Wednesday, February 10, 2010

Dolak Dalik Nizar

SATU penghinaan kepada institusi kesultanan negara apabila Nizar mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia.

Lupa kah Nizar bahawa selepas PRU-12 walaupun BN sebagai single parti mempunyai kerusi 28,namun memilih gabungan DAP-PKR-PAS yang mempunyai kerusi 31, kerana menurut hemat tuanku, bahawa gabungan itu lah yang mempunyai majoriti. Atas sebab itu lah Nizar walaupun PAS mempunyai bilangan kerusi terkecil diantara 3 parti tersebut, namun memilih Nizar sebagai Menteri Besar. Jika benarlah apa yang dikatakan oleh Nizar itu, maka pada masa itu boleh sahaja Tuanku Sultan Perak melantik semula Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar.

Sifat dolak dalik Nizar ini sebagai burung unta, apabila takut menyembunyikan kepalanya yang kecil itu, sementara punggung terkankang luas.

“Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.” ini lah petikan kata-kata Nizar. Saya ingin bertanya, mana yang diperbetulkan? Nizar harus sedar diri bahawa dirinya lah perlu diperbetulkan, bukannya sistem. Nizar ini bagaikan orang menari yang tak tahu menari tetapi mengatakan pula lantai jungkar terbalik.

Kekecewaan Nizar ini memang terserlah kerana sebelum ini dia menguar-uarkan bahawa kemenangan pada pihaknya dengan keputusan 4-1. Dalam mengantisipasi keputusan tersebut Nizar malah telah mengerakkan seluruh jentera Parti Pas termasuk pemuda agar siap siaga demi menghadapi pembubaran DUN. Nizar juga pada 6 Februari semasa merayakan kejatuhnya berkata dengan yakin bahawa keputusan mahkamah akan berpihak kepadanya. Nizar begitu yakin dan percaya kepada badan kehakiman pada masa itu. Namun, apabila keputusan kehakiman tidak berpihak kepadanya, lain pula dikatakan. Inilah sifat hipokrit dan lidah bercabang yang ada pada keperibadian Nizar.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas" ini lagi kata-kata Nizar. Hanya orang yang kecewa dan tidak berpendirian berkata demikian. Nizar bebas mengatakan apa yang dia nak katakan, namun rakyat tidak akan terpesong atau terpengaruh pada apa yang membuku di hati Nizar. Orang yang telah buta seperti Nizar, apapun yang diperkatakan orang lain yang lengkap penglihatannya pasti dijawab "tak nampak" kerana bagaimana dia nampak, kerana dia memang buta.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.” Satu lagi kata-kata Nizar. Sekarang Nizar pandai pula menggunakan istilah "rakyat" Rakyat kah atau Nizar? Nizar lupa bahawa majoriti DUN Perak adalah wakil rakyat. Buta kah Nizar bahawa itu pun tidak boleh terfikir. Jangan gunakan istilah "rakyat" bagi memenuhi nafsu serakah, kerana sebahagian besar rakyat memang dah muak dan menolak keterkaitan mereka dengan perbuatan Nizar yang telah melampau dan penderhaka.

Bagi Nizar apapun keputusan yang tidak berpihak kepadanya pasti akan mengatakan "tidak bebas" "tidak adil" "dipengaruhi pihak-pihak tertentu" ini lah sifat orang yang ingin meneggakkan benang basah.

"krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka" kata-kata Nizar lagi. Kalau lah demikian, kenapa dari mula lagi ke hulu ke hilir dan mahkamah sana mahkamah sini untuk mengenepikan kerajaan Zambry? Sepatutnya apabila 3 DUN Pakatan yang keluar kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Nizar pada 5 Februari 2009, maka seharusnya Nizar terima hakikat bahawa disitulah penamat kerjayanya sebagai Menteri Besar,atas sebab tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar kerana kehilangan majoriti dalam DUN. Nizar lupa bahawa jawatan MB adalah jawatan Politik, bukan jawatan awam,kerana MB itu jawatan politik,kena lah akur kepada permainan politik.

Sifat dolak Dalik Nizar akan terus berpanjangan, kerana hanya itu sahaja caranya menyakinkan dan menutupi pembohongannya kepada para penyokongnya.

Read more...

Tuesday, February 9, 2010

Zambry Kekal MB Perak

Hakim mahkamah persekutuan yang bersidang hari ini mengekal YAB Datuk Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah dengan keputusan sebulat suara.

Yang Ariff Ariffin Zakaria membacakan keputusan tersebut dimana sebelumnya kes ini didengar di hadapan 5 hakim.

Dengan keputusan ini maka uar-uar Nizar selama ini bahawa keputusan akan berpihak kepadanya semuanya adalah muslihat untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.

Dengan keputusan ini maka usaha Pakatan untuk untuk membubarkan DUN Perak hanya angan-angan yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Pakatan akan menanti rebah. Malam isnin lalu Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu melalui temuaramah dengan TV3 ada membayangkan bahawa dalam masa 2-3 minggu ramai pemimpin dan ahli PKR akan keluar daripada parti itu, kerana telah muak dengan karenah para pemimpin parti yang diperkudakan oleh DAP.

Pakatan juga mengalami tamparan hebat apabila pemimpin umum mereka Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan Sodomy II.

Read more...

Monday, February 8, 2010

Esok Siapa MB Perak??

Keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari.

Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.

“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.

Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.

Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.

Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan.

Read more...

Gula-Gula @Sweets Siapa Tak Nak???

Pentadbiran negara Malaysia disusun mengikut cara-cara yang telah ditentukan oleh Peraturan-Peraturan Umum (General Orders) dan tata-tertib yang perlu dituruti dalam segala urusan Kerajaan. Tidak ada kebebasan kepada sesiapa untuk membuat sesuka hati mereka walau apa pun jawatan yang dipegang.

2. Perbelanjaan Kerajaan perlu mengikuti proses-proses tertentu (Financial General Orders). Pembangunan dibiayai oleh peruntukan wang dalam perancangan dan anggaran dalam Rancangan Lima Tahun dan belanjawan tiap-tiap tahun.

3. Sekarang kita lihat duit Kerajaan dibelanja sebagai gula-gula untuk mengatasi masalah politik.

4. Sabah dan Sarawak diagih kononnya mencecah berbilion Ringgit untuk projek-projek yang tidak ada dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan dan bajet bagi tahun ini atau tahun lain. Betulkah pengumunan itu? Betul duit itu disalurkan ke Sabah dan Sarawak? Betul kah orang Sabah dan Sarawak yang dapat? atau hanya gimik? seperti Amerika di Iraq? syarikat Amerika yang dapat, orang Iraq putih mata.

5. Wang Kerajaan diurus seolah-oleh duit sendiri. Dahulu Kerajaan mengagih peruntukan dalam bajet mengikut cara-cara yang tertakluk kepada peraturan-peraturan. Memang ada kawasan yang dapat lebih dan yang dapat kurang. Tetapi Kerajaan tidak pernah dan tidak boleh dengan tiba-tiba mengadakan wang dan menabur wang ini sesuka hati Perdana Menteri tanpa kajian, perancangan dan kelulusan oleh badan-badan yang bertanggungjawab, termasuk Jemaah Menteri.

Read more...

Antara Keretakan Pakatan Pulau Pinang Dan Taktik Tangguh SodomyII

Hari ini sebaik sahaja prosiding Sodomy II bermula peguam utama Anwar Ibrahim memohon agar supaya YA Mohammad Zaibidin Diah "diqualified" dirinya daripada mendengar sodomy II. Karpal Singh membuat permohonan tersebut pada jam 9 melalui criminal registry mahkamah tinggi di kompleks jalan Duta.

Melalui prosiding 3 hari sehingga jumaat lepas, nampaknya penguambela Anwar sukar mendapatkan alibi yang boleh mengenepikan fakta yang dikemukakan oleh Saiful Azlan Buhkari, mangsa yang menuntut keadilan kerana mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26.6.2008 di Kondominium Bukti Damansara, Jalan Setiakasih, Kuala Lumpur.

Untuk rekod kes Sodomy II telahpun berjaya ditangguhkan oleh Anwar sebanyak 20 kali sebelum ini. Jika permohonan pihak Anwar hari ini dibenarkan, maka proses penggantian hakim akan memerlukan masa.

Sungguh pelik, Anwar beria-ia sangat agar sodomy II dibicara dengan segera, jika pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh, namun di pihak lain Anwar mahu sodomyII di tangguh-tanguh.

Apa muslihat Anwar? Adakah Anwar merasakan bahawa kali ini dia tidak akan terlepas? atas sebab itu lebih baik melengah-lengahkan kes ini hingga suatu masa kelak yang dikira menguntungkan dirinya?

Para pakar perundangan terutama kehakiman jangan lah terperangkap dengan taktik muslihat ini, kerana semuanya ini merugikan sistem perundangan itu sendiri.

Sementara itu pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang menunjukkan keretakan serius berlaku dalam parti pakatan DAP-PKR-PAS.

Isu penindasan kaum melayu dibangkitkan sehingga menjemput NGO seperti PERKASA PRIBUMI untuk menyerahkan memorendum kepada Lim Guan Eng kerana Ngo merasakan bahawa kerajaan Pakatan telah melampau khususnya kepada kaum melayu.

Selain Perkasa, pemimpin sesama dalam Pakatan juga terutama Mohd Zaharin Hassim mempertikaikan kepimpin Lim Guan Eng sehingga mengatakan bahawa KM Pulau Pinang itu bersifat komunis, diktator dan chauvinis.

Sementara itu pengerusi perhubungan Umno Negeri Zaid Hamidi dipetik sebagai berkata, keretakkan tersebut memang diduga kerana terlalu sukar mengwujudkan persefahaman antara 3 parti yang berbeza ideologi tersebut.

Read more...

Sunday, February 7, 2010

Catatan kemelut Kerajaan Perak

IPOH: Berikut adalah catatani krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah - antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS.

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Februari 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Februari 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Februari 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Februari 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Februari 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Februari 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 November 2009: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010 setelah selesai mendengar hujahan

Read more...

Friday, February 5, 2010

CIFU Anwar Nak Bagi Biasiswa Untuk Belajar Tapi Aku Tolak: Saiful

Ekoran e-mail Saiful pada 27 Jun 2008 kepada CIFU Anwar kerana meletakkan jawatan, maka Saiful dipanggil untuk berjumpa. CIFU Anwar memperlawa agar jangan berhenti dan CIFU Anwar akan memberikan biasiswa untuk menyambung pelajaran dengan bergaji penuh (klik disini laporan penuh).

Namun Saksi utama Sodomy II ini (Saiful) tidak memberi kata putus untuk menerima tawaran tersebut. Kerana hanya berdiam diri terhadap tawaran itu, maka CIFU Anwar menghantar e-mail mengucapkan terima kasih kerana Saiful meneruskan kerjanya seperti biasa.

Umum mengetahui bahawa Saiful telah membuat laporan polis pada 28.6.2008 kerana diliwat oleh CIFU Anwar. Hasil laporan itu lah Sodomy II sedang dibicarakan sekarang yang bermula pada hari rabu lalu (3.2.2010).

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP