Friday, November 6, 2009

Nizar-Hussam Musa: Tak NAK Wang Eshan

Hussam Musa Exco kerajaan Kelatan tidak habis-habis mempolitikkan isu pemberian wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai seperti diumumkan DS Najib.

Itulah janji Dato’ Sri Najib dengan tok guru Nik Aziz semasa beliau ke Kelantan, dan Dato’ Sri Najib telah mengumumkan pemberian wang ehsan kepada Kelantan sebagaimana yang diperolehi di Terengganu.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz meluahkan rasa bersyukur dengan pemberian wang ehsan oleh Kerajaan Pusat, namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Tok guru Nik Aziz juga akan menunaikan nazar untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan. Alhamdulillah….....................

Sebaliknya, ketamakkan nafsu Husam erdogan PAS lain pula ceritanya, Husam mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Husam erdogan PAS hendak membatalkan perjanjian dengan Petronas itu dan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

Dato’ Sri Najib telah pun menjelaskan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP