Thursday, July 30, 2009

BERNAS sabotage keselamatan negara

Lembaga pengarah syarikat BERNAS secara diam-diam mesabotage keselamatan negara dengan menjual 31.36% sahamnya kepada Wang Tak Co.Ltd yang berpengkalan di Hong Kong.

Wang Tak Co.Ltd sekarang telah menjadi pemegang saham tunggal tersebesar dalam BERNAS setelah menguasai 147.51 juta saham daripada 404.02 juta saham milik BERNAS.

Beras adalah makanan asas rakyat ini dan merupakan makanan yang berkait rapat dengan keselamatan negara.

Sebagai rakyat biasa, saya tidak menerima tindakan BERNAS ini, apa kah motif sebenar penjualan saham tersebut? Apakah penjualan ini didalangi agen-agen subersif untuk memudaratkan keselamatan dan keamanan negara?

Kerajaan mesti bertindak pantas, tiada alasan yang boleh diberikan, kerana makanan menentukan segala-galanya.

more on this

Read more...

Wednesday, July 29, 2009

unit trust

Menjadikan pertambahan kewangan purata tidak kurang 10% setahun dalam jangka masa 3 hingga 10 tahun, menyimpan wang melalui unit amanah adalah pilihan yang bijak. Kebaikan menyimpan melalui unit amanah penyimpan mendapat bantuan kepakaran kewangan daripada perunding perunding berlesen yang profisional dan pengendali yang arif dalam segi pelaburan dalam Negara maupun luar Negara.

Melalui unit amanah penyimpan dapat ikut serta dalam pengendalian syarikat-syarikat besar seperti Telekom Malaysia (TM), petronas, MAS, AIRASIA, Maxis dan lain-lain melalui penyertaan serendah RM100.00 yang mana jika melalui kaedah lain, adalah sukar untuk mengekses dana-dana syarikat-syarikat besar ini, kecuali bagi mereka yang bermodal besar.

Menyimpan wang melalui unit amanah dapat dilakukan bila-bila masa dan pengeluran pelaburan pun dapat dilakukan bila-bila masa.

Jika sesorang itu mempunyai kewangan mereka ada beberapa pilihan untuk menyimpan/menggunakan sumber kewangan tersebut. Samada melalui:-

Menyimpannya di bank, sama ada berbentuk simpanan biasa atau simpanan tetap.
Menjalankan perniagaan
Memembeli harta misalnya rumah atau
Menyimpan melalui unit amanah, misalnya Amanah Saham Bumiputera dsbnya.

Pertanyaan kita penggunaan kewangan yang manakah memberi pulangan yang terbaik tanpa risiko?

Simpanan Biasa (Bank)
Paling selamat,tetapi apakah pulangannya memadai? Biasanya antara 2%-2.5% setahun.

Simpan Tetap/Berjangka (Bank)
Melalui simpanan ini, pulangannya juga tidaklah tinggi dan berkisar antara 3% - 4% setahun, inipun tergantung kepada jumlah wang yang ingin di simpan.

Menjalankan Perniagaan
Apakah kita mempunyai kepakaran atau pengelaman yang cukup untuk menjalankan perniagaan. Apakah kita mempunyai pengelaman mengurus, pengalaman dalam pemasaran, dan yang paling penting, dapatkah kita meramal perniagaan kita itu mendapat sambutan dan seterusnya Berjaya?. Memulakan perniagaan contoh yang paling sederhana, membuka restoran misalnya, paling tidak kita mesti mempunyai modal permulaan sekurang-kurangnya RM50,000.00. Demikian juga perniagaan franchais, sekurang kurangnya kita mesti menyediakan modal permulaan antara RM 200,000.00 hingga RM 1.5 juta.


Membeli Harta Asset
Membeli tanah, rumah, premis perniagaan. Memang harta ini dalam masa jangka panjang dapat memberi pulangan yang cukup melangkaui kadar inflasi, tetapi melabur dalam bentuk ini sukar bagi kita melepaskannya dalam masa singkat,; dalam ertikata bentuk pelaburan ini tidak mudah cair.

Menyimpan Melalui Unit Amanah

Kita boleh bermula dengan serendah RM100.00 apakah dengan keadah berkala atau sekaligus. Melalui unit amanah pulangan kewangan kita secara perlahan tapi pasti bertambah tidak kurang 10% setahun dalam masa antara 3 hingga sepuluh tahun. Melalui keadah ini semua penggurusan kewangan kita diurus secara telus dan professional oleh pengendali kewangan CIMB. Dengan demikian minda kita terus tenang dan tahu, pada masa tertentu, wang kita terus bertambah sesuai dengan matlamat kita.

Read more...

Di mana hati kita

DI mana hati anda? Menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada pagi Selasa lalu menyedarkan penulis bahawa bukan setiap seorang daripada kita mempunyai ilmu asas kesihatan diri. Rupanya masih ada yang terkeliru antara hati dan jantung, terutamanya kedudukan hati di dalam badan. Ini dapat difahami memandangkan perkembangan sosial yang banyak dipengaruhi dunia Barat.

Perkataan 'heart' seringkali diterjemahkan sebagai 'hati' dalam konteks sosial dan perasaan sedangkan dari sudut biologi pula maknanya salah sama sekali. Maka, masih menjadi kebiasaan seseorang itu tidak mengetahui kedudukan, fungsi mahupun masalah kesihatan berkaitan hati, dan mungkin juga beberapa struktur dan organ badan yang lain.

Hati Sakit dan rosak

Di mana hati anda? Hati atau hepar (dalam bahasa Greek), merupakan organ dan kelenjar terbesar di dalam badan dan berada di sebelah bawah tulang rusuk kanan, bukannya di sebelah kiri dada (kedudukan jantung).

Pakar Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan hati juga mempunyai dua bahagian utama, kiri dan kanan, beserta pundi hempedu di bawahnya.

"Hati adalah organ penting untuk menapis bahan berbahaya dari dalam darah dan membuangnya dari badan. Hati juga penting untuk penghadaman dan metabolisme protein serta karbohidrat."

Dr. Ahmad Shukri menegaskan sakit hati dan rosak hati berbeza. Sakit hati adalah istilah orang ramai yang biasanya merujuk kepada sakit di bahagian hati yang mana puncanya adalah berbagai seperti jangkitan virus hepatitis atau akibat minuman keras. Ianya juga boleh disebabkan oleh hati yang bernanah (abscess) atau masalah batu hempedu.

Kerosakan hati pula melibatkan radang atau kebengkakan pada hati disebabkan oleh penyakit kronik seperti virus hepatitis B atau C, dan juga minuman keras yang boleh membawa kepada sirosis hati dan kegagalannya untuk berfungsi. Perlu difahami bahawa kerosakan hati boleh berlaku tanpa pesakit merasai sebarang kesakitan.

"Hepatitis boleh membawa kepada sirosis (pengerasan hati) dan juga kanser hati!"
Gejala penyakit hati, termasuk hepatitis, termasuklah hilang selera makan, penurunan berat badan, pening, kencing kuning pekat dan tahi warna kelabu macam tanah liat. Gejala yang timbul juga bergantung kepada tahap kerosakan yang menjejaskan fungsi hati.

Radang

Kebanyakan masalah dan penyakit hati melibatkan penyakit kuning (jaundice) akibat peningkatan bilirubin, bahan sampingan hasil kematian sel darah merah. Kebiasaannya, hati yang sihat akan menapis bilirubin dari darah dan membuangnya melalui hempedu. Bagi hati yang rosak, termasuk akibat hepatitis, proses penapisan bahan sampingan ini mungkin terjejas. Ianya juga berlaku disebabkan gangguan pengaliran air hempedu di dalam hati disebabkan sel yang membengkak dan rosak.

Kebanyakan kes hepatitis (radang hati) berlaku akibat jangkitan virus, seperti mana Influenza H1N1 menyerang paru-paru. Namun, hepatitis juga boleh berlaku akibat racun tertentu, penyakit autoimun atau penyakit keturunan. Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu parut pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati akibat jangkitan virus, ketagihan alkohol atau bahan kimia tertentu. Sirosis pula boleh membawa kepada kanser hati!
"Hepatitis sememangnya menggerunkan. Saya pernah berjumpa pesakit yang menangis tiba-tiba, ketakutan akibat terlalu banyak maklumat, dan mungkin telah salah faham mengenai situasi yang dihadapinya.

"Radang hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun, virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling menggerunkan," kata Dr. Ahmad Shukri.

Menurutnya, sirosis terbentuk daripada hepatitis kronik setelah bertahun-tahun dijangkiti virus tersebut. Di bawah mikroskop elektron, virus hepatitis kelihatan seperti bunga bulat tetapi sangat bahaya.

"Malaysia dan rantau Asia mencatatkan paling banyak penyebaran virus hepatitis secara menegak (vertical), dari ibu kepada anak, dalam kandungan atau semasa dilahirkan. Dan, hanya HBV yang boleh dijangkiti secara menegak.

"Namun, ada juga pesakit yang dijangkiti HBV atau HCV ketika sudah dewasa, pada usia 30-an atau 40-an, melalui perkongsian jarum, pemindahan darah atau organ, dan juga jika mereka sering bertukar pasangan seks."

Oleh itu, perlu difahami bahawa untuk HBV dan HCV, darah menjadi punca penyebaran utama. Hepatitis bukannya satu penyakit keturunan atau genetik!

HCV tidak disebarkan secara menegak tetapi boleh berjangkit melalui kaedah lain yang disebutkan tadi. Di Malaysia, lebih banyak kes hepatitis B dilaporkan berbanding hepatitis C berikutan keupayaan HBV berpindah dari ibu kepada anak.

"Dianggarkan terdapat 1.1 juta rakyat Malaysia yang disyaki menghidap hepatitis B (belum termasuk hepatitis C).

"Pesakit yang memuntahkan darah akibat bengkak atau radang hati juga biasa disalah anggap sebagai telah disantau orang," jelas Dr. Ahmad Shukri.

Peluang pulih

Peluang seseorang yang dijangkiti HBV atau HCV pulih sepenuhnya, bergantung kepada jenis virus dan juga kekuatan sistem imuniti badan pesakit. Mereka yang masih muda, dengan sistem imuniti yang kuat, mempunyai peluang yang cerah untuk pulih.

"Peluang mereka yang dijangkiti HBV untuk pulih selepas enam bulan adalah lebih tinggi. Malangnya, 70 peratus pesakit yang dijangkiti HCV (hepatitis C) tidak akan pulih dan menjadi pembawa kronik virus tersebut.

"Cara jangkitan juga menjadi penentu perkembangan hepatitis. Mereka yang dijangkiti semasa dewasa mempunyai 85 peratus peluang untuk pulih sepenuhnya. Tetapi, sehingga 85 peratus pesakit yang dijangkiti ketika dilahirkan akan kekal dengan virus tersebut seumur hidup."

Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun menegaskan masih banyak dapat dilakukan, bermacam rawatan boleh dicuba, tetapi hanya jika jangkitan dikesan dari peringkat awal. Jika ditunggu sehingga timbulnya gejala hepatitis, mungkin sudah terlewat!

Kemunculan Influenza A H1N1 mungkin telah menyedarkan kita betapa sukarnya merawat jangkitan virus berbanding jangkitan bakteria. Namun, masih ada ubat tertentu yang dapat mengekang dan menghalang penularan virus di dalam badan pesakit.

Untuk hepatitis, kini terdapat ubat dalam bentuk pil atau suntikan. Walaupun telah lebih 15 tahun dihasilkan, peringkat awal rawatan secara suntikan Interferon tidak memuaskan kerana kadar tindak balas yang rendah.

"Pada awalnya, keberkesanannya hanya sekitar 20 peratus. Kemudian, ia meningkat kepada 30 peratus, dan kini ubat tersebut yang terdiri dari Nucleoside Analog dan Pegylated Interferon telah mampu memberi kesan positif sehingga lebih dari 50 peratus.

"Walaupun sebilangan pesakit kekal mempunyai virus hepatitis di dalam badan mereka, ubat tersebut menyebabkan virus itu tidak aktif," tegasnya.

Tambah Dr. Ahmad Shukri, tujuan utama rawatan dimulakan secepat mungkin adalah untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada hati. Sebelum memulakan rawatan, pesakit memerlukan pengesahan jenis virus dan tahap jangkitan melalui beberapa ujian.

Ini bagi menyesuaikan dengan kaedah rawatan yang paling berkesan. Berbanding 15 tahun lalu, pesakit kini mempunyai banyak pilihan rawatan, dengan kebanyakannya semakin berkembang dan semakin berkesan hasil penemuan-penemuan terbaru.

"Bagi pesakit yang dijangkiti ketika dewasa, 85 peratus daripada mereka akan pulih sepenuhnya, tanpa kesan virus dalam badan dan telah membentuk antibodi terhadap virus berkenaan!

"Perlu diingatkan bahawa pengambilan tonik hepar atau vitamin tidak merawat jangkitan virus hepatitis. Ia mungkin sekadar memberi suplemen tambahan kepada hati tanpa menyembuhkannya," tegasnya.

Pesakit dinasihatkan untuk mendapat pandangan pakar sebelum mengambil sebarang suplemen kerana dikhuatiri akan memberi kesan lain kepada hati yang telah dijangkiti virus sekiranya tidak dipantau dengan cara yang betul.

Saringan

Maklumat terkini mengenai virus, cara jangkitan, kesan dan cara mencegah, membolehkan kita merancang kaedah menentang penularan penyakit berjangkit seperti hepatitis dan juga influenza. Untuk hepatitis, hanya ujian darah memadai sebagai kaedah saringan mahupun pemantauan penyebaran HBV atau HCV.

"Mereka yang sering membuat ujian saringan untuk HBV, HCV ataupun HAV (virus hepatitis A) mudah mengetahui jika mereka diserang virus hepatitis.

"HAV yang disebarkan melalui makanan atau minuman tercemar, merupakan virus hepatitis yang tidak berbahaya dalam jangka panjang dan boleh dicegah dari awal melalui pengambilan vaksin," katanya.

Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun berharap pihak hospital mahupun makmal meningkatkan skop saringan virus hepatitis dengan sekurang-kurangnya melibatkan saringan untuk kedua-dua HBV dan juga HCV.

"Pakej ujian darah sedia ada hanya melibatkan saringan untuk HBV sahaja. HCV juga sepatutnya disertakan!

"Kedua-dua virus hepatitis yang disebarkan melalui darah ini boleh dikesan melalui kehadiran antibodi terhadap virus terbabit. HBV juga boleh dikesan melalui kehadiran antigennya (struktur permukaan kapsul virus)."

Walaubagaimanapun, ujian saringan mungkin terlepas pesakit yang berada di dalam window period, di ketika virus sedang bersembunyi akibat jumlah antibodi atau antigen yang rendah. Bagi mengelakkan terus kebarangkalian jangkitan, pengambilan vaksin mungkin menjadi cara pencegahan terbaik.

Vaksin untuk HBV dan HAV sudah lama dikeluarkan. Terdapat dua jenis persediaan vaksin berkenaan, sama ada secara berasingan atau kombinasi kedua-dua vaksin dalam satu suntikan sahaja. Setiap individu memerlukan tiga dos vaksin hepatitis B dan dua dos untuk vaksin Hepatitis A. Malangnya, vaksin untuk HCV yang menjadi punca hepatitis lebih kronik belum dihasilkan.

"Namun, pesakit yang dijangkiti hepatitis sebelum sempat mengambil vaksin masih mempunyai peluang untuk pulih, dan juga mengawal penularan virus tersebut.

"Majoriti generasi muda kini telah di beri suntikan vaksin hepatitis B semasa lahir lagi sebagai salah satu suntikan wajib. Bagaimanapun, kita semua masih berisiko dijangkiti HCV sementara generasi terdahulu tidak terlindung daripada HBV," ujarnya.

Untuk itu, Dr. Ahmad Shukri menegaskan pesakit tidak melengah atau mengambil mudah ujian saringan mahupun rawatan, kerana virus hepatitis akan membawa kepada penyakit hati yang kronik.

"Sesetengah pesakit mungkin pulih, yang lain pula mungkin kekal dengan virus tersebut. Namun, perlu diingat bahawa hepatitis boleh dicegah, dikawal dan kini boleh dirawat, sebelum ia berkembang menjadi sirosis mahupun kanser hati!"

Read more...

Nasib mereka yang melayu

Wan Siti Farihan mati tidak ada inkues, tidak ada suruhanjaya bebas Diraja, kematian pelajar ini kerana suratan takdir. Beza kematian pelajar ini, bukan dalam siastan, tetapi hanya status pelajar, dan kematiannya pula terjatuh di tempat kediamannya sendiri.

Kematian Teoh Beng Hock berlainan, kerana kematiannya dikatakan terjatuh dari T14 bangunan Pejabat SPRM, dan kebetulan pula dalam siasatan SPRM. Akibat kematiannya, kerajaan menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan mencari fakta kematian Beng Hock.

Belumpun inkues bermula, apatah lagi Suruhanjaya Bebas Diraja, kerana menunggu skop kerja suruhanjaya itu, suara-suara sumbang mula kedengaran, bahawa inkues itu dan suruhanjaya itu tidak telus.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa.

Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP