Wednesday, June 23, 2010

Wah.. Ramainya Golongan Muda Sabah Merempat Di Semenanjung

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Sabah menetap di lembah Klang. Bagaimanapun kebanyakan golongan muda itu kini hidup merempat.

Menurut Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu), sesetengah rakyat Sabah itu tidak berpendidikan dan hidup mengemis bagi mendapatkan makanan di belakang restoran seperti KFC dan McDonald, manakala wanitanya ada yang terjebak dalam lembah pelacuran.

"Mereka ke mari dengan harapan mjencari pekerjaan. Bagaimanapun sesetengah mereka ditipu oleh agensi pekerjaan dan terbiar tanpa sebarang wang untuk pulang. Ada juga yang malu untuk pulang semula..

“Kerajaan Sabah cuba mengaturkan supaya sesetengah mereka dihantar pulang dengan membayar tambang penerbangan dan memberi merek wang saku, tetapi ini tidak membantu. Situasi semakin buruk apabila semakin ramai yang datang,” katanya.

Justeru, kata Hiew Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah forum pada 4 Julai ini di Perpustakaan awam Petaling Jaya bagi menjemput rakyat Sabah datang dan meluahkan masalah mereka.

"Kami berharap ramai yang akan datang dan memberitahu kami masalah dan situasi sebenar mereka. Pemimpin utama Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga datang bagi berjumpa dengan mereka.

"Kami melihat tindakan itu sebagai tanggungjawab Pakatan kerana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tugas kita membantu mereka,” katanya.

Beliau juga mencadangkan sebuah jawatankuasa atau pertubuhan diadakan bagi membantu rakyat Sabah di Lembah Kelang dan juga seluruh semenanjung.

Kata Hiew, rakyat Sabah merantau mencari pekerjaan di semenanjung kerana kurangnya peluang pekerjaan di negeri itu.

"Gaji dan jawatan bagi golongan muda di Sabah, lazimnya dibolot oleh orang asing. Adalah lebih murah menggajikan pekerja asing di Sabah. Saya tidak menyalahkan majikan. Ada pendatang asing tanpa izin juga bekerja di sektor perladangan dan perkilangan.

“Kerajaan berjanji akan mewujudkan ribuan pekerjaan tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah bukti kerajaan negeri gagal mencarikan pekerjaan untuk golongan muda di Sabah,” katanya.

16 comments:

Ted Medresher June 24, 2010 at 9:52 AM  

saya tidak setuju dengan Hiew.. sebenarnya terdapat banyak peluang pekerjaan di Sabah namun sikap individu sabahan itu sendiri yang terlalu memilih telah menyebabkan masalah ini berlaku. sektor perladangan yang luas di Sabah dan sektor perkilangan yang semakin berkembang memerlukan ramai tenaga kerja tempatan, namun disebabkan sambutan tidak menggalakkan dari rakyat tempatan telah memaksa majikan menggaji pekerja asing.

Ted Medresher June 24, 2010 at 9:56 AM  

kerajaan negeri tidak salah dalam hal ini kerana mereka bertindak atas kehendak mereka sendiri. mana2 parti tidak perlu mengaitkan isu ini dengan politik, kerana tindakan itu bukan disifatkan sebagai ikhlas membantu, tapi sekadar batu loncatan untuk merampas kerajaan Sabah..

Paquin June 24, 2010 at 8:36 PM  

aiks,saya ingat hal ni dah selesai.. Masih ada rupanya, hhmmm. Saya harap semua pihak bekerjasama utk menanggani hal ni.

Paquin June 24, 2010 at 8:41 PM  

Sokong 2718. Terdapat banyak peluang pekerjaan di sabah cuma golongan muda tu yang tidak mahu.. Mereka lebih memilih bekerja di luar sabah. Apapun alasan para belia tersebut, bagi saya kerajaan negeri tak patut dipersalahkan.

Paquin June 24, 2010 at 8:44 PM  

Malah bagi saya hal ni tak perlulah dipolitikkan nanti lain pula kejadiannya...

hulubalang June 24, 2010 at 9:26 PM  

ia bukti kepada negeri sabah yang sudah miskin semakin papa kedana...ramai penganggur yang merempat disana-sini kerana sabah tidak mampu menyediakan prasarana untuk pekerjaan yang cukup kepada para belia. angka ini adalah amat tinggi dan membimbangkan

hulubalang June 24, 2010 at 9:30 PM  

jumlah belia sabah yang merempat adalah amat tinggi...cadangan agar perkara ini dikaji dan perlu rancangan teliti untuk elakkan perkara ini terus berlaku

Anonymous,  June 25, 2010 at 8:07 AM  

pada masa kini, peluang pekerjaan di sabah semakin banyak, gaji yang ditawarkan tak juga rendah sangat, rakyt sabah tak perlulah nak pergi kat SM semata2 nak cari kerja. kat sini pun ada.

tombolo June 25, 2010 at 8:08 AM  

rakyat Sabah yang merempat ini perlu dibantu dengan segera, sediakan pekerjaan kepada mereka.

Anonymous,  June 25, 2010 at 8:08 AM  

pada masa kini, peluang pekerjaan di sabah semakin banyak, gaji yang ditawarkan tak juga rendah sangat, rakyt sabah tak perlulah nak pergi kat SM semata2 nak cari kerja. kat sini pun ada.

jack June 25, 2010 at 9:12 AM  

peluang pekerjaan di sabah sebenarnya banyak..kerajaan negeri tidak harus dipersalahkan sepnuhnya berhubung dengan kes ini...faktor2 lain iaitu faktor penolakan dan faktor penarikan yang menjurus kepada hal ini harus diambil kira..

Unknown June 25, 2010 at 10:06 AM  

ini bukan salah kerajaan. ini kehendak mereka sendiri untuk merantau ke negeri orang. jadi mana2 parti yang rasa ini salah kerajaan, itu tidak betul. ini cuma cara pihak yang anti kepada kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan dan mencari isu-isu untuk mengemis sokongan rakyat..

Kurt June 25, 2010 at 10:11 AM  

Hiew seperti mengambil kesempatan untuk memburukkan nama kerajaan. Pada pendapat saya, kita tidak boleh menyalah mana2x pihak tentang masalah ini. Walaubagaimanapun, sikap rakyat Sabah yang terlampau memilih pekerjaan mungkin antara faktor yg menyebabkan mereka ke lembah klang untuk mencari kerja. Apa2x pun, saya berharap mereka akan dihantar pulang ke Sabah dengan selamat.

jack June 25, 2010 at 10:18 AM  

golongan muda Sabah yang merempat di semenanjung harus dikenal pasti..ini adalah bagi memastikan waris tidak kehilangan jejak meraka..kajian juga harus dilakukan untuk mengetahui faktor sebenar punca masalah ini..

jack June 25, 2010 at 11:12 AM  

nasib golongan muda sabah yang merempat di semenanjung harus dibela..kerjasama antara semua pihak adalah perlu untuk memastikan mereka ini diberi bantuan yang sewajarnya..harap isu ini tidak dijadikan sebagai 'political tools' oleh mana2 pihak dan haruslah dilihat sebagai tanggungjawab bersama..

Boten_Trish June 26, 2010 at 11:21 AM  

I hope this matter will not be politicize by someone out there.

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP