Wednesday, August 26, 2009

Dr Chua Loi Lek di pecat dari MCA

Sungguh malang bagi Dr Chua, setelah dengan gantlemannya mengaku bahawa beliau lah yang terdapat dalam DVD yang diedarkan tahun 2008, dan kerana itu sanggup letak jawatan sebagai menteri. Pengorbanan Dr Chua ini, disambut dengan baik oleh ahli akar umbi MCA dengan memenangkannya jawatan nombor 2 parti.

Di peringkat akar umbi kepimpinan dr chua sangat diterima, akan tetapi diperingkat kepimpinan terutama presdien parti Ong Tee Kiat, Dr Chua adalah malapetaka baginya, kerana hanya Dr Chua boleh mencabarnya bagi jawatan nombor I parti.

Dr Chua boleh dikatakan pemimpin yang telus, disukai oleh masyarakat, bukan sahaja kaum cina akan tetapi kaum melayu dan india. Dr Chua adalah pemimpin all ground kerana sifatnya yang sample dan mampu membawa diri di semua peringkat.

Sifat pembawaannya yang to the earth ini merupakan kekurangannya dalam berhadapan dengan pemimpin atasan parti MCA,kerana pemimpin seumpama ini, bila-bila masa akan duduk di puncak kepimpinan parti.

Ong Tee Kiat telah berusaha sedaya upaya agar Dr Chua tidak menang kedudukan No.2 Parti, akan tetapi kehendak akar umbi berlainan.

Tuduhan skandal sek Dr Chua ini sebenar telah berlalu, namun kerana tiada lagi kesilapan yang boleh digunakan untuk menjatuhkan Dr Chua, maka lembaga disiplin sudah tentunya arahan Ong Tee Kiat, mempergunakan kes ini untuk memecat Dr Chua.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP