Thursday, August 20, 2015

Akibat mahu bersuamikan Pucuk Muda

JOHOR BAHRU: Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.

Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun 2012. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.

Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.

“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.

“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.

Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.

Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun 2012 sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Read more...

Benarkah Ada Konspirasi Mengulingkan DS Najib?

1. Benarkah ada konspirasi menggulingkan DS Najib? sehingga Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi dan Dato Rahman Dahlan membayangkan bahawa kemungkinan tersebut berlaku atas inisiatif tokoh Umno? walaupun tokoh itu tidak didedahkan. 

2. Pada Sabtu di Negeri Sembilan, TPM mendedahkan bahawa tokoh Umno itu kononya berkerjasama dengan 87 MP pembangkang dan 37 MP BN akan membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri sebaik sahaja beliau menamatkan pembentangan Bajet 2016 oktober depan. Senario undi tidak percaya itu dilakukan melalui point of order kepada Speaker Dewan Rakyat.

Read more...

PENGANTI BLOG APA YANG TERSIRAT

1. Blog saya Apa Yang Tersirat tidak boleh login lagi, dan sebagai pengganti saya menulis melalui blog ini, bermula daripada sekarang. Kepada sahabat-sahabat bloger, tolong pautkan untuk menambah jaringan agar mesej yang disampaikan dapat dikongsi.

Read more...

Saturday, January 28, 2012

Ustaz Azizan bersedia dipecat isu KUIN

Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam-macam pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Read more...

Tuesday, January 24, 2012

Politik Anwar tidak akan kemana-mana

Politik retorik, politik pembohongan adalah cara berpolitik Anwar. Anwar menggunapakai kepetahan berpidatonya untuk mengelirukan rakyat. Anwar pandai memutar belit isu yang bohong menjadi betul. Itulah kepintaran Anwar.

Gerakan 16 September, 2008 yang gagal, pada mulanya ramai rakyat yang percaya bahawa gerakan itu akan berlaku. Malahan para wakil rakyat Pakatan telahpun diyakinkan, bahawa gerakan 16S akan berlaku.

Malah Anwar pada masa itu mempergunakan nama SPB Agong, bahawa Agong sudah siap sedia melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Selepas masa berjalan, hingga kini, tiada seorangpun wakil rakyat BN yang melompat kepada Pakatan, malah pakatan tiga parti itu kehilangan beberapa MP dan ADUN, sehingga Perak yang diperintah mereka, kembali semula kepada BN.

Cara Anwar mengekspoitasi sodomi IInya, seolah-olah kerajaan di belakang isu tersebut, telah membuktikan kebohongan Anwar lagi.

Beberapa kali, Anwar memohon agar Hakim yang mendengar kes sodominya agar mengundur diri, namun ternyata hakim yang sama juga melepaskan beliau daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 9 Januari lalu.

Pihak Pakatan sebenarnya mahukan Anwar dipenjara agar pakatan tiga parti itu mendapat undi simpati, sepertimana isu mata lebam. Namun perkiraan mereka meleset, apabila semua itu tidak menjadi.

Politik Anwar yang penuh dengan pembohongan dan retorik tidak akan sampai ke mana-mana, pada PRU-13 akan mencapai noktah.

Read more...

Tuesday, August 23, 2011

Dr Khir Toyo dakwa ada tiga menteri kabinet Najib mahukan dirinya dipenjara

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarahkan membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Pertanyaan Khir

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir dibuat apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir 'diturunkan pangkat'. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Read more...

Monday, August 1, 2011

Ahmad jadi pujaan Arrora Salwa


DEMI cintanya terhadap bidang nyanyian, penyanyi Arrora Salwa atau nama sebenar Salwa Md. Razak,27, nekad meninggalkan kerjaya beruniform sebagai seorang anggota polis yang menjanjikan pendapatan tetap buatnya.

Berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis atas permintaan keluarga, Arrora mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya nyanyian.

Sewaktu memegang jawatan Lans Koperal, penyanyi berzodiak Cancer ini turut menyertai kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terlibat dengan pelbagai persembahan sepanjang bertugas.

"Saya rasa cukup selama tujuh tahun saya berkhidmat sebagai anggota polis dan sekarang masa untuk saya mengikut kata hati saya dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

"Saya tahu kerjaya nyanyian tidak menjamin ganjaran lumayan atau pendapat yang stabil, tapi saya ambil risiko itu sebagai cabaran," jelasnya.

Biarpun masih hijau dalam dunia hiburan, nama Arrora dilihat sedang meniti di bibir-bibir peminat melalui 'single' pertamanya berjudul Ahmad.

Ketika ditanya tentang jejaka bernama Ahmad, Arrora hanya tersenyum dan berkata ia sekadar lagu yang dilontarkan di hadapan pendengar.

"Nama Ahmad tiada kena mengena dalam orang istimewa dalam hidup saya, ia diambil sebagai simbolik nama lelaki yang selalu digunakan dalam masyarakat Melayu.

"Lagu ini berentak seperti muzik Indonesia kerana ia dicipta oleh komposer negara tersebut iaitu Panji Sakti yang sebelum ini menghasilkan lagu hit Sayang-Sayang dan Jangan Nakal," katanya.

Berpeluang merakamkan lagu tersebut, Aurora berkata lirik Ahmad mudah untuk diingati apabila pertama kali mendengarnya.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP