Tuesday, June 15, 2010

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Muslihat Sebenar Dr Pornthip Tidak Hadir Terbongkar

Mahkamah Koroner yang mendengar inkues Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand enggan hadir memberi keterangan di mahkamah kerana tidak mampu mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa setiausaha politik itu dibunuh.

Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa berkata alasan yang diberikan oleh Dr Pornthip bahawa beliau juga bimbang akan keselamatannya di negara ini adalah tidak berasas sama sekali kerana tiada sebarang bukti atau laporan polis dikemukakan bagi menyokong perkara itu.

Abdul Razak berkata permohonan kerajaan negeri Selangor untuk membenarkan Dr Pornthip memberikan keterangan melalui telepersidangan video juga tidak wajar dibenarkan kerana ia bukan sahaja memberi impak kepada ketidakadilan malah melibatkan kos yang banyak.

"Jika Dr Pornthip memberi keterangan di Thailand dan jika dia tidak bercakap benar apa tindakan yang boleh kita buat. Kita tidak dapat berbuat apa-apa jika dia enggan menjawab soalan dan dia mungkin akan diajar oleh orang lain untuk menjawab soalan.

"SPRM kini menjadi pihak yang ditohmahkan selepas Dr Pornthip memberi keterangan setelah beliau menyatakan 80 peratus kemungkinan Teoh mungkin dibunuh dan jika Dr Pornthip tidak hadir, ketidakadilan akan berterusan," katanya.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP