Sunday, November 29, 2009

Parti Pas Terus Bergolak Kenapa??

Perjalanan Pas sebagai salah sebuah parti politik di negara ini dilihat tidak seimbang dan ‘bergegar sepanjang masa’ ekoran wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan Pas dengan mudah.

Ada kalangan ahli dan penyokong parti itu mendakwa bahawa kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang semakin berkurangan selain trend menghentam pimpinan secara terbuka juga menyebabkan Pas berada pada kedudukan seperti itu.

Dalam yang masa sama rahsia parti seperti kandungan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah. ‘

Ahli-ahli dan pemimpin Pas lebih hebat berpolitik sesama sendiri dibanding dengan musuh. Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam Pas.

Pemimpin Pas telah berubah. Cara kepimpinannya telah lari dan hanya berlebihan dalam menumpukan gerak kerja politik tanpa mengambil berat gerak kerja tarbiyyah.

Sesetengah pemimpin Pas bukan sahaja sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi malah sedia bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik.

Bagi setengah pemimpin Pas amal tarbiyah tiada lagi tempat dan ruang. Persaudaraan sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis. Mudah bertengkar dan bermasam muka. Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain. Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog.

Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa. Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh.

Jika perjalanan parti tidak diperbetulkan semula dan semua pihak tidak mengambil peranan itu dengan penuh insaf dan sedar, maka parti Pas akan senantiasa terus bergolak.

Jika pemimpin Pas dan Ahlinya tidak membina semula kesatuan berfikir dan kesatuan amal. seperti menjaga kerahsiaan jemaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah, maka gejala keretakan akan terus belaku.Fikrah Islam mesti jelas. Jangan biarkan ia kabur di sebalik jerebu kemenangan,.

Dalam pada itu, semua pihak dalam Pas segera memperkukuhkan Pas sebelum memperkukuhkan parti lain.Fokus pada portfolio yang diamanahkan.

3 comments:

Datu pitung November 29, 2009 at 12:53 PM  

salam sdr,

setiap parti politik mempunyai pergolakkan masalah yg tersendiri, parti umno pn mempunyai masalah yg sgt serious tp sengaja tdk di salurkn sepenuhnya oleh media kta yg tercinta.

selagi pucuk pimpinan semua parti tidak memberi tumpuan yg betul dlm kepimpinan demi rakyat maka setiap masalah akan berterusan.

parti yang baik ialah parti yang di terimah baik oleh keseluruhan rakyat. apakah parti itu UMNO? PAS? PKR? sama2 kta fikir kn..

thanks, thats just my personal opinion.

awal dan akhir November 29, 2009 at 5:47 PM  

datu pitung. Terima kasih atas pandangan saudara. saya menghargainya agar kita dapat menemukan titik pertemuan. Oh ya lama tak berkunjung, kemana?

Datu pitung November 29, 2009 at 11:58 PM  

salam kembali sdr

saya sedikit sibuk, tp sy sentiasa mgikuti agenda atau isu yg di bincang oleh blogger2 KB. sdr sorg yg byk idea dan pdpt kerna setiap hari dan ketika sdr mempunyai satu artikel yg menarik utk di baca. teruskn..

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP