Wednesday, December 9, 2009

Projek Membodohkan Orang Melayu Oleh Hisamudin Rais

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Dakwaan ini sebenarnya satu dongeng yang sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini.

Dakwaan ini semuanya dongeng. Semua ini sebahagian daripada projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri daripada gerombolan ini.

Manusia yang berfikir akan berupaya untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat; ada pula yang amat jelas dan dapat dilihat dengan mudah. Projek pembodohan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong Cina.

Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation - kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik.

Cuba kita kembali kepada kes bank Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang lingkup pada tahun 1980-an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul; kemudian diikuti nama George Tan. Siapakah Lorraine Osman? Dia ini tidak lain dan tidak bukan bendahari gerombolan sendiri!

Skandal bilion ringgit ini hanyalah satu contoh daripada berjuta-juta contoh lain – belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Perwaja, Formula 1, Piala Monsoon, KLCC – wujud kerjasama antara gerombolan dengan “orang asing” ini untuk menjarah hasil negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan, menentang atau mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab, banyak raja telah dicampakkan dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk (Mesir), Raja Idris (Libya), Raja Bagi Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi (Iran) – semuanya dihumbankan.

Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.

“Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?

Kenapa orang Melayu boleh dibodohkan sebegini? Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan?

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam wujud 1,500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988. Manusia Melayu menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini wakil tuhan di atas bumi ini. Dakwaan ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organisation untuk menjadi wakilnya. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik pope, sami, dalai, ayatollah, paderi, rabbai untuk menjadi wakilnya.

Apa yang terjadi, para agamawan ini orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran daripada kitab-kitab suci. Semua mereka hanyalah manusia yang sama seperti makcik dan pakcik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh berfikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media menjadi dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu – jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu – amat ketara perbezaan kandungannya.

Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Begitu juga kaedah pembelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru, ibu bapa dalam masyarakat Cina tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu.

Mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama, makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina.

Di sekolah aliran bukan Melayu, masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar berfikir, bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil.

Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu. Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah.

Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah.

Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

Read more...

Monday, December 7, 2009

Sedikit Catitan Mengenai Dr Hassan Ali

Hassan Ali jadi mangsa keadaan. Isu beer yang Hassan tentang memakan dirinya. Nik Aziz Nahkoda Pas lebih percaya Khalid dan Roonie Liu dibanding Hassan Ali. Akibatnya Nik Aziz mengelar Hassan Ali sebagai pemimpin Pas yang bermasalah.

Akibat gelaran Nik Aziz tersebut, maka diadakan mesyuarat JK Pusat Pas secara tertutup. Melalui mesyuarat tersebut telah diambil 3 ketetapan: Pas tetap bersama Pakatan, Hassan Ali dan Pas Selangor diseret kepada JK Disiplin dan ketiga Pas akan mengadakan seminar bagi mengganti EGM yang dicadangan Nik Aziz bagi memecat Hassan Ali, Mustapha Ali dan Nasharuddin Mat Isa.

Hassan Ali dikatakan memberi masalah kepada kerajaan Pakatan di Selangor, kerana caranya yang memperjuangankan pentadbiran Islam, sementara Khalid menentangnya apatah lagi Roonie Liu dan Exco Dap lain.

Hassan Ali malah pernah mencadangkan agar Roonie Liu digugurkan sebagai exco walaupun kemudian ditarik balik.

Pentadbiran Khalid Ibrahim menyebabkan tumbuhnya kongsi gelap di Selangor, perjudian, kelab Malam, dan kedai-kedai menjual arak. Keadaan ini tidak menyenangkan Hassan Ali. Namun tegurannya secara tertutup bagaikan mencurah garam ke laut, kerana itu Hassan mengambil jalan bersuara melalui media.

Cara Hassan Ali ini tidak disenangi oleh Khalid dan Roonie Liu, kerana itu mereka memperalatkan Nik Aziz. Cara Khalid dan Roonie Liu ini hampir berjaya, kerana kini Hassan Ali kemungkinan akan dipecat dari Pas.

Bagi Hassan Ali, adalah lebih baik ikut jejak Badul Hisam untuk keluar Pas demi rakyat yang diwakilinya. Rakyat mahukan kemajuan. Jika Hassan Ali masih terikat dengan kerajaan Pakatan, sudah tentunya semua peruntukan akan dikekang. Apabila peruntukan tidak mengalir, maka tuduhan akan muncul, bahawa Hassan tidak mampu menjaga rakyat kawasannya, sepertimana tuduhan kepada Badrul. Badrul tidak diberi peruntukan untuk memajukan DUN Port Klang, sebaliknya peruntukan untuk kawasan tersebut dipindahkan ke tempat lain. Apabila rakyat merungut, Khalid Ibrahim kata Badrul tidak mampu menjalankan tugas dan memintanya letak jawatan sebagai ADUN.

Permainan Khalid dan Roonie Liu ini seperti permainan Nizar dan Ngeh di Perak. Jika ADUN yang ada dapat menelaahnya, lebih baik mereka keluar Pakatan demi rakyat yang memilih mereka, kerana jika tidak pun melalui PRU akan datang, mereka tidak akan dicalonkan lagi.

Read more...

Friday, December 4, 2009

12 Tahun Untuk Pendera Nirmala Bonat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman penjara 18 tahun kepada 12 tahun terhadap surirumah Yim Pek Ha yangdidapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia, Nirmala Bonat pada 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah juga membenarkan permohonan lisan peguam Yim, Datuk Jagjit Singh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman walaupun dibantah oleh timbalan pendakwa raya Rozela Raja Toran.

Yim, yang mempunyai empat orang anak berusia antara empat dan 11 tahun, kelihatan menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hakim.

Azman, dalam penghakimannya, berkata setelah meneliti fakta kes dan rayuan, beliau mengekalkan penyabitan Yim, 41, untuk pertuduhan pertama dan kedua.

Beliau berkata mahkamah telah mengambil kira hukuman maksimum 20 tahun bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan hakim Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 18 tahun untuk setiap pertuduhan telah sampai kepada hukuman paling tinggi boleh dikenakan bawah seksyen tersebut.

"Setelah meneliti fakta kes dan kecederaan yang dialami oleh mangsa serta rayuan pihak pembelaan bahawa tertuduh merupakan pesalah pertama serta mempunyai empat orang anak yang masih kecil, dengan ini saya mengurangkan hukuman penjara untuk kedua-dua pertuduhan ini daripada 18 tahun kepada lima tahun," kata Azman.

Bagaimanapun Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan, berbanding dengan perintah Mahkamah Sesyen yang merintahkan untuk berjalan secara serentak.

Azman berkata beliau akan memberikan alasan penghakimannya secara lebih terperinci kemudian.

Pada 27 Nov tahun lepas, Yim didapati bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Nirmala menggunakan seterika dan satu lagi tuduhan menyimbah air panas terhadap mangsa di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

Bagi pertuduhan ketiga, hakim membenarkan rayuan Yim untuk menggugurkan penyabitan dan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana kekeliruan dalam kertas pertuduhan.

Beliau berkata ini berdasarkan keterangan Nirmala di mahkamah yang menyatakan kejadian beliau diserang dengan seterika berlaku pada Mac dan bukan pada April.

Pihak pendakwaan seharusnya meminda kertas pertuduhan tetapi telah gagal berbuat demikian, kata hakim.

Sementara itu bagi pertuduhan keempat, Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dengan menyabitkan Yim atas pertuduhan mencederakan Nirmala dengan sebiji cawan besi di tempat yang sama pada 17 Mei 2004.

Untuk tuduhan ini Yim dipenjara dua tahun dan hukuman berjalan secara berasingan dengan hukuman sebelum ini. Sebelumnya beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Azman, dalam penghakimannya, turut menyatakan bahawa ketika Nirmala memberi keterangan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda mempunyai penyakit sawan atau tidak siuman.

"Keterangan Nirmala mengenai kecederaan yang dialaminya adalah sejajar dengan laporan perubatan dan keterangan pakar serta beliau tidak mempunyai peluang untuk mengadu kepada sesiapa mengenai penderaan yang dilakukan kepadanya," kata beliau.

Azman juga berkata secara logiknya sebagai seorang ibu, Yim seharusnya menjaga pembantu rumahnya dengan baik.

"Berdasarkan gambar-gambar yang dikemukakan, kesakitan yang dialami oleh mangsa tidak boleh digambarkan langsung," kata hakim.

Azman mengingatkan Yim bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau adalah memberi ingatan dan pengajaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perbuatan seperti itu terutamanya pada yang lemah.

"Apatah lagi terhadap isteri, kanak-kanak, orang gaji dan mahupun terhadap binatang," tegasnya.

Selepas keputusan itu, Raja Rozela berkata beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman penjara tersebut. BERNAMA

Read more...

Thursday, December 3, 2009

Pendedahan Blog unspinners.blogspot.com: Selangor Bankraf Kerana Air Percuma

Kami The Unspinners telah dedahkan kerajaan Selangor dalam keadaan kewangan terdesak hingga Khalid telah menipu kedudukan sebenar kewangan negeri dengan taktik penipu korporat yang dipanggil roundtrip. Perbelanjaan negeri terbabas hingga perbelanjaan sudah defisit dan 'termakan' rizab negeri.

Dipercayai ide dan bantuan rangkaian dari aktivis komunis-kongsi gelap Ronnie Liu untuk meningkatkan pendatan cukai hiburan bagi menampung masaalah ini.

Itu yang timbul rancangan untuk meningkatkan pendapatan negeri melalui projek zon hiburan 'keluarga' yang tutup sampai pukul 4 pagi (?).

Bujet negeri menjadi sesak kerana janji Manifesto PRU 2008 untuk memberi air percuma untuk sejumlah tertentu. Kerajaan negeri baru sedar Manifesto mereka tidak praktikal dan "Program Air Percuma Untuk Rakyat" kini memakan diri. Rakyat berpendapatn rendah bukan mendapat manafaat dari program ini.

Kerajaan negeri tidak ada bujet untuk program ini yang kos subsidi berjumlah RM134 juta setahun. Tetapi oleh kerana kerajaan tidak dapat ambilalih kembali konsesi air dari SYABAS dalam masa Mac 2009, Kumpulan Darul Ehsan Berhad dipaksa menampung kos ini.

KDEB tidak ada peruntukan dan terpaksa meminjam dari kerajaan negeri. Kewangan negeri menjadi kucar kacir kerana peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta untuk dipinjamkan kepada KDEB.

Sebenarnya air ini tidak memberikan kebaikan kepada keluarga pendapatan rendah seperti yang diwarwarkan. Keluarga sedemikan banyak diam di rumah-rumah pangsa dan masih menggunakan "bulk meter". Golongan berpendapatan rendah tidak merasa subsidi air percuma sebanyak 10 meter padu yang hanya untuk meter individu.

Rakyat kena bohong dengan propaganda air percuma. Yang untung sebenarnya orang berduit dan bukan yang berpendapatan rendah.

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Jangan Tertipu Janji-Janji Palsu

PRU-13 hanya 2 tahun lagi. Walaupun masih 2 tahun namun persiapan parti yang akan mengangambil bahagian sudah bersiap-siap dari sekarang.

BN misalnya walaupun beberapa komponen partinya ada yang dilanda krisis namun para pemimpin Bn terutama DS Najib dan TS Muhiyiddin telah memulakan langkah untuk mengatasi dan memulihkan keadaan parti-parti yang berkrisis tersebut.

Parti MCA yang berkrisis ekoran pemecatan Timbalan Presidennya hingga kini berlarutan, namun atas kebijaksaan para pemimipn BN krisis ini menampakan peredahan dan kemungkinan dapat diatasi.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semalam melalui blognya telah memparkan bahawa UMNO hanya ada 2 tahun lagi memperbetulkan keadaan,kerana menurut Tun Mahathir ada kalangan mantan pemimpin Umno yang dianggap kanan telah menyuarakan kekecewaan terhadap Umno. Umno dikatakan telah busuk tubuh badannya sehingga ke usus.

Paparan Tun Mahathir ini tidak boleh diambil ringan, kerana Umno perlu ingat diambang PRU-12 Tun Mahathir juga ada menyuarakan tentang kelemahan parti masa itu semasa di pimpin Tun Abdullah Badawi.

Pada masa itu ramai yang mengambil enteng teguran Tun Mahathir, namun setelah keputusan Pru-12 diketahui dimana BN hampir kecundang, maka barulah pimpinan Umno dan Bn tersedar, bahawa memang benar apa yang diperkatakan oleh Negarawan tersebut.

Umno dan BN perlu akur dengan keadaan bahawa selepas Pru-12 melalui beberapa PRK gabungan parti terbanyak tersebut terus kecundang, walaupun Bagan Pinang melalui Isa Samad sedikit mengubati kepedihan dan mampu juga menikmati kemenangan.

Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan belum menunjukkan kejayaan. Pencetus idea ini masih teraba-raba apakah slogan ini sudah diterima atau mulai diterima masih dalam tandatanya besar.

Di Perak misalnya 2 hari lalu peristiwa memijak gambar ADUN Katak bagi istilah pembangkang telah menginjak-injak gambar 3 Adun bebas diketuai sendiri oleh Lim Kit Siang.

Sekiranya konsep 1Malaysia diterima pakai, peristiwa seumpama ini seharusnya telah kendur atau reda. Politik adalah politik, kemerdekaan memilih afiliasi politik adalah hak mutlak individu yang merdeka.

Tiada unsur paksaan dalam memilih parti perjuangan. Namun hak ini tidak dapat diterima oleh Pakatan, kerana itu peristiwa memijak gambar telah berlaku. Semangat masyarakat terlihat berbeza - beza dalam menyingkap pesta demokrasi .

Tak jarang yang kenampakan apatis, mungkin kerana kecewa dengan kondisi politik di negera ini, tak kurang pula yang memiliki fanatisme berlebih sehingga memandang orang lain yang berbeza partai sebagai musuh yang harus dibasmi.

Melihat kejadian diatas, masyarakat sepertinya sudah lupa dan mabuk hingga tidak tahu cara menyalurkan aspirasi dengan benar. Masyarakat seharusnya sadar, semua partai politik memiliki kepentingannya masing - masing, masyarakat jangan sampai dijadikan alat dalam mendapatkan kepentingan itu.

Seharusnya masyarkat kembali merenungi jejak - jejaksejarah masa lalu, bagaimana Negara ini mencapai kemeredekaan. Bagaimana pemimpin terdahulu menolak Malayan Union dan bagaimana Negara ini berjuang untuk membasmi pemberontakan komunis.

Jangan lupa bagaimana ramainya rakyat Negara ini terkorban hanya untuk mempertahankan kemerdekaan Jangan sampai masyarakat terjebak dan tertipu lagi dengan janji - janji palsu partai politik.

Entah itu dengan slogan - slogan seolah parti itu adalah partinya rakyat kecil, partinya orang Pakatan, atau slogan yang lain.

Dan yang lebih aneh terlihat adanya partai agama yang sudah jelas - jelas berdasarkan pada agama tertentu mencuba mempromosikan dirinya seolah partai nasionalis padahal sebelumnya terlihat jelas kalau partai ini sebagai salah satu pelopor yang mencuba menggiring Nehara ini kepada paham sebuah aliran.

Ada pula parti agama yang memapang propagnadaya dengan pakaian tertentu, walau memang sampai saat ini tidak berarti pakaian itu adalah pakaian agama, namun masyarakat mungkin saja tertipu dengan trik seperti ini.

Setelah memendam sedikit kekecewaan terhadap partai politik, kini rakyat Negara ini hanya boleh berharap kepada perwakilkan dewan rakyat yang mewakili negeri masing-masing.

Wahai rakyat Negara ku, jangan sampai tertipu janji - janji palsu.

Read more...

Tuesday, December 1, 2009

23 November: Black Tragedy Untuk Sabah Dan Maguindano

SEMENTARA masih ada dua penumpang tongkang karam di perairan Banggi, Kudat Sabah belum dijumpai ekoran tragedi tongkang terbalik dan tenggelam pada 23 November lalu, kita juga dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai di Maguindanao yang melibatkan 27 wartawan jatuh pada hari yang bersamaan.

Melihat dua kejadian ini mengingatkan kita begitu mudahnya nyawa melayang jika mahapencipta menginginkannya.

Peristiwa tongkang karam di perairan Pulau Bangi Kudat mengorbankan 13 nyawa, sementara 13 yang lainnya berjaya diselamatkan. Manakala peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Manguindanao melibatkan 57 nyawa. Walaupun peristiwa ini berbeza dari segi kesnya, namun tarinkh 23 November 4 hari sebelum Hariraya Korban, kita telah menyaksikan 70 nyawa manusia hilang dalam sekelip mata.

Bagi kita yang masih hidup,kita seharusnya mendapat iktibar daripada 2 peristiwa yang berbeza ini.

Peristiwa Pulau Banggi meningatkan kita betapa kurang pekanya kita terhadap keselamatan diri kita sendiri. Kurangnya perhatian yang serius mengenai keselamatan mengakibatkan kemalangan fatal yang sepatutnya boleh dielakkan jika kita sedikit berhati-hati.

Dengan adanya persitiwa Banggi ini diharapkan agar kerajaan dapat membuka mata, bahawa sistem pengangkutan yang menghubungkan antara tanah besar Sabah dan pulau-pulau di sekelilingnya sangat rentan kepada peristiwa sebegini. Pulau Banggi yang sewaktu masa dahulu adalah Pulau terbesar Sabah yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba terbangun kerana projek meganya Banggi Agropolitan.

Selain peristiwa tersebut, maklumat mengenai Banggi sangatlah terhad, kecuali jika kita menelusuri Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapaha yang pernah menjadi wakil rakyat Banggi untuk beberapa penggal sehinggalah ke tahun 2008, dimana anak sulung Tun Mustapaha ini tidak dipilih bertanding lagi.

Peristiwa Manguindao ini kita menyaksikan bagaimana dua buah keluarga yang bersengketa kerana jawatan sanggup menghapuskan seteru politiknya. Melalui peristiwa ini kita seharusnya bersyukur kerana negara kita belum sampai ke tahap demikian.

Persengeketaan di negara kita masih terhad kepada permusuhan politik melalui berita, gossip dan maklumat. Manakala secara pribadi walaupun berlainan kem masih dapat duduk bersama sepertimana DS Najib minum teh bersama ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim di legar parlimen baru-baru ini.

Kita di Malaysia masih sangat beruntung kerana persengketaan hanya berasaskan kepada kata-kata umpamanya doa laknat yang dicanangkan oleh TG Nik Aziz melalui khutbahnya baru-baru ini, bahawa Tok Guru Pas itu akan mendoakan agar para pemimpin Umno termasuk DS Najib ditimpah bala kerana hanya isu wang eshan minyak tidak ditukar kepada royalti minyak.

Berasaskan kepada DUA peristiwa ini, kerajaan perlu mengambil iktibar dan langkah-langkah yang wajar agar tidak belaku di negara ini lagi.

Read more...

Monday, November 30, 2009

100 Orang Pemuda BN Tuntut Janji Bakar Gambar Lim Guan Eng

Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan dengan dakwaan ia tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong kemudian menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.

Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini bahawa mereka merancang agar perhimpunan itu berlangsung secara tertib dengan hanya membawa sepanduk dan poster.

Bagaimanapun seorang lelaki pertengahan umur tiba-tiba menyertai tunjuk perasaan itu dan kemudian mengambil sekeping poster lalu memijak dan membakarnya.

"Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," kata Oh.

Tambahnya, polis kemudian membawa lelaki tersebut dan seorang pegawai polis Cawangan Khas memberitahunya bahawa lelaki itu seorang penduduk kampung itu yang kini telah diranapkan untuk projek pembangunan.

Menurut Oh lagi, sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala sebelumnya berkunjung ke bangunan DUN untuk menyerahkan memorandum kepada ketua menteri dan meninggalkannya ketika kumpulan Pemuda BN itu sedang berdemonstrasi.

Katanya, semua penyokong Pemuda BN memakai baju putih dan berseluar hitam, manakala lelaki yang membakar itu berpakaian warna.

"Kami mengutuk tindakan membakar poster. Jika anda ada rungutan, anda harus menyatakan secara aman," katanya, yang juga timbalan ketua Pemuda Gerakan Malaysia.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP