Hasil Minyak Negara Adalah Milik Rakyat
Jika Kelantan tidak menuntut hasil petroleum yang jelas digali dalam perairannya, nescaya tiada siapa yang tahu apakah isu sebenar yang berlaku.
Kerajaan negeri Kelantan, di bawah usaha exconya, Datuk Husam Musa berjaya melakukan pembongkaran yang mengejutkan. Iaitu, hasil petroleum digali dari perairan Kelantan sejak 2004, tetapi hasilnya disembunyikan oleh Petronas yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.
Sumbangan besar Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak, yang menjadi sumber utama untuk membantu dan menampung ekonomi negara sangat diperakui.
Dana besar yang diperolehi bagi membantu menguruskan perbelanjaan negara tidak boleh dikatakan ia sebagai semata-mata hasil jasa Petronas. Petronas hanyalah sebuah syarikat milik negara yang diberi amanah untuk mengeluarkan hasil minyak dan gas secara tunggal dari perairan negara dan antarabangsa.
Petronas diurustadbirkan secara profesional, namun ia dipertanggungjawabkan terus di bawah kuasa perdana menteri.
Apa pun, minyak dan gas di perairan negara dan yang dikongsi bersama beberapa negara jiran di perairan antarabangsa, adalah milik negara dan milik rakyat. Justeru, segala hasil mahsul yang menghasilkan unjuran besar pendapatan Petronas adalah hak rakyat yang wajib diketahui rakyat.
Rakyat mahu mengetahui berapa jumlah sebenar yang diperolehi rakyat, berapa banyak royalti yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat, serta ke mana dan bagaimana ia diagihkan.
Namun sehingga kini tiada data jelas yang boleh diperolehi secara telus. Parlimen juga tidak dibentangkan akaunnya dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga tidak boleh mengauditnya.
Mengapa akaun Petronas disembunyikan, dilindungi daripada rakyat? Barangkali di sini bukan salah Petronas. Yang salahnya mengapa perdana menteri enggan membenarkan akaunnya diteliti secara telus.
Rakyat tidak mengetahui dengan jelas, di perairan negeri mana telaga minyak dan gas digali. Rakyat tidak diberitahu secara jelas dengan siapakah usaha pencarigalian itu dilakukan dan banyak mana minyak dan gas yang digali.
Hasil royalti kepada Kelantan misalnya dianggarkan lebih RM1 bilion disembunyi dan didiamkan daripada Kelantan.
Mengapa ada yang tega menyembunyikan hasil milik rakyat Kelantan? Di mana wang itu sekarang, dan ke mana ia dibelanjakan, akan tetap menjadi persoalan yang akan terus dibongkar.
Tidak dapat dinafikan, walaupun Petronas menjalankan urusniaga secara profesional, namun ia tetap tidak terlepas daripada diperalatkan oleh orang-orang politik, khususnya perdana menteri yang juga presiden Umno.
Sesiapa pun yang menjadi PM, boleh “mempunyai kecenderungan” untuk memanipulasikan Petronas, kerana agensi itu tertakluk sepenuhnya di bawah kuasa beliau.
Kemuncak manipulasi pengunaan hasil minyak yang paling besar dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, ketika PAS menerajui Terengganu (1999-2004). Pentadbiran Dr Mahathir pada masa itu menghukum rakyat Terengganu dan PAS dengan menarik balik royalti minyak selepas lebih 20 tahun dibayar kepada Terengganu secara tunai hanya kerana rakyat menolak Umno-BN.
Royalti dibayar ketika Umno-BN menerajui kerajaan negeri, tetapi ditarik balik ketika PAS memegang tampuk kuasa. Tindakan pilih kasih ini masih terkenang oleh rakyat Terengganu hingga kini. Mungkin atas sebab penarikan royalti minyak tersebut, rakyat Terengganu memilih semula Umno-BN pada Pru-11 dan 12, atas sebab mereka tidak mahu kehilangan hak.
Pada masa kini, rakyat mulai peka terutama terbongkarnya dan meluasnya laporan mengenai hasil minyak dan rakyat telah maklum bahawa hasil minyak bukan milik Umno-BN. Royalti minyak juga bukan duit milik Umno-BN. Ia adalah milik rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat melalui kerajaan negeri yang sah dipilih pada setiap pilihan raya.
Hakikatnya Petronas bukan harta milik peribadi Umno-BN yang hendak dibidak sesuka hati mereka.
Justeru, kini rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Hasil yang digali Petronas menjadi bahan pertaruhan politik Umno-BN. Ia juga dijadikan bahan dendam politik terhadap PAS, dahulu di Terengganu dan kini di Kelantan.
Maka kita mengharapkan agar Petronas dan seluruh kakitangannya, supaya tidak menjadi alat politik Umno-BN, dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenar daripada rakyat.

2 comments:
Akum..
banyak hak rakyat yang sepatutnya diketahui oleh mereka tidak cukup dengan perihal minyak sahaja..
di sabah hak menikmati kehidupan selesa tanpa gangguan PATI, hak mewngembalikan Labuan, hak tuntutan royalti lebih 5%, hak imigresen, hak penduduk Sabah dari sektor perkhidmatan awam..
Sdr Mungkin sedar hal ini..lihat apa yang berlaku sekarang lambakan pegawai dari Semenanjung..hingga rakyat sabah tidak ada peluang..kenapa ini berlaku?
sudahlah itu mereka diberikan layanan..dapat imbuhan perumahan antara RM 790-890 seorang, dapat tiket free balik ke semenanjung..Kalau kita orang Sabah kerja di semenanjung dapatkah benda-benda ini?
harap dapat difikirkan.
salam kembali. Ini lah sepatutnya diperjuangnya oleh para pemimpin Sabah. Namun semua ini terlupakan. Bagi tambang balik.. tak tahu sekarang, sudah terbatal kah? Dahulu.. jika orang sabah dipindahkan ke semenanjung, hak tambang percuma setahun sekali ada.
Post a Comment