Showing posts with label PRK Hulu Selangor-pengundi cina. Show all posts
Showing posts with label PRK Hulu Selangor-pengundi cina. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Keputusan Hulu Selangor: Iktibar Kepada Pemimpin BN.. Cina Masih Sokong DAP

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar."

Katanya, ini disebabkan pemilihan kali ini berlangsung di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang.

Kejayaan itu juga, tambahnya, bermakna pengundi telah menolak cara politik pembangkang dengan "menabur fitnah dan pembohongan."

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan rasmi Hulu Selangor diumumkan malam ini, perdana menteri berkata, pencapaian BN juga tidak seharusnya dibandingkan dengan keputusan Mac 2008.

"Jangan bandingkan keputusan 2008, tapi dengan waktu penaman calon, dan bila penghabisan pembuangan undi, saya percaya ada perubahan. Belum sepenuhnya tapi ada perubahan.

"Dengan kemenangan ini bererti kita akan bekerja bersungguh-sunguh untuk memenuhi amanah rakyat," katanya di pusat penjumlahan undi di dewan serbaguna Hulu Selangor.

Menurutnya lagi, kemenangan P Kamalanathan membawa erti yang besar kepada BN.

"...kerana kalau kita lihat keputusan 2008, dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN.

"BN menghampiri 2,000 undi dan ini merupakan satu 'shift' yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang. Kalau dulu Selangor dikuasai BN," tambahnya.

Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Perdana menteri berkata, BN akan membuat satu senarai induk bagi kesemua janji yang dibuat oleh pemimpin BN, termasuk Kamalanathan sendiri.

"Saya percaya kalau kita dapat penuhi semua janji kita, dan dapat selesaikan semua masalah rakyat, dalam pilihan raya akan datang , majoriti kita akan bertambah," tegasnya.

Ditanya mengenai faktor sokongan masyarakat Cina yang tidak memihak kepada BN kali ini, beliau berkata, ia perlu kajian secara mendalam.

"Kita akan buat analisis. Kita tak mahu buat kesimpulan cepat, kena kaji mendalam," katanya.

Read more...

Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor: BN Sukar Tembus Pengundi Cina

Tinjauan rambang hanya dalam 4,000 pengundi cina besar kemungkinan memangkah BN berbanding jumlah pengundi kaum itu yang mencecah 17,000.

Hari berkempen telah memasuki hari ke-4, namun jentera BN terlalu sukar menembusi pengundi cina terutamanya di 13 kampung baru cina.

Persepsi masa kini PKR melebihi BN apabila ia berkaitan undi Cina, ia tidak menghalang parti komponen BN daripada menganjurkan "ceramah" pada setiap malam selain lawatan mesra sungguhpun mereka akan menghadapi kritikan.

Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum tibanya hari mengundi pada Ahad ini, BN menggiatkan kempennya di kawasan pengundi Cina, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat sesetengah daripada 13 kampung baru Cina itu di Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali, Ulu Yam, Kalumpang dan Kerling.

"Ia bukan mudah bagi kita. Setiap kali kita masuk kampung baru, kita kena marah. Dengan itu, kita terpaksa mengemaskini strategi kita dengan mendapatkan lebih ramai pemimpin daripada bahagian MCA seluruh negara untuk membantu kita, kata seorang pemimpin akar umbi.

Selain mengadakan majlis makan malam dan lawatan mesra, mereka ada taktik baru dengan pengundi Cina melalui apa yang mereka namakan "Sembang Petang" dengan kumpulan kecil kira-kira 15 hingga 20 pengundi di kampung baru Cina.

Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemimpin kebangsaan serta tempatan akan menemui mereka untuk memberikan taklimat mengenai dasar kerajaan dan juga perlunya mempercepatkan pelaksanaan polisi yang adil oleh Najib.

Calon BN, P. Kamalanathan, ketua penerangan MIC akan ditentang oleh calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu.

"Dalam masa dua atau tiga hari akan datang, kita bukan hanya pergi dari rumah ke rumah tetapi juga memperkenalkan Sembang Petang, menjemput penduduk kampung menyertai kita untuk menerangkan dasar kerajaan termasuk konsep 1Malaysia."

"Kita belum terima banyak sokongan daripada masyarakat Cina, tetapi 1Malaysia dan dasar lain yang diperkenalkan PM, kita telah berubah untuk lebih rapat dengan rakyat. Ada gelombang kecil daripada masyarakat cina yang menyokong PM dan kita harap gelombang kecil ini akan menjadi besar pada pilihan raya kecil ini," kata beliau.

MCA juga mula mengerahkan semua 22 pemimpin bahagiannya di Selangor untuk diletakkan di semua 13 kampung baru itu, termasuk mengambil sesetengah pemimpin veteran seperti bekas naib presiden MCA dan pemimpin veteran Datuk Yap Pian Hon untuk memberikan penerangan.

"Kita akan bekerja keras untuk mendapatkan lebih ramai pengundi Cina mengundi BN. Sebab itu kita meminta semua datang membantu kita," kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga pengarah pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pada hakikatnya, MCA Selangor mengadakan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negerinya di sini hari ini untuk memutamadkan persediaan peringkat akhir kempen pilihan raya, yang sangat kritikal dalam beberapa hari sebelum tempoh berkempen berakhir.

Pengerusi perhubungan MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai berkata mereka telah menggerakkan lebih 1,500 anggotanya di semua kawasan yang diberikan kepadanya untuk dikendalikan.

"Catatan terakhir menunjukkan bahawa kira-kira 35 peratus kaum Cina di kawasan pilihan raya itu mengundi BN. Kita kini cuba mencapai bilangan yang lebih tinggi. Salah satu strategi utama ialah mengkaji anggota kita di sini...kita juga difahamkan semua pemimpin bahagian dapatkan anggota mereka yang ada saudara di sini bagi meyakinkan mereka untuk mengundi BN."

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP