Manek Urai: Kelantan Dapat 1 Bilion Royalti Minyak
Kerajaan pusat telah menerima permohonan dari kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata permohonan tersebut setakat ini masih dalam peringkat kajian sebelum apa-apa keputusan mengenainya dibuat kerana kawasan tempat minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa.
"Kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan."
Salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.
Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.
Awang Adek berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan kewangan Yayasan Tun Hamdan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini.
Terdahulu, beliau yang juga pengerusi Yayasan Tun Hamdan menyampaikan bantuan kewangan kepada 32 penerima yang dipilih dari tiga buah sekolah di negeri ini.
Kesemua penerima telah dinilai prestasi pelajaran masing-masing sepanjang tahun ini dan dari keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

0 comments:
Post a Comment