Thursday, August 20, 2015

Disebalik Laporan Polis Terhadap Rahman Dahlan

1. Ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadi perhatian rakyat, apabila membuat laporan polis terhadap Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri Kesejahteraaan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan- Dato Rahman Dahlan.

2. Laporan itu dikaitkan dengan temuramah Rahman dengan Star online berkaitan dengan tindakan memecat Peguam Negara Tan Sri Gani Patil serta tindakan pihak polis menangkap beberapa pegawai SPRM yang terlibat menyiasat 1MDB dan dana politik RM2.6bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri.

3. Pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang mengintreprestasi tindakan terhadap Gani Patail dan beberapa pegawai SPRM sebagai tindakan salahguna kuasa oleh DS Najib Razak sesuai dengan kenyataan Rahman melalui temuramah tersebut.

4. Rahman walaupun secara anggapan bahawa ada pihak-pihak tertentu cuba menjadikan DS Najib sebagai penjenayah dengan mencipta pertuduhan jenayah berkaitan saluran wang daripada SRC International syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang berjumlah RM42juta.

5. Sarawak Reports telah mendedahkan satu draf pertuduhan kepada DS Najib Razak pada 30 Julai, dua hari selepas Gani Patail dipecat, namun draf tersebut dinafikan oleh Peguam Negara yang baru sebagai betul atau dengan kata lain draf tersebut merupakan draf palsu. Namun melalui kenyataan Rahman melalui wawancara dengan Star Online draf palsu tersebut sebagai tindakan menjadikan DS Najib sebagai penjenayah.

6. Bayangkan menurut Rahman, jika benar-benar draf tersebut berjaya diserahkan kepada DS Najib dan PM di bawah ke mahkamah? Walaupun tuduhan itu masih merupakan dakwaan yang belum tentu benar, kerana siasatan terhadap SRC International masih berjalan, namun akibat daripada tindakan itu, DS Najib terpaksa meletakkan jawatan. Apa kah suatu masa nanti DS Najib dibebaskan kerana tidak bersalah, namun jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno hanya akan menjadi cacatan sejarah. Jika tindakan menjatuhkan Najib itu berjaya, ertinya di negara ini, boleh sahaja menjatuhkan seseorang pemimpin dengan mengunakan dokumen rekaan yang didalangi oleh satu konspirator.

7. Nampaknya, masih ada di kalangan Pegawai Kerajaan yang bersifat waras dan berpihak kepada kebenaran, kerana menajtuhkan seseorang pemimpin yang dipilih rakyat secara demokrasi perlu dihormati dan diberi peluang mentadbir negara dan dilindungi daripada menajatuhkannya secara tidak sah atau melalui pintu belakang.

8. Benar menurut Rahman, jika keadaan demikian berlaku. maka setiap pemimpin kerajaan perlu bertindak menghalang cara yang tidak demokratik tersebut. 

9. Di Malaysia, setiap parti atau rakyat diberi peluang pada pilihanraya umum untuk memilih parti yang membentuk kerajaan. Tunggulah masa itu. Jangan bertindak diluar batas-batas demokrasi dan peraturan permainan untuk mendapatkan kuasa.

Read more...

Akibat mahu bersuamikan Pucuk Muda

JOHOR BAHRU: Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.

Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun 2012. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.

Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.

“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.

“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.

Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.

Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun 2012 sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Read more...

Benarkah Ada Konspirasi Mengulingkan DS Najib?

1. Benarkah ada konspirasi menggulingkan DS Najib? sehingga Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi dan Dato Rahman Dahlan membayangkan bahawa kemungkinan tersebut berlaku atas inisiatif tokoh Umno? walaupun tokoh itu tidak didedahkan. 

2. Pada Sabtu di Negeri Sembilan, TPM mendedahkan bahawa tokoh Umno itu kononya berkerjasama dengan 87 MP pembangkang dan 37 MP BN akan membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri sebaik sahaja beliau menamatkan pembentangan Bajet 2016 oktober depan. Senario undi tidak percaya itu dilakukan melalui point of order kepada Speaker Dewan Rakyat.

Read more...

PENGANTI BLOG APA YANG TERSIRAT

1. Blog saya Apa Yang Tersirat tidak boleh login lagi, dan sebagai pengganti saya menulis melalui blog ini, bermula daripada sekarang. Kepada sahabat-sahabat bloger, tolong pautkan untuk menambah jaringan agar mesej yang disampaikan dapat dikongsi.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP