Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor: BN Sukar Tembus Pengundi Cina

Tinjauan rambang hanya dalam 4,000 pengundi cina besar kemungkinan memangkah BN berbanding jumlah pengundi kaum itu yang mencecah 17,000.

Hari berkempen telah memasuki hari ke-4, namun jentera BN terlalu sukar menembusi pengundi cina terutamanya di 13 kampung baru cina.

Persepsi masa kini PKR melebihi BN apabila ia berkaitan undi Cina, ia tidak menghalang parti komponen BN daripada menganjurkan "ceramah" pada setiap malam selain lawatan mesra sungguhpun mereka akan menghadapi kritikan.

Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum tibanya hari mengundi pada Ahad ini, BN menggiatkan kempennya di kawasan pengundi Cina, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat sesetengah daripada 13 kampung baru Cina itu di Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali, Ulu Yam, Kalumpang dan Kerling.

"Ia bukan mudah bagi kita. Setiap kali kita masuk kampung baru, kita kena marah. Dengan itu, kita terpaksa mengemaskini strategi kita dengan mendapatkan lebih ramai pemimpin daripada bahagian MCA seluruh negara untuk membantu kita, kata seorang pemimpin akar umbi.

Selain mengadakan majlis makan malam dan lawatan mesra, mereka ada taktik baru dengan pengundi Cina melalui apa yang mereka namakan "Sembang Petang" dengan kumpulan kecil kira-kira 15 hingga 20 pengundi di kampung baru Cina.

Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemimpin kebangsaan serta tempatan akan menemui mereka untuk memberikan taklimat mengenai dasar kerajaan dan juga perlunya mempercepatkan pelaksanaan polisi yang adil oleh Najib.

Calon BN, P. Kamalanathan, ketua penerangan MIC akan ditentang oleh calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu.

"Dalam masa dua atau tiga hari akan datang, kita bukan hanya pergi dari rumah ke rumah tetapi juga memperkenalkan Sembang Petang, menjemput penduduk kampung menyertai kita untuk menerangkan dasar kerajaan termasuk konsep 1Malaysia."

"Kita belum terima banyak sokongan daripada masyarakat Cina, tetapi 1Malaysia dan dasar lain yang diperkenalkan PM, kita telah berubah untuk lebih rapat dengan rakyat. Ada gelombang kecil daripada masyarakat cina yang menyokong PM dan kita harap gelombang kecil ini akan menjadi besar pada pilihan raya kecil ini," kata beliau.

MCA juga mula mengerahkan semua 22 pemimpin bahagiannya di Selangor untuk diletakkan di semua 13 kampung baru itu, termasuk mengambil sesetengah pemimpin veteran seperti bekas naib presiden MCA dan pemimpin veteran Datuk Yap Pian Hon untuk memberikan penerangan.

"Kita akan bekerja keras untuk mendapatkan lebih ramai pengundi Cina mengundi BN. Sebab itu kita meminta semua datang membantu kita," kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga pengarah pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pada hakikatnya, MCA Selangor mengadakan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negerinya di sini hari ini untuk memutamadkan persediaan peringkat akhir kempen pilihan raya, yang sangat kritikal dalam beberapa hari sebelum tempoh berkempen berakhir.

Pengerusi perhubungan MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai berkata mereka telah menggerakkan lebih 1,500 anggotanya di semua kawasan yang diberikan kepadanya untuk dikendalikan.

"Catatan terakhir menunjukkan bahawa kira-kira 35 peratus kaum Cina di kawasan pilihan raya itu mengundi BN. Kita kini cuba mencapai bilangan yang lebih tinggi. Salah satu strategi utama ialah mengkaji anggota kita di sini...kita juga difahamkan semua pemimpin bahagian dapatkan anggota mereka yang ada saudara di sini bagi meyakinkan mereka untuk mengundi BN."

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP