Showing posts with label kepala lembu. Show all posts
Showing posts with label kepala lembu. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Nizar-Pas-Anwar-Khalid Gagap: Hassan Ali Pasti jadi MB Selangor

Dakwaan Hassan Ali bahawa Speaker DUN Selangor yang mengatakan bahawa Exco kerajaan Selangor daripada DAP yang mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan Selangor tidak becus menjalankan tugas adalah benar.

Beliau kata semua itu betul belaka. Exco kerajaan daripada DAP mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan tidak mampu menjalankan tugas, kerana itu dalam isu selcat, maka siasatan perlu lah terbuka untuk mengenal pasti pegawai-pegawai yang tidak berkemampuan.

Dakwaan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim bahawa beliau bercakap bohong adalah tidak benar. Exco dari DAP lah yang sangat menentang idea saya agar SELCAT menjalan siasatan secara tertutup agar para pegawai tidak diaibkan.

Dalam pekembangan lain Hassan Ali menghadiri suatu majlis kenduri bertempat di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja,Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor, Yb Dato Dr Hassan Ali telah sudi MENGIMAMKAN majlis tahlil dan solat isya berjemaah.

Ianya merupakan suatu majlis tertutup oleh sebuah famili UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat bersama dengan jiran tetangga dan Ajk masjid berhampiran.

Apakah ini akan menjadi bunga bunga tanda awal Dr Hassan Ali bakal meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin panas dengan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid LEMBU..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak dan kini isu SELCAT.

Selesai mengimamkan solat isya, Hassan Ali telah memberikan tazkirahnya yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.

Ketika menyampaikan tazkirahnya itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan jualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam…!

“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah…! Yb kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.

Read more...

Tuesday, September 29, 2009

Khalid Ibrahim pening lembu pula jadi urusan setelah KEPALA LEMBU

Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam. Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu

Read more...

Saturday, September 12, 2009

Pak Janggut: Siapa di mata Zulkifli Nordin

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka. “Yang paling jelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,’’ katanya.

Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar ‘Pak Janggut’ itu. Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.

Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.

“Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran. “Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya.

Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

“Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain,” katanya. Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.

Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.

Read more...

Sunday, September 6, 2009

Kuil Dibeku Sementara PKNS mencari lokasi baru: MB Selangor

Khalid Ibrahim yang juga menteri besar selangor terpaksa berhadapan dengan penduduk yang membangkang pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Sebelum ini pembinaan kuil tersebut telah menjadi perhatian umum dan polis kerana penduduk yang tidak setuju dengan pembinaan kuil tersebut membawa kepala lembu segar ke depan pintu pagar bangunan SUK Selangor.

Para protester sebelumnya berhanggapan, bahawa kepala lembu adalah simbul kebodohan kerajaan, kerana dalam simpulan bahasa melayu, ada disebut bangang macam lembu. Namun, perarakan tersebut menjadi panas apabila ada orang menterjemahkannya, bahawa lembu adalah Tuhan orang Hindu, kerana itu Tuhan mereka dihina.

Boleh dikata seluruh pemimpin negara telah membuat ulasan, kecuali Nik Aziz. Nik Aziz hingga kini masih membisu soal kepala lembu ini.

Isu kepala lembu telah diselesaikan oleh 2 khalid semalam, walaupun melalui istilah dibekukan, sementara PKNS menacri tempat yang sesuai, namun Kuil Sanggam sara ragu terhadap jaminan Khalid tersebut.

Read more...

Dua Khalid Akhiri Kes KEPALA LEMBU

Khalid Ibrahim dan Khalid Samad berjaya menyelesaikan kes bantahan penduduk seksyen 23 Shah Alam. Atau dengan kata lain kes kepala lembu telah selesai.

Kuil yang dipertikaikan akan di bangun pada satu lokasi yang sesuai itu jaminan 2 Khalid.

Melalui keputusan ini sekurang-kurangnya untuk sementara dapat meredam rasa protes penduduk seksyen 23 tersebut yang majoritinya seagama dengan 2 Khlaid.

Kalau lah sebelum ini tindakan ini diambil oleh 2 Khalid, sudah tentunya protes menggunakan Kepala lembu tidak berlaku.

Malangnya mereka yang didapati mengajurkan protes kepala lembu tersebut adalah ahli PKR dan Pas. Kenapa kah kes protes ini boleh berlaku, apa kah 2 khalid ini terlepas pandang.

Namun protes sudah pun berlaku, maka undang-undang terus dilaksanakan. Khabarnya Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan polis untuk membawa mereka yang terlibat ke mahkamah, kerana, kelakuan mereka itu berunsur menghasut ketenteraman beragama dalam negara.

Read more...

Monday, August 31, 2009

Isu Kuil Di Selangor bukan isu agama tapi isu projek

Rakyat kena ingat wakil rakyat banyak pengikut. Kerana itu mereka perlu duit. Cara dapat duit melalui projek lah. Kalau ikut cara Ean Yong Hin Wah dan Ronnie Liu, nanti sprm masuk siasat.

Sekarang mahkamah koroner sibuk dengan inkues kematian Teoh Beng Hock, konon kerana projek dan tuntutan palsu.

Pemindahan kuil yang dibantah, kerana kuil yang dibina berukuruan besar dan dilengkapi dengan prasarana seperti jalan,lampu dan sebagainya, sedangkan kononnya penduduk yang beragama hindu di kawasan tersebut, hanya dalam 40 an orang.

Tujuan sebenar kuil ini bukan bertujuan agama, akan tetapi mencari kawasan yang lebih luas agar bangunan kuil yang dapat dibina lebih besar, ertinya semakin besar bangunan, maka kosnya semakin besar, pun keuntungan semakin besar.

Inilah sebenarnya tujuan pemindahan kuil ini ke seksyen 23 Shah Alam. Kalau tak percaya tanyalah kerajaan Selangor khasnya yang memperjuangkan pembinaan kuli tersebut.

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Kebebasan beragama dipijak oleh segelitir Orang Islam

Rukun negara telah tertulis, melalui sila pertama,kepercyaaan kepada Tuhan. Ertinya setiap rakyat negara ini perlu menghormati sila pertama landasan bernegara kita. Kita bebas menganut agama mana yang kita percaya, walaupun negara ini di istiharkan sebagai negara islam, namun agama lain bebas menganut kepercayaan masing-masing.

Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain.

Islam terhina kerana perbuatan sendiri, islam memulakan angkara, semut yang kecil pun akan bertindak balas kalau sarangnya di ganggu. Islam tidak mengajar untuk menhina agama lain, malah inti sari firman Tuhan di atas, islam mengajar kita saling kenal mengenal satu sama lain.

Di Indonesia, sebagai negara berpenduduk islam terbesar di dunia, gereja bersebelahan dengan masjid. Kalau hari jumaat perkarangan gereja dipenuhi kenderaan umat islam, kalau hari ahad atau sabtu, perkarangan masjid dipenuhi kenderaan umat penganut agama kristian, persepahaman terjadi sedemikian rupa.

Malangnya negara kita, segelintir rakyat yang berarak kepala lembu, terlalu menghina, kerana kita tahu bahawa lembu ada bintang yang di hormati orang yang beragama hindu. Bayangkan, jika orang bukan islam berarak dan membakar kita suci orang islam al'quran, apa yang orang islam boleh buat?, kerana orang islam yang memulakan menghina agama orang lain.

Kerajaan seharusnya bertindak kepada segelintir orang-orang ini, kerana perbuatan mereka telah melampau dan bukan mencerminkan agama islam itu sendiri.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP