Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Nizar News: Apapun Orang Kata: Najib Tak Campur Urusan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menerima sebarang panggilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes rasuah yang dijalankan oleh suruhanjaya itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata sejak penubuhannya Januari lepas, SPRM bebas untuk menjalankan fungsinya tanpa ada sebarang campur tangan. "Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami masalah seperti itu sejak penubuhan SPRM.

Setahu saya tidak ada langsung sebarang panggilan untuk menyatakan siasat si polan, ini penting dengan ketiadaan perkara sebegini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab Sektor Perniagaan Dalam Memerangi Rasuah" pada Seminar Pencegahan Rasuah Dalam pengurusan Sektor Korporat anjuran bersama SPRM, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM dan Institut Etika Perniagaan Malaysia (BEIM).

Mengenai seminar, Abu Kassim berkata ia bertujuan menyedarkan sektor swasta tentang kepentingan mengawal rasuah yang melibatkan dua pihak iaitu antara pihak swasta dan kerajaan dan rasuah antara pihak swasta dan swasta.

"Pada masa sama kita juga meminta mereka (sektor swasta) supaya mempunyai dasar yang jelas iaitu dasar tidak akan terlibat dengan mana-mana pihak atau agensi yang cuba mendapatkan rasuah dalam sebarang urusan.

"Jika mereka tidak terlibat dengan rasuah, hampir setengah masalah ini dapat diselesaikan kerana mengikut kajian kita, lebih kurang 50 peratus masalah rasuah yang berlaku dalam negara kita ini bermula dengan mereka yang memberi rasuah," katanya.

Semasa ditanya mengenai persepsi masyarakat yang mengaitkan SPRM sebagai suruhanjaya yang prokerajaan, Abu Kassim berkata berdasarkan kepada fakta dan data ia menunjukkan perkara yang amat berbeza.

Katanya SPRM perlu lebih dekat dengan masyarakat dan memberi penerangan bahawa SPRM membuat siasatan berdasarkan kepada laporan orang awam yang mesti mempunyai asas yang kukuh.

"Siasatan itu bukan beradasarkan kepada kita tidak menyukai seseorang itu, SPRM tidak menentukan siapa yang hendak kita siasat, kita mesti mendapat laporan atau aduan untuk memulakan siasatan tersebut. Jadi bagaimana hendak dikatakan yang kita bias (berat sebelah) dalam siasatan kita," katanya.

Abu Kassim berkata masyarakat perlu memahami jika ada sebarang laporan yang tidak diambil tindakan oleh SPRM, ia perlu dibentangkan kepada panel penilaian operasi yang terdiri daripada mereka yang mewakili masyarakat.

"Jika panel ini merasakan tidak berpuas hati, mereka akan bertanya kenapa ia tidak disiasat...jadi masyarakat perlu faham ini bahawa kita adalah berbeza dengan Badan Pencegah Rasuah...kita punya transparency (ketelusan) yang jauh lebih tinggi," katanya.

Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Nizar: Indeks Rasuah Malaysia Menjunam! Tapi Selangor Dipuji?? Ada Udang Kah??

Walaupun para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) silih berganti membuat siasatan ke atas pemimpin kerajaan Selangor, Transparency International Malaysia(TI-M) memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh. Presiden TI-M, Datuk Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.


Indeks Malaysia menjunam

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Menurut Presiden TIM,Paul Low, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah.

Namun, beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.

“Jika anda mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, anda tidak boleh harap golongan muda kita mengikut apa yang baik kerana mereka hanya mengikut apa yang pemimpin buat.

"Di Malaysia, ia bukan isu mempunyai negara yang demokratik atau pilihan raya. Kita ada tetapi dalam masa yang sama kita dengan banyak tentang lompat parti dan isu berkaitan dengannya, ada yang dibayar. Jadi ia bukan soal demokrasi tetapi soal kehendak politik," katanya.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata, manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat.

Walaubagaimanapun, Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu.

Read more...

Nizar-Abu Kassim: Apapun Orang Kata! Najib Tak Pernah Campur Urusan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menerima sebarang panggilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes rasuah yang dijalankan oleh suruhanjaya itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata sejak penubuhannya Januari lepas, SPRM bebas untuk menjalankan fungsinya tanpa ada sebarang campur tangan. "Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami masalah seperti itu sejak penubuhan SPRM.

Setahu saya tidak ada langsung sebarang panggilan untuk menyatakan siasat si polan, ini penting dengan ketiadaan perkara sebegini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab Sektor Perniagaan Dalam Memerangi Rasuah" pada Seminar Pencegahan Rasuah Dalam pengurusan Sektor Korporat anjuran bersama SPRM, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM dan Institut Etika Perniagaan Malaysia (BEIM).

Mengenai seminar, Abu Kassim berkata ia bertujuan menyedarkan sektor swasta tentang kepentingan mengawal rasuah yang melibatkan dua pihak iaitu antara pihak swasta dan kerajaan dan rasuah antara pihak swasta dan swasta.

"Pada masa sama kita juga meminta mereka (sektor swasta) supaya mempunyai dasar yang jelas iaitu dasar tidak akan terlibat dengan mana-mana pihak atau agensi yang cuba mendapatkan rasuah dalam sebarang urusan.

"Jika mereka tidak terlibat dengan rasuah, hampir setengah masalah ini dapat diselesaikan kerana mengikut kajian kita, lebih kurang 50 peratus masalah rasuah yang berlaku dalam negara kita ini bermula dengan mereka yang memberi rasuah," katanya.

Semasa ditanya mengenai persepsi masyarakat yang mengaitkan SPRM sebagai suruhanjaya yang prokerajaan, Abu Kassim berkata berdasarkan kepada fakta dan data ia menunjukkan perkara yang amat berbeza.

Katanya SPRM perlu lebih dekat dengan masyarakat dan memberi penerangan bahawa SPRM membuat siasatan berdasarkan kepada laporan orang awam yang mesti mempunyai asas yang kukuh.

"Siasatan itu bukan beradasarkan kepada kita tidak menyukai seseorang itu, SPRM tidak menentukan siapa yang hendak kita siasat, kita mesti mendapat laporan atau aduan untuk memulakan siasatan tersebut. Jadi bagaimana hendak dikatakan yang kita bias (berat sebelah) dalam siasatan kita," katanya.

Abu Kassim berkata masyarakat perlu memahami jika ada sebarang laporan yang tidak diambil tindakan oleh SPRM, ia perlu dibentangkan kepada panel penilaian operasi yang terdiri daripada mereka yang mewakili masyarakat.

"Jika panel ini merasakan tidak berpuas hati, mereka akan bertanya kenapa ia tidak disiasat...jadi masyarakat perlu faham ini bahawa kita adalah berbeza dengan Badan Pencegah Rasuah...kita punya transparency (ketelusan) yang jauh lebih tinggi," katanya. BERNAMA

Read more...

Thursday, November 5, 2009

Nizar News: SPRM Mula Mengganas: Seorang Lagi Kelas Bilis Dihadapkan Ke Mahkamah

Bekas setiausaha Umno Wangsa Maju dituduh di Makamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada ketua cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.

Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ramli, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau kini tidak bekerja.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes. BERNAMA

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Nizar News: SPRM Tunjuk Taring Di Selangor

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Wakil rakyat Umno itu, yang juga bekas ADUN Sungai Air Tawar, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000.

kemaskini 12.25pm Bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.

Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.

Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

kemaskini 12.15pm Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.

Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.

Macc dpp appled bail at Rm16000.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syafeera Mohd Said membenarkan ikat jamin RM10,000.

kemaskini 11.50pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.

Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjalan tidak lama lagi selepas mereka menunggu kira-kira tiga jam.

Mohd Yahya dan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dijangka akan dituduh dahulu sebelum tiga yang lain.

Pembantu kepada Ronnie Liu tiba kira-kira jam 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman (foto).

Mohd Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.

NONESuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat.

Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan.

Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.

Kira-kira 100 orang, termasuk ahli-ahli parlimen (MP) Umno, berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Antara MP yang hadir ialah datuk Halimah Mohd Sadique (Tenggara), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Ahmad Hamzah (Jasin), and Hamim Samuri (Ledang) and Salleh Kalbi (Silam).

Halimah berkata, wakil-wakil rakyat BN yang hadir itu mewakili Kelab Penyokong Kerajaan.

Menurutnya, kira-kira 70 penyokong Umno dari Sabak Bernam turut hadir.

Sementara itu Ronnie, yang turut hadir di mahkamah, berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap 20 wakil rakyat Selangor dan turut merampas fail-fail daripada mereka.

"Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir," katanya.

Menurut Ronnie, pembantunya itu akan diwakili empat peguam, yang diketuai oleh Cha Kee Chin, juga ADUN Kepayang, Negeri Sembilan.

Wong disiasat SPRM berhubung peruntukan bagi kawasan DUN Sungai Pelek, yang diselianya.

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Nizar News: Rasuah Pegawai Tinggi Kerajaan: Tamparan Kepada Kerajaan Najib

Seorang bekas ketua setiausaha MOSTI telah didakwa dengan 10 tuduhan rasuah di mahkamah sesyen Shah Aalam Pagi ini (gambar kanan adalah pegawai kerajaan yang terbabit). Abdul Hanan Awang Endut dikatakan menerima rasuah berjumlah 1o juta ringgit.

The Star pula memetik sumber-sumber melaporkan bahawa bekas ketua setiausaha itu didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan satu projek.

Menurut sumber-sumber itu lagi, SPRM telah mula menyiasat kes tersebut sejak awal tahun ini.

Dia juga difahamkan akan didakwa atas sekurang-kurangnya lapan tuduhan di bawah Akta SPRM.

Read more...

Saturday, September 5, 2009

SPRM Jutaan Ringgit siasat hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati mati hanya kerana isu RM2,400. Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta dan hari ini hanya 1 jam. jumlah 3 jam dan masih sihat walafiat.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang tidak sampai 0.01% pun.

Beliau kemudiannya ditemui mati di T-5 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera. "Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini. "Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan. "Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah." Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

Read more...

Monday, August 17, 2009

SPRM kecut berdepan Ronnie Liu

Lakonan pembantu Ronnie Liu, Wong Chuan How semasa ditangkap oleh SPRM, mengakibatkan SPRM kecut. Kerana takut nama SPRM terlalu diberitakan melalui blog atau surat khabar, bahawa SPRM ada alat kerajaan, menjadikan SPRM lebih kecut lagi. Isu kematian Teoh Beng Hock selepas siasatan oleh SPRM, menambahkan lagi kekecutan SPRM.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Shukri Abdul, sehingga berani buka mulut, walaupun caranya ini melanggar kod etika penjawat awam. Seharusnya SPRM tetap menjalankan tugas, selagi tugas itu betul menurut ruang lingkup SPRM. Jangan kerana lakonan orang-orang politik, sehingga SPRM merasa kecut.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Lagi kes berprofil tinggi bebas rasuah

Tan Sri Kastah Gadam Bersalaman dengan Tun Dr Mahathir

Tan Sri Kasitah Gadam (61) mantan menteri persekutuan dibebaskan daripada tujuan rasuah. Pada 12/2/2004 ditangkap oleh BPR semasa lagi menjawat jawatan menteri, kerana dituduh rasuah menyalah gunakan kedudukannya sebagai pengerusi Sabah Land and Development Board yang membabitkan 16.8 juta saham.


Sebelum ini, mahkamah Kota Kinabalu telah membebaskan Datuk Ramli Yusof, mantan ketua pengarah komersil bukit aman, kerana tuduhan salah guna kuasa.

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

SPRM Selangor gagal masuk pejabat Rodziah Ismail

SPRM yang tiba jam 2.45 petang di tingkat 2 Pejabat SUK Selangor, gagal masuk ke dalam pejabat YB Rodziah Ismail exco kerajaan Selangor tersebut, dan terpaksa beredar pada pukul 3.30 petang.
YB Rodziah dikatakan telah menyalah gunakan kuasa peruntukan kerajaan yang berjumlah melebihi 300 ribu ringgit.
Dokumen apa yang disembunyikan oleh YB PKR ini, sehinggakan biliknya pun tidak dapat ditembusi oleh SPRM atau kah ada sesuatu yang tak kena?

Read more...

Monday, August 3, 2009

Adun Terengganu ditangkap SPRM: Hati-hati Teoh Beng Hock Ke-dua

Seorang Adun BN Terengganu ditangkap SPRM kerana di dakwa meminta komisyen 10% projek berharga 1.5 juta ringgit. Hai komisyen pun kena tangkap! Hebat, sekarang para kontraktor akan kenyang sendiri, kerana pelobi tak dapat bahagian lagi. Saksi utama dalam perkara ini adalah si pemilik projek itu, kerana mahu kenyang sendiri, maka janji kepada pelobi dijadikan senjata untuk tidak memberi komisyen. Malang sungguh nasib ADUN ini, jasa sebagai pelobi menjadi senjata makan tuan.

Berlainan dengan kes Teoh Beng Hock, mendiang Beng Hock bukan pelobi, tetapi saksi kepada penipuan,kerana itu mendiang ini dibunuh untuk menghapus jejak. Apa kah ada Beng Hock kedua, dalam kes adun Terengganu? rasanya tiada,kerana melayu tidak sampai hati mengambil nyawa orang.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP