Showing posts with label saiful anwar. Show all posts
Showing posts with label saiful anwar. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Nizar News: Anwar Menuduh Ada Kuasa Ghaib Menghalang Kes Liwatnya Dibicarakan

Penasihat Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang cuba menghalang perbicaraan tuduhan liwat keatasnya dari berjalan lancar.

Ianya terbukti apabila Mahkamah Rayuan kelmarin membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut.

"Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan.

"Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar?

"Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.

Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.

Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah.

"Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lgi.

Kelmarin pasukan peguam pembela Anwar sekali lagi dihalang dari mendapatkan bahan bukti setelah keputusan mahkamah rayuan didakwa menyebelahi rayuan pihak pendakwa.

Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan Anwar dan hak untuk mendapatkannya juga turut dijamin undang-undang.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh.

Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.

Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Mohd Saiful dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi serta bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar

Read more...

Sunday, September 13, 2009

Kes Liwat Anwar: Cerita Lama tetapi masih relevan

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar pada (17/6/2009) untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1November ini. Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad. Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya

Read more...

Kes Liwat Anwar: Kenapa Ditangguh-tangguh

Adakah Anwar takut kebenaran terbongkar? kerana itu penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

Penangguhan kes ini suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah inilah gambaran yang dapat dilihat.

Kenapa rasa takut kalau merasa tidak salah. Kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.

Sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah.

Yang buat demonstrasi jalanan apa hal? ‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes.

Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”. Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.

‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang.

Boleh saya kata begitu? ‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul.

Ini tak logik, mengarut,” katanya. Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.

‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar? ‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.

Read more...

Sunday, August 30, 2009

Kes Liwat Anwar: Saiful menunggu bulan jatuh ke bumi

Penanguhan demi penanguhan perbicaraan liwat Anwar terhadap Saiful tidak akan kunjung selesai. Saiful akan terus menunggu dan menunggu sehingga bulan jatuh ke bumi.

Anwar mempuyai keistimewaan luarbiasa, kerana mahakamah berada di telunjuknya. Jika Anwar hendakkan penanguhan,pasti akan ditanggukan. 3 September mendengar untuk menghalang barisan pendakawaan mendakwa Anwar, jika ianya diluluskan, maka pihak peguam negara terpaksa mencari barsian pendakwaan yang baru.

Yang menjadi muskil dalam pembicaraan gelombang ke-2 kes liwat Anwar ini, barisan pembelanya telah siap sedia, sekecil manapun loop hole akan dimanafaatkan, agar pembicaraan ini terus tertangguh, kalau boleh hinggalah menjelang PRU-13.

Adalah diperkirakan bahawa perbicaraan kes liwat Anwar ini akan terus berlarutan, sehingga ada kemungkinan ianya digugurkan begitu sahaja. Kemungkinan pengguguran tetap ada, jika AG dan IGP sekarang telah bersara, dan akan tergantikan dengan AG dan IGP yang pro Anwar. Jika itu berlaku, Saiful akan gigit jari, dan akan terus terkenang sumpah laknatnya.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP