Thursday, August 20, 2015

Disebalik Laporan Polis Terhadap Rahman Dahlan

1. Ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadi perhatian rakyat, apabila membuat laporan polis terhadap Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri Kesejahteraaan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan- Dato Rahman Dahlan.

2. Laporan itu dikaitkan dengan temuramah Rahman dengan Star online berkaitan dengan tindakan memecat Peguam Negara Tan Sri Gani Patil serta tindakan pihak polis menangkap beberapa pegawai SPRM yang terlibat menyiasat 1MDB dan dana politik RM2.6bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri.

3. Pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang mengintreprestasi tindakan terhadap Gani Patail dan beberapa pegawai SPRM sebagai tindakan salahguna kuasa oleh DS Najib Razak sesuai dengan kenyataan Rahman melalui temuramah tersebut.

4. Rahman walaupun secara anggapan bahawa ada pihak-pihak tertentu cuba menjadikan DS Najib sebagai penjenayah dengan mencipta pertuduhan jenayah berkaitan saluran wang daripada SRC International syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang berjumlah RM42juta.

5. Sarawak Reports telah mendedahkan satu draf pertuduhan kepada DS Najib Razak pada 30 Julai, dua hari selepas Gani Patail dipecat, namun draf tersebut dinafikan oleh Peguam Negara yang baru sebagai betul atau dengan kata lain draf tersebut merupakan draf palsu. Namun melalui kenyataan Rahman melalui wawancara dengan Star Online draf palsu tersebut sebagai tindakan menjadikan DS Najib sebagai penjenayah.

6. Bayangkan menurut Rahman, jika benar-benar draf tersebut berjaya diserahkan kepada DS Najib dan PM di bawah ke mahkamah? Walaupun tuduhan itu masih merupakan dakwaan yang belum tentu benar, kerana siasatan terhadap SRC International masih berjalan, namun akibat daripada tindakan itu, DS Najib terpaksa meletakkan jawatan. Apa kah suatu masa nanti DS Najib dibebaskan kerana tidak bersalah, namun jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno hanya akan menjadi cacatan sejarah. Jika tindakan menjatuhkan Najib itu berjaya, ertinya di negara ini, boleh sahaja menjatuhkan seseorang pemimpin dengan mengunakan dokumen rekaan yang didalangi oleh satu konspirator.

7. Nampaknya, masih ada di kalangan Pegawai Kerajaan yang bersifat waras dan berpihak kepada kebenaran, kerana menajtuhkan seseorang pemimpin yang dipilih rakyat secara demokrasi perlu dihormati dan diberi peluang mentadbir negara dan dilindungi daripada menajatuhkannya secara tidak sah atau melalui pintu belakang.

8. Benar menurut Rahman, jika keadaan demikian berlaku. maka setiap pemimpin kerajaan perlu bertindak menghalang cara yang tidak demokratik tersebut. 

9. Di Malaysia, setiap parti atau rakyat diberi peluang pada pilihanraya umum untuk memilih parti yang membentuk kerajaan. Tunggulah masa itu. Jangan bertindak diluar batas-batas demokrasi dan peraturan permainan untuk mendapatkan kuasa.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP