Sunday, September 6, 2009

Tiga Penduduk Islam di Tembak Mati di Yala Thailand

YALA 6 Sept. - Kumpulan bersejata menembak mati tiga penduduk Islam dari satu keluarga dalam kejadian keganasan terbaru di wilayah bergolak di selatan Thailand.

Ketua kampung berusia 61 tahun, anak perempuannya berumur 33 tahun dan suami wanita terbabit berusia 42 tahun ditembak ketika mereka duduk di dalam rumah mereka di Yala, malam tadi.

Polis berkata, kumpulan pemisah menyerbu rumah tersebut dan melepaskan tembakan ke arah keluarga terbabit dan kemudiannya melarikan diri.

Serangan tersebut adalah siri terbaru dalam serangan ke atas penduduk ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Jumaat lalu, seorang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta di Yala, manakala letupan bom motosikal di Pattani pada Khamis lalu mencederakan 27 orang.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP