Monday, June 28, 2010

Khalid Ibrahim Tidak Selamat, Malah Kerajaan Pakatan Selangor Kemungkinan Tumbang

Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid (gambar) sebagai menteri besar.

Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima The Malaysian Insider mendakwa keempat-empat wakil rakyat berkenaan mahu meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati Khalid, menteri besar penggal pertama, dikekalkan.

SMS itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.”

Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”

Diakhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Read more...

Sunday, June 27, 2010

Akhirnya Khalid Ibrahim Kecundang

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.

Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.

Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.

Read more...

Saturday, June 26, 2010

Pakatan Yang Lemah Kah Atau Kepimpinan Khalid Ibrahim Yang Lemah?

KEMELUT dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sehingga wujud apa yang didakwa komplot untuk menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan kelemahan ketara pentadbiran Abdul Khalid di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata senario politik di negeri itu yang dilihat "semakin menarik" memberi mesej kepada Abdul Khalid bahawa kepimpinannya sudah ditolak bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR tetapi rakyat negeri itu.

"Ia sebagai satu mesej jelas kepimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah ditolak dan Menteri Besar itu perlu mengakui hakikatnya.

"Banyak perkara yang diabaikan Khalid dalam memerintah Selangor yang sibuk mencampuri urusan orang lain seperti isu Kampung Baru daripada bertindak membela rakyat di negeri itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kota Baharu di sini, Jumaat.

Akhbar hari ini melaporkan wujud pakatan 15 Anggota Parlimen PKR untuk menggulingkan Abdul Khalid kerana kecewa dan tidak berpuas hati terhadap corak pentadbiran Menteri Besar itu yang dilihat seperti mengurus sebuah syarikat korporat.

Mengulas perkara itu lagi, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Selangor sebenarnya diperintah oleh parti yang lemah dan sukar untuk terus bergabung bagi memerintah negeri itu.

Read more...

Friday, June 25, 2010

Apa Itu Ajaran Wahabi

Wahabi merupaka satu fahaman / aliran yang diamalkan oleh Ulama - Ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh fahaman ini dikukuhkan oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi sejak 1924. Dinasti Al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924.Beliau melantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga Wahhabi atai Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

-Golongan Wahabi lebih suka menyebut mereka Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.

-Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah.Dalam hukum Feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taimiah. Fahaman Wahabi dianggap sebagai penerusan fahaman Ibn Taimiah , bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi,Kuwait,Qatar,Somilia,Algeria,Palestin,Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.

Pengasas -Muhammad bin Abdul Wahhab (1701-1793m) lahir di kampung Ainiyah,Najd, Arab Saudi.Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku berliau bertajuk 'Kitab alTawhid'.

Beliau adalah sufi,ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab.Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

Beliau belajar agama dari Syeikh MUhamad Sulaiman Al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan blik semula ke kampung Ainiyah , Najd Arab Saudi.

Semasa di Madinah , beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke kampung Ainiyah , Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma'mar membantunya, tetapi setelah mendengar fatwa-fatwan ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri'yah dan mendapat bantuan Raja Muhamad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat . Beberapa delagasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi . Ajaran mereka ditolak,malah sebahagiannya dibunuh.Sejak itu terjadi permusuhan kaum Wahabi diNajd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab menfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menzairahi makam nabi , berdosa mengadap makam nabi. Syarif - syarif Mekah terus diperangi.

Kaum Wahabi dua kali menguasai HIjaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924-kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah:

-Meruntuhkan kubah/bangunan di atas kubur Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924

-Meruntuhkan kubah/bangunan tempat maulud Nabi diSugal=Lail di Mekah .Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.

-Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.

-Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj.Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.

-Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.

-Melarang membaca qasidah.

-Melarang melagu lagukan al Quran

-Melarang membaca Selawat Nabi, memuji muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.

-Melarang mengaji sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam, Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi , tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

Read more...

Thursday, June 24, 2010

Khairy Jual Bangsa Sendiri: Perkasa Pribumi

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.

Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi.

Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.

Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu.

Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut

Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan.

Sebaliknya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu.

"Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2.

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya.

Read more...

Wednesday, June 23, 2010

Wah.. Ramainya Golongan Muda Sabah Merempat Di Semenanjung

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Sabah menetap di lembah Klang. Bagaimanapun kebanyakan golongan muda itu kini hidup merempat.

Menurut Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu), sesetengah rakyat Sabah itu tidak berpendidikan dan hidup mengemis bagi mendapatkan makanan di belakang restoran seperti KFC dan McDonald, manakala wanitanya ada yang terjebak dalam lembah pelacuran.

"Mereka ke mari dengan harapan mjencari pekerjaan. Bagaimanapun sesetengah mereka ditipu oleh agensi pekerjaan dan terbiar tanpa sebarang wang untuk pulang. Ada juga yang malu untuk pulang semula..

“Kerajaan Sabah cuba mengaturkan supaya sesetengah mereka dihantar pulang dengan membayar tambang penerbangan dan memberi merek wang saku, tetapi ini tidak membantu. Situasi semakin buruk apabila semakin ramai yang datang,” katanya.

Justeru, kata Hiew Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah forum pada 4 Julai ini di Perpustakaan awam Petaling Jaya bagi menjemput rakyat Sabah datang dan meluahkan masalah mereka.

"Kami berharap ramai yang akan datang dan memberitahu kami masalah dan situasi sebenar mereka. Pemimpin utama Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga datang bagi berjumpa dengan mereka.

"Kami melihat tindakan itu sebagai tanggungjawab Pakatan kerana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tugas kita membantu mereka,” katanya.

Beliau juga mencadangkan sebuah jawatankuasa atau pertubuhan diadakan bagi membantu rakyat Sabah di Lembah Kelang dan juga seluruh semenanjung.

Kata Hiew, rakyat Sabah merantau mencari pekerjaan di semenanjung kerana kurangnya peluang pekerjaan di negeri itu.

"Gaji dan jawatan bagi golongan muda di Sabah, lazimnya dibolot oleh orang asing. Adalah lebih murah menggajikan pekerja asing di Sabah. Saya tidak menyalahkan majikan. Ada pendatang asing tanpa izin juga bekerja di sektor perladangan dan perkilangan.

“Kerajaan berjanji akan mewujudkan ribuan pekerjaan tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah bukti kerajaan negeri gagal mencarikan pekerjaan untuk golongan muda di Sabah,” katanya.

Read more...

Tuesday, June 22, 2010

Pas Mula Gelabah: Kerana Polis Mula Terhidu JI Mula Mengganas

PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

“Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Menurut beliau berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh universiti, pihak kementerian dalam negeri gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada kementerian pengajian tinggi, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang kuil Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang dijelaskan kepada media massa sebelum ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena mendakwa, tindakan Hishammuddin bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan itu semata-mata bagi mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

“Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat,” kata Mahfuz.

Bercakap pada sidang media yang sama, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta kerajaan menyelesaikan dahulu kes demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam beberapa bulan lalu.

Bagi Khalid, isu JI yang digembar-gemburkan kebelakangan ini sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan keadaan takut kepada Islam atau Islamphobia serta budaya takut di kalangan rakyat.

Isu tersebut, menurut dakwaan beliau lagi, merupakan persiapan Umno BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya lagi, langkah memetakan lanskap politik negara dengan menimbulkan isu JI dan anti-keganasan tersebut seakan sama dengan kondisi anti-Islam yang pernah dicetuskan di Amerika Syarikat pasca tragedi perlanggaran WTC pada tahun 2001 lalu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik isu JI itu sebenarnya didalangi oleh syarikat komunikasi penuh lantikan kerajaan, iaitu firma perunding antarabangsa APCO Worldwide.

“Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya,” katanya.

Read more...

Monday, June 21, 2010

Masuk Penjara Boleh Menyelamatkan Kerusi Tian Chua: Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

Read more...

Friday, June 18, 2010

Dolak Dalik Anwar Terbongkar Lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicabar menunjukkan bukti bahawa anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti ditawar RM2 juta seperti yang didakwanya, berkata beliau tidak akan membuat demikian buat masa ini.

Katanya beliau hanya akan mengemukakan bukti setelah kerajaan mengambil tindakan terhadap isu-isu lain yang telah dikemukakannya.

"Saya akan keluarkan (bukti) pada ketikanya, saya akan tetapkan masanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas cabaran Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim supaya beliau membuktikan dakwaan kononnya wakil rakyat PKR telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.

Zahrain adalah antara beberapa wakil rakyat daripada PKR yang keluar daripada parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar yang merupakan penasihat PKR.

Mengenai satu lagi dakwaan Zahrain kononnya beliau cuba menyembunyikan skandal penyebaran video seks melibatkan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR, Anwar menafikan pernah menonton atau memiliki video itu.

"Nak layan apa, saya tidak ada video itu. Kalau saya ada saya akan dedahkan. Tetapi tiada buktipun bahawa saya ada. Dia tidak patut buat ini, ia tidak beretika dan tidak boleh diterima," katanya.

Zahrain yang turut mengadakan sidang media selepas itu berkata penafian Anwar itu tidak mengejutkannya.

"Kalau dia nak nafi, biasalah, itu dia punya kelebihan. Saya sanggup bersumpah yang Anwar pernah kata dalam satu taklimat bahawa dia bukan sahaja pernah tengok gambar tapi video (wanita) itu," katanya.

Read more...

Wednesday, June 16, 2010

November Ini Akan Diketahui Perubahan BN Bagi Menghadapi PRU-13

Barisan Nasional (BN) akan mengadakan konvensyen BN pada November ini selepas Perhimpunan Agung Umno bagi membentangkan perubahan dan pembaharuan dalam gagasan itu, kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

"Untuk ini jawatankuasa percambahan fikiran di bawah Timbalan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dan pihak-pihak tertentu serta wakil parti masing-masing akan dibentuk bagi membolehkan cetusan idea baru supaya memberi input bagaimana boleh memberi pembaharuan kepada BN dalam semua aspek," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan menyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam semalam, beliau berkata konvensyen itu juga akan menggambarkan BN sebagai sebuah parti untuk terus memimpin negara dan tidak bersandar kepada kejayaan pada masa lalu semata-mata.

Pada mesyuarat malam itu juga, Najib berkata BN juga mengambil iktibar daripada pengalaman yang dilalui oleh gagasan itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

BN berjaya merampas kerusi Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi gagal mempertahankan kubu kuatnya di Sibu."BN berazam untuk melakukan penambahbaikan supaya ia akan dapat menambahkan kekuatan BN pada masa akan datang," katanya.

Najib berkata semua komponen BN juga bersetuju untuk mengadakan program dan penjelasan bersama supaya isu-isu tidak akan dikaitkan dengan satu parti komponen sahaja tetapi melibatkan semua parti berdasarkan semangat BN yang memperjuangkan nasib semua kaum.

Read more...

Tuesday, June 15, 2010

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Muslihat Sebenar Dr Pornthip Tidak Hadir Terbongkar

Mahkamah Koroner yang mendengar inkues Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand enggan hadir memberi keterangan di mahkamah kerana tidak mampu mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa setiausaha politik itu dibunuh.

Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa berkata alasan yang diberikan oleh Dr Pornthip bahawa beliau juga bimbang akan keselamatannya di negara ini adalah tidak berasas sama sekali kerana tiada sebarang bukti atau laporan polis dikemukakan bagi menyokong perkara itu.

Abdul Razak berkata permohonan kerajaan negeri Selangor untuk membenarkan Dr Pornthip memberikan keterangan melalui telepersidangan video juga tidak wajar dibenarkan kerana ia bukan sahaja memberi impak kepada ketidakadilan malah melibatkan kos yang banyak.

"Jika Dr Pornthip memberi keterangan di Thailand dan jika dia tidak bercakap benar apa tindakan yang boleh kita buat. Kita tidak dapat berbuat apa-apa jika dia enggan menjawab soalan dan dia mungkin akan diajar oleh orang lain untuk menjawab soalan.

"SPRM kini menjadi pihak yang ditohmahkan selepas Dr Pornthip memberi keterangan setelah beliau menyatakan 80 peratus kemungkinan Teoh mungkin dibunuh dan jika Dr Pornthip tidak hadir, ketidakadilan akan berterusan," katanya.

Read more...

Mufliskan Semua Peminjam PTPTN Yang Enggan Bayar Pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman menegaskan, pihaknya telah menghantar notis amaran tetapi sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit.

''PTPTN sedia berunding mengenai pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

''Kita belum berhasrat untuk mengambil tindakan yang keras terhadap peminjam terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Waran Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN berjumlah RM270,000 kepada 180 pelajar dalam Parlimen Lipis yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat diploma di sini hari ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dan Penghulu Mukim Penjom, Azhar Bakar.

Mohamad Shahrom yang juga Ahli Parlimen Lipis menasihati peminjam yang liat itu tampil berbincang dengan PTPTN mengenai pembayaran hutang tertunggak tersebut.

Sehingga 30 April lalu, jelas beliau, bayaran balik terkumpul yang diperoleh PTPTN ialah sebanyak RM1.7 bilion atau 47 peratus berbanding jumlah sepatutnya dikutip iaitu sebanyak RM3.6 bilion.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya mengeluarkan WPP bernilai RM71 juta kepada 47,366 pelajar baru yang akan mula mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara mulai minggu depan.

Jumlah itu, jelas beliau, merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan bernilai RM32.6 bilion yang disediakan untuk sesi pengajian semester ini.

Beliau berkata, setiap peminjam menerima wang pendahuluan bernilai RM1,500 dan boleh menukarkan waran berkenaan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini.

''Wang pendahuluan ini boleh membantu penuntut membuat persiapan membeli peralatan belajar, yuran pendaftaran dan keperluan lain ketika menjejak kaki ke IPTA nanti," katanya.

Menurut Mohamad Shahrom, kerajaan mempunyai mekanisme terbaik menerusi PTPTN untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 bagi membiayai pengajian di IPTA.

''Pihak tertentu tidak wajar menimbulkan pelbagai isu mengenai pinjaman PTPTN kerana kerajaan sentiasa terbuka untuk membaiki setiap kelemahan pengurusan agar membolehkan anak-anak kita melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

''Lagi pun kerajaan tidak memilih bulu dan fahaman politik untuk memberi pinjaman pengajian di IPTA asalkan pelajar memenuhi syarat berasaskan latar belakang ekonomi keluarga," katanya.

Beliau juga mengingatkan pelajar menghargai dan berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan untuk membantu mereka menyambung pengajian ke IPTA.

''Gunakanlah wang ini untuk menyediakan keperluan memasuki pengajian nanti. Jangan boros berbelanja seperti membeli telefon bimbit dan motosikal. Hargailah dengan ikhlas setiap pertolongan kerajaan dan PTPTN.

''Kita rasa bertuah kerana generasi masa kini berpeluang menerima bantuan kerajaan berbanding pada masa dahulu," katanya.

Read more...

Thursday, June 10, 2010

Lima Teras Strategik Untuk Jayakan RMK-10, Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing.

Ketika membentangkan RMK-10 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos rendah untuk berdaya saing memandangkan arus globalisasi dan liberalisasi mewujudkan persaingan sengit dengan negara seperti China, India, Brazil, Rusia malah negara jiran.

Teras pertama, kata Najib ialah menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Kedua ialah dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi; manakala teras ketiga dengan menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Teras keempat dan kelima ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

RMK-10 bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial", memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.

Dalam pembentangan yang mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit itu, Najib berkata bagi mentransformasikan negara ke arah mencapai Wawasan 2020, RMK-10 digagaskan daripada 10 idea, antaranya memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Selain itu ialah dengan menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi, memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul serta menjadikan kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata RMK-10 dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan.

Dalam rancangan itu, beliau berkata Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasar untuk meningkat kepada RM38,850 atau US$12,140 pada tahun 2015.

"Ini memerlukan KDNK sebenar berkembang pada kadar enam peratus setahun. Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan," katanya.

Najib berkata dalam RMK-10, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran serta keupayaan inovasi yang lebih mantap.

Dalam pada itu, katanya peruntukan RMK-10 bagi infrastruktur bukan fizikal telah meningkat kepada 40 peratus berbanding 21.8 peratus dalam RMK-9.

"Tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka ke arah memupuk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan usaha menggalakkan sektor swasta untuk turut serta melabur dalam infrastruktur fizikal dan juga menyediakan perkhidmatan seperti latihan kemahiran.

"Menyokong hasrat ini, kerajaan akan menyumber pelaksanaan perolehan perkhidmatan kepada sektor swasta. Maksudnya sektor swasta akan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran pada kos yang kompetitif," katanya.

Perdana Menteri berkata RMK-10 juga akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan Bumiputera merupakan bilangan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan itu.

Katanya sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan penyelewengan pasaran dan penyelewengan.

"Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.

"Di atas segalanya, saya memberi jaminan dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing," katanya.

Selaras dengan pendekatan utama yang diberi kepada NKEA "Greater Kuala Lumpur", beliau berkata kerajaan akan memperkemas lagi juraian dan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega "Mass Rapid Transit" berkapasiti tinggi.

Beliau percaya projek itu merupakan satu lagi ikon kepada ibu negara Malaysia dan akan memberi impak yang meluas dan meliputi rangkaian perniagaan berkaitan.

"Apabila siap kelak, sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150km yang membolehkan dua juta perjalanan sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini," katanya.

Perdana Menteri berkata agenda pembangunan Bumiputera akan terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dengan pengagihan dalam rancangan tersebut.

Najib berkata mulai RMK-10, pelaksanaan program dan projek secara pelan berpusingan akan diperkenalkan.

Melalui pendekatan itu, beliau berkata peruntukan program dan projek pembangunan akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012.

Beliau berkata pendekatan itu membolehkan komitmen dibuat berdasarkan keupayaan kewangan semasa kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan perubahan persekitaran ekonomi domestik atau global.

"Senarai terperinci program dan projek bagi pelan pusingan pertama ini akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010. Bagi melaksanakan program pembangunan RMK-10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

"Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus kepada sektor pentadbiran am," katanya.

Dengan merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, Perdana Menteri berkata rakyat negara ini bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

"Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

"Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

"Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan," katanya.

Read more...

Wednesday, June 9, 2010

Akhirnya Ketua Setiusaha Kerajaan Akui Peraturan Dan Birokrasi Pembantut Ekonomi Negara

Peraturan dan kerenah birokrasi yang melambatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlu dibuang dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam kedudukan lima teratas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Malaysia mampu mencapai kedudukan itu sekiranya penjawat awam mampu mengubah pemikiran dengan menanam sikap mudah dalam apa jua perkhidmatan yang dilaksanakan.

"Kedudukan daya saing Malaysia dari tangga ke-18 pada tahun lalu telah meningkat kepada tangga ke-10 tahun ini, satu peningkatan yang cepat dan mendadak. Perdana Menteri juga telah meminta supaya berusaha untuk capai kedudukan lima teratas, bersaing dengan negara maju lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura.

"Kita punyai sumber yang banyak, apa yang membezakan kita dari negara maju lain adalah pemikiran...untuk melaksanakan apa jua perkhidmatan dengan cemerlang, kaedahnya adalah mudah dan memudahkan," katanya.

Selain itu katanya pemikiran kreatif dan inovatif juga perlu ada dalam proses penambahbaikan sistem perkhidmatan kerana dalam konteks perkhidmatan, inovatif ialah membuang yang lama dan yang tidak perlu.

"Saya mengambil contoh UMK...satu kejutan buat saya hari ini apabila melihat bangunannya, tidak gah mahupun tersergam seperti menara gading tetapi hanyalah lot-lot bangunan kedai yang biasa tetapi tetap mampu melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti. Inilah yang patut dicontohi," katanya.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP