Wednesday, June 16, 2010

November Ini Akan Diketahui Perubahan BN Bagi Menghadapi PRU-13

Barisan Nasional (BN) akan mengadakan konvensyen BN pada November ini selepas Perhimpunan Agung Umno bagi membentangkan perubahan dan pembaharuan dalam gagasan itu, kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

"Untuk ini jawatankuasa percambahan fikiran di bawah Timbalan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dan pihak-pihak tertentu serta wakil parti masing-masing akan dibentuk bagi membolehkan cetusan idea baru supaya memberi input bagaimana boleh memberi pembaharuan kepada BN dalam semua aspek," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan menyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam semalam, beliau berkata konvensyen itu juga akan menggambarkan BN sebagai sebuah parti untuk terus memimpin negara dan tidak bersandar kepada kejayaan pada masa lalu semata-mata.

Pada mesyuarat malam itu juga, Najib berkata BN juga mengambil iktibar daripada pengalaman yang dilalui oleh gagasan itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

BN berjaya merampas kerusi Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi gagal mempertahankan kubu kuatnya di Sibu."BN berazam untuk melakukan penambahbaikan supaya ia akan dapat menambahkan kekuatan BN pada masa akan datang," katanya.

Najib berkata semua komponen BN juga bersetuju untuk mengadakan program dan penjelasan bersama supaya isu-isu tidak akan dikaitkan dengan satu parti komponen sahaja tetapi melibatkan semua parti berdasarkan semangat BN yang memperjuangkan nasib semua kaum.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP