Friday, February 25, 2011

RCI Kematian Teoh Beng Hock: Hanya Sandiwara Politik DAP, Dakwa Bekas Anggota PKR

KUALA LUMPUR: Tindakan pemimpin DAP dan peguam Karpal Singh dan Gobind Singh menarik diri daripada menyertai SuruhanjayaSiasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock merupakan satu sandiwara dalam usahamelambat-lambatkan prosiding, kata seorang bekas anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ng Lum Yong mendakwa bahawa DAP cuba untuk menggunakan kes itu untuk kepentingan mereka dengan harapan untuk menarik sebanyak mungkin sokongan dan undi daripada orang ramai dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya mengikuti kes itu setiap hari dan bersimpati dengan keluarga mangsa. Kes ini amat penting kepada masyarakat Cina.

"Jadi DAP berharap untuk memainkan kes ini untuk kepentingan mereka, supaya mereka dapat menggunakan kes ini sebagai isu semasa pilihan raya umum bagi mendapatkan undi simpati," katanya.

Beliau juga meminta DAP dan kerajaan negeri Selangor untuk memberikan kebebasan kepada Suruhanjaya Siasatan menyiasat kes itu dan sebarang usaha untuk mempolitikkan isu itu perlu dihentikan.

Inkuiri yang kini memasuki hari ke-10, mempunyai tiga bulan lagi untuk merumuskan kes itu. Ia perlu mengemukakan hasil inkuiri itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April.

Selepas inkuiri pada hari ketiga, keluarga Teoh menarik diri daripada menyertai suruhanjaya itu selepas mereka gagal mendapatkan kebenaran suruhanjaya itu bagi menangguhkan prosiding itu pada Jumaat.

Karpal dan Gobind juga gagal dalam permohonan mereka supaya Hakim MahkamahPersekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen berundur sebagai pengerusi suruhanjaya.

Ng, yang baru sahaja menyertai MCA bulan lepas, mengulas kenyataan Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang mendakwa bahawa penarikan diri DAP daripada suruhanjaya itu adalah disebabkan mereka tahu kedudukan sebenar.

Apabila ditanya jika beliau percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Wee, Ng berkata: "Beliau (Wee) seorang Anggota Parlimen, jadi saya fikir beliau sudahpasti mempunyai sumber maklumat yang boleh dipercayai dan kuat bagi beliau untukmengeluarkan kenyataan sedemikian.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. - BERNAMA

Read more...

Wednesday, February 16, 2011

Pulau Piinang tubuh portfolio exco agama bukan islam

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pewujudan portfolio exco baru bagi halehwal agama bukan Islam untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan agama Buddha, Kristian, Sikh, Tao dan Hindu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata ini adalah pertama kali portfolio seumpama itu diwujudkan di Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata portfolio tersebut akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.

Manakala Timbalan Ketua Menteri 11, Prof Dr P Ramasamy dilantik sebagai timbalan pengerusi portfolio tersebut.

Menurut Lim, cadangan penubuhannya telah dibawa oleh Dr Ramasamy dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri dan diluluskan minggu lalu.

Katanya, penubuhan portfolio tersebut menandakan sambutan Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.

Lim juga menegaskan bahawa portfolio itu berbeza dengan jawatankuasa kerajaan pusat bagi mempromosi harmoni dan kefahaman antara agama.

Kata, ia kerana apa yang diwujudkan oleh kerajaan negeri adalah portfolio exco sepenuhnya dan mencerminkan keperhatinan tulen kerajaan negeri terhadap semua perkara berkaitan agama.

Memandangkan George Town merupakan bandar Warisan Dunia UNESCO, kata Lim, maka pewujudan portfolio exco tersebut tepat pada masanya kerana ia mempromosikan kepelbagaian dan interaksi positif manusia mengenai ruang budaya, agama dan sosial.

"Walaupun ada perbezaan antara kita, tetapi kita disatukan oleh aspirasi bersama kita untuk amalan yang baik dan nilai moral keamanan sejagat, keadilan, kesederhanaan dan harmoni," tegasnya.

Menurutnya lagi, landasan portfolio exco baru itu ialah "kerjasama bukan konfrontasi, saling menghormati bukan toleransi, dan kefahaman bukan kejahilan."

Read more...

Saturday, February 12, 2011

Selangor Salah Guna Wang Negeri - Tun M

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan wang negeri itu bagi membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dihadapkan ke mahkamah kerana dakwaan menghasut adalah salah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, wang kerajaan negeri tidak boleh disalahgunakan kecuali mengikut kategori-kategori tertentu yang sudah diperuntukan.

"Kita tak boleh guna wang kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Wang kerajaan boleh diguna mengikut kategori-kategori tertentu yang sudahpun ditentukan.

"Kalau kita guna wang kerajaan dengan tidak mengambil kira kategori yang boleh kita belanja, itu adalah perbuatan yang salah dan tidak harus kita lakukan," katanya di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai bantahan banyak pihak termasuk rakyat negeri itu yang melahirkan perasaan tidak puas hati dengan keputusan kerajaan negeri yang bertegas mahu membiayai kos perundangan Shuhaimi.

Mereka berpendapat, masalah Shuhaimi bersifat peribadi dan tidak mewakili suara dan pandangan rakyat yang menjunjung tinggi institusi raja-raja terutama Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin Idris Shah.

Bagaimanapun bantahan berkenaan tidak dipedulikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malah menegaskan, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat di negeri itu.

Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dalam laman blognya, http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember tahun lalu.

Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar. My Star

Read more...

Thursday, February 10, 2011

Harga Saham terus turun

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan penurunan seterusnya pada tengah hari ini.

Peniaga berkata penurunan dalam pasaran Asia serantau dan prospek ekonomi yang masih rapuh di Amerika Syarikat menyebabkan pelabur tidak memasuki pasaran.

"Berita kenaikan terbaru kadar China juga menjejaskan sentimen," kata seorang daripada mereka.

Pada tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 15.45 mata kepada 1,520.62 selepas dibuka 11.68 mata lebih rendah pada 1,524.39.

Indeks Kewangan susut 200.109 mata kepada 13,758.86, Indeks Perusahaan turun 21.21 mata kepada 2,862.52 dan Indeks Perladangan berkurangan 41.21 mata kepada 7,998.10.

Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 80.061 mata kepada 10,541.26, Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia susut 7.71 mata kepada 4,583.92 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia jatuh 42.29 mata kepada 11,403.29.

Jumlah dagangan berjumlah 1.147 bilion saham bernilai RM1.238 bilion.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 505 berbanding 212 manakala 270 kaunter tidak berubah dan 400 yang lain tidak diniagakan.

Di kalangan kaunter cergas, Iris Corporation naik satu sen kepada 22.5 sen, Karambunai Corp tidak berubah pada 25.5 sen, SAAG Consolidated meningkat setengah sen kepada 13.5 sen dan Talam naik setengah sen kepada 11 sen.

Multi-Purpose Holdings juga antara kaunter cergas, naik lima sen kepada RM2.73. Semalam, ia mengumumkan rancangan untuk membeli kawalan penuh unit perjudian Magnum Holdings.

MTD Capital digantung selepas menerima tawaran daripada Nikvest Sdn Bhd dan tiga yang lain bagi membeli semua baki saham dalam syarikat itu daripada RM9.50 hingga RM11 sesaham.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM8.68, CIMB Group Holdings turun 10 sen kepada RM8.27, Sime Darby jatuh lima sen kepada RM9.33 dan Petronas Chemicals Group berkurangan 10 sen kepada RM6.15. - BERNAMA

Read more...

Monday, February 7, 2011

Gelombang Merah Umno- Mulut Naga kata Pas

PAS menyifatkan kempen Gelombang Merah yang digerakkan Umno Kelantan untuk menarik sokongan 400,000 orang muda hanyalah angan-angan Mat Jenin kerana golongan itu adalah "generasi yang sedar dan bermaklumat."

"Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kempen bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pemuda Umno negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang.

PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka antipenindasan, diskriminasi dan penyelewengan.

Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah.

Seramai 400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri.

Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Mereka tidak dapat menerima pengkhianatan kerajaan pusat yang tidak iktiraf kerajaan rakyat di Kelantan. Tindakan kerajaan pusat yang menyekat 118 projek sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991, merampas hak royalti minyak satu lagi bukti penyelewengan konsep federalisme.

Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, pada hal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan.

Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun.

PAS hendak menasihat Datuk Seri Mustafa Mohamed, lebih baik beliau ambil perhatian negeri-negeri di bawah BN dahulu seperti Sabah dan Sarawak.

Pulihlah ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi, semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN. Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.

Read more...

Friday, February 4, 2011

Saya telak muak jadi Presiden: Mubarak

Presiden Mesir Hosni Mubarak menyampaikan kesediaannya untuk segera menyerahkan jabatannya tetapi khawatir tindakannya itu nanti akan menimbulkan kekacauan yang melampau di negaranya.

Dalam wawancaranya dengan jaringan televisyen AS, ABC, Mubarak mengaku "sangat sedih" dengan tindakan kekerasan yang semakin tidak terkawal di Mesir dan tidak ingin lagi melihat rakyatnya terlibat dalam pertikaian.

Mubarak mengaku muak menjadi presiden dan ingin segera meninggalkan jawatannnya saat ini juga. Namun, Mubarak, dalam wawancaranya selama 20 menit, menjelaskan khawatir tindakannya itu akan menenggelamkan Mesir ke dalam kekacauan.

"Saya tak peduli apa kata orang tentang diri saya. Saat ini saya hanya peduli dengan negara saya, saya hanya menaruh perhatian pada Mesir," kata Mubarak, saat tunjuk perasaan memuncak yang menjurus kepada kekerasan untuk menentang kekuasaanya memasuki hari ke-10.

"Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi. Saya tidak ingin lagi melihat rakyat saya terlibat dalam perkelahian," ujar Mubarak merespon tindakan tunjuk perasaan yang diwarnai pertarungaan penuh keganasan antara penyokokngnya dan penentang pemimpin Mesir ini di Lapangan Tahrir, Kairo.

Mubarak menerangkan pemerintahannya tidak akan bertanggungjawab atas tindakan keganasan yang terjadi dan menuding jari kepada pihak pembangkang Ikhwanul Muslimin berada di balik tindakan keganasan itu.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP