Wednesday, November 25, 2009

Tengku Razaleigh Ketuai Kaukus Roylati Minyak Parlimen

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.
Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.

Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Hussam Musa Jelak Politik Dalaman Pas

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar media arus perdana kelmarin mengenai spekulasi Husam yang juga pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri mahu meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Husam yang juga ADUN Salor itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai agenda untuk 'mematikan karier politiknya' yang belum berakhir sejak muktamar PAS Jun lalu, selepas beliau tewas dalam pertandingan kerusi timbalan presiden.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, anggota jawatankuasa PAS Kelantan itu berkata, desas-desus Husam 'sudah keletihan' akibat politik parti, sudah lama kedengaran tetapi ia telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 'bertahan'.."Tok Guru (Nik Aziz) kata, kalau hendak kata letih, dia lagi letih, dia lagi banyak tanggungjawab," kata pemimpin tersebut.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut maksud 'keletihan' tersebut, beliau berkata: "Bukan letih lawan dengan Umno. Lawan dengan Umno tidak ada masalah. Yang letih ni sok-sek (bisik-membisik - merujuk kepada politik dalaman) sesama sendiri.".Tambahnya, Husam menjadi sasaran kerana bekas naib presiden PAS itu agak menonjol di Kelantan berbanding pemimpin lain PAS di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim pula ketika dihubungi berpendapat, serangan terhadap Husam didalangi musuh politiknya, Umno."Biasalah, mereka hendak serang Tok Guru tidak dapat. Jadi, mereka seranglah orang yang dilihat rapat dengannya," katanya yang juga ADUN Kelaboran.

"Datuk Husam ni kalau kita lihat macam perisai (kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan)," tambahnya.Bagaimanapun, Mohamad Zaki menolak terdapat sabotaj dalaman yang mahu menghancurkan karier politik Husam.

Read more...

Monday, November 23, 2009

Hussam Musa Tidak Terfikir Tinggalkan Kelantan

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan, malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, beliau menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di Kota Bharu serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya.

"Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?

"Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" katanya menerusi laman blognya di cetusan-hati.blogspot.com.

Husam berkata laporan Utusan Malaysia tidak akan melemahkan beliau kerana sebelum ini telah banyak serangan telah dibuat terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?" katanya.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan Husam dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz. BERNAMA

Read more...

Sunday, November 22, 2009

Belia Kelantan Belum Bersedia Ambil Alih Tampuk Pemerintahan

Pentadbiran sesebuah negeri perlu melibatkan genarasi muda sebagai persediaan barisan pelapis sesudah pemimpin sedia ada meninggal atau bersara. Golongan yang boleh dianggap aset penting sesebuah negara itu perlu diberi pendedahan ilmu agama secukupnya sebelum teraju kepimpinan berubah, demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika merasmikan majlis Konvensyen Belia dan Penganugerahan Tokoh Belia tahun 2009 bertempat di Perdana Resort hari ini.

Menurut Dato Ahmad,kerajaan amat perihatin terhadap golongan belia kerana di masa kini terlalu banyak gejala sosial dan perkara yang boleh merosakkan pemikiran belia dan sekiranya ia tidak dibendung,kerajaan akan kehilangan belia berwibawa pada satu hari nanti.

Beliau juga berharap Kelantan akan dapat melahirkan belia dan beliawanis yang membesar bersama ajaran agama Islam yang mulia dan selari dengan dasar kerajaan iaitu Membangun Bersama Islam.

“Kita yakin sekiranya belia masa kini mematuhi ajaran agama dengan sempurna,mereka akan terselamat daripada segala gejala sosial yang melanda masa kini”ujar beliau lagi.

“Anak-anak belia yang mengikuti seminar maupun konvesyen seperti ini amat bertuah kerana telah mendapat ilmu dan ia boleh diamalkan di setiap masa,namun di luar sana masih ramai belia yang tidak mendapat sebarang pendedahan maklumat terkini dan mereka hanyut dengan dunia mereka sendiri”katanya.

Dato Ahmad juga berkata di zaman kini,belia mesti mengambil contoh baik dari negara luar seperti sentiasa menggunakan masa dengan membaca buku terutamanya yang berkaitan dengan ilmu agama.

“Saya juga menyeru agar ramai lagi belia Islam dapat menceburi bidang perniagaan dan pertanian terutamanya yang berkaitan dengan Fardhu Kifayah seperti penyediaan makanan halal”ujar beliau lagi.


Read more...

Saturday, November 21, 2009

Kenapa Melayu Khianat Melayu???

BUKAN perkara baru bahawa Melayu mengkhianati Melayu. Sejarah penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris dipenuhi dengan perbuatan mengkhianat orang Melayu terhadap bangsanya sendiri. Terakhir apabila orang Melayu sendiri yang menyerahkan negeri-negerinya kepada Britain untuk dijadikan Malayanunion.

Melayu bangkit dan ditubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Malayanunion digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Melayu bertolak ansur dengan menyerahkan kewarganegaraan kepada bukan Melayu. Sama ada ia bertolak ansur atau pengkhianatan, ia memerlukan penyelidikan mengenai sejarah negeri-negeri Melayu menjadi Malaya. Tidak lagi disebut Malay States.

Sedangkan sebelumnya dikenali sebagai Federated Malay States dan Unfederated Malay States. Apabila dicantum hanya dikenali sebagai Federation of Malaya. Hilang Malays, digantikan dengan Malayans. Dalam bahasa Melayu memang disebut Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya diterjemahkan menjadi Federation of Malayland. Atau Malay States. Apa yang muncul ialah Malaya. Tentu dunia mengiktiraf Malaya dan bukannya Tanah Melayu.

Tetapi ketika itu, bahasa kebangsaan diisytiharkan sebagai bahasa Melayu. Bagaimanapun yang berkuasa sudah bukan lagi Raja-Raja Melayu tetapi kerajaan-kerajaan di negeri-negeri dan Pusat, yang dipegang oleh Perikatan. Umno, MCA dan MIC. Dikatakannya perkongsian kuasa. Hakikatnya ia merupakan kerajaan campuran Umno, MCA dan MIC walaupun Umno dominan. Namun Britain masih berpengaruh besar ke atas Malaya.

Atas tekanan terpaksalah Umno mengalah supaya digabungkan Malaya dan Singapura. Apabila dilihat Melayu di Malaya tenggelam, maka dimasukkan sekali Sarawak, Sabah dan Brunei.( Brunei menolak). Dinamakan negara baru ini Malaysia. Jangka panjangnya, nasib orang Melayu di Malaya akan ditentukan oleh Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bangsa Malaysia menggantikan Melayu dan paling ketara penukaran nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Tulisan Rumi adalah tulisan rasmi bahasa Malaysia. Umno dengan satu saja tanda tangan menghapuskan tulisan jawi.

Tetapi dari segi lain, Malaya dan Malaysia membolehkan kembalinya Pulau Pinang, Dinding, Melaka dan Singapura ke pangkuan penguasaan Melayu melalui Umno yang berkuasa di Kuala Lumpur. Namun begitu apabila tidak berupaya menentang Lee Kuan Yew, Umno keluarkan Singapura daripada Malaysia. Hilanglah sebuah pulau yang asalnya Melayu.

Tetapi sehingga tahun 1969, orang Melayu berasa tidak puas hati, penubuhan Malaya, kemerdekaan dan penubuhan Malaysia tidak menampakkan peningkatan kemajuan orang Melayu. Britain masih menguasai ekonomi negara. Melayu jauh ketinggalan. Akhirnya keadaan ini meledak melalui peristiwa 13 Mei.

Bagi membela golongan tertinggal khususnya Melayu diolah Dasar Ekonomi Baru (DEB). PAS sertai BN dan turut menyumbang bagi menjayakan dasar baru itu. Cara Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad berlainan tetapi mempunyai tujuan yang sama. Pada akhir dasar ini, 30 tahun kemudian, banyak hasil dicapai tetapi pada keseluruhannya, Melayu dikhianati daripada muncul sebagai kuasa ekonomi yang mempunyai masa depan.

Banyak pengkhianatan berlaku, tetapi apa yang dikatakan ketirisan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi itu adalah sebenarnya pengkhianatan yang berlaku sejak mula DEB dilaksanakan. Mungkin ia dilihat sebagai pengkhianatan orang perseorangan yang salah guna DEB bukan untuk kepentingan bangsa. Tetapi apa yang nyata, budaya yang disemai oleh Umno melalui pelaksanaan DEB merupakan suatu pengkhianatan yang memerlukan kajian dan penyelidikan objektif.

Kisah-kisah pengkhianatan ekonomi banyak diceritakan tetapi tidak didokumentasi dan disiasat yang tentunya memerlukan satu usaha besar. Pastinya sukar untuk dilakukan kerana kesan politik terhadap laporan seumpama itu. Namun laporan-laporan berkala seperti Laporan Audit menampakkan perkara-perkera sedemikian. Negara sudah menyimpang jauh daripada watak integriti yang wujud ketika penubuhan Malaya dahulu.

Kini gejala terbesar yang menunjukkan pengkhianatan itu adalah gejala politik wang dalam Umno. Kemenangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini hanya menunjukkan bahawa sebahagian rakyat sudah dapat menerima amalan politik wang sebagai sebahagian budaya pembangunan negara. Mereka tidak melihat ia sebagai pengkhianatan.

Sebab itu peristiwa di mana Adun-Adun melompat di Perak yang merupakan satu pengkhianatan dialu-alukan oleh kerajaan BN. Hakikat bahawa Adun itu telah mengkhianati pengundi tidak diambil kira. Berapa ramai yang kenal sangat calon yang bertanding. Kebanyakannya memilih parti dalam pilihan raya umum 2008.

Secara umumnya dalam pilihan raya 2008 itu, mengapakah rakyat lari daripada BN? Jelas majoriti bukan Melayu menolak BN. Walaupun terdapat banyak faktor tetapi apa yang nyata ialah mereka tidak mempercayai wakil-wakil rakyat BN. Dengan pemahaman bahawa wakil-wakil MCA, MIC dan Gerakan tidak dapat banyak bersuara, maka mereka menyalahkan wakil-wakil Umno.

Orang bukan Melayu menolak Umno bukan kerana parti itu membantu orang Melayu dan meminggirkan mereka. Itu adalah persepsinya. Tetapi hakikatnya mereka tidak mempercayai kepimpinan Melayu Umno. Bagi mereka banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno, baik di Pusat mahupun di negeri khususnya di Selangor adalah tidak jujur, tidak amanah dan tidak cekap.

Justeru, isunya di sini adalah pengkhianatan kepimpinan Melayu Umno kepada rakyat. Melayu adalah sebahagian daripada rakyat. Mengkhianati rakyat bermakna mengkhianati Melayu.

Tetapi jika orang bukan Melayu saja yang menolak BN, maka pihak Pakatan Rakyat tidak akan menang banyak tempat dalam pilihan raya 2008. Apa yang berlaku orang Melayu sendiri berasakan bahawa kepimpinan Umno telah mengkhianati mereka. Banyak cerita tersebar. Mungkin hanya cerita. Tetapi dengan maklumat disembunyikan dan akhbar tidak bebas, sudah tentu ia menghakiskan lagi kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Melayu Umno.

Pengkhianatan Melayu kepada melayu akan bertambah tebal lagi dengan pengenalan sistem merit. Melayu akan terus tersisih melalui sistem ini. Melayu tidak akan mampu bersaing, atas sebab melayu adalah bangsa yang tidak dididik untuk bersaing. Melayu adalah bangsa yang suka kepada kompromi. Melayu adalah bangsa yang tidak suka gaduh-gaduh dengan bangsa lain, terkecuali bangsa sendiri. Melayu akan dengki jika sesama bangsa maju, akan tetapi akan akur jika bangsa lain yang maju.

Kita saksikan betapa rendah martabatnya melayu, contoh yang boleh diambil adalah kes-kes rasuah. Apabila orang melayu dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah hanya melibatkan jumlah wang yang kecil, hanya puluhan ribu atau hanya ribuan. Akan tetapi jika melibatkan bangsa lain, jutaan atau ratusan juta. Kes terbaru yang terbongkar adalah kes PKFZ, melibatkan bukan melayu dengan jumlah wang yang hangus ratusan juta.

Read more...

Friday, November 20, 2009

Lagi Cerita Suwardi Yaakob: Konspirasi Jatuhkan Khalid Ibrahim

Suwardi Yaakob Dibelakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor Itu maklumat yang telah diberitahu dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri sendiri oleh beberapa ahli Badan Perhubungan. Dan maklumat dari sumber dalam Wisma Darul Ehsan menunjukkan bahawa sememangnya Suwardi Yaakob lah yang telah mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB.

Malahan, Suwardi berada di dalam bilik yang sama dengan Dato Hasan Ali sewaktu pegawai-pegawai SPRM datang membuat penyiasatan. Ini kerana SPRM telah menemuramah semua exco sewaktu isu pemberian lembu dan jagaan kereta MB itu diletupkan.

Malahan, selepas Dato HAsan Ali dan pegawai2 SPRM keluar dari bilik, Suwardi dengan bangganya membawa sebuah fail yang cukup tebal dan berkata bukti-bukti dalam fail ini akan menyebabkan MB Selangor tersungkur. Malahan, selepas itu Suwardi telah menelefon Khir Toyo, mungkin mahu memberikan laporan kepada Khir Toyo berkaitan dengan siasatan SPRM ke atas Tan Sri Khalid itu.

Sememangnya tanpa ragu lagi bahawa maklumat2 ini datangnya dari Suwardi Yaakob dengan tujuan untuk menjatuhkan MB Selangor. Dan, Dato Hasan Ali tahu akan pergerakan Suradi Yaakob ini kerana Suwardi Yaakob memberi “briefing” pada Dato Hasan di Pejabat Exco Selangor di Wisma Darul Ehsan.

Berkenaan penglibatan Roslan SMS pula, maklumat saya dapat tidak menyebutkan Roslan terlibat. Namun, Roslan SMS ada blog maka haruslah beliau menulis penafian yang jelas. Bukannya melarikan diri dari para wartawan yang hendak bertanya.

Siapa Suwardi Yaakob ni?

Dia ni mengaku jadi Pegawai Khas pada Dato Hasan Ali.

Namun, dia memang menjadi “penolong” dan “penasihat” kepada Dato Hasan Ali. Malahan, dia adalah antara yang berpengaruh sekali dalam senarai orang2 yang mempunyai pengaruh ke atas Hasan Ali. Dia team Dato Hasan, secara mudah.

Hairannya, orang-orang yang menjadi penyokong kuat Dato Hasan Ali ni banyak masaalah. Misalnya, Roslan SMS, Usop Ludin, Mat Zain, Wan Hasrina, Khairuddin Osman semuanya ada masaalah.

Malahan saya mendapat berita, Pemuda-Pemuda Negeri Selangor telah berjaya dibeli dengan projek2 yang dikeluarkan dari pejabat Dato Hasan. Kerana itulah mereka semua senyap sunyi bila Dato Hasan buat perangai tak senonoh. Haaiii, kena buat pembersihan dalam Pemuda Negeri ni.

Mamat ni, Majlis Agama Islam Selangor pun dia nak “chong”. Mamat ni yang Dato Hasan pegi jadikan pembantu dan penasihat dalam buat kerja-kerja kotor. Punyalah malu PAS Selangor macam ni.

Dan saya dapat tahu juga, MAIS ni hanya salah satu mangsa beliau. Kalau MAIS pun dia boleh hancurkan, apatah lagi PAS ni. PAS hanya kuda tunggangan kepada dia untuk kekayaan.

Entah macamana entah PAS Perlis pergi lantik orang ni jadi calon tahun 1999 dulu, saya pun tak tau.

Duit yang mamat ni janji untuk Muktamar Shah Alam baru-baru ni pun masih lagi kita sedang menunggu kedatangannya.

Tahu tak, Perhubungan Selangor sekarang ni hutang keliling pinggang sebab nafsu besar? Tapi takpa tu kita cerita kemudian.

Cumanya, si Suwardi Yaakob ni antara penyebab PAS berpecah sekarang ni. Mamat ni juga kawan baik dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dia ni ibarat "runner" yang buat kerja-kerja kotor untuk Fraksi UMNO.

Tapi, mulut tak dapat jaga daaaa. Habis semua orang kau bagitau. Mana rahsia kau tak pecah.

Hai lah Dato Hasan. Saya dah nasihat Dato dulu lama dah tapi Dato tak nak dengar. Selalu ambik penipu jadi pembantu utama.

Kepada Roslan SMS, sila buat artikel dalam blog kamu dan nafi penglibatan kamu dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor ini. Bukan kamu ni yang pejuang Melayu juga ke? Ini adalah maklumat tambahan berkaitan dengan Suwardi Yaakob dari seorang yang amat kenal dan amat tahu kegiatan serta siapa Suwardi Yaakob ini. Bagus juga saya dedahkan siapa Suwardi Yaakob. Yang menjadi kerisauan kita adalah Suwardi Yaakob ini adalah rakan rapat dengan Ustaz Nasarudin Mat Isa seperti yang diakui oleh Ustaz Nasaruddin sendiri. Sehingga ke tahap waktu Ustaz Nasa di hospital, Suwardi menjadi "nurse". Dengar lah sendiri

Rupanya Suwardi ini telah di “struck-off” dari Bar Council. Sesiapa yang berada dalam aliran perundangan akan tahu bahawa apabila di “struck off” bererti ia melibatkan kes pecah amanah yang serious. Peguam yang mendapat layanan sebegini dari Bar Council telah mendapat satu penghinaan yang sangat besar seorang peguam yang boleh dapat. Biasanya Bar Council akan memberi tindakan sebegini apabila berlaku kes pecah amana yang sangat besar.

Kalau kita hentam Rohaizad calon BN Permagtang Pasir sebagai pecah amanah dan di buang dari Bar, ingatlah org kanan Hasan Ali, Ustaz Nasa, danorg kepercayaan utk temani Us Nasa termasuklah selama Ustaz Nasa pi Manek Urai, dan bersama Hasan Ali di Permatang Pasir adalah seorg pemecah amanah yg jauh lebih besar daripada Rohaizad.

Suwardi ni dah benefited banyak ketika kerajaan UMNO Selangor dulu. Memang banyak dah.... Projek dgn MAIS yg dinyatakan itu hanyalah yg kecil yg melibatkan UMNO Selangor, dan dia pun nak kelentong UMNO Selangor juga. Salah seoran pembeli rumah dan tertipu tu pun ada dalam gambar di rumah pertemuan blogger UMNO tu... Tapi kalaulah pembeli tu tahu tentang Suwardi dah lama kena sepak rasanya...

Org kuat UMNO yg dok buat business dgn UMNO sekarang dah menjadi org kanan Hasan Ali, dan Ustaz Nasa, dan menasihatinya dalam hal2 projek. Jumpa Suwardi semuanya org tahu dia akan cakap hal projek semata.

Lebih jauh dari itu, blh dibayangkan dia layak meletakkan dirinya sebaris dengan bilik2 pimpinan2 utama PAS pusat ketiaka muktamar PAS ke 55 di Shah Alam lepas.

Bayangkan selama 4 haribulan sehingga 7 haribulan Jun, dia boleh dibenarkan ambil satu bilik khas utk diri dia Suwardi, bersama bilik2 pimpinan lain, Us Hadi, Haron Din, Roslan SMS???, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali. Mustafa Ali....

Bayangkan apa dan siapa dia yg tak pun terlibat langsung dlm tanzim PAS, bukan AJK muktamar tapi dapat seorg satu bilik, satu roslan, satu suwardi.... Dan bilik yg diambil bilik sangat mahal...

Cuba bayangkan, semua pimpinan2 lain termasuk Hasan Ali tempat tunggangan dia duduk bilik Executive Deluxe sahaja, Nik Aziz pun duduk bilik Executive, tapi si Suwardi bklh duduk bilik kedua paling mahal, Premier Suite;

Read more...

Nizar News: Kejutan Penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur

GM Tariq Khan (tengah) dan isterinya Khadijah atau Azroo telah menggemparkan kakitangan kabin pesawat MAS MH724 apabila mengumumkan bahawa mereka hendak melangsungkan perkahwinan secara unik iaitu dalam kapal terbang. -Foto THE STAR oleh SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Pasangan dari Pakistan, GM Tariq Khan, 38, dan isterinya Khadijah atau Azroo, 26, telah menggemparkan kakitangan kabin pesawat MAS MH724 yang dalam perjalanan dari Jakarta ke KLIA apabila mengumumkan bahawa mereka hendak melangsungkan perkahwinan secara unik iaitu dalam kapal terbang - tanpa terlebih dahulu memberitahu pihak pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS).

Namun mereka bernasib baik apabila permintaan mereka dikabulkan kapten pesawat itu asalkan ia tidak diadakan di dalam kokpit. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Jakarta Soekarno Hatta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Kedua-dua mempelai yang dihiasi dengan pakaian perkahwianan diijabkabulkan oleh ayah pengantin perempuan, Lia Quat Khan sejurus selepas pesawat berlepas. Manakala dua orang imam dari Masjid Jamek Kebun Jeruk, Jakarta menjadi saksi untuk perkahwinan ini dan turut membacakan doa.

Sebelum upacara akad nikah, kesemua ‘tetamu’ dihidangkan dengan nasi putih berserta kari ayam atau ikan yang dimasak bersama cili, kueh nagasari, coklat bersama kacang hazel. Wain merah dan putih juga turut dihidangkan kepada tetamu bukan Islam. Enam orang ahli keluarga pasangan berkenaan datang bersedia untuk perkahwinan itu.

Pengantin lelaki, Tariq memakai tunik panjang berwarna krim, seluar panjang dan serban yang bersesuaian. Dan pasangannya, Azroo pula memakai gaun merah labuh yang berlabuci berserta skirt dengan tudung.

Mereka juga membawa hadiah-hadiah untuk diberikan kepada para tetamu. Selepas sesi foto dan video, pasangan pengantin itu dibantu oleh pramugara dan pramugari, menyampaikan cenderamata kenang-kenangan berupa kipas kecil untuk perempuan dan pen untuk lelaki kepada semua penumpang dalam pesawat tersebut.

Hadiah-hadiah tersebut tertera nama, tarikh perkahwinan dan nombor penerbangan. Tariq telah merancang perkahwinan ini untuk beberapa ketika. "Saya ialah ejen pelancongan. Berada di dalam kapal terbang ialah kehidupan saya.

Tambahan pula, saya ingin perkahwinan saya menjadi satu memori yang indah," kata Tariq yang berasal dari Karachi kepada wartawan The Star yang kebetulan berada dalam penerbangan yang sama.

Sementara itu, ketua pramugara yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmood berkata, kapten dan staf kabin (anak-anak kapal) terkejut apabila Tariq meluahkan hasratnya untuk berkahwin di atas kapal ketika mereka sudah pun berlepas ke udara.

"Saya memaklumkan kapten Kamarul Anwar dan dia membenarkannya. Bagaimanapun, beliau tidak membenarkan perkahwinan ini berlangsung di dalam kokpit. “Ini pengalaman baru untuk saya dan saya rasa ini adalah hari bertuah saya," kata Mahmood.

Tariq dan Azroo akan berbulan madu di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Karachi. Selepas pulang, pasangan ini bercadang untuk mengadakan resepsi untuk ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP