Saturday, November 14, 2009

Nizar News: Penyaja Naik Haji Nik Aziz Ada Unsur Rasuah!!!

Penajaan Naik Haji Kepada keluarga Nik Aziz seramai 5 oarng berjumlah RM325,000 bukan rasuah tetapi sumbangan kerana syarikat yang menyumbang tersebut sangat berterima kasih kerana mendapat kontrak khas pemasangan billboard bagi seluruh Kelantan. Demikian komen dan ulasan para penyokong Pas dan penyokong Nik Aziz.

Nik Aziz juga mengatakan bahawa jika zaman Rasulullah, bahawa baginda dilarang masuk mekah oleh kaum quarisy masa itu, kali Nik Aziz 'dilarang' ke Mekah oleh kaum quarisy Malaysia.

Sebenarnya tiada seorang rakyat Malaysia melarang Nik Aziz ke Mekah untuk menunaikan haji, hanya rakyat bertanya dan tertanya-tanya kenapa Nik Aziz mendapat tajaan?? persoalannya itu saja. Jika Nik Aziz nak guna penajaan itu tiada yang melarang, itu hak Nik Aziz. Namun kedudukan Nik Aziz sebagai menteri besar dan kebetulan sebagai penegrusi GLC yang memberi kontrak kerja kepada syarikat penyaja adalah "berbentuk" rasuah. Jika sekiranya syarikat penyaja itu tidak mendapat kontrak, mungkin kah akan menyaja Nik Aziz?

Jika benar bahawa syarikat tersebut ingin mendapat pahala, maka taja saja orang-orang miskin ke Mekah, bukan Nik Aziz.

Pergerakan Pemuda Umno meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.

Dalam perkembangan lain Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am PAS itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Pemuda Umno Kelantan akan menyerahkan memorandum kepada SPRM pagi esok untuk mendesak siasatan disegerakan, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP