Nizar News: Updates Parti MCA; Ong Tee Kiat Tetap Terima Liow Tiong Lai
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tetap akan menerima Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di bawah "Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh" walaupun maklum balas awal Liow menunjukkan yang beliau enggan menjadi sebahagian daripada pelan itu.
Beliau berkata demi mencapai matlamat bersama parti, soal peribadi perlu diketepikan, dan beliau masih sanggup menerima Liow dengan tangan terbuka di bawah pelan itu.
"Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini dan perkara yang sama saya ulangi hari ini, saya masih akan terima dia," katanya dalam satu temu ramah dengan Bernama di sini pada Jumaat.
Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata hubungan beliau dengan Liow, yang merupakan Menteri Kesihatan itu cukup akrab sejak sekian lama, terutama semasa mereka berada dalam pergerakan sayap Pemuda parti lagi, dan mereka juga pernah bersama-sama berjuang dalam pertembungan "Team A - Team B" satu ketika dahulu ekoran keputusan kepimpinan parti untuk mengambil alih Nanyang Press Holding Berhad.
Malah menurutnya Liow merupakan pemimpin yang mengambil alih tampuk pentadbiran pergerakan Pemuda semasa Ong memutuskan untuk bertanding ke jawatan Naib presiden pada 2005, di mana sebelum itu Liow adalah setiausaha agung Pemuda MCA.
"Bohong kalau saya katakan hubungan kami tidak sedikitpun terjejas ekoran beberapa peristiwa yang berlaku sejak beberapa minggu lepas, namun sebagai ahli politik dan pemimpin nasional, saya cuba untuk tidak membenarkan perkembangan sejak kira-kira empat minggu lepas itu menjadi batu penghalang kepada persahabatan yang baik yang sudah terjalin sejak berdekad lamanya itu, begitu juga keadaannya dengan lain-lain anggota jawatankuasa pusat (CC0," katanya.
Ong berkata apa yang berlaku antara beliau dengan Liow bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi, dan apa yang berlaku sebenarnya hanya berkisar kepada perkembangan politik.
"Dalam politik pastinya ada percanggaan pendapat, tapi ia tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada usaha MCA untuk bergerak ke hadapan dan pelan perpaduan ini juga tidak seharusnya terhenti semata-mata disebabkan oleh perselisihan peribadi," katanya.
Ong mengesahkan bahawa beliau ada menawarkan Liow untuk menyertai pelan perpaduan menerusi 'rakan-rakan' dan menunggu di rumahnya pada hari Isnin lepas untuk mendapatkan jawapan, namun Liow tetap 'membisu'.
Katanya salah satu daripada prinsip penting dalam pelan perpaduan itu ialah kepimpinan menyeluruh, yang bermakna tidak ada satu kumpulan pun yang dipinggirkan dan setiap pihak mempunyai peranan untuk dimainkan.
"MCA perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan setiap pihak jika berhasrat untuk tampil sebagai barisan hadapan yang mantap yang diperlukan semasa menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.
Ong seterusnya berkata kenyataan bahawa Liow dan anggota CC dipilih ke jawatan tinggi dalam parti menunjukkan bahawa perwakilan di satu peringkat mengiktiraf keupayaan pemimpin-pemimpin ini memainkan peranan yang penting dalam parti.
"Saya tidak akan membelakangkan perwakilan, mereka yang juga mengundi saya sebagai Presiden MCA. Biar saya berterus terang, saya memang memiliki hubungan yang agak dingin dengan Dr Chua sejak setahun lepas.
"Namun hari ini demi perpaduan MCA saya memutuskan untuk mendahulukan parti. Saya sudah memberi kepercayaan kepada dia (Dr Chua) untuk mengkaji bagaimana bajet yang dibentangkan baru-baru ini dapat membantu ekonomi rakyat dan menjadikan Malaysia lebih kompetetif dalam dunia global hari ini," katanya.
Ong berkata tidak ada tempoh masa ditetapkan semasa beliau bersama Dr Chua bersetuju untuk menerima pelan perpaduan itu, dan keputusan sama ada Dr Chua atau sesiapa jua akan diberikan jawatan penting akan diputuskan kemudian nanti.
"Apa yang saya ingin tekankan ialah dalam sebarang pertubuhan, rombakan adalah perkara biasa. Jika ada keperluan untuk memantapkan lagi jentera parti, saya tidak akan membuang masa, terutama sekiranya ia bagi tujuan menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.
Menurutnya sekiranya perubahan dilakukan, ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu usaha untuk 'mencantas' individu.
"Ini bukan soal kumpulan mana yang mendapat manfaat, juga bukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Ong Tee Keat dalam MCA. Ia adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan parti semata-mata, untuk menarik sokongan orang ramai," katanya.
Ong seterusnya menjelaskan bahawa pelantikan tiga anggota baru CC yang terdiri daripada -- Datuk Tan Chin Ming, Datuk Donald Lim dan Chua Tee Yong adalah bagi tujuan strategik, bukan kerana mereka penyokong Dr Chua.
"Tidak ada syarat yang menetapkan bahawa anaknya (Chua Tee Yong) perlu dilantik sebagai anggpta CC. Saya melaksanakan ketiga-tiga pelantikan ini berdasarkan kepada keperluan untuk meeujudkan perwakilan dari tiga negeri utama iaitu Johor, Selangor dan Perak.
Katiga-tiga anggota CC yang baru dilantik adalah dari tiga negeri -- Chua Tee Yong (Johor), Datuk Tan Chin Ming (Perak) dan Datuk Donald Lim (Selangor).
Pelantikan mereka dibuat selepas Ong mengenepikan empat anggota CC yang dilantik sebelum ini yang terdiri daripada Datuk Chor Chee Hueng, Datuk Chai Kim Seng, Yoo Wei How (Setiausaha Penganjur Basional) dan Gan Hong Su (Pembantu Setiausaha Penganjur Nasional

0 comments:
Post a Comment