Showing posts with label bajet 2010. Show all posts
Showing posts with label bajet 2010. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Nizar News: Najib Buat Kejutan Lagi: Kementerian Diberi Had Masa

PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, pada Jumaat mengagihkan tugas, tanggungjawab dan had masa kepada pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan strategi dan langkah yang diumumkan dalam Bajet 2010 dilaksanakan mengikut jadual.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berbuat demikian pada mesyuarat dengan para menteri Kabinet dan ketua jabatan dan agensi kerajaan di Kementerian Kewangan petang Jumaat.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata langkah itu bagi memastikan semua langkah yang akan dilaksanakan akan memberi manfaat kepada rakyat.

"Pemantauan susulan akan dilakukan untuk memastikan objektif dan had masa yang disasarkan dicapai. Unit Pengurusan Projek di bawah Kementerian Kewangan akan memantau pelaksanaan langkah-langkah dalam Bajet 2010 untuk memastikan pelaksanaan yang cepat dan efektif," menurut kenyataan itu.

Katanya Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri dengan cawangannya di setiap negeri dan di peringkat divisyen dan daerah di negeri-negeri lebih besar, akan bertindak sebagai penyelesai masalah di lapangan bagi projek fizikal.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Teknikal sedia ada bagi Pakej Rangsangan Ekonomi di Kementerian Kewangan, yang bermesyuarat setiap minggu akan menyelia pemantauan menyeluruh dan menangani isu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Bajet 2010.

"Perdana Menteri memberikan taklimat kepada semua menteri, Ketua Setiausaha, ketua-ketua jabatan dan agensi serta pemegang amanah lain mengenai apa yang perlu dilakukan.

"Mereka diingatkan bahawa kebajikan rakyat adalah paling utama dan menekankan bahawa setiap usaha perlu dilakukan bagi memastikan objektif Bajet 2010 direalisasikan sepenuhnya."

Najib membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada 23 Okt lepas bertema "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" yang dirumus untuk dijadikan asas bagi melonjakkan negara menjadi sebuah ekonomi pendapatan tinggi.

Read more...

Monday, October 26, 2009

Nizar: Bajet 2010 Bukan Untuk Rakyat Biasa: FOMCA Melihatnya

Bajet 2010 bertemakan 'Satu Malaysia, Kemakmuran Bersama' yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat tidak banyak memberi kesan dan manfaat, khususnya kepada rakyat bawahan.Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah, berkata biarpun bajet kali ini melihatkan banyak galakan dan pelepasan tertentu bagi mencergaskan ekonomi, ia tidak menampakkan sebarang pemberian yang nyata dan jelas kepada orang perseorangan
Selain merujuk kepada laporan audit yang mencatatkan banyak penyelewengan, Sha'rani berkata sekiranya dana kerajaan tidak diuruskan dengan berkesan, maka soal ketirisan yang berlaku sebelum ini akan berulang.

Beliau turut menyelar kerajaan yang kurang menumpukan hal-hal berkaitan rakyat secara terus, tetapi lebih kepada hal-hal yang bersifat lebih besar.

"Saya lihat soal jaringan keselamatan sosial ini terlalu disempitkan ruang lingkupnya, sedangkan kos perjalanan juga adalah satu sara hidup, tapi dilihat sebagai satu aspek asing. Kalau boleh kurangkan tambang bas atau rel harian, pengguna boleh jimat belanja harian dan guna penjimatan itu untuk keperluan lain seperti menghadapi kenaikan harga barang," tegas beliau.

Menyentuh soal subsidi yang turut dimuatkan dalam bajet kali ini, Sha'ani berkata Fomca sememangnya bersetuju dengan poemberian tersebut, tetapi ia perlu dibahagikan secara adil.

"Saya melihat orang yang guna banyak akan dapat manfaat bersama, khususnya untuk orang yang mencuri yang menggunakan bahan tersebut untuk perdagangan. Mereka juga dapat subsidi. Jadi, ia akan menjadi satu ketirisan dari dana kerajaan yang tidak mencapai saranan kerajaan untuk membantu golongan yang disasarkan kerajaan," tegas beliau, sebagaimana dipetik dari sebuah wawancara yang disiarkan secara langsung.

Read more...

Saturday, October 24, 2009

Nizar-Anwar-Ustaz Nasha: Bajet 2010 Tiada Pembelaan untuk ATM, Tambah Bebanan Baru dan Ulangan Bajet 2009

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.

Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.

"Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku," katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.

Anwar juga berkata, bajet tersebut juga memperkenalkan bebanan baru kepada rakyat melalui caj penggunaan kad kredit sebanyak RM50.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyifatkan isu pembangunan industri halal "sekadar pengulangan tanpa pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam belanjawan terdahulu".

"Secara realitinya Malaysia masih lagi ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan Thailand dan China yang bukan beragama Islam.

"Perkara ini tidak dipindahkan dalam bentuk tindakan walaupun sudah lama kita dengar," katanya.

Beliau menyambut baik manfaat-manfaat yang diberikan kepada rakyat melalui bajet tersebut, misalnya pengurangan cukai individu.

Read more...

Friday, October 23, 2009

Najib: Bajet 2010: Cabaran Negara Adalah Negara Serantau

Najib mengatakan bahawa cabaran perekonomian negara pada masa kini adalah daripada negara serantau. FDI atau Pelaburan langsung asing yang mengalir ke negara ini sebelumnya, tidak lagi selancar dahulu, kerana negara serantau telah mencipta keadaan mesra perniagaan yang lebih kondusif.

Dalam perkembangan lain, Najib juga mengatakan bahawa 9 bulan pertama tahun ini jumlah export negara telah menurun 24% dibanding peningkatan pada masa yang sama tahun 2008.

Demi mengatasi fenomena ini, kerajaan mengwujudkan berbagai inovasi yang meliputi perkhidmtan awam dan swasta.

Najib juga menegaskan bahawa saingan kuat dari negara serantau, kerana itu kerajaan tidak boleh berdiam diri. Kerajaan melalui khazanah akan melonggarkan berbagai syarat untuk menarik FDI.

Ucapan bajet 2010 masih sedang berjalan

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP