Sunday, November 22, 2009

Belia Kelantan Belum Bersedia Ambil Alih Tampuk Pemerintahan

Pentadbiran sesebuah negeri perlu melibatkan genarasi muda sebagai persediaan barisan pelapis sesudah pemimpin sedia ada meninggal atau bersara. Golongan yang boleh dianggap aset penting sesebuah negara itu perlu diberi pendedahan ilmu agama secukupnya sebelum teraju kepimpinan berubah, demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika merasmikan majlis Konvensyen Belia dan Penganugerahan Tokoh Belia tahun 2009 bertempat di Perdana Resort hari ini.

Menurut Dato Ahmad,kerajaan amat perihatin terhadap golongan belia kerana di masa kini terlalu banyak gejala sosial dan perkara yang boleh merosakkan pemikiran belia dan sekiranya ia tidak dibendung,kerajaan akan kehilangan belia berwibawa pada satu hari nanti.

Beliau juga berharap Kelantan akan dapat melahirkan belia dan beliawanis yang membesar bersama ajaran agama Islam yang mulia dan selari dengan dasar kerajaan iaitu Membangun Bersama Islam.

“Kita yakin sekiranya belia masa kini mematuhi ajaran agama dengan sempurna,mereka akan terselamat daripada segala gejala sosial yang melanda masa kini”ujar beliau lagi.

“Anak-anak belia yang mengikuti seminar maupun konvesyen seperti ini amat bertuah kerana telah mendapat ilmu dan ia boleh diamalkan di setiap masa,namun di luar sana masih ramai belia yang tidak mendapat sebarang pendedahan maklumat terkini dan mereka hanyut dengan dunia mereka sendiri”katanya.

Dato Ahmad juga berkata di zaman kini,belia mesti mengambil contoh baik dari negara luar seperti sentiasa menggunakan masa dengan membaca buku terutamanya yang berkaitan dengan ilmu agama.

“Saya juga menyeru agar ramai lagi belia Islam dapat menceburi bidang perniagaan dan pertanian terutamanya yang berkaitan dengan Fardhu Kifayah seperti penyediaan makanan halal”ujar beliau lagi.


0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP