Showing posts with label post Himpunan Bresih. Show all posts
Showing posts with label post Himpunan Bresih. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Bersih itu alat Pembangkang tawan kepimpinan negara

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan, bahawa sejak berakhirnya Himpunan Bersih yang gagal, Pembangkang masih menjadikan Himpunan itu sebagai maskot setiap tindakan mereka.

Pas Selangor misalnya, mahu meneruskan agenda Bersih untuk memelihara memontem sehingga pilihanraya. Selain itu, Pas juga berkempen agar warna kuning sebagai tema sambutan Hariraya tahun ini.

Selain itu, Lim Kit Siang akan menggunakan pakaian serba kuning pada setiap Sabtu, sehinggalah PRU-13 akan datang.

Ambiga sebenarnya hanya digunakan untuk mencapai matalamat pembangkang merampas kuasa melalui tindakan demonstrasi; malangnya usaha mereka itu telah digagalkan oleh pihak keselamatan.

Apapun yang diperkataan oleh Ambiga selepas kegagalan mereka, bahawa himpunan itu tiada niat menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat, sebaliknya hanya menuntut 8 tuntutan yang mereka seneraikan, antaranya menggunakan dakwat kekal, masa kempen sekurang-kurangnya 21 hari, pembersihan daftar pemilih, memaksa media aliran perdana memberi ruang kepada pembangkang dan menghapuskan politik kotor.

Sebenarnya niat asal Bersih, agar berlaku Tahrir Square seperti di Mesir, namun niat itu terbantut disebaban kecekapan anggota keselematan.

Negara ini, mempunyai 27 juta rakyat, lebih 10 juta layak menggundi; sedangkan yang berhimpun di ibu negara pada hari itu, katakanlah 100,000, jumlah ini kurang 10% daripada jumlah pemilih. Signifikan kah desakan itu? sedangan 90% rakyat berpandangan sebaliknya.

Tindakan pihak keselematan membendung himpunan itu perlu diberi pengharagaan, walaupun ada kejadian kekerasan. kekerasan berlaku, kerana anggota keselamatan adalah manusia biasa yang punya emosi dan perasaan. Tiada manusia yang siuman melakukan kekerasan pada sesama manusia, melainkan seseorang itu kehilangan pertimbangan kerana provokasi yang luarbiasa.

Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Apabila Ambiga berpolitik

Ambiga Sreenevasan menegaskan pentadbiran Najib bahawa Putrajaya yang sepatutnya dipersalahkan atas respons luar dugaan rakyat ke atas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Sabtu lalu.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal yang diterbitkan oleh laman web akhbar itu semalam, Pengerusi Bersih 2.0 itu menolak tanggapan bahawa perhimpunan penghujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat di negara-negara Arab sebab pihaknya tidak berhasrat untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) meskipun kepimpinan perikatan itu mendakwa sedemikian.

Kata beliau (gambar), sebuah kerajaan yang banyak mengerasi berhadapan dengan sikap menjijikkan membabitkan rakyat jelata.

“Dan, saya fikir itu sebabnya kami ada bilangan (penyerataan yang besar) dan momentum kami lalukan.

“Secara jujur, jika kami dibenar meneruskan dan mengadakan (perhimpunan sebagaimana dirancang), kami sudah pasti bilangan ini tidak sebesar itu,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini sambil menambah, pada awalnya beliau meragui sama ada akan memperoleh sokongan yang sebesar itu.

Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura.

Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang.

Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran “takut dan menekan”, yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009.

Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab.

“Kesemua apa yang kami lakukan hanyalah meminta satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Respons tidak seimbang kerajaan yang mencetuskan momentum ini.

“Tetapi kami masih sebuah negara yang mencintakan keamanan. Kami masih mahukan kerajaan yang adil,” kata beliau.

Ambiga seterusnya berkata, “bagi saya, bukan menjadi niat kami dan masih bukan niat kami untuk menjatuhkan kerajaan ini.”

“Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan ini untuk memperbaiki sistem pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau juga mengkritik respons kerajaan ke atas perhimpunan Sabtu lalu yang menyaksikan polis menggunakan air berasid dan gas pemedih mata, sekali gus lebih 1,600 orang ditahan termasuk pemimpin-pemimpin parti politik.

Katanya, Putrajaya tidak memahami situasi yang wujud dengan tepat dan betul.

“Mereka datang balik pada hari Isnin dan menyerang Bersih lagi. Anda menyerang orang ramai. Golongan pengundi yang anda serang,” katanya lagi.

Read more...

Tuesday, July 12, 2011

Demonstrasi jalanan salah satu ciri demokarsi PBB: Frank La Rue

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan walaupun bercorak ganas, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue (gambar), Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebskan kesemua 1,700 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.

Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.

Read more...

Himpunan Bersih Bukan Himpunan Parti Politik Tetapi Himpunan Pemimpin Parti Pembangkang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeras menafikan bahawa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu bukan anjuran parti politik.

Namun, kata beliau perhimpunan yang disertainya itu terdiri daripada badan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam serta cerdik pandai dari seluruh negara.

"Perhimpunan itu disertai oleh cerdik pandai dari seluruh negara, bukannya anjuran parti politik, yang melihat banyak perkara tidak kena pada kerajaan yang memerintah hari ini," katanya semasa berucap kepada penyokongnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu malam Isnin.

Abdul Hadi berkata semasa ditahan beliau dilayan dengan baik oleh anggota polis.-BERNAMA

Read more...

Monday, July 11, 2011

Mat Sabu KEBAL

WALAUPUN Mat Sabu kononya dirempuh Landrover Polis, namun tidak membawa apa-apa kesan terhadap Timbalan Presdien Pas itu. Mat Sabu hanya cedera ringan pada bahagian lututnya, akibat terjatuh.

Read more...

Sunday, July 10, 2011

Sejak 1967-Nik Aziz menang Pilihanraya kerana SPR tidak bersih

Sekembalinya dari Makkah inilah kenyataan MB Kelantan itu. "Sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini".

“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

Read more...

Anwar gagal guna MAGIC ketuai Himpunan Bersih

Anwar kecundang pra matang. Anwar menggunakan trowong laluan BAS daripada Hotel Hilton memyeberang ke KL Central, kononnya mahu mengetuai perarakan bermula daripada KL Central ke Stadium Merdeka.

Hanya dengan pemedih mata, semua MAGIC Anwar luntur. Anwar terpaksa berlakon, konon cedera di kepala, padahal, dalam foto yang berjaya dirakam, tiada apa-apa yang berlaku kepada Ketua Umum PKR itu.

Read more...

Wajah-wajah gagal

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP