Showing posts with label kg buah pala. Show all posts
Showing posts with label kg buah pala. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Perjuangan Penduduk Kg Buah Pala Berakhir

Pemaju Kg Buah Pala Pulau Pinang Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd telah mula merobohkan rumah-rumah penduduk yang kononnya telah bersetuju agar rumah mereka dirobohkan dengan pilihan rumah 2 tingkat yang dibina oleh pemaju tersebut.

Gary Ho Pengurus pemaju tersebut berkata, mereka yang coba menghalang perobohan rumah mereka hari ini sebenarnya telah bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh pemaju, malah mereka telahpun menyerahkan kunci rumah.

Pengerusi bertindak penduduk Sugumaran berkata, perjuangan mereka telah berakhir hari ini, walaupun rundingan telah dilakukan hampir 14 bulan termasuk dengan ketua menteri Lim Guan Eng.

Krisis kg buah Pala akhirnya telah selesai walaupun sebelumnya berbagai berbalahan terjadi antara Lim Guan Eng dan mantan menteri besar Koh Soh Kun.

Dengan berakhirnya krisis kg Buah Pala, maka orang yang paling gembira adalah Lim Guan Eng.

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Kg Buah Pala: Lim Guan Eng disalahkan lagi!!!

Pengerusi bertindak penduduk Kg Buah Pala M.Sugumaran memberitahu bulletin 1.30 TV3, bahawa rundingan selama 14 bulan antara Lim Guan Eng dan pemaju projek tersebut untuk mencari penyelesaian kes kg Buah Pala tidak membuahkan hasil. Sebabnya pemimpin DAp itu tidak serius membantu penduduk yang terlibat.

M.Sugumaran merasa kesal dengan janji yang telah diberikan, namun semua janji tinggal janji. Penduduk kg buah pala tiada tempat bertaut, kerana kerajaan Pulau Pinang seolah-olah lepas tangan.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP