Sunday, September 6, 2009

Dua Khalid Akhiri Kes KEPALA LEMBU

Khalid Ibrahim dan Khalid Samad berjaya menyelesaikan kes bantahan penduduk seksyen 23 Shah Alam. Atau dengan kata lain kes kepala lembu telah selesai.

Kuil yang dipertikaikan akan di bangun pada satu lokasi yang sesuai itu jaminan 2 Khalid.

Melalui keputusan ini sekurang-kurangnya untuk sementara dapat meredam rasa protes penduduk seksyen 23 tersebut yang majoritinya seagama dengan 2 Khlaid.

Kalau lah sebelum ini tindakan ini diambil oleh 2 Khalid, sudah tentunya protes menggunakan Kepala lembu tidak berlaku.

Malangnya mereka yang didapati mengajurkan protes kepala lembu tersebut adalah ahli PKR dan Pas. Kenapa kah kes protes ini boleh berlaku, apa kah 2 khalid ini terlepas pandang.

Namun protes sudah pun berlaku, maka undang-undang terus dilaksanakan. Khabarnya Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan polis untuk membawa mereka yang terlibat ke mahkamah, kerana, kelakuan mereka itu berunsur menghasut ketenteraman beragama dalam negara.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP