Monday, November 16, 2009

Nizar News: Manohara Tidak Pernah Dicederakan Suami: Saksi


Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini diberitahu bahawa wanita itu tidak pernah didera suaminya itu.

Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar berkata adalah tidak benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera suaminya.

"Tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara. Kalau ada mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya," kata Tengku Azwani, 26, yang juga sepupu Tengku Muhammad Fakhry.

Beliau rapat dengan sepupunya dan Manohara serta beliau melihat hubungan kedua-dua pasangan itu adalah baik dan mesra, katanya sambil menjelaskan rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari rumah sepupunya itu.

Tengku Azwani berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Yusof Awang pada perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara kembali taat kepada suaminya, semasa menjawab soalan peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, sama ada benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera oleh suaminya.

Bagaimanapun, Manohara yang telah kembali ke Indonesia tidak hadir di mahkamah hari ini dan begitu juga tiada peguam syarie yang mewakilinya.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar afidavit keterangan bertulis Tengku Muhammad Fakhry dalam perbicaraan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.

Hakim Syarie Mohd Yusof menetapkan 13 Disember bagi keputusan tuntutan kes taat kembali kepada suami dan tuntutan hutang itu.

Pada Jumaat lepas, Tengku Muhammad Fakhry, 31, menyerahkan afidavit keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur bagi dua kes saman terhadap isterinya, Manohara yang mengandungi soalan dan jawapan bagi menggantikan soalan utama terhadap plaintif pada perbicaraan hari ini.

Pada 3 November, peguam syarie kepada Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya dalam kedua-dua kes tersebut.

Dua hari selepas penarikan diri peguam syarie terbabit, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina dikenakan penghakiman ingkar setelah gagal melantik peguam baru dalam kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Sivil di Kota Bharu. -

Read more...

Sunday, November 15, 2009

Nizar News: Zaid Masuk PKR Hanya Malukan Anwar: Kini Sanjung Nik Aziz

Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, menyambut baik cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi pertama bagi Pakatan Rakyat.

Menurut ketua penerangannya, Hajjah Nor Hashimah Deraman, perlantikan Nik Aziz dilihat sangat bertepatan kerana beliau merupakan seorang tokoh penyatuan kaum di negara ini.

Ianya dapat di nilai sepanjang 20 tahun menjadi Menteri besar Kelantan dan mentadbir rakyat negeri itu tanpa tercetus sebarang ketegangan kaum.

Kepribadian beliau juga disenangi bukan sahaja oleh orang Melayu Islam, malah pelbagai kaum lagi di negeri ini termasuk Cina , India dan Siam.

“Saya amat menyokong penuh saranan tersebut dan berharap Tuan Guru dapat menerimanya dan menjadi seorang pemimpin yang berjaya dalam penyatuan kaum di negara ini” katanya.

“Keperibadian dan ketokohan beliau sudah terbukti dan tiada salahnya mengambil beliau sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Pertama,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian Abdul Rahman Yunus berkata, walaupun terdapat ramai tokoh dalam Pakatan Rakyat yang mampu menjadi pemimpin namun pada masa kini Nik Aziz dilihat amat menonjol sering kali dijadikan ikon penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

“Kami, PAS Kawasan Kubang Kerian menyokong penuh saranan Zaid Ibrahim dan diharap ia akan menjadi kenyataan sebagai pemimpin pertama Pakatan Rakyat bila ia diluluskan nanti,” kata beliau.

“Saya juga berharap pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat tidak menjadikan saranan Zaid tersebut sebagai mainan politik semata-mata dan di sinilah ujian pertama terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri”ujar beliau lagi.

Bagi Pegawai Khas Wakil Masyarakat India Kelantan, Tharuman a/l Arjunan pula berkata pada masa kini hanya Mursyidul Am PAS itu sahaja yang boleh menjadi Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat diterima semua kaum.

“Kami amat gembira sekiranya beliau dipilih oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana ketokohan beliau boleh disamakan dengan Mahatma Ghandi”ujar beliau.

Penyertaan masyarakat India di dalam Kelab Penyokong PAS adalah juga berkaitan dengan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan yang begitu perihatin terhadap pelbagai masyarakat,” katanya.

Read more...

Nizar: Ramai Pemimpin Pas Terperangkap Isu Bai"ah

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi menasihati anggota parti supaya menghormati dan mematuhi sistem atau amalan parti bagi memastikan nama baik parti sentiasa terjaga.

"Satu sistem telah dibuat, maka ahli kena ikut keputusan parti yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Setiusaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan bai'ah talak seperti yang didedahkan anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Nasaruddin berpendapat isu bai'ah merupakan satu percubaan pihak tertentu yang ingin menjejaskan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan kononnya ia menindas golongan wanita.

"Kononnya ada yang mengatakan bahawa PAS tidak memberi peluang yang adil kepada golongan wanita dalam parti. Ia sengaja dicipta sejak dari dahulu lagi. Tapi kita dah jawab dengan menunjukkan bukti kepada mereka bahawa wujud kepimpinan wanita dalam parti malah ada yang telah dilantik sebagai senator," katanya.

Isu bai'ah talak tiga tercetus awal bulan ini apabila Khalid mengesahkan wujudnya amalan itu di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Nizar: Tanda-tanda Kerajaan Selangor Tersungur: Lantik Anwar Jadi Penasihat

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.

Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.

PEMBANGKANG PERNAH MEMANDANG SINIS DAN CEPAT MENEMPELAK APABILA DS NAJIB CUBA MELAKUKAN PERUBAHAN PENTADBIRAN MENGIKUT ACUAN BELIAU. KINI TIBA GILIRAN PAKATAN YANG SUDAH MERASAI BAHANG KEMARAHAN RAKYAT. ITU PUN SETELAH TERUK DI 'BELASAH' DAN SEGALA KEBURUKAN TERUS DI TELANJANGKAN DARI ATAS SAMPAI KE BAWAH.

HARI INI PAKATAN ROSAK TERPAKSA MENGERAH SEGALA KUDRAT YANG ADA UNTUK MEMULIHKAN SEMULA KEYAKINAN RAKYAT YANG SUDAH SEMAKIN PUDAR.

JIKA ZAID MENCADANGKAN AGAR PAK AJIS DI ANGKAT SEBAGAI PENGERUSI PAKATAN, KHALID GAGAP JUGA TIDAK MAHU KETINGGALAN APABILA MELANTIK PELIWAT TEGAR SEBAGAI 'TUAN PENASIHAT KEWANGAN' NEGERI SELANGOR.

RAKYAT TAHU KETIKA KEGAWATAN EKONOMI 1997, ANUWAR LANGSUNG TIDAK MEMPERDULIKAN AKAN MASALAH KEWANGAN YANG MENIMPA NEGARA WAKTU ITU. BELIAU SEBALIKNYA SIBUK MENAMBAH DERITA DENGAN MELAKUKAN REFORMASI JALANAN DI IBU KOTA. DENGAN BERGAJIKAN RM1, KHALID CUBA MEMBERI GAMBARAN BAHWA ANUWAR BKNLAH SEORANG MATA DUITAN. BAGI ANUWAR MMG LAH TIADA MSLH KERANA BELIAU BOLEH MEMPEROLEHI LEBIH DARI YANG SEPATUTNYA SETELAH MENJAWAT JAWATAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH SI GAGAP.

KENYATAAN KHALID MENDAKWA ANUWAR MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM PERBANKAN DUNIA, MENYERLAHKAN LAGI AKAN TAHAP KEBANGANGAN SEBAGAI SEORANG MENTERI BESAR DAN BENAR2 BAHLOL JIKA DIA MENAFIKAN PERLANTIKAN ANUWAR TIADA KAITAN DENGAN POLITIK!.

MUNGKIN DIA TERLUPA YANG ANUWAR HANYALAH SEORANG BALACI KEPADA JAMES WOLFENSON, PRESIDEN BANK DUNIA WAKTU ITU. DAN MUNGKIN KHALID GAGAP TERLUPA SEMASA ANUWAR MENJAWAT SEBAGAI MENTERI KEWANGAN DIMANA HAMPIR MENYEBABKAN MALAYSIA MUFLIS, BUNGKUS TIKAR, KAPUT DAN AKAN TERUS BERHUTANG KEPADA IMF HINGGA SEKARANG. ATAU DIA JUGA MUNGKIN TERLUPA BAHWA DIA SENDIRI MASIH BERHUTANG BERJUTA2 RINGGIT KEPADA SEBUAH BANK.

KHALID CUBA MEMPERBODOHKAN LAGI RAKYAT DENGAN MELAKSANAKAN PERUBAHAN ALA2 MEE SEGERA. KALAU SETAKAT CUBA UTK MEMPROMOSIKAN SELANGOR SEBAGAI 'ISLAMIC HUB', RASANYA TAK PERLULAH DIBANGGAKAN SGT KERANA KERAJAAN PUSAT DAH LAMA MEMPROMOSIKAN M'SIA SECARA KESELURUHAN (TERMASUK SELANGOR) SEBAGAI PUSAT KEWANGAN ISLAM TERBESAR DI DUNIA.

PENDEK KATA SKRG PAKATAN ROSAK KINI SUDAH BENAR2 SESAK NAFAS. BIAR PUN MEREKA CUBA MELAKUKAN PERUBAHAN KOSMETIK, IANYA SEMATA2 UTK MENUTUP BANGKAI YANG SUDAH MULA BERBAU.

KALAU KHALID BENAR2 INGIN MENYELAMATKAN SELANGOR DARI TERUS DI TIMPA BENCANA, ADALAH LEBIH BAIK BELIAU DAN YB2 PAKATAN LAIN MELETAKKAN JAWATAN. HANYA ITULAH JALAN YANG TERBAIK DAN LEBIH AFDAL.

Read more...

Nizar News: Penyaja Naik Haji Nik Aziz Ada Unsur Rasuah!!!

Penajaan Naik Haji Kepada keluarga Nik Aziz seramai 5 oarng berjumlah RM325,000 bukan rasuah tetapi sumbangan kerana syarikat yang menyumbang tersebut sangat berterima kasih kerana mendapat kontrak khas pemasangan billboard bagi seluruh Kelantan. Demikian komen dan ulasan para penyokong Pas dan penyokong Nik Aziz.

Nik Aziz juga mengatakan bahawa jika zaman Rasulullah, bahawa baginda dilarang masuk mekah oleh kaum quarisy masa itu, kali Nik Aziz 'dilarang' ke Mekah oleh kaum quarisy Malaysia.

Sebenarnya tiada seorang rakyat Malaysia melarang Nik Aziz ke Mekah untuk menunaikan haji, hanya rakyat bertanya dan tertanya-tanya kenapa Nik Aziz mendapat tajaan?? persoalannya itu saja. Jika Nik Aziz nak guna penajaan itu tiada yang melarang, itu hak Nik Aziz. Namun kedudukan Nik Aziz sebagai menteri besar dan kebetulan sebagai penegrusi GLC yang memberi kontrak kerja kepada syarikat penyaja adalah "berbentuk" rasuah. Jika sekiranya syarikat penyaja itu tidak mendapat kontrak, mungkin kah akan menyaja Nik Aziz?

Jika benar bahawa syarikat tersebut ingin mendapat pahala, maka taja saja orang-orang miskin ke Mekah, bukan Nik Aziz.

Pergerakan Pemuda Umno meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.

Dalam perkembangan lain Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am PAS itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Pemuda Umno Kelantan akan menyerahkan memorandum kepada SPRM pagi esok untuk mendesak siasatan disegerakan, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media.

Read more...

Nizar News: Khalid Ibrahim Bersandiwara Lantik Anwar Pensihat Ekonomi Bergaji RM 1

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.

Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.

Read more...

Nizar: Gara-gara Tajaan Dipertikai: Nik Aziz Batal Naik Haji

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini Jumaat.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP