itu saya nasihat Presiden parti supaya melantik pemimpin baru yang mempunyai komitmen dalam perjuangan parti. Kata Anwar.

Read more...

Kematian Teoh Beng Hock: Mahkamah Rayuan Benarkan Kesaksian T.Sivansen:

Mahkamah rayuan yang bersidang hari ini membenarkan kesaksian T. Sivanesan berhubung dengan kematian Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama Hakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan kesaksian T. Sivanesan.

Ke tiga-tiga hakim itu membuat keputusan bahawa terdapat hubungan antara kesaksian T. Sivanesan dengan kematian Teoh beng Hock, kerana kedua-dua kejadian berlaku dalam bangunan yang sama, yakni pejabat SPRM Selangor.

Peguam SPRM Manoj Kurup yang mencuba agar hakim mengenepikan kesaksian T. Sivanesan telah ditolak sebulat suara.

Dengan penghakiman tersebut, teori yang mengatakan bahawa kematian Teoh Beng Hock telah dibunuh oleh pihak tertentu SPRM mungkin akan terbongkar, apatah lagi rumusan dr pakar Thailand yang mengatakan 80% Teoh beng Hock memang mati dibunuh.

Read more...

Nizar-Zambry News: Wayang Nizar Jelas; Sidang DUN Perak Ditangguh Jam 12:55 Oleh Ganesan untuk Tarikh Akan Datang

Wayang Nizar selesai. Kali ini ini himpunan gambar-gambar dan rakaman video yang menggambarkan pihak polis mengkasari mereka kononnya akan dilapor kepada polis.

Nizar sejak awal-awal lagi merancang agar supaya sidang rasmi DUN Perak agar jadi kecoh, kerana bagi Nizar dan kawan-kawan, jika sidang tersebut berjaya, maka akan menjadi tamparan hebat kepada Pakatan.

Sidang rasmi DUN Perak ternyata lancar dan mencapai matalamatnya, yakni pembentangan bajet. Bajet pun diluluskan. Wayang Nizar tidak berbaloi.

Budaya Nizar agar ditangkap dan dikasari tidak berlaku. Polis bertindak profisional. Apa pun pujian perlu diberikan kepada ketua Polis Perak Datuk Dulkefli Abdullah.

Wayang Nizar seperti mencurah garam ke laut, sia-sia kali ini. Orang ramai pun tahu kelibat Nizar, senantiasa mencabar polis. Polis bertindak bijak, kerana kerja bodoh jangan dituruti.

Tahniah Zambry dan tahniah POLIS.

Read more...

Nizar-Zambry News: Sidang 2 IN 1 Dun Perak: BN Lulus Bajet: Pakatan Tangguh Sidang

Dalam sejarah ini lah pertama kali, persidangan DUN Perak dijalankan seperti minuman tongkat Ali 2 in 1.

Sidang DUN Tajaan BN bersidang dipengerusikan oleh Ganesan, meluluskan bajet Perak, sementara DUN Tajaan Pakatan dipengerusikan oleh Sivakumar menangguhkan sidang.

Dalam segi perlembagaan sidang DUN Perak tajaan BN adalah sidang rasmi, kerana mendapat perkenaan Sultan Perak, manakala sidand DUN Tajaan Pakatan hanya mengambil peluang dan kesempatan. Sidang DUN Tajaan Pakatan tidak mempunyai makna dan erti langsung, hanya sidang untuk diri mereka sendiri. Bersidang demi diri sendiri dan kepuasan diri sendiri.

Read more...

Nizar News: Rasuah Pegawai Tinggi Kerajaan: Tamparan Kepada Kerajaan Najib

Seorang bekas ketua setiausaha MOSTI telah didakwa dengan 10 tuduhan rasuah di mahkamah sesyen Shah Aalam Pagi ini (gambar kanan adalah pegawai kerajaan yang terbabit). Abdul Hanan Awang Endut dikatakan menerima rasuah berjumlah 1o juta ringgit.

The Star pula memetik sumber-sumber melaporkan bahawa bekas ketua setiausaha itu didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan satu projek.

Menurut sumber-sumber itu lagi, SPRM telah mula menyiasat kes tersebut sejak awal tahun ini.

Dia juga difahamkan akan didakwa atas sekurang-kurangnya lapan tuduhan di bawah Akta SPRM.

Read more...

Nizar News: Khalid Ibrahim Sokong Postmortem ke-2 Teoh Beng Hock

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong penuh permintaan keluarga Teoh Beng Hock agar bedah siasat dilakukan semula ke atas mayat simati dengan penyeliaan pakar patologi antarabangsa, Dr Pornthip Rojanasunand.

Beliau yakin, ia akan membongkar rahsia di sebalik kematian Teoh Beng Hock.

Berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian cemerlang dalam bidang autopsi, Khalid berkata bedah siasat baru di bawah seliaan Dr Pornthip adalah langkah yang sewajarnya diambil.

"Saya rasa ini perlu kerana dia memberikan ketelusan kepada usaha yang dibuat sebab Dr Pornthip yang telah membuat andaian 80 peratus Teoh Beng Hock ialah diseksa dan menyebabkan terjadinya kematian Teoh Beng Hock.

"Kemudian dia juga telah mengatakan beberapa retak tulang itu adalah bukan sebab dia jatuh tetapi oleh sebab ada perkara-perkara yang lain," kata Tan Sri Abdul Khalid (gambar bawah).

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga mahu patologis terkenal Dr Pornthip Rojanasunand dari Kementerian Undang-undang Thailand menguruskan bedah siasat itu. Image

Langkah ini perlu bagi melihat apakah ada unsur pembunuhan disebalik kematian mangsa. Gobind menambah pihaknya akan memfailkan permohonan untuk bedah siasat kehadapan Koroner Azmil Muntapha Abas selewat-lewatnya Selasa depan.

"Kita tak mahu tuding jari pada mana-mana pihak. Kita hanya mahu keadilan kepada mendiang. Keluarga mangsa bersetuju untuk menggali kubur mendiang dan kita akan hantar permohonan pada Mahkamah Majistret Shah Alam esok," katanya.

Mangsa ditemui mati pada 16 Julai lalu di bumbung tingkat 5 Plaza Masalam dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Dr Pornthip dari Kementerian Undang-undang Thailand dilantik Kerajaan Selangor bagi membantu inkues menyiasat punca kematian pembantu kepada Exco Selangor itu.

Dr Pornthip menempa nama dalam pembabitannya membedah siasat mangsa tragedi Tsunami 2007 dan membongkar kes-kes rumit di Thailand. Sepanjang keriernya sebagai ahli patologi, dia telah membedah lebih 10,000 mayat.

Khalid berkata kerajaan negeri mahu bedah siasat baru dilakukan segera agar siasatan dapat dilakukan dengan lebih telus.

"Dari segi ketelusan, kerajaan negeri bersetuju supaya perkara ini dibuat dan memberikan peluang untuk keluarga Teoh Beng Hock untuk mendapatkan apa yang sebenarnya berlaku kepada anak mereka," jelas Khalid lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian selepas merasmikan Jamuan Deepavali DUN Ijok di Ladang Tuan Mee, Sungai Buloh semalam, lapor laman web Selangor kini.

Read more...

Tuesday, October 27, 2009

Nizar News: Komen Mustapaha Ali " Itu Lah Hebatnya Saya"

Itulah hebatnya (saya) barangkali." Begitulah reaksi spontan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sewaktu ditanya perasaan beliau selepas disenaraikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai salah seorang pemimpin yang perlu 'dibersihkan' daripada Pas.

Malah Mustafa turut menyifatkan dirinya paling tenang hari ini. "Secara jujurnya saya tak rasa apa-apa pun berbanding yang lepas-lepas, Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebut nama begitu tak ada apa-apa, saya tak ada terluka. "(Dulu) orang pernah kata saya macam-macam, tak jadi apa," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar, Mustafa menangkis pelbagai soalan sensitif daripada wartawan dengan memberi jawapan bersahaja sambil ketawa kecil.

Politik dalaman Pas sekali lagi mencuri tumpuan nasional apabila Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas melalui blognya www.blogtokguru.com Jumaat lalu mencadangkan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan beliau ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa yang ditanya adakah beliau terkejut dengan tindakan Nik Abdul Aziz berkata: "Secara tiba-tiba memang saya pun begitu juga...tapi awak tak usah masuk (tulis) saya terkejut nanti benda itu nampak parah sangat, saya tak terkejut." Ditanya kenapa Nik Abdul Aziz mencadangkan EGM dan menamakan pemimpin yang perlu dibersihkan, Mustafa meminta wartawan bertanya kepada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Awak tanya dia, jangan tanya saya, kalau tanya saya tiada masalah. Kalau awak tanya dia (Nik Abdul Aziz) mungkin ada (masalah). "Tak boleh tanya saya benda yang saya tak kata, saya pun tak faham juga, saya tak boleh buat andaian apa sebab, saya tak tahu," tegasnya. Menjawab soalan adakah berlaku konflik dalaman dalam Pas, Mustafa menafikan perkara itu kerana tiada pihak yang membangkitkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 18 Oktober lalu.

Read more...

Monday, October 26, 2009

Nizar News: Ustaz Nasha Pelik: Nik Aziz Mudah Percaya Berita Palsu dan Bohong

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hairan dan terkejut dengan alasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) iaitu bagi membersihkan parti daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Ustaz Nasha bimbang jika cadangan diadakan EGM itu dilontarkan Nik Abdul Aziz berdasarkan andaian semata-mata tanpa bukti kukuh mengaitkan pemimpin tertentu sebagai prokerajaan perpaduan.

Sebenarnya, tiada keperluan mendesak bagi parti mengadakan EGM jika hanya sekadar mahu menyelesaikan 'perkara kecil' melibatkan satu atau dua pemimpin yang dikatakan prokerajaan perpaduan.

Sehubungan itu, Ustaz Nasha menyifatkan cadangan Nik Abdul Aziz itu boleh merunsingkan ahli-ahli peringkat akar umbi. "Saya tak nampak keperluan mengadakan EGM itu, itu pendapat peribadi saya.

Saya sendiri terkejut dengan cadangan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) yang mahu EGM diadakan. "Tiada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja suruh buat EGM. Sebelum ini saya tidak dengar ada masalah di kalangan pemimpin parti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin tidak menafikan kini wujud kebimbangan di kalangan ahli-ahli Pas terhadap perkembangan mutakhir parti tersebut. Sehubungan itu, katanya, menjadi tanggungjawab para pemimpin Pas menyelesaikan sebarang masalah atau salah faham secara bijaksana.

Beliau menambah, Dewan Pemuda Pas sendiri akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti cadangan Nik Abdul Aziz itu di ibu negara Selasa ini. "Pemuda Pas akan menyatakan pendirian berkaitan EGM berkenaan selepas mengadakan mesyuarat. Pandangan ahli-ahli akan diambil kira," katanya.

Sementara itu, Nasrudin dalam entri blognya hari ini mengingatkan ahli-ahli Pas dan kepimpinan parti supaya mengelakkan fitnah terutama apabila berdepan dengan sahabat seperjuangan. Jelas beliau, fitnah yang dicetus samalah seperti menikam dan membunuh sahabat seperjuangan serta kesannya lebih kejam. "Menjadi tanggungjawab kita memastikan jangan bercakap dan mengulas perkara yang tidak diketahui hujung pangkal atau membentuk sikap semata-mata mendengar daripada satu-satu pihak," katanya.

Read more...

NIzar News: Dermawan Sabah Dihargai: Raya Erom Dapat Datuk

KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria (YKS) Datuk Raya Erom, yang dinobatkan sebagai Wira Dermawan oleh Majalah Forbes Asia awal tahun ini, menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran "Datuk" Sabtu.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah, sempena sambutan ulang tahun ke-63 beliau di Istana Negeri di sini.

Menerusi YKS yang merupakan sebuah institusi kebajikan, Raya selaku sukarelawan, dermawan dan aktivis kebajikan, telah banyak membantu golongan kurang bernasib baik dari seluruh negeri ini.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan, sehinggakan dipilih sebagai penerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah Tokoh Sukarelawan Kebajikan Wanita (Tahun 2003), Anugerah Khas Tokoh Belia Wanita (Tahun 2003) dan Anugerah Maulidur Rasul (Tahun 2002).

Selain menjadi Pengerusi YKS, beliau juga menjadi Penaung Persatuan Kecergasan dan Pembangunan Orang Tua Kota Kinabalu (Persatuan KOAT) dan mantan anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa).

Raya mendirikan rumahtangga dengan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, dan pasangan itu mempunyai empat cahaya mata -- Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera.

Read more...

Nizar: Rabu: Sidang DUN Perak dan Juga Mesyuarat JK Pusat Pas

Rabu ini dua peristiwa besar bagi Pas akan berlaku. Pertama sidang DUN Perak yang diperkirakan akan kecoh dan panas. Sementara itu Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan bertemu Rabu ini bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya, termasuk satu muktamar khas.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membahaskan isu tersebut.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Menulis di blognya Khamis lepas, Nik Aziz menggesa satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah" kerana masih berpegang kepada idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau mengulas analisis politik seorang pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari yang mengaitkan ketewasan teruk PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekalutan, yang melibatkan pemimpin parti itu, dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Di sidang media sama, Mustafa turut menafikan kontroversi terbaru itu satu masalah dalaman parti seperti ditanggap pihak luar, antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

Nizar: Bajet 2010 Bukan Untuk Rakyat Biasa: FOMCA Melihatnya

Bajet 2010 bertemakan 'Satu Malaysia, Kemakmuran Bersama' yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat tidak banyak memberi kesan dan manfaat, khususnya kepada rakyat bawahan.Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah, berkata biarpun bajet kali ini melihatkan banyak galakan dan pelepasan tertentu bagi mencergaskan ekonomi, ia tidak menampakkan sebarang pemberian yang nyata dan jelas kepada orang perseorangan
Selain merujuk kepada laporan audit yang mencatatkan banyak penyelewengan, Sha'rani berkata sekiranya dana kerajaan tidak diuruskan dengan berkesan, maka soal ketirisan yang berlaku sebelum ini akan berulang.

Beliau turut menyelar kerajaan yang kurang menumpukan hal-hal berkaitan rakyat secara terus, tetapi lebih kepada hal-hal yang bersifat lebih besar.

"Saya lihat soal jaringan keselamatan sosial ini terlalu disempitkan ruang lingkupnya, sedangkan kos perjalanan juga adalah satu sara hidup, tapi dilihat sebagai satu aspek asing. Kalau boleh kurangkan tambang bas atau rel harian, pengguna boleh jimat belanja harian dan guna penjimatan itu untuk keperluan lain seperti menghadapi kenaikan harga barang," tegas beliau.

Menyentuh soal subsidi yang turut dimuatkan dalam bajet kali ini, Sha'ani berkata Fomca sememangnya bersetuju dengan poemberian tersebut, tetapi ia perlu dibahagikan secara adil.

"Saya melihat orang yang guna banyak akan dapat manfaat bersama, khususnya untuk orang yang mencuri yang menggunakan bahan tersebut untuk perdagangan. Mereka juga dapat subsidi. Jadi, ia akan menjadi satu ketirisan dari dana kerajaan yang tidak mencapai saranan kerajaan untuk membantu golongan yang disasarkan kerajaan," tegas beliau, sebagaimana dipetik dari sebuah wawancara yang disiarkan secara langsung.

Read more...

Sunday, October 25, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Kenapa Darah Tidak Terpercik?

Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama. Hasil postmortem telah pun didengar melalui inkues ini sebelum ditangguhkan semalam.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.

TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.

Inkues kematian TBH masih dalam persidangan.

Read more...

Saturday, October 24, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Keputusan Postmortem Meragukan

Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama. Hasil postmortem telah pun didengar melalui inkues ini sebelum ditangguhkan semalam.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.

TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.

Inkues kematian TBH masih dalam persidangan.

Read more...

Nijar: Tuduhan Kamu Ini Liar dan Bohong: Bercakap Benar Lah

Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.

Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami.

"Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar.

Mesra berbincang sambil duduk bersila Ds. Nizar,Dato' Ngeh,Drs. Khalil dan YB Chan Lih Kang berbincang sesuatu selepas acara perasmian.

"Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang. Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi.

Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia.

Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.

Read more...

Nizar-Anwar-Ustaz Nasha: Bajet 2010 Tiada Pembelaan untuk ATM, Tambah Bebanan Baru dan Ulangan Bajet 2009

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.

Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.

"Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku," katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.

Anwar juga berkata, bajet tersebut juga memperkenalkan bebanan baru kepada rakyat melalui caj penggunaan kad kredit sebanyak RM50.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyifatkan isu pembangunan industri halal "sekadar pengulangan tanpa pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam belanjawan terdahulu".

"Secara realitinya Malaysia masih lagi ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan Thailand dan China yang bukan beragama Islam.

"Perkara ini tidak dipindahkan dalam bentuk tindakan walaupun sudah lama kita dengar," katanya.

Beliau menyambut baik manfaat-manfaat yang diberikan kepada rakyat melalui bajet tersebut, misalnya pengurangan cukai individu.

Read more...

Nizar: Benar Kah Dr Mahathir Kecewa: Kes Video Linggam Ditutup: Ikuti Rungutan Mantan PM Ini

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana kes pita video Lingam telah ditutup, dan oleh itu tidak memberi beliau peluang untuk membersihkan namanya.

"Beliau (peguam Datuk VK Lingam) tentunya merasa lega, Tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya (diraja), mengenai pengaruhnya ke atas saya dalam pemilihan hakim-hakim?" soalnya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.

"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?

"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?" tambahnya.

Dr Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.

"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.

"Tidak ada kesalahan jenayah'

Read more...

Nizar: Kenapa Hanya 30 Pelajar? Dapat Biasiswa! Memadai Kah? Penduduk Malaysia 27 Juta

30 pelajar terbaik berasaskan merit diberi biasiswa nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia, pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama mulai tahun 2010, kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun - Bajet 2010.

Read more...

Friday, October 23, 2009

Nizar !!! Surat Sidang DUN Sivakumar: Kata R. Ganesan Adalah Surat PALSU

Read more...

Nizar: Tahun Depan Kereta Mewah dan Orang Kaya Tak Dapat Minyak Bersubsidi

Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

"Keadaan ini membebankan kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi," katanya ketika membentang bajet di Parlimen hari ini.

Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan menggunapakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.

Read more...

Kematian Teoh Beng Hock: Di Sebalik Kegagalan Pathlogist Negara Menemukan Punca Sebenar Kematian Beng Hock

Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama. Hasil postmortem telah pun didengar melalui inkues ini sebelum ditangguhkan semalam.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.

TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.

Inkues kematian TBH masih dalam persidangan.

Read more...

Najib: Bajet 2010: Cabaran Negara Adalah Negara Serantau

Najib mengatakan bahawa cabaran perekonomian negara pada masa kini adalah daripada negara serantau. FDI atau Pelaburan langsung asing yang mengalir ke negara ini sebelumnya, tidak lagi selancar dahulu, kerana negara serantau telah mencipta keadaan mesra perniagaan yang lebih kondusif.

Dalam perkembangan lain, Najib juga mengatakan bahawa 9 bulan pertama tahun ini jumlah export negara telah menurun 24% dibanding peningkatan pada masa yang sama tahun 2008.

Demi mengatasi fenomena ini, kerajaan mengwujudkan berbagai inovasi yang meliputi perkhidmtan awam dan swasta.

Najib juga menegaskan bahawa saingan kuat dari negara serantau, kerana itu kerajaan tidak boleh berdiam diri. Kerajaan melalui khazanah akan melonggarkan berbagai syarat untuk menarik FDI.

Ucapan bajet 2010 masih sedang berjalan

Read more...

Nizar-Pas-Nik Aziz Bangga Kelantan Bebas Rasuah

Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa. Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Read more...

Nizar Ada Peluang Dapat Semula Jawatan MB: SPR Dicabar

Sivakumar yang mengisthirkan 3 DUN kosong pada 3 Februari mendapat kebenaran mahkamah mencabar SPR kerana tidak mengadakan PRK bagi 3 DUN yakni Beharang yang diwakili Jamaludin Mohd Radzi-PKR, Cangkat Jering- Mohd Osman Jailu-PKR dan Jelapang- Hee Yit Fong-Dap.

Tiga DUN ini mengisthirkan diri mereka keluar dari parti masing-masing dan menjadi DUN Bebas pro BN. Ekoran sokongan mereka kepada BN, maka Nizar kehilangan majoriti dan terpaksa mengosongkan jawatan MB pada 5 Februari.

Namun Nizar kemudian bertukar fikiran dan tidak mahu mengosongkan jawatan MB walaupun tiada sokongan DUN, kerana menurutnya beliau belum kehilangan sokongan melalui undian dalam persindangan DUN Perak.

Sebutan kes cabar mencabar antara Nizar dan Zambry masih kes mahkamah dan akan disebut semula pada 5 November depan.

Ekoran pertukaran parti 3 DUN ini, maka krisis melanda Perak, sehinggakan sidang DUN Perak menjadi kecoh dan gaduh.

Nizar hingga kini telah 2 kali mengadakan sidang DUN, yang pertama sidang DUN bawah Pokok dan kedua sidang DUN Hotel Heritage.

Sementara itu Zambry telah mengadakan sidang DUN pada Mei lepas, di mana kekecohan terjadi, sehinggakan Sivakumar terpaksa diusung keluar kerana enggan meninggalkan kerusi speaker, walaupun Sivakumar telah diluncutkan jawatan,kerana tidak dipilih oleh majoriti. Pada sidang DUN tersebut, R.Ganesan dipilih sebagai speaker DUN yang baru.

Pada 28 oktober ini sidang DUN Perak akan diadakan.

Read more...

Thursday, October 22, 2009

Nizar-Sivakumar Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar SPR

Sivakumar yang mengisthirkan 3 DUN kosong pada 3 Februari mendapat kebenaran mahkamah mencabar SPR kerana tidak mengadakan PRK bagi 3 DUN yakni Beharang yang diwakili Jamaludin Mohd Radzi-PKR, Cangkat Jering- Mohd Osman Jailu-PKR dan Jelapang- Hee Yit Fong-Dap.

Tiga DUN ini mengisthirkan diri mereka keluar dari parti masing-masing dan menjadi DUN Bebas pro BN. Ekoran sokongan mereka kepada BN, maka Nizar kehilangan majoriti dan terpaksa mengosongkan jawatan MB pada 5 Februari.

Namun Nizar kemudian bertukar fikiran dan tidak mahu mengosongkan jawatan MB walaupun tiada sokongan DUN, kerana menurutnya beliau belum kehilangan sokongan melalui undian dalam persindangan DUN Perak.

Sebutan kes cabar mencabar antara Nizar dan Zambry masih kes mahkamah dan akan disebut semula pada 5 November depan.

Ekoran pertukaran parti 3 DUN ini, maka krisis melanda Perak, sehinggakan sidang DUN Perak menjadi kecoh dan gaduh.

Nizar hingga kini telah 2 kali mengadakan sidang DUN, yang pertama sidang DUN bawah Pokok dan kedua sidang DUN Hotel Heritage.

Sementara itu Zambry telah mengadakan sidang DUN pada Mei lepas, di mana kekecohan terjadi, sehinggakan Sivakumar terpaksa diusung keluar kerana enggan meninggalkan kerusi speaker, walaupun Sivakumar telah diluncutkan jawatan,kerana tidak dipilih oleh majoriti. Pada sidang DUN tersebut, R.Ganesan dipilih sebagai speaker DUN yang baru.

Pada 28 oktober ini sidang DUN Perak akan diadakan.

Read more...

Nizar-Anwar: Tian Chua Bukan Saksi Bonafide

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut. Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

Nizar-Anwar: Di Sebalik 16 September: Bukan Hak Kamu

Angkatan Muda PKR (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah "dirampas" oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.

Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

"Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan," katanya.

Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga "terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat."

"Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini," katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.

Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.

Bayaran royalti

Tambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.

"Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.

Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.

"Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur," katanya lagi.

Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.

Read more...

Nizar-Pas: Ibrahim Ali Kata: Kacang Mesti Lupa Kulit: Sepah Mesti Lupa Manis

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu pertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum lalu, sudah berakhir.

Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, buat masa ini belum ada keperluan baginya menyertai Umno walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya.

"Saya juga perlu menjaga integriti dan kredibiliti saya sebagai pemimpin Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dan perlu kekal sebagai anggota Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

Ibrahim berkata beliau gembira melihat Umno sekarang yang sudah menjadi betul-betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik.

"Berbeza pula dengan Pas, bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan nampaknya mereka tidak boleh terima sehingga mendesak saya supaya meletak jawatan dan mengatakan saya tidak mengenang budi," katanya. - Bernama

Read more...

Nizar-Anwar: Pakatan Tiada Krisis Hanya Gelombang

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya.

'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.

Anwar juga menegaskan bahawa beliau tidak bimbang dengan komitmen pucuk pimpinan Pakatan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan tersebut.Bagaimanapun, katanya, mereka bersetuju bahawa kadang-kadang wujud ketidakselesaan di peringkat akar umbi.

Anwar juga mengingatkan bahawa perbezaan antara pemimpin gabungan itu perlu diselesaikan secara bermuafakat melalui saluran yang ada.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Pakatan, terutama di peringkat akar umbi.

"Saya tidak bimbang langsung terhadap hubungan kami di peringkat pusat tetapi Umno sudah tentunya akan terus memainkan isu-isu tersebut," kata Anwar lagi.

Beliau juga menafikan wujudnya pergeseran antara Azmin - yang mempunyai masalah dengan para pemimpin PKR Sabah - dengan Zaid, yang telah melawat negeri itu walaupun mendakwa beliau telah dilarang ke sana oleh pucuk pimpinan parti itu.

Azmin telah dipetik dalam laporan media sebagai berkata Zaid tidak dihalang oleh sesiapa pun dalam parti itu daripada menghadiri majlis parti itu di Sabah.

Beliau menggesa Zaid memperjelaskan apa yang dimaksudkannya apabila beliau berkata ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim tidak memberi restu kepadanya (Zaid) untuk melawat negeri itu.

Read more...

Tuesday, October 20, 2009

Nizar-Raja Petra Kamrudin: Reka Fitnah Lagi: Kali Ini Fitnah Pada Sultan Perak

Raja Petra mendedahkan dalam tulisannya, bahawa baginda Sultan di kedua-dua negeri, Perak dan Selangor sengaja melambat-lambatkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat hingga tertunda satu minggu sebelum diperkenan untuk mengangkat sumpah dengan mengenakan beberapa syarat.

Menurut dakwaan Raja Petra lagi, penundaan tersebut telah memberikan ruang masa dan kesempatan bagi kerajaan Barisan Nasioanal untuk memindah dan memusnahkan segala bukti salah laku yang ada.

Penundaan satu minggu itu juga memberikan kesempatan bagi Umno berbincang dengan PAS, bagi tujuan menubuhkan kerajaan UBN/PAS negeri Perak dan Selangor.

Ikuti seterusnya terjemahan tulisan Raja Petra seperti berikut :

Malahan Umno bersetuju melantik Menteri Besar daripada PAS bagi kedua-dua negeri tersebut serta menyetujui untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Tetapi PAS tetap setia dengan rakan mereka DAP dan PKR lalu menolak tawaran Umno. Akhirnya Sultan tiada pilihan melainkan bersetuju untuk menerima angkat sumpah Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di dua negeri, Perak dan Selangor.

Tetapi, ini tidak menghentikan mereka daripada membuat rancangan disebalik tabir untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan tersebut.

Sultan Selangor lebih bersedia untuk menimbang semula perkara tersebut sebagai ‘a fait accompli’ (sesuatu yang sudah dipersetujui dan tidak boleh diubah). Tambahan pula,Pakatan Rakyat di Selangor mempunyai majoriti yang jelas dan adalah rumit untuk membeli begitu ramai wakil rakyat. Tetapi Perak adalah berlainan sama sekali. Majoriti Pakatan Rakyat di Perak begitu tipis berbanding dengan Selangor.

Sejurus setelah kerajaan baru diperkenankan, Baginda Sultan Perak mula meminta itu dan ini dan sebagainya.Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia untuk melayani beberapa permintaan pihak istana Perak demi menjaga hubungan baik dengan istana.Tetapi apa yang di pinta oleh Sultan dan keluarga Baginda tidak dapat ditunaikan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak ada pilihan melainkan berkata ‘tidak’ kepada permintaan Sultan.

Tentunya hal sedemikian amat mendukacitakan Sultan. Maka , apabila Pakatan Rakyat hilang majoriti, Sultan tanpa melengahkan masa, serta merta berkenan menerima angkat sumpah bagi kerajaan baru Barisan Nasional.

Pada mulanya, Sultan tidak begitu pasti samada Baginda patut singkirkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi memberi lalauan kepada kerajaan Barisan Nasional. Tatkala Menteri Besar Pakatan Rakyat , Nizar Jamaluddin, mengadap baginda, memohon supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan pilihanraya yang baru diadakan, Baginda bertitah akan memikirkannya terlebih dahulu.

Tetapi secara tiba-tiba selepas sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak, mengadap Baginda dan menggesa Baginda supaya menolak permohonan Pakatan Rakyat membubarkan DUN; Baginda berkenan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan baru.

‘Gesaan’ Najib adalah mudah.Nazrin, anakanda Baginda tidak akan menjadi Raja Muda Perak. Ini bermakna, Nazrin tidak akan ditabal sebagai pengganti Sultan. Dan apabila kelak Sultan mangkat, sebagai mana kepastian yang akan berlaku nanti, kerajaan persekutuan tidak akan menyokong Nazrin sebagai pengganti Sultan Perak . Lihat apa yang berlaku kepada Negeri Sembilan. Walaupun Yamtuan telah melantik anaknya sebagai pewaris tahta, namun itu tidak bermakna beliau menjadi Yamtuan yang seterusnya.

Maka, pewarisan Nazrin terhadap tahta negeri Perak bergantung kepada ‘hubungan muhibbah’ kerajaan pusat ; yang hanya sekiranya kerajaan negeri adalah dibawah Barisan Nasional maka adanya ‘hubungan muhibbah’ ini.Sekiranya Pakatan Rakyat kekal menerajui kerajaan, maka Nazrin dijangka membayar harganya apabila masanya tiba untuk menggantikan ayahandanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarga Baginda telah meminta banyak perkara , kesemuanya telah ditolak.Umno akan memastikan Baginda Sultan dan keluarganya akan memperolehi apa sahaja yang mereka mahu jika Barisan Nasional mengambil aleh kerajaan negeri Perak.

Dan dengan itu, nasib Pakatan Rakyat dimetrai.Sultan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan baru negeri Perak dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah yang Sultan dan keluarga Baginda mahukan yang Pakatan Rakyat katakan ‘tidak’ dan yang Barisan Nasional sekarang katakan ‘ya’?

Ya, jom kita lihat bagaimana dalam masa hanya beberapa bulan sahaja , Sultan dan keluarga Baginda tiba-tiba sahaja menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, tentunya dengan mengorbankan Pakatan Rakyat.

1. Umno menganugerahkan Sultan sekeping tanah kerajaan lot 183578. Tanah seluas 600 ekar ,lokasinya di Tanjong Tualang, daerah Kinta. Tanah ini didaftar atas nama Mohamed Khaair Johari Hj Osman , proksi Sultan.

2. Umno menganugerahkan Sultan satu konsesi balak seluas 1,000 ekar di sepanjang km-11 lebuh raya Gerik-Kupang di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak. Konsesi ini asalnya telah diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Bagaimana pun, ianya di tarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak yang Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menganugerahkan Sultan tujuh konsesi pembalakan di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 and 49 di hutan simpan Kenderong Hulu Perak. Tujuh lot yang luasnya lebih kurang 600 ekar, adalah dibawah nama dua syarikat proksi Sultan -- Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd and Kibaran Wang Sdn Bhd.

4. Umno juga dijangka meluluskan satu cadangan ‘penanaman hutan semula’ (reforestation) melibatkan 10,781 hecta ekar. 5,781 hecta ekar di hutan simpan Gunung Besout , diselatan Perak sementara 5,000 hecta bekar lagi di Pondok Tanjung, di jajahan Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek besar ini ialah Permatang Utama Sdn Bhd (nombor pendaftaran syarikat 513583-D) yang Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu Sultan.

5. Selanjutnya lagi, Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah telah di ‘izinkan’ untuk mengambil alih hak kerajaan negeri, Casuarina Hotel Ipoh, dengan harga rundingan ‘kerat leher’ hanya RM43 million; dimana harga yang jauh lebih tinggi boleh diperolehi melalui harga pasaran terbuka. Hotel tersebut terletak di satu kawasan utama Ipoh dan dengan hanya tanah kosong sahaja nilainya akan melibatkan wang yang begitu banyak.

Keluarga diRaja Perak bukan tidak berharta. Tetapi ianya umpama lebih tamak.Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah(gambar kiri) ialah seorang pengarah syarikat GAMUDA BERHAD dan merupakan orang Malaysia terkaya yang ke 25 dengan aset melebihi RM 773 juta. Ini menjadikannya wanita kedua terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki slot angka ke 18 dengan aset melebihi RM 1 bilion.

Gamuda Berhad telah dianugerahi lebih daripada RM10 bilion nilai kontrak.Ia mengawal dan menyelia 230 kilometres lebuh raya plus, adalah sebuah syarikat hartanah dan pemaju bandar dengan empat projek pembangunan bandara yang melibatkan lebih daripada 30,000 rumah.

Oleh itu kamu dah dapat tahu. Orang-orang Perak, terutamanya orang Melayu, bahawa Pakatan Rakyat tidak menghormati Baginda Sultan sebagaimana yang sepatutnya; fikirkanlah. Apa yang mereka tidak tahu ialah; Sultan tidak sepatut mendapat sebarang perghormatan.Dan ramai yang tidak menyedari bahawa kenapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat tersingkir keluar dari Perak.

Sekarang, kami harap mereka sudah menyedarinya.

Read more...

Nizar-Zambry: Siap Sedia Bubar DUN Perak?

Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.

Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.

Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.

Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.

Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.

Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.

Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.

"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."

BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.

"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.

Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.

Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.

Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.

Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.

"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.

"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"

Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.

"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.

"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".

Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.

"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.

Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP