Thursday, February 10, 2011

Harga Saham terus turun

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan penurunan seterusnya pada tengah hari ini.

Peniaga berkata penurunan dalam pasaran Asia serantau dan prospek ekonomi yang masih rapuh di Amerika Syarikat menyebabkan pelabur tidak memasuki pasaran.

"Berita kenaikan terbaru kadar China juga menjejaskan sentimen," kata seorang daripada mereka.

Pada tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 15.45 mata kepada 1,520.62 selepas dibuka 11.68 mata lebih rendah pada 1,524.39.

Indeks Kewangan susut 200.109 mata kepada 13,758.86, Indeks Perusahaan turun 21.21 mata kepada 2,862.52 dan Indeks Perladangan berkurangan 41.21 mata kepada 7,998.10.

Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 80.061 mata kepada 10,541.26, Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia susut 7.71 mata kepada 4,583.92 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia jatuh 42.29 mata kepada 11,403.29.

Jumlah dagangan berjumlah 1.147 bilion saham bernilai RM1.238 bilion.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 505 berbanding 212 manakala 270 kaunter tidak berubah dan 400 yang lain tidak diniagakan.

Di kalangan kaunter cergas, Iris Corporation naik satu sen kepada 22.5 sen, Karambunai Corp tidak berubah pada 25.5 sen, SAAG Consolidated meningkat setengah sen kepada 13.5 sen dan Talam naik setengah sen kepada 11 sen.

Multi-Purpose Holdings juga antara kaunter cergas, naik lima sen kepada RM2.73. Semalam, ia mengumumkan rancangan untuk membeli kawalan penuh unit perjudian Magnum Holdings.

MTD Capital digantung selepas menerima tawaran daripada Nikvest Sdn Bhd dan tiga yang lain bagi membeli semua baki saham dalam syarikat itu daripada RM9.50 hingga RM11 sesaham.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM8.68, CIMB Group Holdings turun 10 sen kepada RM8.27, Sime Darby jatuh lima sen kepada RM9.33 dan Petronas Chemicals Group berkurangan 10 sen kepada RM6.15. - BERNAMA

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP