Tuesday, January 26, 2010

Firaun-Firuan Politik Ingin Memancung Saya: Zul-Kulim


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bersedia menerima sebarang kemungkinan dan "tidak akan berkompromi walau setitik" pun dalam isu penggunaan kalimah "Allah".

"Apa pun, saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan," tulisnya.

Zulkifli mengulas kes laporan polisnya terhadap wakil rakyat PAS, Khalid Samad yang didakwanya berunsur hasutan serta menghina sultan, DUN Selangor dan umat Islam.

Tindakannya itu turut dipersoalkan oleh pemimpin kanan PKR, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai "melampau batas".

Susulan itu, nasib Zulkifli akan ditentukan dalam mesyuarat biro politik PKR yang akan bersidang tengah hari.

Khalid minggu lalu dilaporkan berkata berkata, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman dan perlu dibuka kepada perbincangan semula.

Menulis dalam blognya pagi ini Zulkifli berkata, terdapat pihak yang sengaja mahu menjatuhkannya walaupun 'prosiding' bagi menentukan nasibnya masih belum bermula.

"Melihat kepada kenyataan akhbar yang riuh dibuat adalah jelas hukuman sudah pun dijatuhkan kepada saya walaupun belum lagi ada apa-apa prosiding dibuat terhadap saya.

"Kelihatan fir'aun-fir'aun kecil mula menyalak sana sini menuntut kepala saya dipancung!" katanya tanpa menyebut langsung nama pihak terbabit.

Mengulas mesyuarat biro politik tengah hari ini, Zulkifli berkata, beliau masih belum menerima notis untuk mengadap jawatankuasa disiplin atau mesyuarat biro politik parti itu.

Secara sinis beliau berkata, dosanya hanya kerana mempertahankan kalimah Allah "daripada disiat-siut dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik".

1 comments:

Murai.KB January 26, 2010 at 5:00 PM  

slm awl dan akhir

this 1st sy lawat blog ini. izin kn sy utk bagi komen.

knapa isu kalimah Allah ini di politik kn sedangkn ini adalah isu yg serious, ini krna sesetengah pihak mgambil kesempatan untk mencari populariti peribadi.

islam bkn permainan apa lg kalimah Allah, tidak kah terfikir ini akan menjejas kesucian islam.

ziarah lah ke blog sy..TQ

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP