LIOW TONG LAI PEMANGKU PRESIDEN MCA?
Perkembangan lanjut episod pergolakan dalam MCA kini bertumpu kepada mesyuarat jawatankuasa pusat (CC) Khamis ini, ekoran kedudukan presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat yang dilihat masih terumbang-ambing selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu lepas.
Keputusan EGM itu menyaksikan dua usul diluluskan iaitu undi tidak percaya terhadap kepimpinan presiden parti dan membatalkan penggantungan keanggotaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dan pada masa yang sama menolak usul ketiga untuk mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai timbalan presiden.
Berdasarkan kepada keadaan semasa dalam MCA, rata-rata kalangan pemerhati dalam parti berpendapat bahawa Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah calon paling sesuai untuk mengambil alih tempat presiden, manakala seorang lagi naib presiden Datuk Seri Kong Cho Ha selaku timbalan presiden sekiranya mesyuarat CC memutuskan yang Ong perlu berundur.
Terbaru, difahamkan beberapa anggota CC sudah mencapai kata sepakat dalam mesyuarat pada hari Sabtu lepas, dan akan mencadangkan supaya Liow mengambil alih jawatan presiden parti kerana beliau dilihat bersih, sederhana dan memiliki beberapa kualiti kepimpinan yang baik.
Bagaimanapun pemilihan pengganti Ong tidak semestinya bergantung kepada peringkat kedudukan dalam parti.
Contohnya pada 2003, Tan Sri Ong Ka Ting terpilih sebagai presiden dan Tan Sri Chan Kong Choy sebagai timbalan oleh CC bagi menggantikan gandingan Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.
Empat naib presiden yang disebut-sebut untuk mengambil alih tempat presiden dan timbalannya ketika itu selain Ong dan Chan ialah Datuk Seri Dr Fong Chan Onn dan Datuk Chua Jui Meng.
Namun akhirnya gandingan Ong dan Chan dipilih sebagai pengganti walaupun Ong menerima undi ketiga tertinggi pada pemilihan parti sebelum itu dan Chan keempat tertinggi, sedangkan Fong dan Chua masing-masing menerima undi tertinggi dan kedua tertinggi.
Tambahan pula beberapa anggota CC percaya bahawa jika diadakan pemilihan parti sekali lagi, ia mungkin akan mengakibatkan perpecahan dalam parti, yang akan mengheret krisis dalaman itu lebih lama, di samping memberi kesan kepada imej parti.
Bagaimanapun ada kalangan anggota CC yang tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana mereka berpendapat bahawa pemimpin parti seharusnya dipilih menerusi undi oleh badan tertinggi parti, iaitu perwakilan pusat.
Dalam perkembangan terbaru pula, difahamkan keempat-empat naib presiden sudah mencapai 'satu kata sepakat'.
Empat naib presiden parti itu ialah menteri kesihatan (Liow), ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kong), Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan exco Johor Tan Kok Hon.
Semasa dihubungi mereka enggan membuat sebarang ulasan kecuali Dr Ng yang mengesahkan bahawa ada perbincangan diadakan, namun beliau menjelaskan bahawa ia bukan berkaitan rancangan pengganti presiden.
"Kami hanya berbincang mengenai kestabilan, hala tuju parti, dan kami juga sependapat bahawa perpaduan adalah soal yang penting dalam parti ketika ini," katanya kepada Bernama semalam.
"Tidak, kami tidak berbincang mengenai pengganti. Keadaan ketika ini masih belum dapat ditelah, tiada siapa yang mahu membuat sebarang ramalan lagi.
"Tunggu sajalah hingga mesyuarat CC Khamis ini," tambahnya.
Walau apapun mesyuarat CC esok amat penting dalam menentukan nasib Ong, yang dijadual kembali dari luar negara hari ini dan akan menghadiri satu majlis keagamaan di Jenjarom pada sebelah malamnya. BERNAMA

1 comments:
MCA sudah celaru camni, ada baiknya jawatan presiden diserahkan kepada Tiong Lai.. bagi peluang kepada beliau utk membentuk semula MCA. Chua Soi Lek sudah tidak berkesan, Tee Keat pun sama... MCA perlukan pemimpin yang benar-benar berkaliber.. bukannya yang penuh dengan masalah.
Post a Comment