Thursday, August 20, 2015

Disebalik Laporan Polis Terhadap Rahman Dahlan

1. Ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadi perhatian rakyat, apabila membuat laporan polis terhadap Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri Kesejahteraaan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan- Dato Rahman Dahlan.

2. Laporan itu dikaitkan dengan temuramah Rahman dengan Star online berkaitan dengan tindakan memecat Peguam Negara Tan Sri Gani Patil serta tindakan pihak polis menangkap beberapa pegawai SPRM yang terlibat menyiasat 1MDB dan dana politik RM2.6bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri.

3. Pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang mengintreprestasi tindakan terhadap Gani Patail dan beberapa pegawai SPRM sebagai tindakan salahguna kuasa oleh DS Najib Razak sesuai dengan kenyataan Rahman melalui temuramah tersebut.

4. Rahman walaupun secara anggapan bahawa ada pihak-pihak tertentu cuba menjadikan DS Najib sebagai penjenayah dengan mencipta pertuduhan jenayah berkaitan saluran wang daripada SRC International syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang berjumlah RM42juta.

5. Sarawak Reports telah mendedahkan satu draf pertuduhan kepada DS Najib Razak pada 30 Julai, dua hari selepas Gani Patail dipecat, namun draf tersebut dinafikan oleh Peguam Negara yang baru sebagai betul atau dengan kata lain draf tersebut merupakan draf palsu. Namun melalui kenyataan Rahman melalui wawancara dengan Star Online draf palsu tersebut sebagai tindakan menjadikan DS Najib sebagai penjenayah.

6. Bayangkan menurut Rahman, jika benar-benar draf tersebut berjaya diserahkan kepada DS Najib dan PM di bawah ke mahkamah? Walaupun tuduhan itu masih merupakan dakwaan yang belum tentu benar, kerana siasatan terhadap SRC International masih berjalan, namun akibat daripada tindakan itu, DS Najib terpaksa meletakkan jawatan. Apa kah suatu masa nanti DS Najib dibebaskan kerana tidak bersalah, namun jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno hanya akan menjadi cacatan sejarah. Jika tindakan menjatuhkan Najib itu berjaya, ertinya di negara ini, boleh sahaja menjatuhkan seseorang pemimpin dengan mengunakan dokumen rekaan yang didalangi oleh satu konspirator.

7. Nampaknya, masih ada di kalangan Pegawai Kerajaan yang bersifat waras dan berpihak kepada kebenaran, kerana menajtuhkan seseorang pemimpin yang dipilih rakyat secara demokrasi perlu dihormati dan diberi peluang mentadbir negara dan dilindungi daripada menajatuhkannya secara tidak sah atau melalui pintu belakang.

8. Benar menurut Rahman, jika keadaan demikian berlaku. maka setiap pemimpin kerajaan perlu bertindak menghalang cara yang tidak demokratik tersebut. 

9. Di Malaysia, setiap parti atau rakyat diberi peluang pada pilihanraya umum untuk memilih parti yang membentuk kerajaan. Tunggulah masa itu. Jangan bertindak diluar batas-batas demokrasi dan peraturan permainan untuk mendapatkan kuasa.

Read more...

Akibat mahu bersuamikan Pucuk Muda

JOHOR BAHRU: Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.

Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun 2012. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.

Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.

“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.

“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.

Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.

Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun 2012 sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Read more...

Benarkah Ada Konspirasi Mengulingkan DS Najib?

1. Benarkah ada konspirasi menggulingkan DS Najib? sehingga Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi dan Dato Rahman Dahlan membayangkan bahawa kemungkinan tersebut berlaku atas inisiatif tokoh Umno? walaupun tokoh itu tidak didedahkan. 

2. Pada Sabtu di Negeri Sembilan, TPM mendedahkan bahawa tokoh Umno itu kononya berkerjasama dengan 87 MP pembangkang dan 37 MP BN akan membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri sebaik sahaja beliau menamatkan pembentangan Bajet 2016 oktober depan. Senario undi tidak percaya itu dilakukan melalui point of order kepada Speaker Dewan Rakyat.

Read more...

PENGANTI BLOG APA YANG TERSIRAT

1. Blog saya Apa Yang Tersirat tidak boleh login lagi, dan sebagai pengganti saya menulis melalui blog ini, bermula daripada sekarang. Kepada sahabat-sahabat bloger, tolong pautkan untuk menambah jaringan agar mesej yang disampaikan dapat dikongsi.

Read more...

Saturday, January 28, 2012

Ustaz Azizan bersedia dipecat isu KUIN

Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam-macam pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Read more...

Tuesday, January 24, 2012

Politik Anwar tidak akan kemana-mana

Politik retorik, politik pembohongan adalah cara berpolitik Anwar. Anwar menggunapakai kepetahan berpidatonya untuk mengelirukan rakyat. Anwar pandai memutar belit isu yang bohong menjadi betul. Itulah kepintaran Anwar.

Gerakan 16 September, 2008 yang gagal, pada mulanya ramai rakyat yang percaya bahawa gerakan itu akan berlaku. Malahan para wakil rakyat Pakatan telahpun diyakinkan, bahawa gerakan 16S akan berlaku.

Malah Anwar pada masa itu mempergunakan nama SPB Agong, bahawa Agong sudah siap sedia melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Selepas masa berjalan, hingga kini, tiada seorangpun wakil rakyat BN yang melompat kepada Pakatan, malah pakatan tiga parti itu kehilangan beberapa MP dan ADUN, sehingga Perak yang diperintah mereka, kembali semula kepada BN.

Cara Anwar mengekspoitasi sodomi IInya, seolah-olah kerajaan di belakang isu tersebut, telah membuktikan kebohongan Anwar lagi.

Beberapa kali, Anwar memohon agar Hakim yang mendengar kes sodominya agar mengundur diri, namun ternyata hakim yang sama juga melepaskan beliau daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 9 Januari lalu.

Pihak Pakatan sebenarnya mahukan Anwar dipenjara agar pakatan tiga parti itu mendapat undi simpati, sepertimana isu mata lebam. Namun perkiraan mereka meleset, apabila semua itu tidak menjadi.

Politik Anwar yang penuh dengan pembohongan dan retorik tidak akan sampai ke mana-mana, pada PRU-13 akan mencapai noktah.

Read more...

Tuesday, August 23, 2011

Dr Khir Toyo dakwa ada tiga menteri kabinet Najib mahukan dirinya dipenjara

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarahkan membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Pertanyaan Khir

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir dibuat apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir 'diturunkan pangkat'. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Read more...

Monday, August 1, 2011

Ahmad jadi pujaan Arrora Salwa


DEMI cintanya terhadap bidang nyanyian, penyanyi Arrora Salwa atau nama sebenar Salwa Md. Razak,27, nekad meninggalkan kerjaya beruniform sebagai seorang anggota polis yang menjanjikan pendapatan tetap buatnya.

Berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis atas permintaan keluarga, Arrora mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya nyanyian.

Sewaktu memegang jawatan Lans Koperal, penyanyi berzodiak Cancer ini turut menyertai kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terlibat dengan pelbagai persembahan sepanjang bertugas.

"Saya rasa cukup selama tujuh tahun saya berkhidmat sebagai anggota polis dan sekarang masa untuk saya mengikut kata hati saya dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

"Saya tahu kerjaya nyanyian tidak menjamin ganjaran lumayan atau pendapat yang stabil, tapi saya ambil risiko itu sebagai cabaran," jelasnya.

Biarpun masih hijau dalam dunia hiburan, nama Arrora dilihat sedang meniti di bibir-bibir peminat melalui 'single' pertamanya berjudul Ahmad.

Ketika ditanya tentang jejaka bernama Ahmad, Arrora hanya tersenyum dan berkata ia sekadar lagu yang dilontarkan di hadapan pendengar.

"Nama Ahmad tiada kena mengena dalam orang istimewa dalam hidup saya, ia diambil sebagai simbolik nama lelaki yang selalu digunakan dalam masyarakat Melayu.

"Lagu ini berentak seperti muzik Indonesia kerana ia dicipta oleh komposer negara tersebut iaitu Panji Sakti yang sebelum ini menghasilkan lagu hit Sayang-Sayang dan Jangan Nakal," katanya.

Berpeluang merakamkan lagu tersebut, Aurora berkata lirik Ahmad mudah untuk diingati apabila pertama kali mendengarnya.

Read more...

Saturday, July 30, 2011

PSM6 dibebas--- tiada isu? cipta isu

Alahai-- sebenarnya tiada isu, tetapi cipta isu, beginilah jadinya kalau kita dalam keadaan panik.

Kini, mereka yang ditahan melalui EO berserta penyokongnya merasa "kuat" kerana walaupun ditahan melalui EO, dimana membolehkan seseorang ditahan selama 60 hari tanpa bicara dan boleh dilanjut sehingga 2 tahun, akhirnya dibebaskan selepas 28 hari mendekam di lokap Jinjang.

Sebenarnya PSM itu tiada kekuatanpun, pembebasan mereka mungkin ada kaitan dengan mogok lapar MP Sungai Siput-Dr Jeyakumar bermula pada jumaat. Mogok lapar itu mungkin mengakibatkan wakil rakyat itu maut, kerana beliau mengalami berbagai komplokasi penyakit yang dideritanya. Pihak polis mungkin tidak mahu mencipta sejarah, kerana kalau MP itu mati dalam tahanan ianya akan mencatat sejarah.

Berikut adalah catitan blog GAP : parti sosialis malaysia sebenarnya mempunyai kaitan dengan parti rakyat malaysia. parti rakyat malaysia pula adalah serpihan daripada parti sosialis rakyat malaysia.

sebut nama dr syed husin, dr nasir (adun kota damansara),arutchelvan,hasan karim,arwah rustam a sani,latipah koyak,johnson chong,faizal sanusi,dr sanusi semuanya berlegar kepada perjuangan sosialis yang sama.

parti sosialis rakyat malaysia berpecah dua apabila syed husin ali mendesak agar digugurkan nama sosialis pada nama parti mereka.

desakan ini ditentang oleh dr nasir dan arutchelvan, yang tetap kepingin untuk mengangkat nama sosialis untuk diasimilasikan dengan jenama parti mereka.

hasil pergeseran ini, maka berpecah dualah parti sosialis rakyat malaysia.

dr syed husin ali dijemput masuk menyertai parti keadilan nasional yang kemudiannya ditukarkan nama kepada parti keadilan rakyat.

namun serpihan pemimpin parti rakyat malaysia ini tidak mendapat layanan yang setimpal daripada azmin ali.

kongres pkr di ipoh dan seremban telah meletakkan sejarah akan hancurnya barisan pimpinan parti rakyat malaysia di dalam kelompok pimpinan tertinggi pkr.

dr syed husin ali dibalas tuba.

serpihan pimpinan parti rakyat malaysia sudah lebur dalam saf pkr.

hari ini gerakan dan nostalgia lama idelogi sosialis cuba dihidupkan kembali.

mereka sebenarnya sudah lama mati. fakta nya mudah, jika benarlah parti sosialis malaysia ini kuat, tidak mungkin dr nasir (adun kota damansara) dan dr jeyakumar (tahan eo6) bertanding di atas tiket pkr dan dap pada pru 2008.

2008 pakatan menang kerana undi protes daripada rakyat.

telahan ini dibuktikan dengan fakta. pakatan letak calon posman,tukang jual vcd,tukang jual insuran semuanya boleh menang ...menang kerana protes rakyat dan bukannya atas faktor kekuatan parti yang diwakili.

pas selepas pru 2008 telah berubah penampilan dan wajah politiknya.

melayu mana yang pernah menyangka bahawa pas berani untuk menggadaikan kalimah ALLAH demi memenuhi tuntutan dan kemarukan undi bukan islam.

silap terbesar pas adalah dia galak dalam menggadaikan hak dan maruah islam dan melayu ditangan gabungan pembangkang.

bila mat sabu mengiktiraf perjuangan kiri komunis sewaktu muktamar yang lepas, orang bukan islam sudah tersenyum riang. dia cuba melupakan fakta akan kekejaman komunis sepanjang gerakan gerila mereka melanyak ribuan umat melayu.

musuh bangkit bila ada munafik bersama mereka.

semalam tahanan eo6 telah dibebaskan. asal gambaran mereka ini hanyalah umpama kecilnya zarah kuman, namun telah dibesarkan namanya hasil daripada lacuran politik yang telah pas lakukan.

apa jasa parti sosialis malaysia dalam pembentukan sejarah negara bangsa ?

pernahkan kamu dengar nama mereka sejak 20 tahun yang lalu ?

sekarang gerakan sosialis akan terus mekar berkembang hasil persetubuhan dan perzinaan politik pas.

maklumat kajian penduduk di malaysia semalam telah mencatatkan sesuatu. jumlah penduduk malaysia melepasi angka 28 juta manakala 67% daripadanya adalah kaum melayu.

aku yakin kaum melayu tidak akan melupakan sejarah persundalan politik paling jijik pernah pas lakukan dalam sejarah politik bangsa.

eloklah moto pas ditukar daripada membangun bersama islam kepada membangun bersama sosialis.

tahniah pas.

Read more...

Wednesday, July 20, 2011

Laman Web Anugerah Ibrahim Ali- telah dipadam

Butiran Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM telah dikeluarkan selepas dua hari menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak yang mempertikaikannya.

NONESemakan pada tengahari tadi mendapati laman itu tidak lagi wujud berikutan bidasan orang ramai ke atas UiTM kerana didakwa mengesahkan anugerah berkenaan.

Laman web itu sebelum ini memuatkan butiran terperinci anugerah kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dengan menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Impak juga mengumumkan tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober.

NONEBagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini menafikan bahawa pihak universiti telah meluluskan anugerah itu dan berkata pihak Impak “terlepas pandang” isu itu selepas disiarkan di laman webnya.

Dalam kenyataan di Facebook, Sahol Hamid berkata UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarahnya.

“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” katanya.

Read more...

Friday, July 15, 2011

Gelang dan Cincin Berlian: Rosmah perlu tampil beri penjelasan

Tarikh dan masa register, approved dan released

Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011 ini keratan berita :

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.
Lihat pula printscreen di bawah;

Alamat Jacob & Co di New York
Justeru itu, pihak SPRM harus segera menyiasat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang telah diserahkan oleh gerakan anak muda SAMM semalam di Pulau Pinang. Bukti alibi pemergian Rosmah ke Amerika juga sepatutnya diambil kira.

Rakyat juga harus menilai dengan baik akan segala pendedahan yang telah dibuat, terutamanya dengan pendedahan printscreen sistem kastam, gambar Rosmah bersama gelang emas putih buatan Jacob & Co dan juga bukti yang alibi yang menunjukkan Rosmah ke New York pada minggu urusniaga kemasukkan cincin berlian itu di Kastam KLIA iaitu pada tarikh 16 April 2011.

Rosmah juga harus tampil segera menafikan siri-siri pendedahan ini kerana ia tidak mudah dipadamkan sepertimana padamnya perkataan FLOM dalam laman rasmi JPM suatu ketika dahulu.

Read more...

Thursday, July 14, 2011

Bersih itu alat Pembangkang tawan kepimpinan negara

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan, bahawa sejak berakhirnya Himpunan Bersih yang gagal, Pembangkang masih menjadikan Himpunan itu sebagai maskot setiap tindakan mereka.

Pas Selangor misalnya, mahu meneruskan agenda Bersih untuk memelihara memontem sehingga pilihanraya. Selain itu, Pas juga berkempen agar warna kuning sebagai tema sambutan Hariraya tahun ini.

Selain itu, Lim Kit Siang akan menggunakan pakaian serba kuning pada setiap Sabtu, sehinggalah PRU-13 akan datang.

Ambiga sebenarnya hanya digunakan untuk mencapai matalamat pembangkang merampas kuasa melalui tindakan demonstrasi; malangnya usaha mereka itu telah digagalkan oleh pihak keselamatan.

Apapun yang diperkataan oleh Ambiga selepas kegagalan mereka, bahawa himpunan itu tiada niat menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat, sebaliknya hanya menuntut 8 tuntutan yang mereka seneraikan, antaranya menggunakan dakwat kekal, masa kempen sekurang-kurangnya 21 hari, pembersihan daftar pemilih, memaksa media aliran perdana memberi ruang kepada pembangkang dan menghapuskan politik kotor.

Sebenarnya niat asal Bersih, agar berlaku Tahrir Square seperti di Mesir, namun niat itu terbantut disebaban kecekapan anggota keselematan.

Negara ini, mempunyai 27 juta rakyat, lebih 10 juta layak menggundi; sedangkan yang berhimpun di ibu negara pada hari itu, katakanlah 100,000, jumlah ini kurang 10% daripada jumlah pemilih. Signifikan kah desakan itu? sedangan 90% rakyat berpandangan sebaliknya.

Tindakan pihak keselematan membendung himpunan itu perlu diberi pengharagaan, walaupun ada kejadian kekerasan. kekerasan berlaku, kerana anggota keselamatan adalah manusia biasa yang punya emosi dan perasaan. Tiada manusia yang siuman melakukan kekerasan pada sesama manusia, melainkan seseorang itu kehilangan pertimbangan kerana provokasi yang luarbiasa.

Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Apabila Ambiga berpolitik

Ambiga Sreenevasan menegaskan pentadbiran Najib bahawa Putrajaya yang sepatutnya dipersalahkan atas respons luar dugaan rakyat ke atas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Sabtu lalu.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal yang diterbitkan oleh laman web akhbar itu semalam, Pengerusi Bersih 2.0 itu menolak tanggapan bahawa perhimpunan penghujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat di negara-negara Arab sebab pihaknya tidak berhasrat untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) meskipun kepimpinan perikatan itu mendakwa sedemikian.

Kata beliau (gambar), sebuah kerajaan yang banyak mengerasi berhadapan dengan sikap menjijikkan membabitkan rakyat jelata.

“Dan, saya fikir itu sebabnya kami ada bilangan (penyerataan yang besar) dan momentum kami lalukan.

“Secara jujur, jika kami dibenar meneruskan dan mengadakan (perhimpunan sebagaimana dirancang), kami sudah pasti bilangan ini tidak sebesar itu,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini sambil menambah, pada awalnya beliau meragui sama ada akan memperoleh sokongan yang sebesar itu.

Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura.

Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang.

Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran “takut dan menekan”, yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009.

Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab.

“Kesemua apa yang kami lakukan hanyalah meminta satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Respons tidak seimbang kerajaan yang mencetuskan momentum ini.

“Tetapi kami masih sebuah negara yang mencintakan keamanan. Kami masih mahukan kerajaan yang adil,” kata beliau.

Ambiga seterusnya berkata, “bagi saya, bukan menjadi niat kami dan masih bukan niat kami untuk menjatuhkan kerajaan ini.”

“Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan ini untuk memperbaiki sistem pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau juga mengkritik respons kerajaan ke atas perhimpunan Sabtu lalu yang menyaksikan polis menggunakan air berasid dan gas pemedih mata, sekali gus lebih 1,600 orang ditahan termasuk pemimpin-pemimpin parti politik.

Katanya, Putrajaya tidak memahami situasi yang wujud dengan tepat dan betul.

“Mereka datang balik pada hari Isnin dan menyerang Bersih lagi. Anda menyerang orang ramai. Golongan pengundi yang anda serang,” katanya lagi.

Read more...

Tuesday, July 12, 2011

Demonstrasi jalanan salah satu ciri demokarsi PBB: Frank La Rue

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan walaupun bercorak ganas, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue (gambar), Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebskan kesemua 1,700 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.

Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.

Read more...

Himpunan Bersih Bukan Himpunan Parti Politik Tetapi Himpunan Pemimpin Parti Pembangkang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeras menafikan bahawa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu bukan anjuran parti politik.

Namun, kata beliau perhimpunan yang disertainya itu terdiri daripada badan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam serta cerdik pandai dari seluruh negara.

"Perhimpunan itu disertai oleh cerdik pandai dari seluruh negara, bukannya anjuran parti politik, yang melihat banyak perkara tidak kena pada kerajaan yang memerintah hari ini," katanya semasa berucap kepada penyokongnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu malam Isnin.

Abdul Hadi berkata semasa ditahan beliau dilayan dengan baik oleh anggota polis.-BERNAMA

Read more...

Monday, July 11, 2011

Mat Sabu KEBAL

WALAUPUN Mat Sabu kononya dirempuh Landrover Polis, namun tidak membawa apa-apa kesan terhadap Timbalan Presdien Pas itu. Mat Sabu hanya cedera ringan pada bahagian lututnya, akibat terjatuh.

Read more...

Cemburu Yang Melampau-Suri rumah Ugut Bunuh Diri

Ugut bunuh diri lihat suami curang: Akibat mengalami tekanan perasaan selepas terlihat suaminya keluar dengan wanita lain, seorang isteri muda cuba membunuh diri dengan mengacukan pisau ke lehernya dan mengugut untuk terjun dari Jambatan Kedua Muar, semalam. Tindakan nekad wanita berusia 30 tahun itu berjaya dihalang kira-kira 15 minit kemudian apabila dia mula tenang dan membatalkan niatnya selepas dipujuk suami yang dipanggil ke tempat kejadian. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan itu.

Read more...

Sunday, July 10, 2011

Sejak 1967-Nik Aziz menang Pilihanraya kerana SPR tidak bersih

Sekembalinya dari Makkah inilah kenyataan MB Kelantan itu. "Sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini".

“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

Read more...

Anwar gagal guna MAGIC ketuai Himpunan Bersih

Anwar kecundang pra matang. Anwar menggunakan trowong laluan BAS daripada Hotel Hilton memyeberang ke KL Central, kononnya mahu mengetuai perarakan bermula daripada KL Central ke Stadium Merdeka.

Hanya dengan pemedih mata, semua MAGIC Anwar luntur. Anwar terpaksa berlakon, konon cedera di kepala, padahal, dalam foto yang berjaya dirakam, tiada apa-apa yang berlaku kepada Ketua Umum PKR itu.

Read more...

Wajah-wajah gagal

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP