Monday, May 17, 2010

Anwar Bersukaria Najib sedih Rosmah Sedih: Gara-gara P212 SIBU Sarawak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merakamkan penghargaannya kepada rakyat Sibu kerana memilih calon DAP, Wong Ho Leng sebagai ahli parlimen Sibu yang baru.

“Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN.

“Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya,” katanya.

Pada pilihan raya semalam, Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong dengan majoriti 398 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Wong yang juga ADUN Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Robert memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan terdapat 395 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di Sibu sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan calon DAP yang sama, Wong dengan majoriti 3,235 undi.

Read more...

Friday, May 14, 2010

Rosmah Mansor Berkempen di Sibu!!!!!

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan peraih undi wanita memahami kehendak pengundi atas pagar sebelum meyakinkan mereka agar menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini.

Beliau berkata pengundi atas pagar sebenarnya masih kurang berpuas hati kerana masalah-masalah kecil yang mereka hadapi dan mereka tidak memikirkan matlamat jangka panjang.

"Saya berharap peraih undi wanita akan bertungkus lumus untuk meyakinkan pengundi atas pagar bagi memastikan calon BN menang dan membolehkan BN meneruskan usaha pembangunan masyarakat dan memajukan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama wanita Melayu dan Melanau di Kampung Bandung di sini Khamis. Hadir sama ialah Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah dan Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Suzanne Lee.

Rosmah juga mengingatkan kaum wanita, khususnya di Sibu agar tidak terpedaya dengan dakyah dan propaganda pihak pembangkang yang hanya menabur janji kosong serta memfitnah kerajaan pimpinan BN.

"Pencapaian BN telahpun terbukti. BN ikhlas dalam mentadbir negara ini untuk memastikan masa depan anak-anak kita terjamin, cerah, makmur dan berpeluang meningkatkan taraf hidup," katanya sambil menambah pengundi-pengundi di Hulu Selangor telah menolak kerajaan pakatan pembangkang yang hanya menabur janji kosong.

Pengundi wanita merupakan 53 peratus atau 28,449 orang daripada keseluruhan 54,695 pengundi bagi Parlimen Sibu.

Sementara itu, Fatimah yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata jentera wanita BN telah melancarkan pelbagai strategi untuk memikat pengundi atas pagar.

"Peraih undi wanita di sini telah berkempen dari rumah ke rumah. Selain itu, kita juga turun padang untuk mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi pengundi atas pagar dan bantu menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Fatimah menyarankan pengundi wanita bagi kerusi Parlimen Sibu agar menterjemahkan sokongan mereka ketika mengundi pada 16 Mei ini.

"Masa depan anak-anak kita berada dalam tangan BN. Sehubungan itu, saya berharap wanita-wanita di sini jangan lupa keluar mengundi pada Ahad ini," katanya.

Read more...

Tuesday, May 11, 2010

Rosmah Mansor Jadi Sasaran Ketua Wanita PKR

Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat iklan mahal tentang isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam sebuah akhbar terkenal Amerika Syarikat New York Times.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoal bagaimana wang yang didakwanya berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu.

"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.

Sabtu lalu, Zuraida dilaporkan menggesa Rosmah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" (first lady) - satu tindakan yang dianggapnya menderhaka.

Zuraidah dilaporkan merujuk kepada yang disiarkan bulan lalu, yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".

Dalam satu kenyataan hari ini, Zuraida berkata menjadi tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien.

"Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.

Read more...

Monday, May 10, 2010

MP Kapar Main Sandiwara: The Second Zulkefli Noordin

Tempoh 72 jam yang diberikan MP Kapar kepada Khalid Ibrahim sudah hampir luput, namun tiada tanda-tanda bahawa MP Kapar itu serius mengenai dakwaannya.

72 Jam lalu TV3 sempat menyiarkan rakaman perbualan melalui telepon wakil rakyat itu dan memberikan tempoh 72 jam kepada Khalid untuk menghapuskan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menurutnya dilakukan oleh para pegawai atas syarikat kerajaan Selangor itu.

Semenetara itu Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'mengunjungi' ahli parlimen Kapar S Manikavasagam ekoran dakwaannya berhubung penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Dalam kunjungan kira-kira 45 minit pada jam 10.30 pagi tadi di pejabatnya di pekan Kapar, SPRM meminta Manikavasagam memberikan kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada mereka.

Manikavasagam ketika dihubungi mengesahkan kunjungan tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui enggan memberikan sebarang kerjasama kepada suruhanjaya itu kerana "tidak percaya kepada SPRM"

Adalah dirasakan MP Kapar ini hanya bermain sandiwara, sama dengan Zulkefli Noordin sebelum dipecat daripada PKR

Read more...

Thursday, May 6, 2010

Kematian Budak 15 Tahun Aminulrasyid: Pembangkang Menggambarkan Polis Tidak Mampu menjaga ketenteraman awam lagi

Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (bawah) memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Kenyataan itu menyaksikan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan menuntut Azhar menarik semula kenyataannya itu.Azhar enggan berbuat demikian.

Justeru, usul mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kelakukannya itu diluluskan di DUN hari ini.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dan cuba mengapi-apikan niat jahat di kalangan pelbagai kaum di negeri itu.

Read more...

Monday, May 3, 2010

Disebalik Kebencian Mendalam Terhadap NIK Aziz: Ada yang Sanggup Digantung

Seorang pemuda sanggup digantung jika berjaya membunuh Nik Aziz. Demikian pengakuan pemuda itu melalui laman sosial FB minggu lalu.

Persoalan sekarang, kenapa perkara ini boleh berlaku? Jawapannya ada pada Nik Aziz Sendiri. Kenyataan-kenyataan Nik Aziz terutama mengenai memutar belitkan agama islam demi Pas dan gabungan 3 parti DAP-PKR dan Pas, mengundang amarah berbagai pihak. Akibat amarah yang memuncak, maka perbuatan "mengancam bunuh" sepertimana dilakukan pemuda berumur 20 tahun itu boleh berlaku.

Nik Aziz sudah hilang pertimbangan. Nik Aziz benar-benar memperwatakkan Jebat. Namun menghidupkan semula watak Jebat tidak kena pada tempat, masa, kondisi dan keadaan. Jebat membenontak kerana angkara raja yang zalim. Namun, Nik Aziz menyanggah titah Sultan, bukan kerana sultan zalim, namun demi kepentingan politik.

Bagi kami yang tidak menadalami bahasa arab, apapun yang diucapkan dalam bahasa arab, kemudian diterjemahkan dalam bahasa melayu dan terjemahan itu sudah tentu bersetuju dengan hala tuju Nik Aziz, maka di situ lah kekeliruan berlaku.

Terus terang, setelah Nik Aziz menterjenmah beberapa ayat dalam surah Al-Fatihah, dan mengatakan erti potongan-potongan ayat itu adalah politik, hanya kali ini saya ketahui itu semua. Azan.. untuk menyeruh umat islam mengenai waktu masuk solat, itu lah pengertian yang saya fahami selama ini, namun laungan azan itu, saya tidak mengetahuinya adalah satu kaedah politik.

Politics itu sendiri bererti "is a process by which groups of people make colletive decisions" mungkin ini lah yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Memang adalah kewajiban bagi umat islam, apabila mendengar suara azan, maka adalah kewajiban untuk umat islam menunaikan solat.

Namun, apabila Nik Aziz mengaitkan bahawa larangan menggunakan masjid untuk tujuan politik oleh parti-parti adalah wariasan penjajah, merupakan sanggahan yang luar biasa kepada Sultan Selangor, kerana Sultan itu lah yang mengeluarkan titah itu.

Mengulas sanggahan Nik Aziz itu, Sultan Selangor bertitah, jika tidak setuju dengan larangan itu, maka "jangan datang ke Selangor"

Mungkin akibat daripada tingkah laku Nik Aziz ini, mengakibat anak muda berumur 2o tahun daripada Pulau Pinang itu melampiaskan amarahnya melalui Facebook.

Pihak polis yang telah menangkap remaja itu, ekoran laporan ketua pemuda Pas pusat, perlu melihat urutan kejadian ini, sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap pemuda itu.

Ancaman membunuh memang merupakan kesalahan di bawah seksyen 507 akta jenayah, namun rentetan kepada masalah itu perlu diambilkira.

Di khabarkan pemuda berusia 20 tahun itu telahpun ditangkap dan akan di hantar ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Read more...

Saturday, May 1, 2010

Stothards's security breach and Limbang for oil blocks treason

There were two explosive news emanating from Petronas yesterday.

The news are bigger in proportion but similar in impact to last Monday bombing of Zaid Ibrahim's campaign in Hulu Selangor with character attack by bloggers and the jumping out of a close confidante of Anwar, Dr Halili Rahmat from PKR to UMNO.

Strangely, both news was neither pursued nor given frontpage by mainstream media.

One can understand if it is The Sun, which is growing to be an anti-establishment paper and was just sued RM10 million by Ibrahim Ali yesterday for a news report that negatively labelled Perkasa by putting words into the mouth of His Royal Highness Sultan Selangor.

The first news was about the appointment of Sheryll Stothard as General Manager, Corporate Communication of Petronas.

If the opposition made a big deal out of Government seeking public relation advise from APCO, this is like having APCO running the Government's corporate communication function!

The second news was a late evening posting on Dr Mahathir's blog that revealed former Prime Minister Tun Abdullah gave away a US$100 billion oil field to Brunei in exchange for Brunei from further claiming Limbang from Sarawak.

It smells security breach and treason!

Mak Datin and Stothard

Sheryll Stothard is the former Parti Rakyat Malaysia Vice President, whose party seemed to merge but actually did not with Parti Keadilan Nasional to become Parti Keadilan Rakyat.

How could someone who socialise in the company of leftist like Hishamuddin Rais, liberal Karim Raslan, and sodomist Anwar Ibrahim and have an anti Government stance on Burma, APCET and many other issues be placed at such a sensitive Government position?

When placed in a position between her politics and socialistic ideology and Petronas interest, which way would she take? This is not a risk Petronas should have taken to place such a person who will be the last line before information are made public.

Both the ruling party and PKR have an interest in Petronas. The tradition of maintaining Petronas in the hands of professionals to carryout policies laid out by Government policy maker is to serve such situation by minimising political interferences.

That being the reason this blogger oppose Omar Ong's appointment for it set a new precedent of having an appointee that is close to the corridor of political power placed in GLC i.e. political interference in management of GLC.

Has new Petronas President and CEO Dato Shamsul Azhar lost his senses?

One can't helped but to blame Dato Shamsul for the simple reason that Petronas and every other GLCs have a security vetting system in place to check background of staff, particularly for key position.

The ease in the appointment of Sheryll and another Suhaimy Kamaruddin from the questionable online news portal, The Malaysian Insider, proves the vetting system was breached from the top and that is the President's office.

Before Dato Shamsul go on a witchunt on his staff, he should know of what is being talked on the ground.

Since his appointment as Petronas CEO, there have been talk in places like Bangsar Shopping Complex where Mak Datins and Taitais have their tea are offering entrepreneurs help to secure Petronas contracts for a fee.

Such absurd proposals does not end there for my Missus overheard of Mak Datins in health spas boosting of able to talk to their contact which is the Petronas President CEO's wife to help their children apply for positions in Petronas.

It seems as told by Apanama's subsequent posting here that Sheryll got herself in through the kitchen cabinet of Dato Shamsul. Sheryll, it seems is a family friend.

Do they then not know of her political and activism background? In Myanmar where Petronas have an interest and she has an interest in the Anti Burmese liberation movemnt, where would she stand?

Did they check to verify the rumour she was asked to leave next door Maxis?

Before her appointment is endorsed and vetted by the Human Respource Department, she has began to boss people around. As one commentator in Rocky Bru that seemed to be in the know described, she is rude and doesn't respect protocol.

She is in there for only one month and she already see herself fit to shoot her mouth at the previous management under Tan Sri Hasan Merican and making serious allegation accusing Najib of murdering Altantunya.

This is a serious issue of security breach. How could company decision be made by Datin and based on family friendship? Dato Shamsul have to answer for such indiscretion

Slumberjack Treachery

From that incident, Dr Mahathir have revealed yesterday that Abdullah Badawi had made a personal decision to gave away USD100 billion worth of oil concession to Brunei in exchange for Brunei to stop claiming Limbang from Sarawak.

This sounds typical of Pak Lah's simpleton ways to make decision without thinking through the cost and benefit of his decision. One might likely laught it off as another stupid decision by PM FLip Flop Pak Lah.

But this is no laughing matter at all. First and foremost, he cannot be discussing or negotiating sovereign or border issues without bringing Sarawak in the negotiating table.

Secondly, he cannot even is he is the so-called Prime Ministers make a unilateral decision as simple as that. For one, it has to get cabinet approval.

Since it involves sovereignty issue, the Yang Dipertua Negeri Sarawak and Ketua Menteri has to be notified and permission seeked. Most likely it has to be approved by the Exco or Dewan Negeri.

Third, this is no more an issue of negligence but treason. He is not empowered to unilaterally decide on his own to settle Limbang and give away two oil fields which is in the Malaysian borders.

Back in 2009, this issue was raised. Pak Lah had made a statement that the Limbang issue was solved. The Brunei side had disputed that remark and told their press that the Limbang issue was never discussed.

The issue was discussed in the blogs but the mainstream media hushed up the issue.

Recently Tengku Razaleigh also made a remark of Malaysia owning the world's biggest oilfield but was denied by Petronas. True enough, they had correctly denied because Malaysia by Abdullah sole discretion had given away two oil Block to Brunei worth USD100 billion.

Why didn't the then cabinet members or the Foreign Ministry personnel accompanying the Prime Minister intervene and expressed their opposition without fear or favour to PM's simpleton solution to a complex diplomatic negotiation. The Foreign Minister then was the then Dato Seri Syed Hamid Albar.

This is not just any mistake. Giving away any piece of land of Malaysia is a treacherous act. A mere encroachment into our territory will bring out of the millitary and most of us see it honourable to put our life on the line to defend it.

For what Pak Lah did, Malaysian should put our life on the line to prevent it. Pak Lah had done a treacherous act despite so-called of ignorance and naivety. Treason is a serious offense punishable by death!

In the spirit of collective responsibility, the Cabinet have the power to override the then Prime Minister in the ghastly indiscretion. If they do not act upon Abdullah, they will be considered as collaborating.

Unless they act on Pak Lah, they have commited treason too! (tulisan asal disini)

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP