Showing posts with label royalti minyak. Show all posts
Showing posts with label royalti minyak. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

Tengku Razaleigh Ketuai Kaukus Roylati Minyak Parlimen

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Nizar News: Benarkah Wang Eshan Kelantan Untuk UMNO??

Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu.

Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.

“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.

“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat. Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut.

Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.

“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau sedang mengatur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.

Read more...

Friday, November 6, 2009

Nizar-Hussam Musa: Batalkan Saja Carigali Minyak Petronas Kelantan

Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.

Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA). Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara, ujarnya.

Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.

Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia. Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.

Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti. Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.

Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,? ujarnya.

Pada masa yang sama Husam turut melahirkan kebimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.

Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.

Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,ujarnya.

Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

Read more...

Nizar-Hussam Musa: Tak NAK Wang Eshan

Hussam Musa Exco kerajaan Kelatan tidak habis-habis mempolitikkan isu pemberian wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai seperti diumumkan DS Najib.

Itulah janji Dato’ Sri Najib dengan tok guru Nik Aziz semasa beliau ke Kelantan, dan Dato’ Sri Najib telah mengumumkan pemberian wang ehsan kepada Kelantan sebagaimana yang diperolehi di Terengganu.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz meluahkan rasa bersyukur dengan pemberian wang ehsan oleh Kerajaan Pusat, namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Tok guru Nik Aziz juga akan menunaikan nazar untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan. Alhamdulillah….....................

Sebaliknya, ketamakkan nafsu Husam erdogan PAS lain pula ceritanya, Husam mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Husam erdogan PAS hendak membatalkan perjanjian dengan Petronas itu dan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

Dato’ Sri Najib telah pun menjelaskan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan.

Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Manek Urai: Kelantan Dapat 1 Bilion Royalti Minyak

Kerajaan pusat telah menerima permohonan dari kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata permohonan tersebut setakat ini masih dalam peringkat kajian sebelum apa-apa keputusan mengenainya dibuat kerana kawasan tempat minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa.

"Kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan."

Salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Awang Adek berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan kewangan Yayasan Tun Hamdan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini.

Terdahulu, beliau yang juga pengerusi Yayasan Tun Hamdan menyampaikan bantuan kewangan kepada 32 penerima yang dipilih dari tiga buah sekolah di negeri ini.

Kesemua penerima telah dinilai prestasi pelajaran masing-masing sepanjang tahun ini dan dari keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP