Monday, November 30, 2009

Bibit-Bibit 13 Mei Masih Ada??


TELAH lebih 40 tahun tragedi berdarah 13 Mei. Ianya tidak begitu berbekas di hati kebanyakan daripada kita, terutamanya yang muda. Hal ini kerana kita beranggapan bahawa negara kita aman, tenang, bahagia, dan sangka bahawa keadaan akan terus begini untuk selama-lamanya.

Sebenarnya, kita masih berpotensi untuk menghadapi situasi seperti 40 tahun lalu, jika tidak berhati-hati. Hal ini kerana, situasi di negara kita sangatlah hampir dengan keadaan 40 tahun lalu, antaranya:- Ada sesetengah pihak yang cuba memainkan api perkauman, menimbulkan kebencian kepada kaum.

Mereka yang saya gelar “petualang” ini selalunya ahli-ahli politik, terutamanya yang banyak berselindung di sebalik persatuan-persatuan yang punya unsur perkauman.

Untuk mengenali golongan ini, mereka suka membuat laporan polis, hatta apabila seorang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, di mana perkara ini sebenarnya baik untuk perkembangan Islam di Malaysia.

Parti pembangkang Malaysia menguasai banyak kerusi, menafikan majoriti 2/3 kerajaan, dan menguasai banyak negeri-negeri penting. Sedangkan jika menang majoriti mudah, di negara lain sudah dianggap bagus, apatah lagi apabila kemenangan sedikit sahaja lagi menghampiri majoriti 2/3 di Parlimen.

Jadi, mereka berasa tidak selesa, dan melakukan banyak cara untuk membuat rampasan kuasa, sehingga mempergunakan pasukan keselamatan yang berkhidmat untuk menyara keluarga semata-mata.

Unsur-unsur kekerasan telah mula digunakan semenjak pertukaran kepimpinan negara, di mana lebih ramai orang ditangkap atas pelbagai akta terutamanya ISA, walaupun pembebasan sesetengah orang digembar-gemburkan.

Lihat juga, kisah 7 Mei di DUN Perak, di mana kekerasan digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak berkepentingan. Oleh kerana itu, jika kita berasa geram atau kecewa dengan keadaan-keadaan sekarang, kita perlulah bertenang dan memikirkan cara yang lebih berkesan untuk menimbulkan kesedaran kepada orang-orang yang belum sedar dari lamunan, dan menyahkan negara ini daripada kelompok manusia yang cinta akan permusuhan dan perkauman.

Lihatlah sahaja cerita DUN Perak, ketika itu Pakatan Rakyat boleh membawa seramai boleh rakyat untuk berdemonstrasi di Ipoh. Terlalu ramai orang yang benci akan rampasan kuasa yang dilaksanakan secara haram di sana.

Namun, apa yang telah dibuat hanyalah kempen 1BlackMalaysia. Saya lihat kempen tersebut sangatlah berkesan, sehingga polis tidak segan silu menahan sesiapa yang datang ke balai polis dengan berpakaian serba hitam pada hari tersebut.

Ternyata pihak Pakatan Rakyat sangatlah bijak dalam menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa merekalah yang berkuasa menentukan hala tuju negara, bukan Polis, Badan Kehakiman, Tentera, mahupun para politikus yang rasis yang tidak boleh diharapkan itu.

Lebih ketara lagi, saya juga dapat melihat cara Anwar Ibrahim yang lebih berhemah sekarang, berbanding tahun lalu di mana pelan pengambilalihan kuasa beliau gagal dengan teruknya.

Mungkin ini peranan wanita yang ketara, iaitu isteri beliau, Wan Azizah dalam menangani emosi dan keghairahan Anwar Ibrahim untuk menamatkan dominasi BN di negara ini.

Apa yang saya dapat lihat, nasihat-nasihat daripada Wan Azizah sangat baik, dan berjaya memastikan PKR, parti utama dalam Pakatan Rakyat kekal relevan dan tidak lari daripada hala tujunya.

Lebih maklumat mengenai Wan Azizah dan peranan beliau menstabilkan semula PKR, rujuk semula tulisan Ibu hebat yang pernah ku lihat, tulisan sempena Hari Ibu lalu. Menyedari yang beliau akan menghadapi prosiding mahkamah seterusnya berkenaan kes liwat, Anwar telah menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis dalam membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi dugaan dari BN.

Seorang tokoh yang dilihat paling ketara potensinya adalah Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi mangsa komplot beberapa wakil rakyat, bersama staf kerajaan negeri dan juga pihak polis.

Pengalaman beliau menghadapi krisis ini sangat membantu dalam menangani segala tipu helah daripada BN sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk berkuasa.

Selain itu Anwar juga telah mencadangkan lebih banyak pilihanraya kecil, terutamanya untuk kes-kes wakil rakyat yang dipertikai integritinya.

Sebenarnya, pilihanraya kecil adalah strategi yang bagus untuk mengekalkan momentum sokongan rakyat. Sambil itu, barisan ADUN dan ahli parlimen juga akan dapat dibersihkan dari unsur rasuah, lompat parti dan ketidakcekapan.

Ini lebih kerap berlaku kepada PKR, di mana kebanyakan Ahli Parlimen dan ADUN adalah daripada kalangan yang tidak menyasarkan kemenangan dalam PRU 12 dan tidak bersedia memimpin negeri, apatah lagi negara.

Mereka juga mudah digoda dan diumpan oleh musuh politik. Contoh paling ketara: Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu. Walaupun ianya adalah suatu perkara yang memerlukan perbelanjaan lebih, hasilnya Insya-Allah berbaloi.

Lagipun, Pakatan Rakyat tidak gunakan wang yang banyak untuk berkempen, semuanya hasil bantuan daripada rakyat dari derma-derma kilat pilihanraya yang selalu diadakan. Sekadar cukup untuk adakan ceramah, poster calon, dan membuat “pamphlet” untuk pilhan raya.

Bendera parti? Itu boleh dikitar semula dari pilihanraya kecil dan PRU12 yang sudah. Staf kempen? Jangan risau, semuanya sanggup keluarkan wang sendiri. Itu sahaja yang mampu Pakatan Rakyat lakukan untuk kempen.

Jadi, adakah wang rakyat terbazir? Tidak sama sekali. Sebenarnya pembaziran paling besar wang rakyat berlaku apabila begitu banyak projek mi segera, dan juga kawalan berlebihan polis semasa pilihanraya, sedangkan banyak lagi kes jenayah yang penting yang perlu diambil perhatian oleh polis.

Peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang lagi, jika golongan-golongan rasis menguasai negara ini. Pastikan sokongan anda kepada demokrasi dan integriti negara berterusan, pasti kita akan selamat Insya-Allah.

Read more...

Ong Tee Keat Tolak Deklarsi 1128 Tajaan Liow Tiong Lai

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada hari Ahad menolak Deklarasi 1128 yang dipersetujui kumpulan penyokong Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam yang mahu pemilihan semula parti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ong menyifatkannya tuntutan deklarasi itu semata-mata mahu pemilihan semula parti itu diadakan segera sedangkan jika ia (pemilihan semula) mahu diadakan, ia perlu mengikut perlembagaan parti dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pusat (CC).

"Adalah penting bagi semua pihak mematuhi perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidiladha 2009 kawasan Pandan di sini.

"Kalau kita sayang demokrasi dalam MCA, kenalah semua pihak akur kepada amalan ataupun akur kepada keputusan yang dibuat majoriti ahli CC, takkanlah yang majoriti ini kena tunduk kepada yang segelintir. Itu bukan caranya kita menguruskan parti atau demokrasi parti," jelasnya.

Persoalan sama ada mahu ditunda Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ataupun tidak hendaklah dirujuk kepada CC dan setahunya AGM itu akan tetap diadakan pada 5 Dis ini, kata Ong.

Mengenai dakwaan golongan yang menyokong Liow yang hanya mahu pemilihan baru diadakan untuk ahli CC dan tidak perlu bagi sayap Pemuda dan Wanita, Ong berkata, pemimpin di peringkat akar umbi mahu pemilihan diadakan serentak mengikut perlembagaan parti dan seperti mana yang telah dibuat UMNO.

Ong mendakwa semasa beliau berada di London baru-baru ini banyak fitnah dilemparkan terhadapnya mungkin kerana ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya yang mahu penyelewengan projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disiasat.

Katanya, beliau sedar ada banyak pihak yang mahu menjejas dan menghancurkan kerjaya politiknya tetapi demi untuk kebenaran beliau tidak akan mengalah.

Read more...

Sunday, November 29, 2009

Parti Pas Terus Bergolak Kenapa??

Perjalanan Pas sebagai salah sebuah parti politik di negara ini dilihat tidak seimbang dan ‘bergegar sepanjang masa’ ekoran wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan Pas dengan mudah.

Ada kalangan ahli dan penyokong parti itu mendakwa bahawa kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang semakin berkurangan selain trend menghentam pimpinan secara terbuka juga menyebabkan Pas berada pada kedudukan seperti itu.

Dalam yang masa sama rahsia parti seperti kandungan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah. ‘

Ahli-ahli dan pemimpin Pas lebih hebat berpolitik sesama sendiri dibanding dengan musuh. Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam Pas.

Pemimpin Pas telah berubah. Cara kepimpinannya telah lari dan hanya berlebihan dalam menumpukan gerak kerja politik tanpa mengambil berat gerak kerja tarbiyyah.

Sesetengah pemimpin Pas bukan sahaja sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi malah sedia bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik.

Bagi setengah pemimpin Pas amal tarbiyah tiada lagi tempat dan ruang. Persaudaraan sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis. Mudah bertengkar dan bermasam muka. Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain. Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog.

Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa. Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh.

Jika perjalanan parti tidak diperbetulkan semula dan semua pihak tidak mengambil peranan itu dengan penuh insaf dan sedar, maka parti Pas akan senantiasa terus bergolak.

Jika pemimpin Pas dan Ahlinya tidak membina semula kesatuan berfikir dan kesatuan amal. seperti menjaga kerahsiaan jemaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah, maka gejala keretakan akan terus belaku.Fikrah Islam mesti jelas. Jangan biarkan ia kabur di sebalik jerebu kemenangan,.

Dalam pada itu, semua pihak dalam Pas segera memperkukuhkan Pas sebelum memperkukuhkan parti lain.Fokus pada portfolio yang diamanahkan.

Read more...

Saturday, November 28, 2009

Pelan 1128 Malapetaka Bagi MCA? Apa Agenda Muhiyiddin?

Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

Selain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Risalah yang mengandungi komentari khas dalam akhbar Sin Chew Daily, turut diedarkan kepada pada hadirin. Komentari itu menyifatkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "presiden paling teruk dalam sejarah MCA".

Sesi taklimat bermula jam 10.30 pagi.

Read more...

Pelan 1128 Malapetaka Bagi MCA? Apa Agenda Muhiyiddin?

Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

Selain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Risalah yang mengandungi komentari khas dalam akhbar Sin Chew Daily, turut diedarkan kepada pada hadirin. Komentari itu menyifatkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "presiden paling teruk dalam sejarah MCA".

Sesi taklimat bermula jam 10.30 pagi.

Read more...

Friday, November 27, 2009

Menteri Besar Kelantan: Datuk Ahmad Yakob Hampir Pasti

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik sebagai menteri besar sebagaimana saranan anggota exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti menteri besar Kelantan, lapor Bernama.

Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan, merupakan pemimpin paling layak dilantik menteri besar, jika Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

Nik Amar berkata, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan timbalan menteri besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai menteri besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika menteri besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta menteri besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian

Read more...

Wednesday, November 25, 2009

Hussam Ambil Sikap Low Profile Isu MB Kelantan

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya Satu hingga Tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Husam berkata beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas kedua-dua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP