Saturday, December 19, 2009

Penggiliran Ketua Menteri Sabah: Memuncak Semula

SAPP mantan gabungan BN Sabah yang keluar atas sebab hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN waktu itu (era Tun Abdullah Badawai) telah mencanangkan slogan BERJUANG UNTUK MENANG!.

Persediaan Parti itu telah tiba ke tahap gear 5, dimana baru-baru ini pimpinan parti itu telah selesai menelaah dan merumuskan seluruh perancangan parti dan disimpulkan bahawa parti itu telah bersedia dan siap tempur menghadapi PRU-13.

Isu penggiliran Ketua Menteri dihidupkan semula. Kembalinya parti ini kepada cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dirasakan oleh SAPP merupakan alat penyatuh kepada kaum-kaum di Sabah yang peratusannya berimbang, yakni kaum bumiputera islam, kaum bumiputera bukan islam dan kaum cina.

Isu alam sekitar juga terus diberi hembusan minyak, terutama bantahan rakyat dan parti itu terhadap pembinaan janakuasa arang bantu di Sandakan Sabah.

Isu pertukaran milik hak tanah,isu penyalah gunaan kuasa pihak-pihak tertentu dalam pemberian geran tanah kepada rakyat bukan asal juga terus diberi tumpuhan dan siraman minyak supaya terus menyala.

Isu pemarataan pembahagian kek hasil negeri juga diberi siraman minyak kelas formula one. Rakyat telah tahu dan mengetahui bahawa penumpuhan pengagihan kontrak pada masa ini hanya berlegar-legar pada kroni-kroni ketua menteri Sabah. Pembahagian jawatan hanya tertumpu pada kaum-kaum tertentu, walaupun telah menjadi rakyat negera ini, namun akar umbinya adalah kaum pendatang. Isu ini terus dibakar dan diuar-uarkan.

Teringat saya, semasa Usno dan Berjaya tersungkur, faktornya adalah isu tempatan, bukan isu nasional. Rakyat Sabah sangat sensitif terhadap isu tempatan, kerana itu presdien SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga mantan ketua menteri Sabah, tahu benar kehendak rakyat Sabah.

Khabarnya, jika parti pembangkang lain seperti PKR tidak mengorak langkah awal, SAPP akan membuat keputusan untuk bertanding semua 60 kawasan DUN dan 25 kawasan Parlimen pada PRU-13 akan datang.

SAPP dalam gerak kerjanya BERJUANG UNTUK MENANG, telah bersedia untuk menumbangkan kerajaan BN Sabah dibawah teraju UMNO.

Persoalannya.. bersediakah Rakyat Sabah? Kalau dilihat daripada isu yang dibawah oleh SAPP, nampaknya rakyat Sabah tiada pilihan, motto Sabah for Sabah akan mendapat sokongan. Fikirkanlah.

Read more...

Friday, December 18, 2009

Hasil Minyak Negara Adalah Milik Rakyat

Jika Kelantan tidak menuntut hasil petroleum yang jelas digali dalam perairannya, nescaya tiada siapa yang tahu apakah isu sebenar yang berlaku.

Kerajaan negeri Kelantan, di bawah usaha exconya, Datuk Husam Musa berjaya melakukan pembongkaran yang mengejutkan. Iaitu, hasil petroleum digali dari perairan Kelantan sejak 2004, tetapi hasilnya disembunyikan oleh Petronas yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.

Sumbangan besar Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak, yang menjadi sumber utama untuk membantu dan menampung ekonomi negara sangat diperakui.

Dana besar yang diperolehi bagi membantu menguruskan perbelanjaan negara tidak boleh dikatakan ia sebagai semata-mata hasil jasa Petronas. Petronas hanyalah sebuah syarikat milik negara yang diberi amanah untuk mengeluarkan hasil minyak dan gas secara tunggal dari perairan negara dan antarabangsa.

Petronas diurustadbirkan secara profesional, namun ia dipertanggungjawabkan terus di bawah kuasa perdana menteri.

Apa pun, minyak dan gas di perairan negara dan yang dikongsi bersama beberapa negara jiran di perairan antarabangsa, adalah milik negara dan milik rakyat. Justeru, segala hasil mahsul yang menghasilkan unjuran besar pendapatan Petronas adalah hak rakyat yang wajib diketahui rakyat.

Rakyat mahu mengetahui berapa jumlah sebenar yang diperolehi rakyat, berapa banyak royalti yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat, serta ke mana dan bagaimana ia diagihkan.

Namun sehingga kini tiada data jelas yang boleh diperolehi secara telus. Parlimen juga tidak dibentangkan akaunnya dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga tidak boleh mengauditnya.

Mengapa akaun Petronas disembunyikan, dilindungi daripada rakyat? Barangkali di sini bukan salah Petronas. Yang salahnya mengapa perdana menteri enggan membenarkan akaunnya diteliti secara telus.

Rakyat tidak mengetahui dengan jelas, di perairan negeri mana telaga minyak dan gas digali. Rakyat tidak diberitahu secara jelas dengan siapakah usaha pencarigalian itu dilakukan dan banyak mana minyak dan gas yang digali.

Hasil royalti kepada Kelantan misalnya dianggarkan lebih RM1 bilion disembunyi dan didiamkan daripada Kelantan.

Mengapa ada yang tega menyembunyikan hasil milik rakyat Kelantan? Di mana wang itu sekarang, dan ke mana ia dibelanjakan, akan tetap menjadi persoalan yang akan terus dibongkar.

Tidak dapat dinafikan, walaupun Petronas menjalankan urusniaga secara profesional, namun ia tetap tidak terlepas daripada diperalatkan oleh orang-orang politik, khususnya perdana menteri yang juga presiden Umno.

Sesiapa pun yang menjadi PM, boleh “mempunyai kecenderungan” untuk memanipulasikan Petronas, kerana agensi itu tertakluk sepenuhnya di bawah kuasa beliau.

Kemuncak manipulasi pengunaan hasil minyak yang paling besar dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, ketika PAS menerajui Terengganu (1999-2004). Pentadbiran Dr Mahathir pada masa itu menghukum rakyat Terengganu dan PAS dengan menarik balik royalti minyak selepas lebih 20 tahun dibayar kepada Terengganu secara tunai hanya kerana rakyat menolak Umno-BN.

Royalti dibayar ketika Umno-BN menerajui kerajaan negeri, tetapi ditarik balik ketika PAS memegang tampuk kuasa. Tindakan pilih kasih ini masih terkenang oleh rakyat Terengganu hingga kini. Mungkin atas sebab penarikan royalti minyak tersebut, rakyat Terengganu memilih semula Umno-BN pada Pru-11 dan 12, atas sebab mereka tidak mahu kehilangan hak.

Pada masa kini, rakyat mulai peka terutama terbongkarnya dan meluasnya laporan mengenai hasil minyak dan rakyat telah maklum bahawa hasil minyak bukan milik Umno-BN. Royalti minyak juga bukan duit milik Umno-BN. Ia adalah milik rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat melalui kerajaan negeri yang sah dipilih pada setiap pilihan raya.

Hakikatnya Petronas bukan harta milik peribadi Umno-BN yang hendak dibidak sesuka hati mereka.

Justeru, kini rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Hasil yang digali Petronas menjadi bahan pertaruhan politik Umno-BN. Ia juga dijadikan bahan dendam politik terhadap PAS, dahulu di Terengganu dan kini di Kelantan.

Maka kita mengharapkan agar Petronas dan seluruh kakitangannya, supaya tidak menjadi alat politik Umno-BN, dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenar daripada rakyat.

Read more...

Thursday, December 17, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung 7 Januari 2010

Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai 2009. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.

TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.

Inkues kematian TBH masih belum dapat merungkai kematiannya. 22 November postmortem ke-2 telah dijalankan disaksikan oleh pakar-pakar luar negara. Hasilnya akan dirungkai melalui sambungan inkues kematian mendiang pada 7 Januari 2010.

Read more...

Wednesday, December 16, 2009

Siapa Yang Tidak Marah?

SIAPA yang tidak marah kalau tanah kediaman berkurun lamanya apabila tersedar telah menjadi milik orang lain. Orang lain itu, bukan orang sekampung, akan tetapi orang pemilik syarikat besar dan secara kebetulan pula orang non jauh.

Siapa yang tidak marah kalau telah biasa membeli beras pada harga 1.80 sekilogram dan pada hari berikutnya beras yang sama telah naik harga menjadi 5.50 sekilogram.

Siapa yang tidak marah kalau telah biasa membeli gula pada harga 1.40 sekilogram dan pada hari berikutnya terpaksa membayar 1.75 sekilogram dan terhad kepada 2kilogram seorang.

Siapa tidak marah kalau penggunaan litirk tanpa tambahan pegunaan secara tiba bertambah daripada 39 ringgit kepada 65 ringgit.

Siapa tidak marah kalau harga ayam biasa pada 5.80 sekilogram terpaksa membayar 8.50 sekilogram.

Siapa tidak marah, kalau minta kerja dikatakan tiada kerja, tetapi pada lawatan berikutnya ada tambahan jumlah orang, setelah dirisik, orang baru itu ada kaitan dengan boss, ada persaudaran bau-bau bacang dengan wakil rakyat tertentu.

Siapa tidak marah, kalau anak dapat 5A UPSR memohon sekolah berasrama penuh yang dikira "elite" tidak dipertimbangkan, tetapi ada juga anak yang dapat 4A dipertimbangkan kerana ada kabel tertentu.

Siapa tidak marah kalau semasa ingin menjadi wakil rakyat, sipulan itu sanggup mereda sawah, mereda bendang untuk minta sokongan, tetapi setelah menang, apa kan berjumpa panggilan telephonpun tidak berjawab.

Siapa tidak marah,kalau sedikit masa lalu, wang 50 ringgit cukup untuk makan di restoran India untuk 4 orang, sekarang ini tidak cukup lagi. Biaya hidup terus melabung tinggi, seolah-olah kerajaan tidak lagi mampu berbuat apa-apa.

Read more...

Monday, December 14, 2009

Anwar: Siapa Sentuh Nik Aziz Pasti Dapat Tentangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan. "Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat. "Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Read more...

Sunday, December 13, 2009

menyifatkan bahawa konsep Ketuanan Melayu

Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendukung ketuanan Melayu, yang bersifat feudal dan tidak selari dengan usaha menyatupadukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia.

Itulah mesej jelas dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kepada golongan ekstremis yang terus menerus memainkan isu ketuanan Melayu untuk kepentingan politik dan diri mereka sendiri.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta oleh Malaysiakini mengulas trend semasa di mana terdapat pertubuhan dan kumpulan yang memainkan isu ketuanan Melayu, sehingga menimbulkan rasa tidak senang, ketegangan dan kebimbangan di kalangan kaum lain.

Perdebatan mengenai isu tersebut menjadi semakin panas ekoran kenyataan ahli parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran baru-baru ini bahawa ketuanan Melayu bercanggah dengan usaha untuk menyatu padukan pelbagai kaum di bawah konsep 1Malaysia itu.

Ekoran itu, ada pihak yang membuat laporan polis terhadap Kulasegaran kerana didakwa mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, dan malah ada yang menggesa supaya kerajaan membatalkan kerakyataannya.

Mengulas mengenai perkara itu, Nazri berkata, ia adalah hak peribadi mereka untuk membuat laporan polis tetapi ia boleh menghalang usaha menjayakan konsep 1Malaysia.

Sementara itu dalam perlembangan lain Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menyifatkan bahawa konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa.

Manakalah Datuk Salleh Said Keruak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, menyifatkan bahawa ketuan itu memang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, kerana melayu dan bumiputra atau pribumi itu memang "tuan" di negara ini.

"Tuan" menurut Salleh adalah "penduduk asal atau asli negara ini" semasa merasmikan pelancaran Perkasa Pribumi Malaysia Cawangan Sabah malam tadi di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.

Menurut istilah klasik Melayu, perkataan 'ketuanan' membawa maksud tuan ke atas hamba tawanan, yang menurutnya, satu konsep pra-feudal yang tidak sama waktunya dengan 1957, 1963 dan hari ini.

Asal usul Ketuanan Melayu

Istilah 'Ketuanan Melayu' bermula dengan ucapan Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1989 yang berkata orang Melayu mesti dominan dalam kepimpinan politik.Istilah ketuanan ditimbulkan sewaktu Umno berdepan dengan krisis kepimpinannya di mana Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kepimpinan Dr Mahathir ketika itu.

Read more...

Friday, December 11, 2009

Artikel Utusan" India Suka Kecoh" Diadu Kepada Polis

Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Ketua biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Dalam aduannya, Padmanathan mendakwa artikel itu "mengandungi unsur-unsur cemuhan terhadap masyarakat India dan memburuk-burukkan sikap mereka".

"Akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India.

"Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India," laporan polis itu dipetik.

Dalam sidang media selepas itu, Padmantahan mendesak Zaini memohon maaf kepada masyarakat India.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP