Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Nizar: Tamparan Untuk 1Malaysia :Tragedi Jambatan Runtuh: Keluarga Saman Kerajaan Dan 10 Yang Lain RM105 Juta

IPOH: Keluarga ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober lalu hari ini memfailkan saman berjumlah RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Responden yang lain terdiri daripada, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Perak,SJK (T) Mambang Diawan, SJK (T) Gopeng, GS Synergy Sdn Bhd (pihak yang menaja pembinaan jambatan), CWL Enterprise (kontraktor) dan pihak yang terlibat.

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, A. Sivanesan, ayah ketiga-tiga keluarga mangsa itu akan mengemukakan saman bernilai Rm35 juta bagi setiap pihak yang terlibat dengan jumlah keseluruhan saman itu berjumlah RM105 juta kerana didakwa berlaku kecuaian daripada pihak yang terlibat dalam tragedi yang berlaku pada 26 Oktober lalu.

Oktober lalu, tiga pelajar sekolah rendah yang menghadiri kem 1Malaysia, N. Dina Deve and M. Devatharshini, kedua-duanya berusia 11 tahun dan V. Divyashree, 12, ditemui mati lemas selepas jambatan gantung yang dilalui di tapak perkhemahan mereka tiba-tiba runtuh ke dalam Sungai Kampar.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak penganjur berjaya menyelamatkan 19 orang pelajar yang turut sama tenggelam dalam kejadian malang itu.

Dua buah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat tragedi malang berkenaan, satu di bawah Kementerian Pelajaran dan satu lagi jawatankuasa ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran akan mengumumkan hasil siasatan yang dijalankan berhubung insiden berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, jawatankuasa yang diwujudkan oleh Pakatan Rakyat negeri mendakwa jambatan gantung itu runtuh kerana didakwa menggunakan bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan dua orang guru yang sepatutnya menyelia perjalanan kem tersebut tidak hadir pada hari kejadian.

Read more...

Saturday, October 31, 2009

Nizar News: Membaca Artikel Musli Oli "1 Malaysia lebih Mudah Wujud Banding 1 Melayu" dalam Portal Berita TerBaru: Paradigma.com.my

Jika kebenaran berpihak kepada tulisan tersebut, maka pendekatan Najib menguar-uarkan konsep 1 Malaysia suatu hari nanti akan mengalami kegagalan. Sebabnya adalah konsep 1Malaysia sepertimana digambarkan dalam artikel tersebut datangnya dari atas. Ertinya arahan.

Dalam pengelaman dunia: Teori kominis adalah teori paksaan, walaupun pada suatu masa sangat diterima oleh rakyat yang tertindas. Namun setelah beberapa tahun sistem tersebut tidak dapat dipertahankan lagi, kerana asasnya adalah unsur paksaan.

Melalui mesyuarat agung parti gerakan semalam, ketua wanita parti komponen BN tersebut malah mengeluarkan keraguan dan kesangsian terhadap kejayaan konsep 1Malaysia. Alasannya adalah.. apapun kejadian yang berlaku.. akhirnya warna kulit juga akan jadi panduan.

Konsep 1Malaysia ini, jangan dulu diagong-agongkan.. lihat dahulu pelaksanaannya, bagaimana penerimaannya dan bagaimana hasilnya. Persoalan yang paling pokok dalam pelaksanaan konsep 1Malaysia ini adalah pelaksana pada peringkat epsilon dua ke bawah.

Mudah untuk bercakap dan bermadah, tetapi tidak mudah untuk melaksanakannya.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP