Wednesday, December 2, 2009

Jangan Tertipu Janji-Janji Palsu

PRU-13 hanya 2 tahun lagi. Walaupun masih 2 tahun namun persiapan parti yang akan mengangambil bahagian sudah bersiap-siap dari sekarang.

BN misalnya walaupun beberapa komponen partinya ada yang dilanda krisis namun para pemimpin Bn terutama DS Najib dan TS Muhiyiddin telah memulakan langkah untuk mengatasi dan memulihkan keadaan parti-parti yang berkrisis tersebut.

Parti MCA yang berkrisis ekoran pemecatan Timbalan Presidennya hingga kini berlarutan, namun atas kebijaksaan para pemimipn BN krisis ini menampakan peredahan dan kemungkinan dapat diatasi.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semalam melalui blognya telah memparkan bahawa UMNO hanya ada 2 tahun lagi memperbetulkan keadaan,kerana menurut Tun Mahathir ada kalangan mantan pemimpin Umno yang dianggap kanan telah menyuarakan kekecewaan terhadap Umno. Umno dikatakan telah busuk tubuh badannya sehingga ke usus.

Paparan Tun Mahathir ini tidak boleh diambil ringan, kerana Umno perlu ingat diambang PRU-12 Tun Mahathir juga ada menyuarakan tentang kelemahan parti masa itu semasa di pimpin Tun Abdullah Badawi.

Pada masa itu ramai yang mengambil enteng teguran Tun Mahathir, namun setelah keputusan Pru-12 diketahui dimana BN hampir kecundang, maka barulah pimpinan Umno dan Bn tersedar, bahawa memang benar apa yang diperkatakan oleh Negarawan tersebut.

Umno dan BN perlu akur dengan keadaan bahawa selepas Pru-12 melalui beberapa PRK gabungan parti terbanyak tersebut terus kecundang, walaupun Bagan Pinang melalui Isa Samad sedikit mengubati kepedihan dan mampu juga menikmati kemenangan.

Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan belum menunjukkan kejayaan. Pencetus idea ini masih teraba-raba apakah slogan ini sudah diterima atau mulai diterima masih dalam tandatanya besar.

Di Perak misalnya 2 hari lalu peristiwa memijak gambar ADUN Katak bagi istilah pembangkang telah menginjak-injak gambar 3 Adun bebas diketuai sendiri oleh Lim Kit Siang.

Sekiranya konsep 1Malaysia diterima pakai, peristiwa seumpama ini seharusnya telah kendur atau reda. Politik adalah politik, kemerdekaan memilih afiliasi politik adalah hak mutlak individu yang merdeka.

Tiada unsur paksaan dalam memilih parti perjuangan. Namun hak ini tidak dapat diterima oleh Pakatan, kerana itu peristiwa memijak gambar telah berlaku. Semangat masyarakat terlihat berbeza - beza dalam menyingkap pesta demokrasi .

Tak jarang yang kenampakan apatis, mungkin kerana kecewa dengan kondisi politik di negera ini, tak kurang pula yang memiliki fanatisme berlebih sehingga memandang orang lain yang berbeza partai sebagai musuh yang harus dibasmi.

Melihat kejadian diatas, masyarakat sepertinya sudah lupa dan mabuk hingga tidak tahu cara menyalurkan aspirasi dengan benar. Masyarakat seharusnya sadar, semua partai politik memiliki kepentingannya masing - masing, masyarakat jangan sampai dijadikan alat dalam mendapatkan kepentingan itu.

Seharusnya masyarkat kembali merenungi jejak - jejaksejarah masa lalu, bagaimana Negara ini mencapai kemeredekaan. Bagaimana pemimpin terdahulu menolak Malayan Union dan bagaimana Negara ini berjuang untuk membasmi pemberontakan komunis.

Jangan lupa bagaimana ramainya rakyat Negara ini terkorban hanya untuk mempertahankan kemerdekaan Jangan sampai masyarakat terjebak dan tertipu lagi dengan janji - janji palsu partai politik.

Entah itu dengan slogan - slogan seolah parti itu adalah partinya rakyat kecil, partinya orang Pakatan, atau slogan yang lain.

Dan yang lebih aneh terlihat adanya partai agama yang sudah jelas - jelas berdasarkan pada agama tertentu mencuba mempromosikan dirinya seolah partai nasionalis padahal sebelumnya terlihat jelas kalau partai ini sebagai salah satu pelopor yang mencuba menggiring Nehara ini kepada paham sebuah aliran.

Ada pula parti agama yang memapang propagnadaya dengan pakaian tertentu, walau memang sampai saat ini tidak berarti pakaian itu adalah pakaian agama, namun masyarakat mungkin saja tertipu dengan trik seperti ini.

Setelah memendam sedikit kekecewaan terhadap partai politik, kini rakyat Negara ini hanya boleh berharap kepada perwakilkan dewan rakyat yang mewakili negeri masing-masing.

Wahai rakyat Negara ku, jangan sampai tertipu janji - janji palsu.

6 comments:

kelapa mawar December 2, 2009 at 3:35 PM  

Salam ziarah sdr..

Pergolakan UMNO masih belum dapat diselesaikan..janganlah kita ambik contoh di semenanjung tapi kita lihat senario di sabah dan KB khasnya..

Sejauhmanakah perubahan yg dibawa tatkala menghadiri poerhimpunan UMNO yg lalu diparaktikkan..

Adakah sudah gerakan menambah keahlian UMNO?
Adakah sudah gerakan penerangan kepada orang kampung dan generasi muda?
Adakah sudah pelan damaiantara DSSK dan DMHJ..?

Sedangkan umno KB arus perubahan begitu amat perlahan..bayangkanlah UMNO pusat dan seluruh negara...

Masa 2 tahun sebelum PRU-13 masih tidak cukup buat UMNO dan BN..percayalah..

Salam hormat buat sdr..

Datu pitung December 2, 2009 at 3:38 PM  

salam

posting yg sgt menarik, saya sgt teruja membaca nya kerana ramai di kalangan rakyat yang tertipu dgn janji palsu semasa kempem ini.

mgkn kerana yang tertipu tdk mengjangka akan berlaku seperti ini atau yang menabur janji sgt kreatif mempengaruhi minda masyarkat.

apa pun rakyat jgn tertipu dgn janji manis pemimpin itu, saya yakin dan percaya rakyat dahulu tdk sama dgn sekarang, rakyat sekarang sgt berhati hati dalam mengundi.

thanks.

awal dan akhir December 2, 2009 at 3:57 PM  

Saudara Kelapa Mawar. Baru saya sedar melalui komen sdr ini bahawa DSSK?= Datuk Salleh Said Keruak dan DMHJ/=Datuk Musbah Haji Jamli ada perselihan faham? Apa yang saya maklum mereka rukun-rukun sahaja. DMHJ berkerja untuk rakyat sementara DSSK menjaga parti. Perkara yang sama pada tahun 2004-2008, DSSK jaga rakyat, DMHJ jaga parti. demikian pemahaman saya. Mereka ada krisis kah? jika ada ada agaknya siapa yang boleh merungkai?

Terima kasih atas komen ini membuatkan saya berfikir sejenak.

awal dan akhir December 2, 2009 at 4:00 PM  

sdr Datu Pitung. terima kasih kerana selalu melawat menguatkan saya berfikir lama untuk menulis yang baik menurut saya.

kelapa mawar December 2, 2009 at 6:00 PM  

Dalam politik pertelingkahan tidak akan berlarutan...DSSK dan DHMJ nampak baik diluar tetapi di dalam masing-masing bagai enau dalam belukar...melepaskan pucuk masing-masing..

Hanya TSP pada hemat saya yg bolehmententeramkan kegundahan politik di KB..keranaDHMJ adalah Muridnya, DSSK pula sekarang adalah rakan karibnya..

Rasanyakita blogger KB pun ada peranan...

awal dan akhir December 2, 2009 at 6:23 PM  

sdr kelapa mawar. Saya rasa keadaan mereka itu carik-carik bulu ayam lama-lama bercatum juga. Perahu lalu kiambang bertaut. Yang penting bagi kita adalah perancangan mereka. Apa kah perancangan orang-orang politik memenuhi kehendak rakyat yang meletakkan mereka pada kedudukan itu. Kerana akhirnya kita yang akan menentukan apa kah orang-orang politik terus berada pada kedudukan mereka. Saya suka kalau para pemimpin Kota Belud berganding bahu memajukan daerah kita. Lupakan apa sahaja kekangan atau masalah. Bersatu itu lebih baik daripada renggang. Ambillah contoh seberkas lidi jika dipatah terlalu liat, tetapi jika sebatang mudah lah dipatah.

Demikian juga kita para bloger. Kalau kita bersatu dalam satu satu isu untuk daerah kita pasti orang-orang yang ada kemampuan kuasa politik akan melihat kita. Akan tetapi jika kita bercanggah terus maka orang-orang ini tidak akan memandang kita.

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP