Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Ong Tee Keat Tolak Deklarsi 1128 Tajaan Liow Tiong Lai

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada hari Ahad menolak Deklarasi 1128 yang dipersetujui kumpulan penyokong Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam yang mahu pemilihan semula parti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ong menyifatkannya tuntutan deklarasi itu semata-mata mahu pemilihan semula parti itu diadakan segera sedangkan jika ia (pemilihan semula) mahu diadakan, ia perlu mengikut perlembagaan parti dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pusat (CC).

"Adalah penting bagi semua pihak mematuhi perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidiladha 2009 kawasan Pandan di sini.

"Kalau kita sayang demokrasi dalam MCA, kenalah semua pihak akur kepada amalan ataupun akur kepada keputusan yang dibuat majoriti ahli CC, takkanlah yang majoriti ini kena tunduk kepada yang segelintir. Itu bukan caranya kita menguruskan parti atau demokrasi parti," jelasnya.

Persoalan sama ada mahu ditunda Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ataupun tidak hendaklah dirujuk kepada CC dan setahunya AGM itu akan tetap diadakan pada 5 Dis ini, kata Ong.

Mengenai dakwaan golongan yang menyokong Liow yang hanya mahu pemilihan baru diadakan untuk ahli CC dan tidak perlu bagi sayap Pemuda dan Wanita, Ong berkata, pemimpin di peringkat akar umbi mahu pemilihan diadakan serentak mengikut perlembagaan parti dan seperti mana yang telah dibuat UMNO.

Ong mendakwa semasa beliau berada di London baru-baru ini banyak fitnah dilemparkan terhadapnya mungkin kerana ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya yang mahu penyelewengan projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disiasat.

Katanya, beliau sedar ada banyak pihak yang mahu menjejas dan menghancurkan kerjaya politiknya tetapi demi untuk kebenaran beliau tidak akan mengalah.

Read more...

Saturday, November 28, 2009

Pelan 1128 Malapetaka Bagi MCA? Apa Agenda Muhiyiddin?

Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

Selain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Risalah yang mengandungi komentari khas dalam akhbar Sin Chew Daily, turut diedarkan kepada pada hadirin. Komentari itu menyifatkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "presiden paling teruk dalam sejarah MCA".

Sesi taklimat bermula jam 10.30 pagi.

Read more...

Pelan 1128 Malapetaka Bagi MCA? Apa Agenda Muhiyiddin?

Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

Selain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Risalah yang mengandungi komentari khas dalam akhbar Sin Chew Daily, turut diedarkan kepada pada hadirin. Komentari itu menyifatkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "presiden paling teruk dalam sejarah MCA".

Sesi taklimat bermula jam 10.30 pagi.

Read more...

Thursday, November 19, 2009

Nizar News: Ketua Pemuda-Wanita MCA Memaksa EGM 28 November!! Ada Yang Datang Kah??


Dalam keadaan sebak, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun merayu kepada semua perwakilan parti itu supaya menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini untuk mendesak supaya diadakan pemilihan baru parti.

Bercakap dalam sidang akhbar sejurus selepas mereka digugurkan dari majlis presiden MCA, mereka berkata, kehadiran penuh perwakilan di EGM tersebut adalah penting untuk memulihkan demokrasi dalam parti itu.

Sidang akhbar itu bermula dengan naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hati kumpulan tersebut 'terluka' ekoran pengguguran sembilan anggota majlis tersebut.

Beliau menyifatkan tindakan MCA 'membuang" ketua Pemuda dan Wanitanya sebagai satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Katanya, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggantikan mereka yang digugurkan itu dengan penyokongnya sendiri.

Beliau mendakwa Ong telah menyingkirkan penentangnya untuk mendapatkan 'kuasa mutlak".

Liow kemudiannya menggesa semua perwakilan MCA supaya 'bangun" dan beramai-ramai datang menghadiri EGM 28 November ini untuk meluluskan resolusinya.

Liow yang kelihatan tegas tetapi tenang, dapat menguasai dirinya dan tidak menangis.

Sebelum ini, jawatankuasa pusat MCA telah mengundi menolak EGM tersebut yang diusahakan oleh penyokong Liow.

Read more...

Friday, November 6, 2009

Nizar News: Updates Parti MCA; Ong Tee Kiat Tetap Terima Liow Tiong Lai

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tetap akan menerima Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di bawah "Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh" walaupun maklum balas awal Liow menunjukkan yang beliau enggan menjadi sebahagian daripada pelan itu.

Beliau berkata demi mencapai matlamat bersama parti, soal peribadi perlu diketepikan, dan beliau masih sanggup menerima Liow dengan tangan terbuka di bawah pelan itu.

"Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini dan perkara yang sama saya ulangi hari ini, saya masih akan terima dia," katanya dalam satu temu ramah dengan Bernama di sini pada Jumaat.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata hubungan beliau dengan Liow, yang merupakan Menteri Kesihatan itu cukup akrab sejak sekian lama, terutama semasa mereka berada dalam pergerakan sayap Pemuda parti lagi, dan mereka juga pernah bersama-sama berjuang dalam pertembungan "Team A - Team B" satu ketika dahulu ekoran keputusan kepimpinan parti untuk mengambil alih Nanyang Press Holding Berhad.

Malah menurutnya Liow merupakan pemimpin yang mengambil alih tampuk pentadbiran pergerakan Pemuda semasa Ong memutuskan untuk bertanding ke jawatan Naib presiden pada 2005, di mana sebelum itu Liow adalah setiausaha agung Pemuda MCA.

"Bohong kalau saya katakan hubungan kami tidak sedikitpun terjejas ekoran beberapa peristiwa yang berlaku sejak beberapa minggu lepas, namun sebagai ahli politik dan pemimpin nasional, saya cuba untuk tidak membenarkan perkembangan sejak kira-kira empat minggu lepas itu menjadi batu penghalang kepada persahabatan yang baik yang sudah terjalin sejak berdekad lamanya itu, begitu juga keadaannya dengan lain-lain anggota jawatankuasa pusat (CC0," katanya.

Ong berkata apa yang berlaku antara beliau dengan Liow bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi, dan apa yang berlaku sebenarnya hanya berkisar kepada perkembangan politik.

"Dalam politik pastinya ada percanggaan pendapat, tapi ia tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada usaha MCA untuk bergerak ke hadapan dan pelan perpaduan ini juga tidak seharusnya terhenti semata-mata disebabkan oleh perselisihan peribadi," katanya.

Ong mengesahkan bahawa beliau ada menawarkan Liow untuk menyertai pelan perpaduan menerusi 'rakan-rakan' dan menunggu di rumahnya pada hari Isnin lepas untuk mendapatkan jawapan, namun Liow tetap 'membisu'.

Katanya salah satu daripada prinsip penting dalam pelan perpaduan itu ialah kepimpinan menyeluruh, yang bermakna tidak ada satu kumpulan pun yang dipinggirkan dan setiap pihak mempunyai peranan untuk dimainkan.

"MCA perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan setiap pihak jika berhasrat untuk tampil sebagai barisan hadapan yang mantap yang diperlukan semasa menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Ong seterusnya berkata kenyataan bahawa Liow dan anggota CC dipilih ke jawatan tinggi dalam parti menunjukkan bahawa perwakilan di satu peringkat mengiktiraf keupayaan pemimpin-pemimpin ini memainkan peranan yang penting dalam parti.

"Saya tidak akan membelakangkan perwakilan, mereka yang juga mengundi saya sebagai Presiden MCA. Biar saya berterus terang, saya memang memiliki hubungan yang agak dingin dengan Dr Chua sejak setahun lepas.

"Namun hari ini demi perpaduan MCA saya memutuskan untuk mendahulukan parti. Saya sudah memberi kepercayaan kepada dia (Dr Chua) untuk mengkaji bagaimana bajet yang dibentangkan baru-baru ini dapat membantu ekonomi rakyat dan menjadikan Malaysia lebih kompetetif dalam dunia global hari ini," katanya.

Ong berkata tidak ada tempoh masa ditetapkan semasa beliau bersama Dr Chua bersetuju untuk menerima pelan perpaduan itu, dan keputusan sama ada Dr Chua atau sesiapa jua akan diberikan jawatan penting akan diputuskan kemudian nanti.

"Apa yang saya ingin tekankan ialah dalam sebarang pertubuhan, rombakan adalah perkara biasa. Jika ada keperluan untuk memantapkan lagi jentera parti, saya tidak akan membuang masa, terutama sekiranya ia bagi tujuan menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Menurutnya sekiranya perubahan dilakukan, ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu usaha untuk 'mencantas' individu.

"Ini bukan soal kumpulan mana yang mendapat manfaat, juga bukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Ong Tee Keat dalam MCA. Ia adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan parti semata-mata, untuk menarik sokongan orang ramai," katanya.

Ong seterusnya menjelaskan bahawa pelantikan tiga anggota baru CC yang terdiri daripada -- Datuk Tan Chin Ming, Datuk Donald Lim dan Chua Tee Yong adalah bagi tujuan strategik, bukan kerana mereka penyokong Dr Chua.

"Tidak ada syarat yang menetapkan bahawa anaknya (Chua Tee Yong) perlu dilantik sebagai anggpta CC. Saya melaksanakan ketiga-tiga pelantikan ini berdasarkan kepada keperluan untuk meeujudkan perwakilan dari tiga negeri utama iaitu Johor, Selangor dan Perak.

Katiga-tiga anggota CC yang baru dilantik adalah dari tiga negeri -- Chua Tee Yong (Johor), Datuk Tan Chin Ming (Perak) dan Datuk Donald Lim (Selangor).

Pelantikan mereka dibuat selepas Ong mengenepikan empat anggota CC yang dilantik sebelum ini yang terdiri daripada Datuk Chor Chee Hueng, Datuk Chai Kim Seng, Yoo Wei How (Setiausaha Penganjur Basional) dan Gan Hong Su (Pembantu Setiausaha Penganjur Nasional

Read more...

Thursday, November 5, 2009

Nizar News: Liow Tiong Lai Memaksa EGM Juga

Datuk Seri Liow Tiong Lai pernah ditawarkan menjadi sebahagian daripada pelan perdamaian lebih menyeluruh oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi beliau menolaknya, kata sumber dalaman parti itu.

Melalui pelan itu, Liow diberi ruang untuk mengekalkan kedudukan sebagai timbalan presiden, manakala Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula akan dilantik sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun, Liow menolak pelan itu pada saat-saat akhir dan mengambil keputusan untuk terus membuat desakan agar pemilihan baru diadakan bagi merungkai kebuntuan yang timbul hasil daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt.

"Sejak beberapa hari lepas, Ong dan Liow mengadakan perbincangan melalui wakil masing-masing. Bagaimanapun, Liow tidak memberi sebarang keputusan.

"Ong menunggu di rumah beliau hingga tengah malam Isnin bersama wakilnya. Tapi, Liow tetap tidak muncul dan membuat keputusan untuk tidak menerima pelan perpaduan itu.

Sumber yang sama berkata walaupun pelan perpaduan itu melibatkan semua pemimpin MCA, tetapi ditolak Liow dan kumpulannya.

Sumber yang sama berkata dalam melaksanakan pelan itu dan bagi menenuhi selera kebanyakan kumpulan dalam parti berkenaan, tidak semua penyokong Dr Chua dilantik sebagai penyandang jawatan.

"Contohnya, tidak semua tiga anggota jawatankuasa pusat secara lantikan yang dilantik oleh Ong semalam adalah orang Dr Chua.

"Jika dilihat betul-betul, hanya anak lelakinya Chua Tee Yong, adalah dari kem Dr Chua. Yang lain seperti Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya lebih condong kepada bekas setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan, manakala Datuk Donald Lim pula tidak memihak kepada sesiapa," kata sumber itu.

Bekas naib presiden MCA Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata walaupun tidak syak lagi keadaan yang wujud sekarang sungguh membimbangkan MCA, tetapi anggota parti itu perlu memberi peluang kepada Ong dan Dr Chua untuk bekerjasama dan melaksanakan pelan perpaduan yang lebih menyeluruh.

"Sama ada EGM diadakan atau tidak, yang penting, pelan itu perlu mendapat sokongan anggota perwakilan. Oleh itu, pada EGM akan datang, pelan itu perlu diluluskan oleh anggota perwakilan," katanya.

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Nizar News: Liow Tiong Lai Dirundung Malang: Chua Disenangi BN

Barisan Nasional (BN) akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan bahawa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita ikut pada undang-undang dan Perlembagaan, kalau begitulah kedudukannya dan disahkan oleh ROS maka kita harus terima," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan Rancangan Malaysia Ke10 di sini semalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau berpendapat keputusan ROS itu dibuat berdasarkan pada sudut teknikal, perundangan dan Perlembagaan MCA.

"Maknanya kedudukan itu diputuskan atas dasar perlembagaan parti kerana dalam perlembagaan MCA untuk meluluskan sesuatu resolusi perlu mendapat dua pertiga kelulusan wakil yang hadir dalam perhimpunan.

"Di dalam kes ini mungkin beliau kalah dalam jumlah yang kecil maka atas dasar perundangan yang ada dan perlembagaan itulah ia diputuskan," katanya. Dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 10 Okt lalu, perwakilan MCA antara lain, menolak usul mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai Timbalan Presiden dan hanya menerimanya kembali sebagai anggota MCA.

Ketika diminta mengulas mengenai Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu, Muhyiddin berkata seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibicarakan dan disabit kes itu. "Kita tidak harus membuat satu andaian di peringkat ini, terlalu awal sangat," katanya. BERNAMA

Read more...

Nizar News: Liow Tiong Lai Terperangkap Tindakan Ong Tee Kiat

Drama luar biasa tercetus di Wisma MCA di sini selasa apabila Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan pelan perdamaian yang menjerat musuh parti pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC).

Bagaimanapun, tiada siapa dapat meramal langkah bijak Ong yang hanya dapat dikesan beberapa jam sebelum mesyuarat CC bermula.

Rancangan itu termasuk menggugurkan empat anggota CC yang dilantik yang menentang beliau iaitu setiausaha penganjur Yoo Wei How, timbalannya Gan Hong Su bersama anggota biasa Datuk Chor Chee Hueng dan Datuk Chai Kim Seng.

Notis menggurkan mereka dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira pukul 10.30 pagi oleh setiausaha politik Ong, Simon Lim sebelum disusuli dengan surat rasmi.

Pada masa sama, notis pelantikan tiga anggota CC yang baru disampaikan kepada Chua Tee Yong, Datuk Tan Ching Ming dan Datuk Donald Lim Siang Chai, kesemua mereka menghadiri mesyuarat CC tersebut.

Sejam kemudian, sepucuk surat dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) diterima oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyatakan beliau masih menjadi Timbalam Presiden MCA.

Kesemua ini berlaku secara serentak, sebelum mesyuarat CC bermula pada pukul 1 tengah hari serta mengejut semua pihak termasuk kumpulan yang mahu pemilihan baru parti diadakan.

Sumber parti berkata sebaik sahaja mesyuarat CC bermula, terdapat percubaan untuk menghalang presiden menjelaskan pelan perdamaian oleh beberapa anggota CC yang meminta mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan tetapi tidak berjaya.

Menurut sumber itu, selepas Ong selesai memberi penjelasan, 27 daripada 44 anggota CC telah menandatangani surat akuan untuk menyokong rancangan perdamaian tersebut.

Hanya Ong, Dr Chua dan naib presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak menandatangani surat tersebut. Ong dan Dr Chua merupakan watak utama dalam pelan perdamaian tersebut manakala Dr Ng berada di luar negara kerana urusan rasmi.

Dr Chua dipecat sebagai timbalan presiden pada 26 Ogos lepas tetapi CC mengubah hukumannya kepada penggantungan selama empat tahun. Bagaimanapun, pada mesyuarat EGM 10 Okt lalu, Dr Chua diambil semula sebagai ahli biasa tetapi bukan jawatan nombor dua.

Bagaimanapun, ROS pada selasa mengesahkan Dr Chua masih menjadi timbalan presiden.

Liow, yang memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari, enggan menerima keputusan ROS itu, dengan menyatakan beliau mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan itu dan mungkin mencabar keputusan itu di mahkamah.

Bersama Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa anggota CC lain, Liow segera beredar sebaik sahaja mesyuarat CC itu tamat pada pukul 5.30 petang tanpa menghadiri sidang akhbar yang diadakan oleh Ong.

Sebaliknya, Liow dan kumpulan penyokongnya mengadakan satu lagi sidang akhbar di bilik berasingan.

Sumber parti berkata Ong bertindak mengumumkan langkah berbisanya dengan menyatakan desakan EGM oleh kumpulan 16 anggota CC itu tidak akan dilaksanakan.

Gesaan EGM oleh kumpulan 16 itu didapati tidak mengikut perlembagaan kerana ia bertentangan dengan Artikel 15 Perlembagaan MCA -- bahawa presiden mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang pelantikan.

"Satu usul yang dikemukakan oleh kumpulan 16 itu ialah mereka mahu membatalkan pelantikan yang dibuat oleh presiden selepas 10 Okt. Ini tidak berperlembgaan kerana perlembagaan parti memberi kuasa luas kepada presiden berkaitan sebarang pelantikan dalam parti," kata sumber itu.

Salah satu langkah pintar ialah dengan mendapatkan sokongan 27 daripada 44 anggota CC menyokong pelan perdamaian, sekaligus syarat untuk EGM dikurangkan daripada 16 kepada 12 anggota CC sahaja.

Ini bermakna terdapat kurang daripada satu pertiga sokongan yang diperlukan di bawah perlembagaan parti.

Berikutan kesemua langkah ini, kini Liow berdepan dengan perjuangan politik yang tertekan selepas Ong memperkukuhkan cengkaman dengan melantik penyokong Dr Chua ke dalam CC.

Orang dalaman parti berkata Ong dijangka melantik penyokong setianya untuk memegang beberapa jawatan penting dalam parti dalam masa beberapa hari lagi.

Antaranya ialah setiausaha agung wanita Heng Seai Kie yang dijangka mengambil alih jawatan ketua penerangan parti dan ahli veteran Lim Hong Sang sebagai ketua biro undang-undang.

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Nizar News: Chua Loi Lek Masih No.2 MCA: ROS: CC MCA Tiada Hak Lantik Orang Baru! Liow Tiong Lai Kempunan

Datuk Seri Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA, kata Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Md Alias Kalil.

Ini kerana tidak berlaku kekosongan jawatan itu memandangkan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Okt lepas tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya beliau dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA, katanya kepada Bernama Selasa.

Beliau berkata surat mengesahkan kedudukan Chua itu dihantar kepada MCA hari ini.

"Surat itu mengesahkan tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden MCA. Jawatan itu hanya boleh terlucut jika delegasi memberi majoriti dua pertiga untuk dilucutkan," katanya.

Chua sebelum itu berkata beliau telah menerima surat daripada ROS yang mengesahkan beliau masih Timbalan Presiden MCA.

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Nizar News: Ong Tee Kiat Baru Tahu Siapa Liow Tiong Lai

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengingatkan pihak-pihak yang kini mempersoalkan pelan damai parti itu bahawa beliau dan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menguassi hampir 100 peratus perwakilan parti itu.

"Sewaktu mesyuarat jawatankuasa pusat MCA pada 15 Oktober lalu, seseorang berkata saya menguasai hampir 50 peratus perwakilan manakala Datuk Seri Chua mendapat sokongan 47 peratus.

NONE"Kenyataan orang itu telah membuat saya sedar bahawa saya dan Dr Chua sepatutnya bergabung tenaga menyatukan parti, kerana secara bersama, kami menguasai hampir 100 peratus perwakilan.

"Jadi, mengapa mesti ada orang yang mahu mempersoalkan pelan damai?" tulis Ong dalam blognya.

Ong jelas merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong bahawa mereka langsung tidak tahu menahu mengenai pelan damai yang dicadangkan oleh Ong itu.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Liow dilaporkan berkata: "Ong memaklumkan kepada kita (anggota jawatankuasa pusat) bahawa ia satu pelan perpaduan (sebelum diumumkan), tetapi tidak menjelaskan kandungannya."

Oleh itu, ketiga-tiga mereka dan 11 lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) menggesa supaya diadakan satu mesyuarat baru untuk menjelaskan kandungannya.

Mereka yang sebelum ini merupakan setia Ong kini dianggap sebagai kuasa ketiga yang didakwa mahu menyingkirkan Ong dan Chua.

Mengulas lanjut, Ong berkata pelan damai itu adalah untuk menamatkan kemelut dalam parti itu, menyatukan semula MCA sertau untuk memulihkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pelan tersebut telah dikemukakan kepada perdana menteri dan beliau telah merestuinya," kata Ong lagi.

Oleh itu, katanya, adalah membingungkan mengapa beliau pula perlu mendapat kebenaran jawatankuasa pusat "bila saya mahu memulihkan perpaduan dalam parti."

"Apakah mereka ini berharap untuk melihat parti terus menerus diheret kemelut, supaya mereka dapat mencapai cita-cita untuk kepentingan diri sendiri?

"Adakah mereka faham pentingnya untuk memastikan pelan damai itu berjaya supaya MCA boleh memulihkan parti dan membawa pembaharuan ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum lalu?

"Adakah mereka tidak sanggup mengenepikan kepentingan diri mereka demi MCA dan negara?" soalnya lagi.

Ong berkata, beliau juga telah ditanya mengenai janjinya yang dibuat sebelum mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu.

"Saya sudah banyak kali memperjelaskan isu tersebut. Adalah tidak wajar untuk saya mendedahkan perkara-perkara tertentu yang boleh memalukkan beberapa pemimpin parti," katanya.

Ong menegaskan bahawa MCA mempunyai urusan yang belum selesai dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah satu salah daripadanya.

"Kita telah sampai ke pusingan terakhir dalam usaha kita untuk mencari punca masalah PKFZ. Sekarang adalah masa untuk bergerak ke hadapan, tanpa diganggu oleh soal-soal yang remeh temeh

Read more...

Wednesday, October 14, 2009

LIOW TONG LAI PEMANGKU PRESIDEN MCA?

Perkembangan lanjut episod pergolakan dalam MCA kini bertumpu kepada mesyuarat jawatankuasa pusat (CC) Khamis ini, ekoran kedudukan presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat yang dilihat masih terumbang-ambing selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu lepas.

Keputusan EGM itu menyaksikan dua usul diluluskan iaitu undi tidak percaya terhadap kepimpinan presiden parti dan membatalkan penggantungan keanggotaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dan pada masa yang sama menolak usul ketiga untuk mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai timbalan presiden.

Berdasarkan kepada keadaan semasa dalam MCA, rata-rata kalangan pemerhati dalam parti berpendapat bahawa Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah calon paling sesuai untuk mengambil alih tempat presiden, manakala seorang lagi naib presiden Datuk Seri Kong Cho Ha selaku timbalan presiden sekiranya mesyuarat CC memutuskan yang Ong perlu berundur.

Terbaru, difahamkan beberapa anggota CC sudah mencapai kata sepakat dalam mesyuarat pada hari Sabtu lepas, dan akan mencadangkan supaya Liow mengambil alih jawatan presiden parti kerana beliau dilihat bersih, sederhana dan memiliki beberapa kualiti kepimpinan yang baik.

Bagaimanapun pemilihan pengganti Ong tidak semestinya bergantung kepada peringkat kedudukan dalam parti.

Contohnya pada 2003, Tan Sri Ong Ka Ting terpilih sebagai presiden dan Tan Sri Chan Kong Choy sebagai timbalan oleh CC bagi menggantikan gandingan Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.

Empat naib presiden yang disebut-sebut untuk mengambil alih tempat presiden dan timbalannya ketika itu selain Ong dan Chan ialah Datuk Seri Dr Fong Chan Onn dan Datuk Chua Jui Meng.

Namun akhirnya gandingan Ong dan Chan dipilih sebagai pengganti walaupun Ong menerima undi ketiga tertinggi pada pemilihan parti sebelum itu dan Chan keempat tertinggi, sedangkan Fong dan Chua masing-masing menerima undi tertinggi dan kedua tertinggi.

Tambahan pula beberapa anggota CC percaya bahawa jika diadakan pemilihan parti sekali lagi, ia mungkin akan mengakibatkan perpecahan dalam parti, yang akan mengheret krisis dalaman itu lebih lama, di samping memberi kesan kepada imej parti.

Bagaimanapun ada kalangan anggota CC yang tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana mereka berpendapat bahawa pemimpin parti seharusnya dipilih menerusi undi oleh badan tertinggi parti, iaitu perwakilan pusat.

Dalam perkembangan terbaru pula, difahamkan keempat-empat naib presiden sudah mencapai 'satu kata sepakat'.

Empat naib presiden parti itu ialah menteri kesihatan (Liow), ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kong), Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan exco Johor Tan Kok Hon.

Semasa dihubungi mereka enggan membuat sebarang ulasan kecuali Dr Ng yang mengesahkan bahawa ada perbincangan diadakan, namun beliau menjelaskan bahawa ia bukan berkaitan rancangan pengganti presiden.

"Kami hanya berbincang mengenai kestabilan, hala tuju parti, dan kami juga sependapat bahawa perpaduan adalah soal yang penting dalam parti ketika ini," katanya kepada Bernama semalam.

"Tidak, kami tidak berbincang mengenai pengganti. Keadaan ketika ini masih belum dapat ditelah, tiada siapa yang mahu membuat sebarang ramalan lagi.

"Tunggu sajalah hingga mesyuarat CC Khamis ini," tambahnya.

Walau apapun mesyuarat CC esok amat penting dalam menentukan nasib Ong, yang dijadual kembali dari luar negara hari ini dan akan menghadiri satu majlis keagamaan di Jenjarom pada sebelah malamnya. BERNAMA

Read more...

Sunday, October 11, 2009

Nizar-Anwar TOLONG selesaikan Krisis MCA: MCA Pecah DUA: Siapa Yang Mampu Selesaikan?

Datuk Seri Najib Razak mahu MCA menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu dahulu sebelum soal kedudukan presiden MCA yang juga menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam kabinet ditangani.

Perdana menteri, yang juga pengerusi BN, berkata apa yang penting kini ialah MCA mencari penyelesaian tuntas supaya perkara itu tidak berulang lagi.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan MCA untuk membuat keputusan dengan segera, membaik pulih MCA serta mengembalikan keyakinan anggota-anggotanya dan masyarakat umum terhadap MCA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku dwibahasa hasil nukilannya berjudul Menakhoda Zaman dan Helming the Times di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya percaya mereka telah mengambil iktibar daripada keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam," katanya.

Najib berkata BN menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA dan percaya jika kepentingan BN dan MCA diutamakan, parti itu boleh kembali kuat dan stabil serta menjadi rakan yang penting dalam BN.

"Jadi apa-apa keputusan yang bakal dibuat oleh jawatankuasa kerja pusat MCA nanti, semestinya berlandaskan kepada keputusan yang telah dicapai di EGM MCA," katanya.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat Khamis depan untuk menentukan langkah seterusnya selepas usul tidak percaya diluluskan terhadap kepimpinan Ong, manakala bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dikembalikan kepada jawatan itu semalam.

Ditanya kesan terhadap BN jika Ong tidak mahu melepaskan kepimpinan parti itu, Najib berkata:

"Kenapa anda mahu membuat andaian yang beliau tidak akan melepaskan jawatan? Selesaikan satu-satu dahulu."

Najib berkata kepimpinan MCA perlu mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai dan berkesan serta mampu meraih sokongan masyarakat kaum Cina untuk menyokong BN.

Buku Menakhoda Zaman dan Helming the Times itu mengandungi 11 bab yang ditulis semula oleh Najib berdasarkan lima ucapan beliau semasa bertanggungjawab sebagai timbalan presiden Umno dari 2004 hingga 2009.

Menerusi buku itu, beliau memetik semula bahan tertentu dalam ucapan berkenaan yang dilihat sebagai sangat relevan untuk dinilai masyarakat Malaysia dan memahami perspektif yang tersurat dan tersirat di sebaliknya demi memakmurkan semula fenomena politik negara.

Buku ini menzahirkan idea Najib yang menulis secara jujur dan telus perihal pelbagai kelemahan Umno, parti terbesar negara yang kini dilihat sebagai di peringkat agak kritikal.

Menerusi buku itu juga, beliau menyuarakan betapa pada tahap sebegini Umno sebagai tulang belakang pemerintahan negara tidak seharusnya hilang perspektif kekuasaan serta pengaruhnya.

Anggota Umno perlu berfikiran jelas dan ikhlas menghadapi kenyataan sosial dan politik semasa dan harus yakin menghadapi pelbagai kemungkinan sekiranya Umno hendak terus mempertahankan kekuasaannya.

Buku setebal 152 muka surat itu dijual di semua cawangan MPH serta kedai buku utama seluruh negara pada harga RM42 di Semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Ong berkata beliau akan mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan kepentingan parti, sambil menambah beliau memikul sepenuh tanggungjawab terhadap keputusan EGM MCA semalam.

"Saya memikul sepenuh tanggungjawab terhadap keputusan EGM dan akan mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan kepentingan parti selepas berunding dengan rakan setugas dan para penyokong serta perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti yang berikutnya," kata Ong menerusi laman blog beliau.

Beliau berkata jawatankuasa kerja pusat akan membincangkan hala tuju parti dan keputusan EGM.

"Keputusan itu telah menghantar mesej tertentu yang saya lihat kini diberikan tafsiran dalam akhbar oleh pelbagai pihak dengan banyak cara," katanya.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Akhbar beliau, Lim Xiu Bin berkata Ong mengambil cuti empat hari sehingga Rabu. BERNAMA

Read more...

Saturday, October 10, 2009

Nizar-Anwar-Chua Jui Meng SENYUM:MCA PECAH

Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden.Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 satu lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak.

Manakala 1,184 perwakilan mengundi menolak Soi Lek dilantik semula ke jawatan timbalan presiden, manakala 1,110 perwakilan menyokongnya. Terdapat 10 undi rosak.

Bagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong.Dalam reaksinya selepas itu, Tee Keat berkata beliau menerima keputusan EGM.

Menurutnya, tindakan lanjut akan dibincangkan oleh majlis presiden dan jawatankuasa pusat parti.Ketika ditanya sama ada beliau akan meletak jawatan, Tee Keat berkata ia akan dibincangkan dalam majlis presiden dan jawatankuasa pusat.

Sebelum itu, Tee Keat dan anggota jawatankuasa pusat MCA masuk ke dewan sejurus sebelum keputusan diumumkan.Selepas keputusan diumumkan, beliau naik ke bilik mesyuarat di tingkat sembilan bangunan MCA untuk mengadakan sidang akhbar.

Tee keat kelihatan kecewa tetapi tenang. Ditanya sama ada beliau terperanjat dengan keputusan tersebut, Tee Keat berkata:"Saya tetap saya, anda nampak saya terperanjat?"Dari hari pertama kita mahu menyelesaikan krisis parti melalui EGM, inilah dia dan kami menerima keputusannya.

"Sementara itu, Soi Lek mengeluarkan kenyataan dua perenggan lewat petang ini sebagai mengulas keputusan pengundian para perwakilan hari ini.Dalam kenyataan tersebut, beliau berterima kasih kepada para perwakilan yang menyokong usul membatalkan penggantungan keahliannya sebagai ahli MCA."Saya menerima keputusan para perwakilan dan saya berharap pucuk pimpinan MCA akan menghormati keputusan perwakilan dalam EGM ini," katanya.

Sebelum itu, keadaan tegang apabila kiraan semula dibuat untuk undian bagi usul tidak percaya kepada Tee Keat kerana majoritnya majoritinya hanya 20 undi atau 1 peratus.

Yip memberitahu para perwakilan, sekiranya jumlah undi sama banyak, mengikut perlembagaan parti, beliau akan mengundi bagi menentukan pemenangnya. Beliau kemudiannya meminta perwakilan menunggu dan kedengaran bunyi laungan 'boo' dari para hadiran. Bagaimanapun, sejurus kemudian, diumumkan oleh pengiraan undi telah tamat dan pengumuman akan dibuat pada bila-bila masa.

Seramai 2,307 perwakilan MCA mengundi dalam EGM hari ini untuk menentukan nasib dan masa depan politik Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Soi Lek.Sebelum EGM bermula pada kira-kira 10.30 pagi tadi, pengerusi mesyuarat agung luar biasa itu, Datuk Yip Phooi Hong, mengumumkan bahawa dua daripada tiga usul telah ditarik balik.

Dua usul tersebut ialah usul membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.Yip berkata, dua usul tersebut diketepikan kerana ia tidak lagi menjadi isu.

Berikutan itu, 2,307 perwakilan MCA yang menghadiri EGM pagi ini akan mengundi tiga usul utama, iaitu usul tidak percaya terhadap Tee Keat, membatalkan keputusan majlis presiden memecat dan keputusan jawatankuasa pusat parti menggantung keahlian Soi Lek dan menerima semula Soi Lek sebagai timbalan presiden MCA.

Proses pendaftaran perwakilan selesai pada jam 10.30 pagi di mana 96.93 peratus perwakilan hadir. Seramai 73 lagi perwakilan tidak hadir.Sehingga jam 11.08 pagi, kira-kira 70 peratus perwakilan telah selesai mengundi.

Pada jam 11.44 pagi, sebahagian besar perwakilan telah selesai mengundi. Manakala Tee Keat pula mengundi pada jam 11.50 pagi. Keseluruhan proses pengundian selesai pada jam 11.55 pagi.

Proses pengiraan pengundi akan bermula selepas ini, keputusannya dijangka diketahui selepas jam 2 petang. Lapan wakil - masing-masing dari puak Tee Keat dan Soi Lek - dilantik untuk memantau perjalanan proses pengundian pagi ini. Tee Keat and Soi Lek tiba di ibupejabat MCA di Jalan Ampang, awal pagi untuk bersarapan bersama para perwakilan di bawah kemah yang dipasang di depan bangunan tersebut.

Kedua-dua tidak bertegur sapa. Apabila pihak media meminta mereka bergambar bersama, Tee Keat dan Soi Lek bersikap seolah-olah tidak mendengarnya.

Tiada masa ditetapkan oleh proses pengundian tiga usul berkenaan pagi ini. Sementara itu, apabila diberitahu yang majlis makan malam anjuran Soi Lek malam tadi, lebih mendapat sambutan, Tee Keat enggan mengulas.Bagaimanapun, para pemerhati berkata, majlis makan malam anjuran Tee Keat dan Soi Lek masing-masing mendapat sambutan.

Menurut mereka, jumlah yang menghadiri majlis makan malam Tee Keat dianggarkan seramai 1,700 orang manakala 1,500 orang menghadiri majlis makan malam Soi Lek.Sebaliknya, penyokong Soi Lek mendakwa 1,500 orang yang menghadiri majlis makannya kesemua adalah para perwakilan. Ekoran pemecatannya, Soi Lek tidak boleh masuk ke dewan dan hanya dilihat berlegar di luar bangunan ibupejabat MCA itu.

Sementara itu EGM kali berlangsung dengan tiga-10: bermula pada jam 10 pagi hari ke-10 bulan kesepuluh. Namun ramai pemerhati politik dalaman percaya para perwakilan telah membuat keputusan mereka.

Pertembungan antara penyokong Tee Keat dan Soi Lek ini bakal menentukan masa depan kepimpinan parti komponen kedua terbesar BN itu, yang dilanda krisis kepimpinan sejak tindakan diambil terhadap Soi Lek berkaitan skandal klip video seks.

Lembaga disiplin MCA mencadangkan Soi Lek dipecat, yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Presiden. Ekoran keributan yang tercetus ekoran tindakan tersebut, maka jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Soi Lek, dan sebaliknya penggantung keahliannya.

Turut menarik perhatian ialah kewujudan apa yang dipanggil "pasukan ketiga" yang mahukan perwakilan menolak kedua-duanya - Tee Keat dan Soi Lek dalam EGM hari ini.

Jika ini menjadi kenyataan, maka akan berulang sejarah penukaran kepimpinan MCA - di mana presiden dan timbalan presiden - melepas jawatan dan kompromi dicapai untuk melantik calon lain, bagi mengelak perpecahan yang berterusan dalam parti itu.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP