Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Nizar: Speaker DUN Selangor Tak Patut Pertikai Hassan Ali

Nizar Jamaluddin dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Selangor suatu peghinaan kepada Pas, kerana mempertikai kewibawaan Persuruhjaya Pas Negeri Dr Hassan Ali.

Nizar berkata, sepatutnya Speaker DUN Tersebut memberi sokongan kepada Hassan Ali bukan membidasnya. Nizar tetap mengulangi sokongan kepada Hassan Ali dan Pas dan mempertahanankan bidasannya terhadap Tony Pua.

Sementera itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".

Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.

Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.

Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.

Read more...

Friday, September 4, 2009

Jika 16 September jadi kenyataan: SPR sibuk adakan PRK

Jika ikut kata Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mendesak agar ADUn Lunas Mohd Radzhi melepaskan jawatan sebagai ADUN Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan. "Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya. "Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Sekiranya 16 September yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim bahawa pada hari itu akan ramai wakil rakyat BN akan ikut serta Pakatan untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Apa yang akan terjadi? Jika sekiranya rancangan Anwar itu betul-betul terjadi, apa kah istilah yang digunakan kepada wakil rakyat yang menyebarang tersebut?

Pernyataan Gobala ini adalah bercanggah dengan pendirian pemimpin Defacto Pakatan tersebut.


Read more...

Monday, August 31, 2009

DUN Seputih Kedah diputuskan Esok: Kosong atau Tidak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil. "Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi. Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008. Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah. "Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif (foto) dari BN digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Read more...

sekiranya 16 September jadi?: Tentunya banyak kawasan terpaksa mengadakan piliahanraya kecil

Jika ikut kata Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mendesak agar ADUn Lunas Mohd Radzhi melepaskan jawatan sebagai ADUN Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan. "Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya. "Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Sekiranya 16 September yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim bahawa pada hari itu akan ramai wakil rakyat BN akan ikut serta Pakatan untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Apa yang akan terjadi? Jika sekiranya rancangan Anwar itu betul-betul terjadi, apa kah istilah yang digunakan kepada wakil rakyat yang menyebarang tersebut?

Pernyataan Gobala ini adalah bercanggah dengan pendirian pemimpin Defacto Pakatan tersebut.


Read more...

Thursday, August 27, 2009

Dr Chua Loi Lek ikut jejak Chua Jui Meng Masuk PKR!!

Dr Chua Loi Lek yang dipecat daripada MCA sedikit masa lagi akan mengumumkan akan ikut jejak Chua Jui Meng masuk PKR.

Dengan kemasukan dr Chua, maka melengkapkan kemampuan PKR mempengaruhi kaum cina agar mengundi Pakatan pada pru-13 atau prk yang akan datang. Pemecatan dr Chua adalah petanda bahawa MCA diambang kehancuran, kerana setelah PRU-12 atau PRK-PRK setelah PRU-12, MCA ternyata tidak mampu lagi mempengaruhi pengundi cina mengundi BN.

Kehancuran MCA akan memperburukan lagi usaha BN untuk memperbaiki imej nya yang dianggap buruk oleh sebahagian pengundi Semenanjung.

Setelah PPP bergolak, kini MCA, apa kah akan diikuti oleh gerakan dan kemudian MIC? sama-sama kita tunggu.

Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Pakatan Rakyat yakin membentuk kerajaan persekutuan

Naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menzahirkan bahawa Pakatan bersiap sedia mengambil kerajaan persekutuan, jika pilihanraya umum diadakan. Bercakap setelah mengetahui bahawa Pakatan berjaya mempertahankan Permatang Pasir di mana calon Pakatan Salleh Man berjaya mengalahkan Rohaizat Othman, yang dikatakan calon bermasalah.

Memontem kemenangan pakatan ini terserlah, apabila 7 PRK di Semenanjung kesemuanya dimenangi oleh Pakatan.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyangkal, bahawa Pakatan adalah pakatan yang rapuh, sebaliknya LGE berkata, bahawa kemenangan calon Pakatan menunjukan imej Malaysia sebenar dibanding imej BN yang berpaksi kepada imej perkauman yang sempit.

Apakah pengakuan kedua-dua pemimpin pakatan ini untuk sementara mempunyai kebenaran? akan tetapi berasaskan kepada fakta keputusan pilihanraya, pengakuan kedua-dua pemimpinan Pakatan ini mempunyai kebenaran.

Apa kah rakyat akan menyokong kebenaran ini? kemungkinan itu ada, kerana berasaskan memontem, sokongan kepada pakatan senantiasa di atas angin di banding Bn.

Mampukan Bn mempertahankan kerajaan persekutuan? atau kah Ds Najib merupakan PM terakhir Bn? sama-sama kita tunggu Pru atau Prk yang akan datang.

Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Usaha BN di Permatang Pasir sia-sia

Kemenagan yang diduga. Nampaknya Bn terlalu sukar mengalahkan Pakatan. Kesemua PRK setelah Pru-12 dimenangi Pakatan, kecuali Batang Ai di Sarawak. Kekalahan Bn pada seluruh PRK menandakan bahawa Bn kehilangan taring. Taring Bn telah rompang, walaupun berbagai asahan telah dibuat, namun usaha tersebut semuanya sia-sia.

Pertanda kah bahawa Bn akan kecundang melalui Pru-13? tinggal 2 tahun lagi, Pru mesti dilaksanakan. Cukup kah masa untuk Bn menarik hati rakyat? atau kah rakyat memang telah membuat keputusan, bahawa kerajaan Bn perlu diganti kalau boleh sepneggal pun telah cukup, seperti dengan kerajaan Kongres di India?

Telah ada pertanda, bahawa teori TRAHMAN, akan wujud di negara ini, di mana huruf N adalah DS Najib? Apa kah TRAHMAN adalah puaka dan menggambarkan pertukaran kerajaan di Malaysia.

Pakatan kali ini adalah Pakatan yang berduit dan kuat, bukan Pakatan sebelum pru-12. Mampukah Bn bersaing? Perubahan apa yang diperlukan oleh Bn? rasanya telah cukup berbagai perubahan telah dilakukan oleh Ds Najib, pun demikian masih tidak cukup menarik hati rakyat.

Nampaknya apapun perubahan yang dilakukan, rakyat yang tidak suka Bn telah membuat keputusan, tidak akan berpaling tadah lagi. Apa yang perlu dilakukan? terpaksalah Bn mengasa otak mula dari sekarang.

Read more...

Friday, August 14, 2009

Sindrom memberi Salah tak beri salah

Keputusan Pru-12 telah mengwujudkan sindrom kepada UBN terutama para pemimpin Umno, memberi salah tak beri salah. Parti komponen BN terutama MCA, MIC dan gerakan,mula lantang kerana melihat keputusan PRU-12, bahawa kekuatan Umno hampir tergugat.

Ekoran suara lantang tersebut, pemimpin Umno agak gelabah, sehingga membuat tindakan-tindakan yang codong kepada kaum cina dan India.

GLC terutama yang ada kaitan dengan pemilikan ekuiti yang ditadbir urus oleh PNB misalnya, buat pertama kali mengkhususkan bahagian untuk kaum india. DEB misalnya tidak diteruskan walaupun, tujuan pengwujudan dasar ini tidak mencapai sasaran.

Meliberalisasi 27 sektor yang ada kaitan dengan kaum bumiputera dan melayu misalnya dilaksanakan, kerana semata-mata untuk menarik hati kaum cina dan india.

Orang cina dan india telah lantang terutama mengenai dasar yang sebelumnya telah disepakti, misalnya soal agama islam dan kedudukan raja-raja melayu.

Persoalan sebenar mengenai perkara ini adalah, kenapa pemimpin melayu terutama yang ada dalam Umno terlalu takut dengan keadaan ini. Bukan kah Umno dan parti-parti bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak masih lagi merupakan tunggak utama. Kalau lah seluruh kawasan-kawasan melayu dan bumiputera digabung, tanpa bantuan kaum cina dan india pun, pemerintahan negara ini tetap dipegang oleh melayu atau bumiputera.

Melihat kedudukan kawasan-kawasan parlimen di seluruh negara, masih terdapat 138 kawasan yang diwakili kaum melayu/bumiputera dalam genggaman umno dan parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pimpinan melayu/bumiputera sekarang kena ingat,jangan terjadi menyusukan kera di hutan sedangkan anak di pangkuan dibiarkan kelaparan. Tumpuhkan perhatian yang tidak berbelah bagi kepada 138 kawasan ini, lupakan kawasan-kawasan bandar, kerana kawasan-kawasan bandar ini disalutkan emas intan berlianpun tidak akan menyokong umno dan parti bumiputera.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Ikut Peti Undi: Pendekatan baru UBN??

Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil AbdulMajid berkata, kali ini UBN akan menggunakan pedekatan baru yakni berdasarkan peti undi yang dimenangi, bagi maksud memajukan kawasan tersebut.
.
Pendekatan ini perlu diambilkira oleh pucuk pimpinan, kerana kedengarannya sangat logik, dibanding pendekatan kuno yang dipraktekkan sekarang. Pendekatan berasaskan peti undi yang dimenangi adalah lebih praktikal, kerana tidak seharusnya menghukum para penggundi yang memilih UBN pada sesuatu PRU atau PRK semata-mata kerana kawasan tersebut UBN kalah.

Saya kagum dengan cadangan ketua Umno ini,kerana dengan cara ini sahaja untuk membalas budi kepada mereka yang memilih UBN.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Benarkah Umno makin Rimas?

Gelagat Umno kini seolah-olah makin rimas. Terlalu banyak kaedah berupa teori diutarakan. Bermula dengan 3 budaya yang konon hendak diamalkan. Ditambah dengan tokok tambah mengenai kenyataan Jeff Ooi Ahli parlimen Jelutong Pulau Pinang. Dalam isu Jeff Ooi ini seolah-olah JIM itu adalah Ngo di bawah Umno, kerana Jeff Ooi menuduh JIM adalah persatuan ekstrimis, sedangkan JIM itu tidak mewakili islam itu sendiri.
.
Sokongan kepada GMI baru-baru ini, ternampak sangat, bahawa semua usaha yang dilaungkan agar rakyat jangan ikut demo GMI, tetapi Kuala Lumpur hampir lumpuh pada 1 Ogos yang lalu. Menteri wilayah persekutuan, memberi estimasi, bahawa kerugian mencecah 200 juta ringgit.
.
Apa kah trend PRU-12 dan PRK-PRK yang lalu dan memontemnya akan berterusan bahawa rakyat inginkan perubahan, yakni menggantikan kerajaan UBN kepada kerajaan Pakatan?. Apa kah semua tindakan UBN melalui DS Najib dengan slogan baru 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan rakyat hargai? Dalam tempoh 2 tahun, apa kah slogan ini memberi kesan yang ketera, sehingga rakyat akan terpesona semula kepada UBN?
.
Slogan tidak akan dapat mengatasi persepsi. Persepsi bahawa kerajaan UBN adalah kerajaan pilih kasih, hanya mengutamakan jaringan dan jalinan masih lagi sangat ketera. Projek-projek yang diumumkan melalui suntikan mengatasi kelembaban ekonomi, hingga kini tidak terasapun tirisan atau titisan kepada akar umbi, terutama kawasan-kawasan marjinal.
.
DS Najib dan TS Muhiyiddin berbuih mulut mereka dalam mengumumkan tindakan-tindakan yang perlu diambil, perlu dijalankan, perlu dilaksanakan, namun para pelakasana begitu lembab, masih berada pada budaya lama, masih terikat dengan karenah-karenah birokarsi yang sekarang di tambah dengan berbagai peraturan untuk menampakan ketelusan. Dengan bertambahnya karenah-karenah birokarsi, pelaksanaan bukan dapat dipercepat, malah jalinan itu semakin panjang dan rumit.
.
Agensi-agnesi di bawah kementerian penerangan dan komunikasi bla-bla, yakni JASA, para pegawainya seperti raja,mereka minta dihormat seperti VVIP, apa tah lagi para pegawai kerajaan yang berstatus pension, dimana mereka tahu, parti mana sahaja yang memerintah, jawatan dan kedudukan mereka tetap terjamin.
.
Ambil contoh sahaja para pegawai yang berada di bawah kementerian pelajaran atau EPU, mereka ini terlalu sukar didekati, apa tah lagi mendekati rakyat jelata? Jika kerajaan sekarang ini jatuh, ini bermakna seluruh sistem yang ada merupakan penyumbang kepada kejatuhan tersebut.
.
Apapun orang politik buat, jika kakitangan kerajaan tidak mengimbanginya, pasti kerajaan itu akan timpang. Berjayakah DS Najib dan TS Muhiyiddin menghidu fenomena ini sebelum meminta perkenaan DYMM Yang Diperatuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi memberi ruang kepada PRU-13? Sama-sama kita tunggu

Read more...

Sunday, August 9, 2009

PM kata: 3 Budaya untuk menjamin kelangsungan kuasa

Semasa berucap di mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pekan yang bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah semalam, DS Najib menggariskan 3 budaya untuk mempertahankan kuasa pemerintah. 3 budaya tersebut adalah: MENDENGAR SUARA RAKYAT, BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT.

DS Najib meningatkan bahawa segala-galanya tidak kekal abadi melainkan anggota parti paham bahwa untuk menentukan kelangsungan kuasa bererti semua lapisan anggota parti mesti berkerja, berkhidmat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Garis panduan DS Najib ini patut dijaidkan pautan oleh semua ahli parti umumnya dan pemimpin parti khasnya. Mula sekarang, setiap ahli parti mesti bertanya pada diri sendiri, apakah 3 perkara yang digariskan telah tertanam dalam asas perjuangan setiap ahli parti? Kalau belum,seharusnya bermulalah, seolah tiada esok bagi mu.

Garis panduan yang diutarakan oleh PM ini, telah kena pada masanya,kerana pada masa ini, sangat terasa, bahawa ahli parti terutama para pemimpin seolah telah kehilangan arah. Suntikan ilmu baru ini diharapkan,ahli parti dan para pemimpin dapat bermuhasabah diri demi matalamat yang telah digariskan oleh presiden parti itu.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP