Showing posts with label tajaan Naik Haji Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label tajaan Naik Haji Nik Aziz. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Nizar News: SPRM Diminta Kecualikan Tajaan Naik Haji Bukan Rasuah Bagi Penjawat Awam/Politik

Nik Aziz Sanggup Terima Tajaan Tunai Haji Tahun Depan

KOTA BAHARU: Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah pada tahun ini beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji. "Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi," katanya semasa berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini malam tadi.

Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf "VVIP". Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 Nov ini. Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya. Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan.

Read more...

Nizar-Mahfuz Omar: Tajaan Terbongkar Kerana UMNO?? Betul kah??

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya.

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP