Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Nizar:Lajim Ukin Kata Cadangan Menteri Kanan untuk Tun Mahathir Tepat

Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi RISDA Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma RISDA, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara dunia ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/, yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular.

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Nizar News: Tun Mahathir Dicadang Jadi Menteri Kanan

Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada Selasa mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pengalaman luas Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan ekonomi negara ini kukuh perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membantu Malaysia agar terus maju di samping untuk memajukan negara-negara Islam lain.

"Tanpa jawatan ini pun Tun Mahathir sentiasa dijemput oleh negara-negara tertentu seperti Jepun, Mesir dan sebagainya untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalammanya dari semasa ke semasa. "Jadi ada eloknya sedikit status ditimbangkan untuk Tun (Mahathir) bagi membolehkan beliau melawat negara-negara tersebut dan memberikan idea-ideanya tentang bagaimana untuk mempercekapkan sistem pembangunan sesebuah negara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan buku Amanat Perdana Menteri kepada 113 pegawai kanan Risda, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Beliau berkata sumbangan idea Dr Mahathir ini juga sebenarnya amat diharapkan oleh negara dunia ketiga dan negara Islam dan ia juga dapat meningkatkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Dalam pada itu Abdul Rahim berkata pengagihan buku Amanat Perdana Menteri yang menjilidkan ucapan-ucapan dasar Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia merupakan inisiatif Risda bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan pegawai sekaligus dapat menangkis sikap perkauman yang semakin menular dewasa ini.

"Semangat patriotik sangat penting kerana keadaan masyarakat majmuk sekarang ini, kita perlu satu penghayatan patriotisme nasional dan ia benteng kepada usaha kita untuk menolak sikap perkauman yang sempit. Oleh itu kita kemukakan usaha ini untuk tingkatkan semangat itu kepada pemimpin-pemimpin supaya tidak menerima perjuangan perkauman yang sempit itu," katanya.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada Risda akan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah yang terjejas ekoran musim tengkujuh ini, beliau berkata Risda melalui pegawainya di setiap negeri akan menimbang untuk memberi bantuan terutama di kawasan yang dilanda banjir seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan melalui peruntukan khas bencana alam Risda. BERNAMA

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP