Tuesday, June 28, 2011

9 Negara asing taja HIMPUNAN BERSIH-UTUSAN

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Akhbar Utusan mendakwa gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian, yang berpangkalan di luar negara, dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Laporan akhbar itu hari ini mendakwa gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Kata akhbar itu, antara NGO terbabit ialah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di negara itu dan Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut, menurut Utusan Malaysia, kini dikesan berada di carta ‘tiga teratas’ selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia juga mendakwa bahawa minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih 2.0.

“Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi ‘tangan ghaib’ bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO,” lapor Utusan Malaysia.

“Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian,” kata Utusan Malaysia memetik sumber.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

“Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

“Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara,” jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

“Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED),” kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

Read more...

Sunday, June 26, 2011

Himpunan Bersih-disusupi anasir komunis

Dengan slogan UDAH LA TU BERSARALAH aktivtis PSM mahu menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Polis telah menemukan risalah yang mengagungkan Chin Ping, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah. Tiga nama itu adalah pemimpin PKM yang diharamkan.

Pihak polis telah menahan 30 orang aktivitis parti itu, di Pulau Pinang di bawah seksyen 122 kanun keseksaan kerana memerangi Yang Dipertuan Agong.

Read more...

Saturday, June 25, 2011

Apabila Anwar main tembak

Sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman kepada trio Datuk T, Anwar terus main tembak. Sasaran kali ini adalah DS Najib. Anwar mendakwa bahawa pada hari Khamis Tan Sri Rahim Thamby Chik ada berjumpa Perdana Menteri di Pejabatnya di Parlimen, kononnya untuk mengatur perjalanan mahkamah yang membicarakan Trio Datuk T.

Bagi Anwar, apabila sesuatu perkara menyudutkannya, adalah pasti menyalahkan orang lain. Anwar mengeluarkan seberapa banyak tembakan dan dakwaan, kononnya dia diananya.

Semalam, selepas sahaja DS Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di PWTC, apabila diajukan soalan, apakah RTC ada berjumpanya, PM menafikannya dan mengatakan itu semua satu pembohongan.

Kenapa Anwar gemar menyalahkan orang lain? Apa kah ini semua merupakan tabiat semula jadinya?

Semua salah laku Anwar, kononnya akibat konspirasi dan perancangan orang lain.

Main jubur dengan Azizan, Sukma, Anas, Saiful, dengan china doll, semuanya konspirasi dan perancangan orang lain. Kenapa Anwar asyik sahaja terkena? Kenapa orang lain tidak? ramai juga pemimpin pembangkang, kenapa Anwar seorang yang terkena? Jawabnya, kerana dia buat benda tu.

Read more...

Friday, June 24, 2011

Pemilihan dalam PKR penuh penipuan-Tetapi desak SPR melalui BERSIH

Ibu ketam mahukan anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya pun tidak mampu melakukannya.Ini lah yang berlaku dengan Penganjur BERSIH yang didalangi Anwar dan Pakatan.

Zaid Ibrahim terpaksa keluar daripada PKR dan menarik diri daripada bertanding Timbalan Presdien PKR, kerana penipuan yang terang-terangan semasa pemilihan parti itu.

Para pemimpin ini juga menuntut SPR menjalankan PRU adil dan bersih. Benar kah SPR menjalankan Pilihanraya tidak adil? Jika ini berlaku, bagaimana Pembangkang boleh menang dan menawan 5 negeri plus wilayah Persekutuan semasa PRU-12?

Kalau lah UBN, mampu mempengaruhi SPR, sudah tentu tidak ingin kehilangan negeri Kaya Selangor dan Pulau Pinang.

Tepuk dada tanya selera.

Read more...

TPM minta belia jangan ikut perhimpunan Bersih 9 Julai

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan belia negara ini supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

Beliau juga mengingatkan para belia supaya jangan terpengaruh dengan pujukan supaya menyertai perhimpunan haram tersebut menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Jangan libatkan diri dalam perhimpunan haram ini... jangan dengar seruan panggilan telefon dan SMS yang tersebar meluas ajak saudara terlibat perhimpunan haram yang menyalahi (undang-undang)," katanya pada perhimpunan Belia 1Malaysia Parlimen Pagoh di sini Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Pagoh berkata adalah lebih bagi belia memanfaatkan masa yang ada untuk memajukan diri dan membantu masyarakat berbanding menyertai perhimpunan haram tersebut.

Sementara itu, beliau berkata walaupun Pagoh berada di dalam kawasan luar bandar namun kawasan berkenaan semakin berkembang pesat dalam beberapa tahun ini.

"Jalan yang perlu dilalui oleh para belia masih jauh. Sebab itu saya mengajak semua bekerja sebagai satu pakatan kerana kita yakin dalam tempoh akan datang kawasan Pagoh akan menjadi kawasan paling maju di dalam daerah Muar," katanya.

Muhyiddin pada majlis itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada setiap 96 pertubuhan belia di kawasan Parlimen Pagoh dan juga sedang berusaha mencari tapak untuk membangunkan sukan permotoran bagi belia kawasan berkenaan.

Kemudiannya ketika merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Pagoh dekat Panchor, di sini, Muhyiddin berkata hab pendidikan Pagoh di kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar akan dimulakan sebelum akhir tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Beliau berkata hab itu kelak akan menempatkan beberapa universiti tempatan termasuk kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), politeknik dan sekolah menengah vokasional.

"Seperti yang dicadangkan belia di sini, usaha juga akan dibuat untuk mempelawa institut pengajian tinggi swasta supaya menempatkan kampus mereka di sini," katanya sambil menambah hab berkenaan akan muncul sebagai kawasan pertumbuhan baru di Pagoh.

Muhyiddin selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dalam pada itu turut melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat negara ini yang mudah tersinggung apabila tercetusnya sesuatu isu berkaitan kaum dengan wujudnya pihak yang cuba melagakan antara kaum.

"Saya berasa bimbang kerana prinsip asal dulu yang berjaya dibentuk pemimpin dulu sudah mula dilemahkan. Ini trend yang tidak baik. Untuk mengelakkan perkara ini, kita kena kembali kepada perjuangan asal," katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota MCA Pagoh supaya terus menyokong parti tersebut memandangkan MCA kini sudah mula bangkit sebagai 'suara' mewakili kaum Cina.

Menurutnya BN mahu parti itu terus menjadi antara rakan kongsi utama bagi bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat. - BERNAMA

Read more...

Thursday, June 23, 2011

Aishwarya Rai akhirnya mengandung

MUMBAI: Bintang Bollywood dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai sah mengandung anak pertama.

Berita gembira itu didedahkan bapa mentuanya dan juga bintang veteran, Amitabh Bachchan dalam laman twitter, kelmarin.

“Berita! Berita! Berita! Tak lama lagi saya bergelar datuk...Aishwarya mengandung...saya sangat gembira dan teruja!!,” katanya.

Aishwarya, 37, berkahwin dengan anak lelaki Amitabh yang juga pelakon, Abhishek, 35, pada April 2007.

Jika semuanya lancar, ini adalah anak pertama pasangan itu dan sekali gus menjawab spekulasi di kalangan penulis kolum gosip India mengenai perubahan berat badan aktres berkenaan.

Amitabh kemudian berkata dia terharu dengan maklum balas pengikut dalam laman Twitter miliknya dan menerima 2,843 ‘tweets’ ucapan tahniah dalam setengah jam.

Menulis dalam laman blognya bigb.bigadda.com, dia berkata: “Kegembiraan dan kebahagiaan berada di sekeliling kami,” ujarnya, namun tiada maklumat mengenai tarikh bayi berkenaan dijangka dilahirkan.

Keluarga Bachchan iaitu Amitabh, isterinya, Jaya, Aishwarya dan Abhishek adalah ‘keluarga Bollywood’ pertama dan mempunyai pengikut fanatik di India serta seluruh dunia.

Anak perempuannya, Shweta Nanda memiliki dua cahaya mata.

Amitabh berkata, dia berasa amat gembira dengan berita itu lebih-lebih lagi bayi berkenaan adalah anak pertama Abhishek yang bakal membawa nama ‘Bachchan’, yang pertama dalam generasi ini.

Keluarga berkenaan memboikot Anugerah Majalah Filmfare tahun lalu selepas sebuah akhbar tabloid di Mumbai menulis bahawa Aishwarya tidak boleh mengandung, menyebabkan notis undang-undang dihantar mendesak penarikan semula artikel berkenaan dan permohonan maaf secara terbuka.

Aishwarya yang dinobatkan sebagai ratu cantik dunia pada 1994 membuat kemunculan pertama dalam filem Bollywood pada akhir 1990-an dan sudah membintangi lebih 40 filem sejak itu.

Terbaru, dia membintangi filem hebat Selatan India `Endhiran' di samping bintang filem Tamil, Rajnikanth yang memecahkan rekod kutipan pawagam di India.

Dia juga muncul sebagai pencuri berlian dalam filem Hollywood `Pink Panther 2' yang turut dibintangi Steve Martin. Selain itu, dia membintangi filem bahasa Inggeris seperti `Bride And Prejudice' serta `The Last Legion' pada 2007.

Aishwarya menghadiri Festival Filem Cannes bagi mempromosikan filem terbarunya `Heroine' yang bakal menjalani penggambaran tahun ini.

Ketua Eksekutif UTV Motion Pictures, Ronnie Screwvala berkata Aishwarya kini memiliki aura seorang bintang.

“Dia adalah duta jenama untuk India dan mewakili filem India di French Riviera (Festival Filem Cannes),” katanya.

Dia juga memiliki kontrak peragaan lumayan termasuk dengan syarikat kosmetik terkemuka Perancis, L’Oreal.

Read more...

Wednesday, June 22, 2011

Huru hara 9 julai-Pasti Pembangkang salahkan kerajaan

Yakinlah, jika berlaku hura hara pada 9 Julai, pembangkang pasti salahkan kerajaan. Pada ketika itu, apa yang boleh dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri? paling-paling memerintahkan perintah berkurung di kawasan yang terlibat.

Tindakan pencegahan amat penting untuk mengelak sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Apa lah guna kepada cara felksibel, kalau ianya lebih membawa kemudaratan daripada kebaikan.

Katakan lah yang berhimpun itu 1juta, penduduk negara ini berjumlah 27 juta, mana yang dipentingkan rakyat yang berjumlah kecil atau rakyat majoriti?

Jika keadaan ini berlaku pada tahun 80-an, pasti orang-orang degil yang tidak menghormati undang-undang negara ini telahpun diamankan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Read more...

Isu Video seks Anwar masih menarik pembaca

Isu Anwar telah menjadi tatapan baik di media, audio visual mahupun dunia siber.

Sejak dipecat sebagai TPM pada September 1998, hingga kini isu mengenai Anwar terus diperkatakan baik dalam negara mahupun luar negara.

Akibat banyaknya yang mengupas mengenai isu Anwar, dengan sendirinya Anwar menjadi popular.

Popular, bukan kerana kebaikan, namun popular kerana isu moral.

Anwar telah didakwa kes liwat1, dan kini masih berhadapan dengan kes liwatII. Anwar akan menyambung pembelaannya pada 16 Julai depan, seminggu selepas perhimpunan Bersih2.0 tajaan Anwar.

Selain itu, Anwar juga berhadapan dengan video seks lucah. Anwar didedahkan sedang melakukan seks dengan seorang wanita cina yang tidak diketahui identitinya.

Jumaat ini, Trio yang bertanggungjawab mendedahkan video seks tersebut akan dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan mengedar video seks lucah.

Pihak polis bertindak atas laporan Anwar pada 21 Mac lalu, di Balai Polis Dang Wangi selepas sahaja Trio Datuk T mempertontonkan video seks Anwar tersebut kepada wartawan terpilih bertempat di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur.

Pihak polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat video seks tersebut. Pihak polis juga mendapati bahawa rakaman video tersebut adalah tulen.

Sejauh mana isu Anwar berserta isu moralnya termasuk video seks akan menenggalamkan isu utama dalam negara? umpamanya isu kenaikan harga barang, isu kebocoran pembinaan PKFZ, isu jenayah dan isu-isu lain yang ada kaitan dengan rasuah?

Apa kah juga isu Anwar akan menjadi senjata makan tuan terhadap kerajaan, kerana rakyat menjadi muak dan kesal, akhirnya rakyat memterjemahkannya kepada penolakan kepada kerajaan yang memerintah?

Perbicaraan mahkamah kini, seolah-olah tidak ada kes lain yang dibicarakan melainkan mengenai Anwar. Anwar menyedarai ini semua, atas sebab itu, Anwar melakukan strategi agar penumpuhan perudangan negara hanya menumpuhkan pada dirinya. Akibatnya, Anwar semakin popular. Penulis merasakan, tiada lagi individu sepopular Anwar dalam negara ini.

Read more...

DEMI Rakyat: PKR target pengguna internet

PKR menjadikan target 9.5 juta pengguna internet terutama mereka yang berhubung mengunakan laman sosial FB dan peminat Youtube.

Kempen Demi Rakyat akan mensasarkan pengguna internet yang berumur antara 25-45 tahun, terutama mereka yang berpendapatan 3,000 ke bawah.

Menurut PKR golongan ini merupakan 60% daripada penggundi dan juga golongan ini terdedah kepada kenaikan harga barang akibat inflasi.

Negara kini berhadapan dengan kadar inflasi yang meningkat, misalnya pada mac 2011-inflasi dikadar 3.3%.

Dengan berkurangnya subsidi untuk minyak dan gula, inflasi dijangka terus meningkat. Peningkatan inflasi ditunjukkan oleh kenaikan harga barangan, sedangkan pendapatan berada pada tahap yang sama.

Majoriti rakyat sekarang ini merasakan kenaikan harga barangan sangat memukul perjalanan kehidupan mereka.

Isu inflasi ini merupakan isu utama pembangkang kepada rakyat untuk menumbang BN pada PRU-13 akan datang.

Read more...

Tuesday, June 21, 2011

Himpunan Bersih: Anwarlah dalangnya

Nurul Izzah wakil rakyat Lembah Pantai daripada PKR cuba menasihatkan kerajaan agar mencontohi pilihanraya Turki.

Pada PRU Turki baru-baru ini, Nurul Izzah hadir sebagai tetamu Parti AK yang menang besar dalam piliharaya tersebut.

Kalau lah Nurul mahukan agar pilihanraya seperti di Turki, dimana pemimpin politik yang dikaitkan dengan masalah moral dipaksa berhenti dan meletakkan jawatan, sehingga sisatan selesai, maka Nurul mempunyai tugas berat-perlu meminta bapanya berhenti daripada sebarang jawatan politik sehingga siasatan mengenainya selesai.

Nurul tahu betul bahawa bapanya kini menghadapi perbicaraan liwat yang bersambung pada 16 Julai dan isu video seks yang memaparkan bapanya dalam video tersebut.

Selepas pilihanraya 1969, pilihanraya di negara ini berjalan dengan aman; termasuk tahun 1990, di mana BN berhadapan dengan Angkatan Perpaduan Ummah (S46 dan PAS) dan Barisan Aliternatif S46-DAP-PBS. Pada PRU tersebut, Kelantan terlepas ke tangan PAS hinggalah ke hari ini.

Selepas sahaja Anwar dipecat daripada Umno dan Kerajaan pada tahun 1998, maka pada PRU-1999, walaupun Anwar berada dalam penjara, namun para pengikutnya membuat kekacauan di sana sini dengan provokasi kepada pihak keselamatan terutama pihak polis.

Sejak 1998, Anwar menkambingkan hitamkan suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan polis pada setiap pilihanraya, apabila calon mereka kalah.

Selepas PRU12, dimana Pembangkang berjaya merampas 5 negeri dan wilayah persekutan dan 8 PRK selepas itu, parti pembangkang dan Anwar tidak pun menyerang SPR; namun selepas rakyat menyedari kesilapan menyokong Pembangkang, maka 8 PRK selepasnya dan terakhir PRK Merlimau dan Kerdau, pembangkang menyaksikan kekalahan calon-calon mereka, maka pembangkang kembali kepada rentak lama-menyalah SPR kerana kekalahan tersebut.

Pada PRN Sarawak April lalu, daripada 71 kerusi yang dipertandingkan- BN hanya menang 55 kerusi, walaupun sebelum DUN Sarawak dibubarkan BN mempunyai 63 kerusi. BN menyaksikan bagaimana kerusi-kerusi bandar dan spra bandar berjatuhan kepada pembangkang. Jika SPR tidak telus dan menyebelahi BN-sudah tentu Presiden parti SUPP tidak kalah di DUN Piasau. Demikian juga, Baru Bian tidak akan menang di kawasan kubu kuat BN, selain itu-Timbalan Presiden SPDP tidak kalah di DUN Kerian.

Sebenarnya SPR telah menjalankan tugas dengan baik, adil kepada parti-parti yang bertanding. SPR tidak dapat menentukan siapa parti yang perlu dipilih rakyat.

Berasaskan kepada sentimen rakyat, rakyat majoriti belum mahu memberi peluang kepada pembangkang merampas Putrajaya. Atas sebab itu, Anwar memcipta kekacuan agar pihak kerajaan dan polis mengambil tindakan. Apabila ini berlaku, maka mode rakyat akan terpengaruh untuk menyebelahi Pembangkang.

Anwar dalam benaknya terpaksa go all out, kerana selain masalah moralnya, juga persepsi rakyat majoriti kini,bahawa pakatan pembangkang, hanya mampu membuat janji retorik. Rakyat menyaksikan bagaimana keadaan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, bukan bertambah baik, malah bertambah buruk. Indeks jenayah, indeks pengangguran dan masalah sosial lain terus bertambah di negeri-negeri tersebut. Bukan itu sahaja, peluang perniagaan bagi kaum melayu dan bumiputera bukan bertambah, malah cuba dikekang.

Apabila penduduk majoriti yakni kaum melayu dan bumiputera tidak mempunyai daya beli, tempias akan merebak kepada peniaga cina. Peniaga cina tidak dapat menjual barangannya, akhirnya keadaan ekonomi mereka semakin lama semakin merundum.

Hakikat ini lah yang menghantui Anwar, atas sebab itu, demi meneruskan memontem dan semangat penyokongnya, kekacauan seperti himpunan Bersih diadakan.

Rakyat biasa yang akan ikut dalam perhimpunan itu hanya digunakan sebagai alat oleh Anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang, sudah dikejar waktu-kalau bukan pada PRU-13 mengwujudkan impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka masa itu pemimpin veteran DAP itu tiada lagi. Demikian juga untuk Anwar, ini lah peluang terakhir baginya, jika gagal-politik Anwar dengan sendirinya ternoktahkan.

Read more...

Himpunan Bersih: Alat Anwar huru hara negara

Percayalah Himpunan Bersih2.0 adalah alat Anwar untuk huru hara negara. Anwar tahu bahawa kes sodomi IInya bersambung pada 16 Julai, atas sebab itu sebelum tarikh tersebut Anwar perlu buat sesuatu agar hakim yang mendengar kes tersebut tertekan.

keadaan itu, kalau himpunan itu dapat dikawal, namun jika kawalan gagal, maka Anwar cetuskan hari itu sebagai hari Permulaan Tahrir Square- Malaysia.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP