Showing posts with label mati ditembak. Show all posts
Showing posts with label mati ditembak. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

Tiga Penduduk Islam di Tembak Mati di Yala Thailand

YALA 6 Sept. - Kumpulan bersejata menembak mati tiga penduduk Islam dari satu keluarga dalam kejadian keganasan terbaru di wilayah bergolak di selatan Thailand.

Ketua kampung berusia 61 tahun, anak perempuannya berumur 33 tahun dan suami wanita terbabit berusia 42 tahun ditembak ketika mereka duduk di dalam rumah mereka di Yala, malam tadi.

Polis berkata, kumpulan pemisah menyerbu rumah tersebut dan melepaskan tembakan ke arah keluarga terbabit dan kemudiannya melarikan diri.

Serangan tersebut adalah siri terbaru dalam serangan ke atas penduduk ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Jumaat lalu, seorang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta di Yala, manakala letupan bom motosikal di Pattani pada Khamis lalu mencederakan 27 orang.

Read more...

Thursday, September 3, 2009

Tanduk Musa Hassan Tumbuh Panjang: Jawatan disambung setahun !!!

Gesaan berikut tidak mendapat tempat malah..................................


PAS memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini.


Naib Presidennya Dato Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut. “Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini.

Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.

Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

“Saya minta satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara. “Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi,” katanya.

Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster. Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa. Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadangan untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Kesihan Orang Gila terpaksa ditembak mati

Seorang pesakit jiwa yang baru 4 hari dari rumah sakit psaikteri di Melaka, terpaksa ditembak mati oleh polis, kerana memandu kereta polis tanpa kebenaran. Sebelum mangsa ditembak mati, ayahnya telah memanggil polis, kerana simati brgaduh dengan ibunya yang telah lanjut usia.

Drama penembakan Fahrulizan Muhammad berlaku pada pukul 6.25 petang di rumah awam Payah Rumut, Masjid Tanah, Melaka. Penembakan Fahrulizan terpaksa dilakukan oleh polis, kerana si mati menyerang polis dengan menggunakan parang.

Ulasan

Namanya juga orang gila! kenapa tidak tembak di bahagian kaki? Sudah tiba masanya pihak polis dilengkapkan dan diajar cara-cara mengatasi orang gila, selain menggunakan senjata yang boleh membunuh, buatlah cara lain seperti penggunaan pelali untuk melumpukan orang seperti ini. Pada binatang buas, pihak perhilitan boleh menggunakan pelali, kenapa pada manusia, perlu senajata hidup? murah kah nyawa manusia di banding binatang!

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP