Saturday, December 19, 2009

Penggiliran Ketua Menteri Sabah: Memuncak Semula

SAPP mantan gabungan BN Sabah yang keluar atas sebab hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN waktu itu (era Tun Abdullah Badawai) telah mencanangkan slogan BERJUANG UNTUK MENANG!.

Persediaan Parti itu telah tiba ke tahap gear 5, dimana baru-baru ini pimpinan parti itu telah selesai menelaah dan merumuskan seluruh perancangan parti dan disimpulkan bahawa parti itu telah bersedia dan siap tempur menghadapi PRU-13.

Isu penggiliran Ketua Menteri dihidupkan semula. Kembalinya parti ini kepada cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dirasakan oleh SAPP merupakan alat penyatuh kepada kaum-kaum di Sabah yang peratusannya berimbang, yakni kaum bumiputera islam, kaum bumiputera bukan islam dan kaum cina.

Isu alam sekitar juga terus diberi hembusan minyak, terutama bantahan rakyat dan parti itu terhadap pembinaan janakuasa arang bantu di Sandakan Sabah.

Isu pertukaran milik hak tanah,isu penyalah gunaan kuasa pihak-pihak tertentu dalam pemberian geran tanah kepada rakyat bukan asal juga terus diberi tumpuhan dan siraman minyak supaya terus menyala.

Isu pemarataan pembahagian kek hasil negeri juga diberi siraman minyak kelas formula one. Rakyat telah tahu dan mengetahui bahawa penumpuhan pengagihan kontrak pada masa ini hanya berlegar-legar pada kroni-kroni ketua menteri Sabah. Pembahagian jawatan hanya tertumpu pada kaum-kaum tertentu, walaupun telah menjadi rakyat negera ini, namun akar umbinya adalah kaum pendatang. Isu ini terus dibakar dan diuar-uarkan.

Teringat saya, semasa Usno dan Berjaya tersungkur, faktornya adalah isu tempatan, bukan isu nasional. Rakyat Sabah sangat sensitif terhadap isu tempatan, kerana itu presdien SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga mantan ketua menteri Sabah, tahu benar kehendak rakyat Sabah.

Khabarnya, jika parti pembangkang lain seperti PKR tidak mengorak langkah awal, SAPP akan membuat keputusan untuk bertanding semua 60 kawasan DUN dan 25 kawasan Parlimen pada PRU-13 akan datang.

SAPP dalam gerak kerjanya BERJUANG UNTUK MENANG, telah bersedia untuk menumbangkan kerajaan BN Sabah dibawah teraju UMNO.

Persoalannya.. bersediakah Rakyat Sabah? Kalau dilihat daripada isu yang dibawah oleh SAPP, nampaknya rakyat Sabah tiada pilihan, motto Sabah for Sabah akan mendapat sokongan. Fikirkanlah.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP