Sunday, February 28, 2010

Boleh Bayar Kah Wan Azizah RM 100 Juta Kalau Zambry Menang

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Read more...

Friday, February 26, 2010

Stimuli Ekonomi RM 67 Billion, hanya Mampu Memberi 4.5% Kadar Pertumbuhan Negara

Ada yang kata untuk sementara Rakyat Malaysia boleh lah menarik nafas lega dengan ekonomi negara berkembang 4.5 peratus pada suku terakhir tahun lepas selepas mengalami penguncupan selama tiga suku tahunan sebelumnya.

Pertumbuhan sebesar 4.5% ini adalah hasil daripada stimuli ekonomi negara yang berjumlah RM67 billion di mana 113,000 projek telah dan sedang dilaksanakan telahpun membuahkan hasil. Jumlah perbelanjaan negara yang begini besar memberikan pertumbuhan positif di semua sektor ekonomi,kecuali perlombongan.

Tanda-tanda perkembangan positif ini terlihat pada sektor pembinaan, di mana sektor ini berkembang 9.2% dibanding 7.9% tahun sebelumnya.

Pasaran saham menyaksikan peningkatan minat dengan pertambahan jumlah dagangan dan indeks berlegar pada paras 1,270 mata.

Angka yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan eksport kembali meningkat selain syarikat asing meninjau penyenaraian di bursa saham.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan yang melancarkan dua pakej yang agak pantas sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan buruk ekonomi global yang terjejas daripada masalah kredit Amerika Syarikat.

Secara puratanya, kerajaan menyuntik kira-kira RM1 bilion sebulan ke pasaran sejak Januari 2009.

Faktor-faktor lain ialah peningkatan sentimen dan keyakinan ekonomi.

Awal bulan ini, kilang peleburan aluminium usaha sama Malaysia-China di Sarawak diwujudkan melibatkan pelaburan sebanyak AS$1 bilion, yang jelas mencerminkan keyakinan kuasa besar ekonomi Asia itu sehingga melabur sejumlah yang besar di Malaysia.

Dana portfolio institusi Arab Saudi juga menjalin pakatan dengan pihak di Malaysia untuk melabur dalam ekonomi negara dan negara ketiga, yang memberi petunjuk positif kepada persekitaran pelaburan di Malaysia.

Adalah diharapkan, ini akan menandakan petunjuk seterusnya dalam landasan negara ke arah pemulihan ekonomi yang pantas dan mampan.

Pakej rangsangan negara merangkumi pelbagai ekonomi dan kumpulan sasaran, termasuk pekerja, pengguna, pelabur, perniagaan kecil dan sederhana, pengeksport serta graduan menganggur.

Pendekatan kerajaan itu juga dibentuk untuk mmberi faedah kepada penduduk luar bandar, yang sekali lagi membuktikan bahawa selain menumpukan kepada usaha mengembangkan ekonomi, kerajaan juga tidak melupakan kebajikan rakyat.

Ini kerana, rakyat merupakan sumber bernilai dalam usaha negara untuk keluar daripada kemelesetan dan bergerak ke hadapan tanpa berdepan dengan terlalu banyak masalah.

Bagi tahun ini, pertumbuhan diunjur lebih daripada lima peratus, lebih tinggi berbanding empat peratus yang diunjurkan sebelum ini, ini hasil langkah proaktif yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lawatan Perdana Menteri ke ekonomi utama seperti China, India dan Timur Tengah bagi menarik pelaburan yang amat diperlukan mula menunjukkan hasil setelah pelabur dari negara-negara ini kini memasuki ekonomi tempatan.

Bagaimanapun, setakat mana pemulihan Malaysia juga bergantung kepada keadaan ekonomi serantau dan dunia memandangkan ekonomi luar akan menentukan permintaan bagi eksport negara dan tambahan pula Malaysia merupakan negara yang berorientasikan eksport.

Namun begitu, negara dalam kedudukan yang baik untuk mencapai pertumbuhan purata enam peratus setahun dan mencapai status negara maju menjelang 2020.

Tetapi kini, cabaran sebenar bermula iaitu untuk mengekal dan merangsang pertumbuhan.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang dinanti-nantikan dijangka memberi jawapan kepada pendekatan berani yang akan membolehkan Malaysia melonjak menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual melancarkan MEB pada akhir Mac ini.

Adalah diharapkan, ia mempunyai penyelesaian kepada isu yang tiada pengakhirannya, iaitu subsidi dan bagaimana rancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet, yang dijangka susut kepada 5.6 peratus tahun ini daripada 7.4 peratus tahun lepas.

Model ekonomi itu akan mengandungi idea untuk meningkatkan standard ekonomi negara dan membawa Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara pendapatan tinggi.

Satu teras model berkenaan ialah bagaimana meningkatkan produktiviti pekerja dengan usaha mereka melalui inovasi dan kreativiti.

Tetapi selain daripada rangka tindakan ialah kepantasan pelaksanaan MEB yang akan memastikan ekonomi negara bukan hanya kekal pada landasan pertumbuhan tetapi juga dapat mengharungi sebarang badai yang mendatang.

Kebingkasan ekonomi domestik serta sektor kewangan dan korporat yang sihat ditambah dengan MEB akan memastikan Malaysia bersedia untuk meraih peluang apabila ekonomi dunia kembali pulih.

Read more...

Anwar Gagal Lagi

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal segala usaha untuk mengakses semua dokumen penting pendakwaan dan spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) milik Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakannya.

Dengan keputusan itu, Ketua Pembangkang tersebut tidak berhak dibekalkan dokumen-dokumen dan spesimen yang pernah dipohonnya bagi menyediakan pembelaan sebelum perbicaraan bermula.

Anwar menggunakan permohonan semakan melalui Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 sebagai jalan terakhir bagi mendapatkan semua dokumen penting dan spesimen DNA Mohd. Saiful Bukhari, 25, setelah segala percubaan di peringkat rayuan gagal.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonannya setelah berpuas hati bahawa Kaedah 137 tidak memperuntukkan bidang kuasa kepada mahkamah itu menyemak keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan, walaupun diandaikan mahkamah mempunyai bidang kuasa yang cukup terhad untuk menyemaknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu gagal memenuhi kehendak yang diperlukan bagi membolehkan panel tersebut berbuat demikian.

Ketika menggariskan alasan ringkasnya, Hakim Zulkefli menjelaskan, isu yang dibangkitkan oleh Anwar sudah dipertimbangkan oleh panel terdahulu dengan teliti dan dimuktamadkan berlandaskan undang-undang.

Menurut beliau, walaupun sekiranya panel hari ini tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah terdahulu, ia tidak memberi mereka alasan bagi menyemaknya.

Ujarnya, ini kerana tindakan menyemak semula kes yang telah didengar dan diputuskan bukan salah satu keadaan seperti yang dinyatakan oleh Kaedah 137.

‘‘Perkara-perkara yang dinyatakan ini bukan satu keadaan yang sesuai bagi membolehkan mahkamah menyemak keputusan panel terdahulu. Ia mesti ada titik penyudah,’’ ujar Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakiman lisannya.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Datuk Heliliah Mohd. Yusof menyatakan, panel itu akan menyediakan penghakiman penuh keputusan tersebut.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Penasihat PKR itu setelah berpuas hati bahawa beliau tidak layak dibekalkan semua dokumen yang dipohon kerana perbicaraan belum bermula.

Terdahulu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhujah, sebarang percubaan untuk menyemak keputusan yang telah dimuktamadkan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau menyatakan, rayuan kedua terhadap merit yang telah diputuskan tidak perlu diberi perhatian kerana Kaedah 137 tidak memungkinkan satu keputusan baru dikeluarkan.

Mohd. Yusof berhujah, Anwar gagal membuktikan keadaan-keadaan berlakunya ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah bagi membolehkan panel itu menyemak keputusan terdahulu.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar berhujah, permohonan itu perlu dibenarkan kerana isu yang dibangkitkan telah melangkaui keadaan-keadaan yang membolehkan mahkamah menggunakan kuasa menyemak di bawah Kaedah 137.

Karpal menyatakan, keadaan itu antaranya berlaku ketidakadilan apabila anak guamnya dinafikan hak untuk mengakses dokumen-dokumen penting termasuk senarai saksi yang hingga kini masih belum diperoleh.

Read more...

Thursday, February 25, 2010

Sahabat Lama Anwar Nallakaruppan anggap Wan Azizah 'pelakon' hebat

Semalam bekas sahabat lama Anwar Ibrahim Datuk S. Nallakarupan mencadangkan agar - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat.

Nallakaruppan yang secara sinis mencadangkan pengurniaan itu, bersedia mengemukakannya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

Beliau yang juga bekas rakan karib Anwar berkata, anugerah itu kelak akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood.

"Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia semalam yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Dakwa beliau, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya.

Malah dakwa beliau lagi, Presiden PKR itu juga berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya.

"Wan Azizah kena tahu bahawa bukan semua isteri seperti beliau yang boleh menerima keadaan sedemikian. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.

"Mereka juga tidak akan berpura-pura hanya sebab kepentingan kerjaya suami mereka. Hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup buat semua ini," katanya.

Nallakaruppan percaya kesanggupan Wan Azizah itu berpunca daripada keyakinannya untuk mencapai cita-citanya satu hari kelak.

"Saya kasihan dengan mereka yang masih percaya dengan lakonan dan sandiwara Wan Azizah," katanya.

Mengenai perbicaraan Anwar, Nallakarupan berkata, bekas sahabat karibnya itu sepatutnya menjadi seorang lelaki budiman dengan berhadapan segala pertuduhan yang dikemukakan.

''Mangsa membuat laporan dan pendakwaan kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, dia bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya,'' ujarnya.

Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Fatwa Baru Nik Aziz: Kes Liwat dan Zina Tidak Boleh Dibicarakan Di Mahkamah

Semalam Nik Azizi dipetik sebagai berkata bahawa perbuatan yang mengaibkan orang seperti kes zina dan liwat tidak boleh dibicarakan di mahkamah. Laporan penuh fatwa Nik Aziz itu disini

Dalam perkembangan yang sama Nik Aziz juga mengulas surat desakan 50 ahli parlimen Australia yang diketuai oleh Micheal Dandby pejuang hak Gay/lesbian dan yahudi Australia. Bagi Nik Aziz surat tersebut bukan bentuk campur tangan tetapi sokongan kepada Anwar.

Nik Aziz juga mengulangi sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Nik Aziz seperti dalam petikan tersebut tetap berpendirian bahawa liwat Anwar sepatutnya jangan di bawa ke mahkamah kerana tiada bukti.

Nik Aziz juga menafikan hak Saiful yang mendakwa diliwat, kerana itu semua direka-reka oleh Saiful dengan bantuan pihak-pihak tertentu.

Berasaskan ayat-ayat Nik aziz ini, menteri besar Kelantan itu cuba menafikan proses mahkamah, siasatan polis, siasatan pihak berkuasa seperti jabatan kimia dan forensik serta para doktor perubatan yang telah menjalankan pemeriksaan kepada Saiful (mangsa).

Pernyataan Nik Aziz ini bersifat politik, bukan bersifat menegakkan mana yang benar. Nik Aziz menafikan semua hak termasuk hak Saiful yang menuntut keadilan bagi dirinya demi tujuan politik yang sempit.

Nik Aziz sanggup menutup mata, telinga atas semua bukti-bukti yang dipersembahkan ke dalam mahkamah demi meneggakkan Anwar Ibrahim.

Sepatutnya Nik Aziz apatah lagi berjawatan eksekutif yakni sebagi menteri besar perlu mengambil pendirian biarlah mahkamh menentukan segala-galanya dalam kes ini. Ini tidak, Nik Aziz berpendirian bahawa apapun yang dipersembahkan ke dalam mahkamh tersebut adalah bukan bukti, tetapi hanya sandiwara pihak pendakwaan demi mengaitkan Anwar Ibarahim agar supaya dapat mengekang mantan TPM itu menjadi perdana menteri Malaysia.

Sokongan Nik Aziz kepada 50 ahli parlimen Australia yang terang-terang meminta kerajaan Malaysia menguggurkan tuduhan liwat II kepada Anwar, menurut Niz Aziz bukan campur tangan, tetapi sokongan. Satu lagi pemutarbelitan fakta dan pengertian. Rupa Nik Aziz sanggup berbuat apa sahaja, apakah perbuatan itu merendah-rendah sistem kenegaraan, itu semua tidak penting, yang penting hanyalah menyokong Anwar Ibrahim.

Fatwa baru Nik Aziz bahawa kes liwat dan zina tidak boleh dibicarakan dimahkamah merupakan perbuatan menghalalkan cara, cara pembangkang. Bagi pembangkang, apapun yang boleh membantu mereka semuanya boleh, termasuk berkerjasama dengan syaitan pun.

Read more...

Monday, February 22, 2010

Bayangkan 300,000 Jadi Anak Yatim Kerana Kemalangan Jalanraya

Saban tahun setiap ada hari perayaan pasti ada operasi sikap. Setiap hujung jalan pasti ada operasi polis. Saban hari pula tu. Namun operasi ini tidak pun mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kemalangan bukan kerana faktor jalan raya, kemlangan bukan kerana tiada operasi polis atau JPJ. Kemalangan kerana akibat sikap pengguna jalan raya. Sikap ego, sikap pemarah, sikap yang tidak bertimbang rasa ada lah punca sebenar kemalangan jalan raya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) Tengku Mahmud Mansor dipetik sebagai berkata bahawa kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara ini merupakan antara penyebab utama kira-kira 300,000 kanak-kanak menjadi anak yatim.

Berbaloi kah sikap kita di jalan raya?? sehingga angka yang begini besar disebabkan sikap kita??

Read more...

Sunday, February 21, 2010

Berbaloi Kah? Sidang Khas Dewan Rakyat Membincangkan CIFUT???

Lim Kit Siang mendesak agar dewan rakyat yang dianggotai 137 BN- 2 Bebas- 79 DAP-PKR-PAS mengadakan sidang khas kerana membincangkan CIFUT?

CIFUT bukan perkara mendesak yang perlu melibatkan dewan rakyat. CIFUT hanya antara 2 warga negara, yakni Saiful dan Anwar. Wajar kah wakil rakyat membicangkanya?

Memanggil sidang dewan hanya membicangkan CIFUT, apa manafaatnya kepada rakyat secara keseluruhan? jawabannya NIHIL!!!.

Speaker Dewan Rakyat tidak akan terpengaruh dengan desakan Lim Kit Siang, atau desakan daripada wakil rakyat lain,kerana CIFUT tidak membawa apa-apa keuntungan atau kesan postif kepada rakyat.

Dewan rakyat adalah untuk membicangkan kepentingan rakyat secara umum dan keseluruhan, kepentingan negara secara keseluruhan. Dewan rakyat bukan diperuntukan untuk membicangkan salah laku individu kesan daripada perbuatannya sendiri.

Apa manafaat kepada rakyat, mendengar kesoronokan seseorang seperti sodomy II yang mengakibatkan perkataan CIFUT dan Mokhtar terbongkar? Fikir-fikr lah sendiri

Read more...

Thursday, February 18, 2010

Cabaran Kepada 1Malaysia!

Adakah umur 1Malaysia sama dengan umur Islam Hadhari iaitu tidak panjang. Tidak seperti Bersih, Cekap, Amanah, Tradisi Membela Rakyat, Kepimpinan Melalaui Teladan, Dasar Pandang Ke Timur dan lain-lain. Sudah ada orang yang mula memperkatakan hal ini.

Islam Hadhari yang digagaskan oleh mantan Pm Tun Abdullah Badawi sebelum ini tidak panjang umurnya kerana berlakunya pertukaran kepimpinan BN. Hari ini sudah ada pihak yang mula berani menjolok isu ini.

Umur 1Malaysia baru setahun jagung takkanlah ia hendak dikuburkan begitu sahaja seumpama Islam Hadhari. Sudah berapa juta duit rakyat dihabiskan semata-mata untuk menggagaskan konsep 1Malaysia yang di pelopori oleh Datuk Seri Najib Razak.

Ada pihak yang mendakwa Najib meniru DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia sejak sekian lama. Kata mereka konsep itu sama sahaja cuma Najib mengubah perkataannya.

Benar kah?? Satu cabaran untuk 1Malaysia!! Fikir-fikirkan lah

Read more...

Wednesday, February 17, 2010

Sodomy II: Anwar fails in bid to get charge dropped

PUTRAJAYA: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim failed in his bid to get the Court of Appeal to strike out his sodomy charge.

In dismissing his appeal on Wednesday, Court of Appeal judge Justice Abu Samah Nordin, who led a three-man panel, said it was a unanimous decision.

Upon hearing the ruling, Anwar’s lead counsel Karpal Singh immediately asked for a stay of proceedings pending an appeal to the Federal Court. The court then stood down to discuss Karpal's application.

Anwar had last Dec 1 failed in his bid to strike out the sodomy charge against him, based on the ground that a medical report suggested there was no penetration.

High Court judge Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah had then ruled that the findings of a medical report could not be the basis for the court to quash the charge, saying the court should hear testimonies of the prosecution witnesses.

The sodomy trial has been adjourned pending the outcome of an application by Anwar to recuse the trial judge.

The trial judge is scheduled to deliver his decision on the disqualification application on Feb 18.

Anwar, 63, has claimed trial to sodomising his former personal aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, in Bukit Damansara on June 26, 2008.

Read more...

Kerana Lim Guan Eng Tak Suka Maulidul Rasul: Nik Aziz Keluar Fatwa

Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau

Read more...

Tuesday, February 16, 2010

Alang kah Eloknya Jika Seruan Hadi Awang Di Ikuti Oleh Kerajaan Pakatan

Semalam di Kuala Terengganu Hadi Awang yang juga presiden Pas mengatakan bahawa “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan. Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.

Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui semua nabi dan rasul.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.

Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah dengan syariat Allah.

Read more...

Monday, February 15, 2010

Siapa Agen Yahudi Dalam Pas?

Sejak Asri Muda keluar Pas pada tahun 1982, tiada pun pemimpin PAS yang bercakaran sedemikian rupa sehingga saling memburukkan seperti hari ini.

Hassan Ali bercakaran dengan Khalid Samad. Hassan Ali tidak sejiwa dengan Nizar Jamaluddin, malah Tuan Ibrahim pengerusi displin parti dipertikai kewibawaannya. Tidak terlepas Presiden Parti dan Timbalannya Ustaz Nasa juga dipertikai oleh para pemimpin bukan ulamak dalam Pas terutama kelompok Erdogan yang diketuai oleh Hussam Musa.

Perpecahan dalam Pas terutama antara para pemimpinnya semakin menjadi-jadi? ada sebahagian pemimpin Pas mengatakan bahawa Pas kini disusupi agen Yahudi?. Benar kah demikian?

Pas yang ditubuhkan daripada rusuk kiri Umno kerana memperjuangkan islam, kini perjuangan tersebut telah berubah. Perjuangan Pas sekarang bukan lagi mengarah kepada perjuaangan islam, akan tetapi perjuangan untuk merebut kuasa melalui kolabrasinya dengan Parti Chauvinis DAP. Pas kini diperkudakan oleh DAP demi mencapai tujuan parti itu, untuk mengujudkan matalamat middle Malaysia.

Sangkaan bahawa Pas disusupi Yahudi adalah tidak benar, para pemimpin Pas bercakaran kerana ideologi parti itu telah berubah. Perlu dingat tidak semua para pemimpin Pas bersetuju dengan hala tuju parti ini, perkara ini boleh dilihat, semasa ahli parlimen suatu masa dahulu roadshow mengenai Kerajaan Perpaduan. Terlihat pada masa itu, ahli parlimen Pas terbagi dua, yang separuh berpihak kepada Nik Aziz dan Hussam Musa, dan yang separuh lagi berpihak kepada Hadi Awang dan Ustaz Nasa.

Berasaskan kepada keadaan ini lah sangat nampak, bahawa perubahan ideologi Pas ada lah punca kepada percakaran antara mereka, jangan kambing hitamkan Yahudi, kerana yahudi tidak akan bersengkokol dengan pemimpin islam Pas. Kalaupun Yahudi menyusup adalah melalui parti yang berkawan dengan PAS, yakni DAP dan PKR.

Read more...

Pendirian 50 Ahli Parlimen Australia: Lagi Pemimpin Negara Beri Reaksi

Wisma Putra telah diarah memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 50 orang Ahli Parlimen Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana beliau percaya kesemua Ahli Parlimen Australia terbabit tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.

"Pihak Wisma Putra telah diminta untuk menghubungi kesemua Ahli Parlimen Australia berkenaan bagi tujuan menjelaskan kedudukan sebenar kes tuduhan liwat melibatkan Anwar.

"Saya sebenarnya percaya yang kesemua Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan berhubung tindakan 50 penggubal undang-undang Australia baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Dalam laporan agensi berita asing kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika memberi reaksi berhubung kenyataan itu sebelum ini menganggap pendirian beberapa Ahli Parlimen Australia itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia pernah berlaku dalam perbicaraan kes Anwar sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin semalam menyifatkan tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu sebagai perbuatan bodoh dan keterlaluan.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr. Chandra Muzaffar pula menganggap gesaan mereka agar kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar memperlihatkan mereka tidak memahami sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Read more...

Nizar Main "Psywar"

Nizar mendakwa walaupun Zambry tetap sah sebagai MB Perak, namun kedudukan MB Zambry tidak stabil kerana sangat tergantung 3 ADUN Katak.

BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi di dun Perak manakala tiga lagi diduduki oleh tiga wakil 'bebas' berkenaan.

Nizar terpaksa main "psywar" melalui penyerangan kepada 3 ADUN Katak mantan ADUN Pakatan yang menyebabkan kerajaan Nizar tersungkur pada 6 Februari 2009.

Nizar terpaksa menyerang 3 ADUN tersebut agar Zambry menaruh kecurigaan kepada mereka.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata Pakatan Rakyat sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Nizar dilaporkan berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam semalam juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di Ipoh malam semalam.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Kisah Anwar Dan Saiful

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan menurut laporan polisnya menyatakan dia telah beberapa kali diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara paksa. Menurut Saiful kejadian terakhir telah berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, Kuala Lumpur.
Anwar IbrahimSusulan daripada laporan polis tersebut Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan media menafikan dakwaan Saiful Bukhari itu. Beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini juga ada kaitan dengan bukti yang beliau perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-99.
Anwar Ibrahim kemudian telah mengeluarkan satu lagi kenyataan media dari Kedutaan Turki yang mengesahkan beliau berada di situ. Beliau berada di kedutaan Turki kerana bimbang tentang keselamatan dirinya. Ini berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati beliau tentang terdapat beberapa orang tertentu yang merancang untuk mencederakan beliau, keluarga serta penyokong beliau.

Siapakah Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ini?
Mohd Saiful Bukhari adalah anak kelahiran Johor yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 pada 6 Julai ini. Beliau dibesarkan dan bersekolah di Damansara. Beliau adalah bekas penuntut jurusan kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi tetapi tidak menamatkan pengajiannya.
Saiful BukhariMohd Saiful ini disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang. Semasa di UNITEN beliau telah terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan memegang jawatan Timbalan Presiden bagi sesi 2006/2007.
Mohd Saiful mula dilihat di kem Parti Keadilan Rakyat semasa bermulanya kempen Pilihan Raya Umum ke 12 pada bulan Mac lalu. Beliau dipercayai dapat mendekati pejabat Anwar Ibrahim melalui rakan sekolah menengah, Rahimi Osman yang memang sudah sedia bertugas di pejabat berkenaan.
Pelbagai cerita dan maklumat mengenai Mohd Saiful ini boleh didapati di internet. Di antaranya di blog Najwan (blog ini sekarang hanya dibuka kepada pembaca jemputan sahaja, walaupun begitu dalam masa yang terhad ini cerita dari blog ini boleh dibaca di Awas! Ada Musang Berbulu Ayam, Awas! Ada Musang Berbulu Ayam(2), Awas! Ada Musang Berbulu Ayam(3) ), Ainis di Saiful Bukhari dan Konspirasi Peringkat Tertinggi?
Mohd Saiful Bukhari telah bertunang pada bulan Mei lalu dan gambar tunang beliau boleh dilihat di blog Rocky’ Bru dengan tajuk Coffee Boy, engaged and in blue. Tunang Saiful, Janna Syariza yang mempunyai blog A Step In My Pink Mary Janes menyatakan memberi sokongan penuh kepada Saiful. Beberapa gambar Saiful boleh juga dilihat di blog Sultanmuzaffar.
Benarkah Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari?
Gambar Mohd Saiful BukhariKebanyakan orang percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah melakukannya tetapi tidak kurang juga mereka yang mempercayainya. Di samping itu ada juga yang menganggap semua ini adalah perancangan Anwar Ibrahim sendiri seperti yang disebut di blog Aizuddindanian bertajuk Anwar is playing you a fool.
Sementara itu mungkin dengan membaca dan melihat apa yang telah dikumpul di blog DarnMalaysia bertajuk Did Anwar Perform Sodomy? Some Video Confessions boleh membantu untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku sekarang.
Bagaimana pula jika semua ini bukannya berpunca daripada Najib maupun Anwar? Ada sekumpulan orang lain yang telah merangka dengan teliti demi kepentingan mereka. Satu penulisan di FutureFastForward dengan tajuk Abdullah Badawi, The Political Chameleon And The Anwar Saga – What Everyone Should Know About The Real Badawi! boleh membuat kita semua berfikir semula tentang apa yang sedang berlaku sekarang.
Ini diperkuatkan lagi dengan teori bahawa usaha memalukan Anwar dah lama di rancang oleh beberapa pihak tertentu.
Dalam perkembangan terbaru Raja Petra di blog beliau Malaysia Today mendakwa terdapat seorang doktor yang telah memeriksa Saiful dan mendapati Saiful tidak pernah diliwat. Doktor ini telah diarah untuk memalsukan laporan dengan menyatakan Saiful pernah diliwat. Cerita lanjut tentang perkara ini boleh dibaca di How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar.
Di samping itu Raja Petra juga telah menulis dalam blog beliau bahawa Saiful memang ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tentang isu liwat. Beliau berkata mempunyai saksi dengan rakaman video berkenaan perkara ini, cerita penuhnya boleh dibaca di An evening with an ‘accomplice’.
Walau apapun kebenaran pasti akan terbukti.

Read more...

Dolak Dalik Nizar

SATU penghinaan kepada institusi kesultanan negara apabila Nizar mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia.

Lupa kah Nizar bahawa selepas PRU-12 walaupun BN sebagai single parti mempunyai kerusi 28,namun memilih gabungan DAP-PKR-PAS yang mempunyai kerusi 31, kerana menurut hemat tuanku, bahawa gabungan itu lah yang mempunyai majoriti. Atas sebab itu lah Nizar walaupun PAS mempunyai bilangan kerusi terkecil diantara 3 parti tersebut, namun memilih Nizar sebagai Menteri Besar. Jika benarlah apa yang dikatakan oleh Nizar itu, maka pada masa itu boleh sahaja Tuanku Sultan Perak melantik semula Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar.

Sifat dolak dalik Nizar ini sebagai burung unta, apabila takut menyembunyikan kepalanya yang kecil itu, sementara punggung terkankang luas.

“Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.” ini lah petikan kata-kata Nizar. Saya ingin bertanya, mana yang diperbetulkan? Nizar harus sedar diri bahawa dirinya lah perlu diperbetulkan, bukannya sistem. Nizar ini bagaikan orang menari yang tak tahu menari tetapi mengatakan pula lantai jungkar terbalik.

Kekecewaan Nizar ini memang terserlah kerana sebelum ini dia menguar-uarkan bahawa kemenangan pada pihaknya dengan keputusan 4-1. Dalam mengantisipasi keputusan tersebut Nizar malah telah mengerakkan seluruh jentera Parti Pas termasuk pemuda agar siap siaga demi menghadapi pembubaran DUN. Nizar juga pada 6 Februari semasa merayakan kejatuhnya berkata dengan yakin bahawa keputusan mahkamah akan berpihak kepadanya. Nizar begitu yakin dan percaya kepada badan kehakiman pada masa itu. Namun, apabila keputusan kehakiman tidak berpihak kepadanya, lain pula dikatakan. Inilah sifat hipokrit dan lidah bercabang yang ada pada keperibadian Nizar.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas" ini lagi kata-kata Nizar. Hanya orang yang kecewa dan tidak berpendirian berkata demikian. Nizar bebas mengatakan apa yang dia nak katakan, namun rakyat tidak akan terpesong atau terpengaruh pada apa yang membuku di hati Nizar. Orang yang telah buta seperti Nizar, apapun yang diperkatakan orang lain yang lengkap penglihatannya pasti dijawab "tak nampak" kerana bagaimana dia nampak, kerana dia memang buta.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.” Satu lagi kata-kata Nizar. Sekarang Nizar pandai pula menggunakan istilah "rakyat" Rakyat kah atau Nizar? Nizar lupa bahawa majoriti DUN Perak adalah wakil rakyat. Buta kah Nizar bahawa itu pun tidak boleh terfikir. Jangan gunakan istilah "rakyat" bagi memenuhi nafsu serakah, kerana sebahagian besar rakyat memang dah muak dan menolak keterkaitan mereka dengan perbuatan Nizar yang telah melampau dan penderhaka.

Bagi Nizar apapun keputusan yang tidak berpihak kepadanya pasti akan mengatakan "tidak bebas" "tidak adil" "dipengaruhi pihak-pihak tertentu" ini lah sifat orang yang ingin meneggakkan benang basah.

"krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka" kata-kata Nizar lagi. Kalau lah demikian, kenapa dari mula lagi ke hulu ke hilir dan mahkamah sana mahkamah sini untuk mengenepikan kerajaan Zambry? Sepatutnya apabila 3 DUN Pakatan yang keluar kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Nizar pada 5 Februari 2009, maka seharusnya Nizar terima hakikat bahawa disitulah penamat kerjayanya sebagai Menteri Besar,atas sebab tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar kerana kehilangan majoriti dalam DUN. Nizar lupa bahawa jawatan MB adalah jawatan Politik, bukan jawatan awam,kerana MB itu jawatan politik,kena lah akur kepada permainan politik.

Sifat dolak Dalik Nizar akan terus berpanjangan, kerana hanya itu sahaja caranya menyakinkan dan menutupi pembohongannya kepada para penyokongnya.

Read more...

Tuesday, February 9, 2010

Zambry Kekal MB Perak

Hakim mahkamah persekutuan yang bersidang hari ini mengekal YAB Datuk Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah dengan keputusan sebulat suara.

Yang Ariff Ariffin Zakaria membacakan keputusan tersebut dimana sebelumnya kes ini didengar di hadapan 5 hakim.

Dengan keputusan ini maka uar-uar Nizar selama ini bahawa keputusan akan berpihak kepadanya semuanya adalah muslihat untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.

Dengan keputusan ini maka usaha Pakatan untuk untuk membubarkan DUN Perak hanya angan-angan yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Pakatan akan menanti rebah. Malam isnin lalu Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu melalui temuaramah dengan TV3 ada membayangkan bahawa dalam masa 2-3 minggu ramai pemimpin dan ahli PKR akan keluar daripada parti itu, kerana telah muak dengan karenah para pemimpin parti yang diperkudakan oleh DAP.

Pakatan juga mengalami tamparan hebat apabila pemimpin umum mereka Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan Sodomy II.

Read more...

Monday, February 8, 2010

Esok Siapa MB Perak??

Keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari.

Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.

“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.

Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.

Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.

Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan.

Read more...

Gula-Gula @Sweets Siapa Tak Nak???

Pentadbiran negara Malaysia disusun mengikut cara-cara yang telah ditentukan oleh Peraturan-Peraturan Umum (General Orders) dan tata-tertib yang perlu dituruti dalam segala urusan Kerajaan. Tidak ada kebebasan kepada sesiapa untuk membuat sesuka hati mereka walau apa pun jawatan yang dipegang.

2. Perbelanjaan Kerajaan perlu mengikuti proses-proses tertentu (Financial General Orders). Pembangunan dibiayai oleh peruntukan wang dalam perancangan dan anggaran dalam Rancangan Lima Tahun dan belanjawan tiap-tiap tahun.

3. Sekarang kita lihat duit Kerajaan dibelanja sebagai gula-gula untuk mengatasi masalah politik.

4. Sabah dan Sarawak diagih kononnya mencecah berbilion Ringgit untuk projek-projek yang tidak ada dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan dan bajet bagi tahun ini atau tahun lain. Betulkah pengumunan itu? Betul duit itu disalurkan ke Sabah dan Sarawak? Betul kah orang Sabah dan Sarawak yang dapat? atau hanya gimik? seperti Amerika di Iraq? syarikat Amerika yang dapat, orang Iraq putih mata.

5. Wang Kerajaan diurus seolah-oleh duit sendiri. Dahulu Kerajaan mengagih peruntukan dalam bajet mengikut cara-cara yang tertakluk kepada peraturan-peraturan. Memang ada kawasan yang dapat lebih dan yang dapat kurang. Tetapi Kerajaan tidak pernah dan tidak boleh dengan tiba-tiba mengadakan wang dan menabur wang ini sesuka hati Perdana Menteri tanpa kajian, perancangan dan kelulusan oleh badan-badan yang bertanggungjawab, termasuk Jemaah Menteri.

Read more...

Antara Keretakan Pakatan Pulau Pinang Dan Taktik Tangguh SodomyII

Hari ini sebaik sahaja prosiding Sodomy II bermula peguam utama Anwar Ibrahim memohon agar supaya YA Mohammad Zaibidin Diah "diqualified" dirinya daripada mendengar sodomy II. Karpal Singh membuat permohonan tersebut pada jam 9 melalui criminal registry mahkamah tinggi di kompleks jalan Duta.

Melalui prosiding 3 hari sehingga jumaat lepas, nampaknya penguambela Anwar sukar mendapatkan alibi yang boleh mengenepikan fakta yang dikemukakan oleh Saiful Azlan Buhkari, mangsa yang menuntut keadilan kerana mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26.6.2008 di Kondominium Bukti Damansara, Jalan Setiakasih, Kuala Lumpur.

Untuk rekod kes Sodomy II telahpun berjaya ditangguhkan oleh Anwar sebanyak 20 kali sebelum ini. Jika permohonan pihak Anwar hari ini dibenarkan, maka proses penggantian hakim akan memerlukan masa.

Sungguh pelik, Anwar beria-ia sangat agar sodomy II dibicara dengan segera, jika pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh, namun di pihak lain Anwar mahu sodomyII di tangguh-tanguh.

Apa muslihat Anwar? Adakah Anwar merasakan bahawa kali ini dia tidak akan terlepas? atas sebab itu lebih baik melengah-lengahkan kes ini hingga suatu masa kelak yang dikira menguntungkan dirinya?

Para pakar perundangan terutama kehakiman jangan lah terperangkap dengan taktik muslihat ini, kerana semuanya ini merugikan sistem perundangan itu sendiri.

Sementara itu pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang menunjukkan keretakan serius berlaku dalam parti pakatan DAP-PKR-PAS.

Isu penindasan kaum melayu dibangkitkan sehingga menjemput NGO seperti PERKASA PRIBUMI untuk menyerahkan memorendum kepada Lim Guan Eng kerana Ngo merasakan bahawa kerajaan Pakatan telah melampau khususnya kepada kaum melayu.

Selain Perkasa, pemimpin sesama dalam Pakatan juga terutama Mohd Zaharin Hassim mempertikaikan kepimpin Lim Guan Eng sehingga mengatakan bahawa KM Pulau Pinang itu bersifat komunis, diktator dan chauvinis.

Sementara itu pengerusi perhubungan Umno Negeri Zaid Hamidi dipetik sebagai berkata, keretakkan tersebut memang diduga kerana terlalu sukar mengwujudkan persefahaman antara 3 parti yang berbeza ideologi tersebut.

Read more...

Sunday, February 7, 2010

Catatan kemelut Kerajaan Perak

IPOH: Berikut adalah catatani krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah - antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS.

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Februari 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Februari 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Februari 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Februari 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Februari 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Februari 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 November 2009: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010 setelah selesai mendengar hujahan

Read more...

Friday, February 5, 2010

CIFU Anwar Nak Bagi Biasiswa Untuk Belajar Tapi Aku Tolak: Saiful

Ekoran e-mail Saiful pada 27 Jun 2008 kepada CIFU Anwar kerana meletakkan jawatan, maka Saiful dipanggil untuk berjumpa. CIFU Anwar memperlawa agar jangan berhenti dan CIFU Anwar akan memberikan biasiswa untuk menyambung pelajaran dengan bergaji penuh (klik disini laporan penuh).

Namun Saksi utama Sodomy II ini (Saiful) tidak memberi kata putus untuk menerima tawaran tersebut. Kerana hanya berdiam diri terhadap tawaran itu, maka CIFU Anwar menghantar e-mail mengucapkan terima kasih kerana Saiful meneruskan kerjanya seperti biasa.

Umum mengetahui bahawa Saiful telah membuat laporan polis pada 28.6.2008 kerana diliwat oleh CIFU Anwar. Hasil laporan itu lah Sodomy II sedang dibicarakan sekarang yang bermula pada hari rabu lalu (3.2.2010).

Read more...

Lintas Langsung Sodomy II

Read more...

Thursday, February 4, 2010

Hari ke-2 Sodomy II- Anwar Hentam Akhbar Utusan

Di celah-celah keterangan Saiful, Karpal Singh Peguam Utama Anwar mencelah agar laporan utusan hari ini diperintahkan sebagai menghina mahkamah. Anwar dalam komennya terhadap akhbar aliran perdana itu menganggap laporan Utusan jijik dan kotor.

Semalam Anwar membuat isu bahawa keterangan Saiful mempunyai kaitan dengan Najib dan Rosmah dan atas sebab itu dia mengarahkan Karpal Singh untuk mensefina Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan dalam mahkamah.

Read more...

Live From Court Sodomy II

Read more...

Anwar Ajak Saiful Lakukan Hubungan Sex

Semalam mahkamah digemparkan dengan pembongkaran kesah sebenar Sodomy II. Sebagai saksi pertama pihak pendakwa, mangsa Saiful Azlan Buhkari mendedahkan bahawa Anwar mengajaknya berkali-kali melakukan hubungan sex luar tabii. Kali terakhir Anwar meliwat Saiful adalah pada 26 Jun 2008.

Saiful pada 27 Jun 2008 menghantar email kepada Anwar untuk berhenti kerja dan pada 28 Jun 2008 berjumpa doktor kerana mengalami kesukarkan mengeluarkan airbesar. Pada ketika dan masa itu lah Saiful membuat laporan polis atas nasihat doktor perubatan yang merawatnya.

Semalam Anwar minta dibicarakan. Perbicaraan sodomy II akan berlangsung selama 17 hari bermula 3-2-2010. Laporan lengkap Sodomy II Disini

Read more...

Wednesday, February 3, 2010

Gara-gara Rapat 1Malaysia Datuk Nasir Safar Terpaksa Letak Jawatan

Terlajak perahu boleh diundur terlajak cakap buruk padanya. Demikianlah bidalan yang menjadi tsunami kepada Datuk Nasir Safar pegawai khas kepada perdana menteri.

Gara-gara semangatnya untuk menjayakan konsep 1Malaysia, dalam ceramah panjang lebarnya melalui seminar RAPAT 1MALAYSIA di Melaka bumi Hang Tuah tersebut, Nasir terpaksa meletakkan jawatan.

Seorang veteran seperti Nasir saya yakin dia tidak bercakap seperti yang digembar gemburkan kini. Saya berpendapat walaupun saya tidak mendengar ceramah tersebut, saya yakin dan percaya bahawa Nasir hanya menguraikan fakta-fakta sejarah.Sejarah kenapa negara ini dihuni oleh rakyat majmuk.

Perlu diingat sebelum kedatangan kaum-kaum cina dan india serta bangsa lain di negara ini, negara ini hanya dihuni oleh kaum melayu dan bumiputra serta orang asli. Samalah dengan negara Amerika, sebelum pendatang datang, negara itu hanya dihuni oleh red indians. Demikian juga Australia, sebelum banduan-banduan Great Britin dikirim ke negara kanggoro itu, penghuninya hanya kaum aborigen.

Salah kah Nasir jika menguraikan bagaimana negara ini di wujudkan pada tahun 1957 kerana kesepekatan kaum tanpa mengambil kira asal unsul mereka. Salah kah Nasir menguraikan fakta bagi mereka yang buta sejarah, bahawa kemajmukan kaum di negara ini kerana kaum cina dan india serta kaum bukan bumiputra lain di datangkan oleh pihak penjajah?

Fakta sejarah adalah fakta sejarah. Tiada siapapun yang boleh memesongkan fakta sejarah.

Janganlah kerana konsep 1Malaysia,maka fakta sejarah negara dihapuskan. Sepatutnya fakta sejarah itu menjadi panduan bagi semua kaum. Atas kerjasama semua kaum baik yang asal mahupun bukan asal menjadikan negara kita itu maju dan makmur.

Atas sebab itulah jika pihak politik mempolitik kan suku kaum, maka begini lah jadinya. Kalau ada satu kaum mahu memperkatakan soal-soal fakta sejarah,maka kaum lain tersinggung.

Fakta sejarah adalah paksi seluruhnya. Tanpa fakta sejarah maka negara akan terumbang ambing tanpa tujuan.

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

Anwar Gagal Tangguh Sodomy2- Anwar Juga Mahu Sapena Najib dan Rosmah

Anwar gagal tangguh Sodomy2. Esok pembicaraan tetap berlangsung.

Dalam perkembangan lain Anwar mengarahkan Karpal Singh mensafena Najib dan Datin Rosmah Mansor.

Anwar mendakwa bahawa 2 hari sebelum Saiful membuat aduan polis kerana di liwat, Saiful ada berjumpa Najib dan Rosmah.

Anwar ingin tahu sejauh mana pengelibatan Najib dan Rosmah dalam sodomy2 ini.

Sementara itu Anwar juga mendakwa bahawa Saiful adalah kambing hitam dalam usaha menajtuhkan imej dan karier politiknya.

Namun Anwar bercakap angkuh bahawa Pakatan akan terus berdiri teguh walaupun dia tidak bersama gabungan 3 parti itu.

Pakatan kini dilanda masalah dalaman apabila para pemimpinnya bercakaran sesama sendiri. Temebelang mereka mula kenampakan, walaupun para pemimpin parti itu mencuba sedaya upaya menutupi seluruh kelemahan yang ada.

Setiap negeri Pakatan pada masa ini sedang bergolak. Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi keceman para pemimpin Pakatan. Di Kelantan, Nik Aziz dilanda kepercayaan ekoran salah guna kuasa yang dilakukan oleh menantunya. Di Selangor perbalahan antara Hassan Ali dan Khalid Samad belum reda.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP